Wednesday, March 4, 2009

Selepas Subuh

Zahid, Mohd Isa Gagal Berhujah

WALAUPUN rancangan Hujah yang disiarkan secara langsung dari Balai Budaya Syed Nasir Ismail, DBP oleh TV9 malam tadi lewat ke udara namun saya tetap juga menunggunya. Saya ingin melihat sejauh manakah pemikiran dan hujah yang dikemukakan dua ahli panel yang juga calon Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Mohd Isa Samad.

Saya mengharap mereka akan menuangkan sesuatu yang bernilai kepada penonton dan hadirin di DBP yang sekaligus mencerminkan kewibawaan dan kemampuan mereka sebagai pemimpin tertinggi Umno. Kalau pun mereka tidak sempat membentangkan agenda mereka tetapi dapat menjawab dengan baik segala persoalan yang dilontarkan oleh pengatarcara, Mohamad Agus Yusuf.

Rancangan Hujah walaupun ringkas tetapi ia menguji kecekapan pemikiran ahli-ahli politik dalam kontesk ini calon pemimpin tertinggi Umno. Agus sengaja melantunkan soal-soal yang kurang disenangi untuk melihat sejauh mana kepantasan ahli panel yang bakal menjadi pemimpin tertinggi Umno itu.

Semalam sebagai penonton yang terpaksa menanti kira-kira 20 minit sebelum siaran bermula, saya sangat kecewa dan merasakan saya membazir masa dengan siaran itu. Kualiti yang diharapkan dari hujah kedua mereka, sungguh mengecewakan. Kalaulah itu standard yang ditunjukki mereka untuk dipilih sebagai Naib Presiden Umno dan kalau mereka terpilih betapa Umno menjadi semakin parah.

Kedua ahli panel itu masih bersikap perasaan dengan apa yang berlaku dalam parti berkenaan dan enggan menerima kenyataan. Keduanya rela menyembunyikan penyakit dalam Umno dan tidak bersedia dan telus dalam memperkatakannya. Pada saya kedua ahli panel berkenaan tidak berjiwa besar dan suka melihat pelangi daripada sanggup ditimpa hujan.

Misalnya Mohd Isa berhujah dan menjawab persoalan secara selamba dan tidak serius memberi petunjuk bahawa begitulah keadaannya Umno sekiranya beliau menjadi salah seorang pemimpinnya. Sikap jenaka Mohd Isa itu menjelaskan begitulah juga suasana yang berlaku dalam Umno kini penuh dengan jenaka-jenaka dan sandiwara.

Mohd Isa sengaja membutakan matanya dalam melihat realiti Umno hari ini. Ada ketakutan dan sikap tidak jujur kepada Mohd Isa dalam melihat masalah Umno. Baginya, masalah rasuah dalam Umno tidak begitu serius dengan memberi andaian secara sinikal kalau ia berlaku tentu ramai orang yang digantung jawatan sepertinya.

Mohd Isa tidak serius dan cuba memberi solusi berhubung politik wang. Sikap 'tak apa' dan redha atas apa yang berlaku itulah menyebabkan masalah itu akan berterusan. Dalam pada itu jawaban Mohd Isa menjelaskan bahawa beliau benar-benar terlibat dalam politik wang dan soalan rela dengan apa yang berlaku.

Begitu juga ketika Agus menimbulkan soal Umno kini makin tidak diminati oleh golongan muda dan meminta beliau memberi penjelasan, Mohd Isa tidak serius dengan persoalan itu dan cuba menafikan realiti itu dengan mengilas persoalan itu dengan menjawab bahawa ramai anak-anak muda dalam Umno. Sikap menolak realiti ini bukan satu sikap membangun dan berjiwa besar Mohd Isa sebagai seorang pemimpin.

Semua persoalan yang dilemparkan 'dikadas' dan dibalas dengan persoalan melucukan menunjukkan Mohd Isa bukan seorang pemimpin yang serius.

Saya tidak terkejut dengan sikap dan sifat Mohd Isa kerana sudah mengenali sejauh mana daya kepimpinannya dan fikrah perjuangannya selama beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dulu. Tetapi apa yang berlaku ke atas Zahid Hamidi sungguh merujakan saya.

Apa yang ditampilkan Zahid malam tadi jauh berbeza dengan sifat dan perwatakannya di publik. Di luar gelanggang ternyata Zahid mampu mempesonakan orang dengan wajah dan PRnya yang cemerlang. Tetapi malam tadi beliau gagal memberi kepuasan dan keyakinan kepada umum dengan cara beliau berhujah dan mengeluarkan idea. Seorang ahli politik yang seharusnya cekap dan pintar menghuraikan isu tidak ada kepada Zahid dalam rancangan itu.

Ternyata malam tadi Zahid banyak diselubungi emosi ketika menjawab persoalan dilemparkan oleh Agus. Perbahasan Zahid juga melencung dan beliau cuba mengelak persoalan yang dilempar ke atas batang hidungnya dengan menyalahkan pembangkang. Jawaban-jawaban yang diberikan tidak relevan dan seolah Zahid sungguh takut untuk mengkritik Umno walaupun dengan niat baik.

Seolah-olah apa yang berlaku Zahid tidak faham apakah hujah yang diingini oleh pengerusi. Dalam rancangan yang boleh dikira menguji kepintaran dan akal begitu Zahid ternyata gagal menunjukkan kemampuannya berfikir dan berhujah secara terbuka, sihat dan bersikap profesional.

