Monday, March 23, 2009

Menjelang Malam

Nizar Jamaluddin Jadi Taruhan Pas di Bukit Gantang

PAS telah memperjudikan nasib menteri besar rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin (foto) untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang. Nama Nizar diumumkan oleh presiden Pas, Abdul Hadi Awang sekejap tadi.

Hampir semua pemimpin tertinggi Pas termasuk Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa hadir.

Pemilihan Nizar ini sesuai dengan kehendak rakyat Perak sejak awal lagi yang mahukan bekas MB Perak tetapi masih menjadi MB rakyat itu diletakkan bertanding di situ.

Nama Nizar mula disebut oleh DAP yang melihat aura yang ada kepada Nizar yang berhadapan dengan krisis rampas kerajaanya mendapat simpati rakyat secara meluas.

Sekali lagi pandangan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpendapat Nizar tidak wajar dicalonkan di ketepikan. Semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu pandangan Nik Aziz yang memilih Mohamad Sabu juga dipandang dingin oleh Pas.

Pemilihan Nizar ini sekiranya dibuat berdasarkan pemilihan Pakatan Rakyat ia merupakan satu ujian besar untuk Pakatan Rakyat bagi melihat pengaruh dan kekuatan Pakatan Rakyat di Perak.

Sekiranya pada 7 April depan Nizar dapat mengekalkan kerusi berkenaan ia menunjukkan masa depan Pakatan Rakyat bukan saja cerah di Perak malahan di seluruh Semanjung.

Kemenangan Nizar juga memberi kesimpulan bahawa rakyat Perak memilih Pakatan Rakyat dan menolak UBN dan juga kuasa-kuasa yang cuba memberi perlindungan secara ghaib kepadanya. [wm.kl. 11:00 pm 23/03/09]

4 comments:

KerisKontot said...

Salam. Saudara MSO, saya kurang menyenangi dengan penggunaan perkataan memperjudikan pada baris pertama. Selain dari perkataan judi yang begitu negatif ianya juga semacam perbuatan yang kurang konfiden.

Sekian

mohd sayuti omar said...

Terima kasih sdr KerisKontot atas pandangan berkenaan. Mungkin penggunaan perkataan itu tepat memandangkan pertandingan itu melibatkan wang pertaruhan yang dipegang oleh SPR. Saya kira dalam konteks ini wajar lagi pun banyak elemen-elemen yang negatif dalam proses pilihan raya yang ditetapkan dan terpaksa diikuti.
Wassalam.

arizWanmerahs said...

Memperjudikan..
Itulah sebenarnya yang dihadapi oleh semua calon2 pilihanraya dari dulu kini dan mungkin selamanya...?
Entah bila lar politik gaya islam nak di amalkan... Tak tau la aku..

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

pada pendapat saya,mungkin pandanagan sdr MSO itu betul, sebabnya apabila ada wang pertaruhan sudah tentu bolih dikaitkan dengan judi,akan tetapi apabila sebut siasah syura ianya berpaksikan suara ramai,jadi pilhlah satu sahaja diantara dua mudhorat...