Friday, March 20, 2009

Marah Jumaat

Mahathir Syok Sendiri

MARAH betul Mahathir Mohamd dengan Zaid Ibrahim yang meminta supaya Yang di-Pertuan Agong jangan lantik Najib Razak sebagai perdana menteri. Kata Mahathir cadangan Zaid itu tidak waras dan cadangan orang bodoh.

Katanya kalau dia jadi Yang di-Pertuan Agong dia tidak akan baca pun (laporan) mengenai cadangan Zaid itu. Mahathir juga merendahkan Zaid sebagai orang yang tidak mempunyai kedudukan tinggi tidak layak membuat cadangan itu. Kerana itu juga pandangan Zaid itu tidak perlu dipedulikan.

Mahathir terperasa dia masih merasakan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Sepatutnya dia sendiri insaf hanya segelintar sahaja yang mengelilinginya hari ini. Yang dok arak dia ke sana ke sini adalah para pendekar yang tempang, patah kaki dan tidak laku dalam Umno dan kerajaan saja.

Tetapi Mahathir tetap merasakan para pendekar dan pengikutnya itu masih kuat. Kalau bukan diberi upah sesen dua, pengikut itu juga sudah lama tinggalkan Mahathir terkontang kanting seorang diri macam orang meroyan. Dalam pilihan raya umum lalu katanya ada yang mendapat baksis daripada Mahathir sampai sejuta dua.

Orang-orang ini pula asal dapat makan dia tidak pedulikan apa lagi, yang penting perutnya tetap buncit. Hatta kalau Mahathir suruh makan tahi pun dimakannya demi duit. Itulah kelas pendekar yang menandu Mahathir.

Kalau Mahathir merasakan dia masih dihormati dan cadangan dia didengar oleh rakyat, saya rasa elok kalau kedua mereka (Mahathir dan Zaid) adakah referendum untuk melihat siapa yang lebih dihormati.

Mahathir juga menrendah-rendahkan Zaid dengan menyebut orang yang tidak ada prinisp dan konsisten dalam perjuangan, lompat sana lompat sini macam katak. Inilah kalau sudah sampai ke tahap nyanyuk seseorang itu akan mudah lupa apa yang tercokol di hadapan mata. Yang ada di hadapan mata lebih hanyir dan busuk daripada Zaid kalau nak bicara soal prinsip dan moral.

Orang yang mengelilingi Mahathir ini bukan sekali lompat parti tetapi semua parti disinggahinya dan semua orang dikencing dan berlagak bijak dari segala manusia lain.

Kalau nak dikira Zaid lebih baik daripada Mahathir. Zaid tidak pernah dibenci rakyat sampai disembur gas seperti mana dialami Mahathir di Kota Bharu. Peristiwa semburan gas itu merupakan isyarat jelas kepada Mahathir apakah motif dan tujuannya.

Mahathir sepatutnya faham negara ini demokrasi. Sesiapa pun boleh bercakap dan mengemukakan idea. Samada idea itu bernas, kosong atau pun tidak bemutu, itu hak dia. Rakyat bebas untuk menilainya.

Mahathir ini pun ada perangai tidak baiknya kalau dia sudah bencikan seseorang dia benci sampai habis. Bukan setakat orang itu masih hidup saja, batu nisan orang itu pun mungkin dicemuhnya.

Tenguk apa yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim? Dasar diktator sesiapa yang melawannya akan dipancung, begitulah Mahathir. [wm.kl. 12:00 t/hari 20/03/09]

2 comments:

asalbayu said...

Atas kapasiti apa Tun Dr Mahathir nak bersuara? Dia bukan ahli UMNO dah. Anehnya sebilangan Menteri Kabinet hari ini masih patuh dengan cakapnya seolah-olah dia ada kuasa sakti atau memiliki cincin hikmat (cincin Gurkha sebenarnya) sperti kepunyaan Sabarudin Tukang Kasut.

ahmad kamal said...

Tuan MSO,
Saya dapat lihat Tuan sendiri amat dendam dengan TDM. Mungkin kita kena selalu check diri kita ...