Sunday, March 1, 2009

Susupan Petang

Ahmad Said Terus Mendedahkan Siapa Dirinya Sebenar?

NAMPAK marah sungguh ketua SPRM, Ahmad Said Hamdan dengan anugerah lembu oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) atas kesungguhanya menyiasat aduan mengenai lembu korban terhadap MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Kata Ahmad Said perbuatan AMK itu menghina pegawai kerajaan dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. Ahmad Said juga mempertikaikan tindakan AMK itu tidak profesional kerana menganugerahkan lembu berkenaan.

Ahmad Said juga mempertahankan tindakannya yang membuat kenyataan terbuka berhubung siasatan ke atas Khalid dan mendedahkan pihak SPRM kononnya ada bukti kukuh untuk mengheret Khalid ke mahkamah.

Saya percaya AKM dan orang ramai menghormati tugas SPRM kerana ia bertujuan membenteraskan rasuah. Bila ada laporan mereka kena siasat tidak kira siapa individu berkenaan. Jadi berhubung masalah ini tidak ada maksud hendak membantah siasatan berkenaan.

Tetapi apa yang dibantah oleh AMK dan disokong oleh orang ramai ialah apabila Ahmad Said mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya beliau didedahkan.

Jikalau Ahmad Said tidak membuat kenyataan yang dilihat cenderong untuk memberi 'mata' kepada pihak lain tindakan SPRM itu tidak akan dipersoalkan, malahan ia akan dipuji. Lembu itu juga tidak menjadi mangsa politik dan terpaksa dibawah lori untuk meziarahi pejabat SPRM Selangor. Namun kerana sikap tidak profesional Ahmad Said itu maka lembu pun ikut sama susah.

Sebelum ini sudah berapa banyak SPRM atau BPR membuat siasatan ke atas orang politik termasuk pemimpin baik pembangkang atau kerajaan. Tetapi kenapa tidak ada bantahan terbuka seperti itu sebelum ini jawabnya kerana SPRM atau BPR menjaga etika mereka. Ketua pengarahnya sebelum ini tidak menampakkan mereka cenderong kepada mana-mana pihak dan masih bersikap adil!

Apa yang berlaku ke atas Ahmad Said ialah kerana kesalahan dirinya sendiri. Kerana sikap tidak profesional dan terdapat unsur bodek dalam kenyataan berkenaan. Maka beliau kena tanggung dan mengambil tanggungjawabnya dan jangan mengheret isu ini kepada pegawai-pegawai SPRM lain yang ikhlas, jujur dan telus. Masih banyak pegawai SPRM yang berkhidmat dengan penuh semangat berpandukan kepada cogankata perkhidmatan suruhanjaya berkenaan.

Sekali lagi bila beliau mengulas mengenai isu anugerah lembu itu dan membuat laporan polis berhubung anugerah lembu itu menggambarkan kedangkalan Ahmad Said sebagai ketua SPRM.
Beliau nampaknya emosi dan tidak dapat menahan diri daripada mengikut rentak gendang yang dipalu oleh budak-budak AMK. Apakah orang seperti itu yang rapuh kesopanan dan menjaga wibawa sebagai ketua kepada sebuah susuhanjaya sepenting itu masih layak untuk berada di tempat itu?

Kalau beliau ada maruah Ahmad Said sepatutnya telah meninggalkan jawatan itu. Anugerah lembu itu cukup memalukan dan menunjukkan betapa tahap profesional beliau mengenadalikana SPRM lebih kurang lembu saja.

Saya percaya selepas ini banyak lagi lembu atau haiwan-hawain lain yang tidak sepatutnya dikirimkan kpada SPRM sebagai menggambarkan hakikat sebenarnya SPRM yang diketuai oleh Ahmad Said itu akan terus dihantar kepada SPRM. [wm.kl. 5:20 pm 01/03/09]

9 comments:

Anonymous said...

Tuan MSO,

dahulu apabila Khir Toyo bagi penyapu, semua kritik Khir Toyo, kurang sopan lah dan macam-macam lagi. Tak ada seorangpun yang hendak kritik betul atau tidak si penerima penyapu itu benar-benar gagal dalam menjalankan tugas.

sekarang, apabila AMK beri lembu pada SPRM, kita tiba-tiba jadi hipokrit. Kerana apa? Kerana yang bagi lembu itu orang kita. Kalau Anwar Ibrahim lah yang bagi penyapu pada kakitangan kerajaan (kalau dia jadi PM lah) sudah tentu kita puji dia melambung, tegas, simbolik dan sebagainya.

tuan,

masih adakah ruang untuk politik jujur di negara kita? Saya sudah penat dengan politik hipokrit ini.

-Ruz-

Anonymous said...

inilah rupa sebenar ketua sprm.... double standard dan nampak sangat berat sebelah...

ingat lagi ke berita ini ....

SEBAHAGIAN daripada anggota Umno yang mengadakan demonstrasi membantah peranan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pekarangan Menara Dato Onn kira-kira 8.20 malam tadi. - mStar http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/30/mstar_berita/20090129205741&sec=mstar_berita

Kenapa ketua sprm juga tidak membuat laporan polis... ahli umno menghina sprm malah lebih tetap mengganggu tugas penjawat awam.

alahai....

Puan Ainon Mohd. said...

Apabila SPRM dihadiahi lembu, memang celaka sungguh nasibnya.

Islam Hebat said...

Ahmad Said ni memang mcm lembu yg ditarik hidung oleh pemimpin BN dia kerja dgn kerajaan ker kerja dgn BN.. kerajaan adalah rakyat.. tanpa rakyat tak kan wujud kerajaan..

Anonymous said...

bagi lembu hina kakitangan kerajaan, kalau bagi penyapu hina sapa pulak?

Anonymous said...

Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata pura-pura tak nampak (kalau anak edar dvd lucah pun tak tau nak jaga). Itu pun lambat siang nak jaga kredibiliti orang ramai. Muka tak malu. Piiraah.

Kalau aku hadiah 'mop' jamban saja kat dia. Jangan bagi kat staff, kesian dia orang. Hantar parcel ekspres terus ke Dato Seri Ahmad Said. Biar dia ingat sampai mati. Buat kerja 'berat sebelah'.

Ainur68 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kalau di negara yang tertib menjaga ketinggian nilai2 murni integriti, bos SPRM wajar meletakkan jawatannya apabila anaknya terpalit dengan kesalahan jenayah mengedarkan DVD Porno. Anak bos SPRM ini masih lagi bertugas walau pun majikannya sudah maklum akan kesalahannya yang dilakukan itu telah menjatuhkan reputasi korporat majikan, tambah2 kesalahan jenayah ini dilakukan di luar negeri.

Tak usah cakap kalau musibah ini berlaku di negara2 maju seperti Jepun, Korea Selatan mahupun Australia, hatta kalau aib ini berlaku kepada bos SPRM di Bangladesh mahupun India, dia sendiri dengan mulia hati akan meletakkan jawatan.

Apakan daya benda ini berlaku di tanahairku, Malaysia di mana pemegang jawatan tidak akan malu2untuk kekal di jawatannya melainkan jika sang penguasa sudah 'berdehem' menyuruhnya meletakkan jawatan.

Anonymous said...

Tuan,
Kita, Melayu2 bergaduh. China dan India tepuk tangan.. tunggu masa saja utk menakluk. Esok, kita jadi lembu.

Hendak ke?