Untuk apa beliau melanyak pembangkan penuh emosi dan kebencian! Meluahkan harapan dan kata-kata akan mengajar pembangkang di Perak dalam pilihan raya akan datang. Beliau juga gagal mengawal mulutnya daripada melempar atau menggunakan kata-kata kesat yang tidak sesuai dilihat keluar dari mulut seorang menteri agama.

Apa yang perlu beliau kemukakan malam tadi ialah hujah-hujah yang rasional berlandaskan kepada fakta bukannya emosional. Atau memberi pandangan dari sudut Islam sebagai landasan dan bukannya dari rasa sentimen dan keakuan yang tebal.

Tepukan gemuruh yang diterima oleh kedua ahli panel berkenaan malam tadi hanya tepukan budak-budak Tadika yang bukan lahir atas kehebatan dan kuliti hujah yang dikeluarkan kedua ahli panel itu, tetapi tepukan untuk menyindir pihak lain termasuk sesekali menyindir Agus sebagai pengerusi yang berjaya memerangkap kedua ahli panel itu dalam wacana intelektual begitu.

Adalah diharap ahli panel untuk rancangan akan datang lebih bijak dan mengeluarkan hujah-hujah konkrit bagi menunjukkan anda layak untuk dipilih sebagai pemimpin tertinggi Umno. [wm.kl. 6:30 am 04/03/09]

10 comments:

Anonymous said...

Salam.MSO

Semenagnya pemimpin umno masa kini tiada kualiti yang boleh di banggakan kini umno menyimpan terlalu banyak pemimpin korupsi dan penjenayah...malu aku sebagai ahli umno dan rakyat malaysia.

hilangnya kuasa demokrasi di malaysia.

wan nazim KL

Anonymous said...

Haha..tgk muka jahid midi smlm...pucat lesi..kalau muka tu pucat penuh berisi dgn nas-nas yg bernas tkpe...ni tk,, menampakkan lg kebodohan ada laa.

Lain yg di tya lain lak yg di jawab...hikhik kesian kt 'ustaz' yg sesat sorang ni..lain kali kalau rasa tk cukup ilmu di dada tk pyh la nk berrrhujah..masuk tv life lak tu...hah!.. skrg dh satu dunia tau YB jahid ni bodoh rupanya...

Itu br prof Agus yg tya..hmm kalau lah brdpan dgn DSAI....alahai..

Anonymous said...

tgk penonton2 yg bertepuk sorak macam tgk penonton2 raja lawak bertepuk sorak.

Anonymous said...

Sepatut nya tuan tidak payah menonton progrem tersebut kerana panel yang ditonjolkan sebenarnya tidak ada kualiti kecuali pengacara saudara professor Agus yang kalau di amati setiap rancangan nya ada agenda yang amat besar buat negara tetapi ramai yang gagal memahami persoalan yang di kemukakan.
Kita bariskan pemimpin UMNO yang ada sekarang, secara ikhlas sebenarnya tidak ada yang layak memimpin negara kerana ramai dari mereka adalah mediocre yang lahir dari satu sistem yang bolih menghancurkan negara.
Semoga rakyat sedar apa yang sedang berlaku dan membuat perubahan di PRU akan datang.

SS said...

i tukar saluran TV apabila sahaja dengar Mohd.Isa menyatakan :.... beratus-ratus juta ahli Pemuda UMNO...." . Beratus-ratus juta ? Bilangan penduduk Malaysia berapa orang, agaknya..

Anonymous said...

sebagai seorang melayu, saya tidak dapat nafikan bahawa saya adalah sebahagian dari ribuan org-org melayu yang masih sayangkan umno,walaupun sejarah banyak menunjukkan kepincangan umno namun umno juga tidak dinafikan membentuk landskap politik, ekonomi dan sosial yang ada sekarang, sementelahan umno pada saat kegemilangannya disertai oleh org-org melayu yang jujur dan ikhlas berjuang untuk bangsa dan negara, namun alangkah kecewanya saya melihat setiap kepincangan umno tidak menjadikan pemimpin-pemimpin umno semakin baik dan matang tetapi kekayaan sumber negara yang dikurniakan Tuhan gagal ditadbir dengan betul..samada dari sudut ekonomi,sosial,politik setiap perubahan yang berlaku haruslah diamati dan ditangani dengan matang dan sekiranya kita gagal atau mati dalam perjuangan yang sebenar walaupun dipandang serong adalah jauh lebih baik dan dikenang apabila masanya tiba walaupun jasad tiada lagi di dunia ini...saya mengharapkan pemimpin umno yang berjiwa besar, mampu melihat realiti dari sudut yang lebih 'intelligent' tapi ternyata 3 siri hujah yang saya saksikan, mengundang lebih banyak persoalan dari jawapan..saya melihat pemimpin parti pembangkang, jauh lebih kehadapan dari segi pemikiran politik mereka, dan saya juga melihat mereka ada isu yang sama dihadapi di dalam umno tetapi akibat dari kematangan dalam senario politik yang baru dan kesedaran kuat rakyat terhadap demokrasi menjadikan rakyat melihat parti pembangkang jauh lebih relevan dari parti umno pada masa ini.

Anonymous said...

Rancagan UMNO man ada oran gnak tengok lagi...semuanya pun tak bolih diharap dari atas ke bawah,semua pun sama.Bagi kita rancangan macam budak2 sekolah lagi...he...he...semuanya duit saja.

kopitelp16 said...

Inept & corrupt leaders will destroy the party. If we have them as the leaders of the country, we are more inept!

UMNO will never want to learn as long as they are in power. And to get a tight grip on power, they tend to bend the rules to their favour. The more they do that, the more they distance themselves from the rakyat. It's a vicious circle for them, cancerous and the rakyat suffers with them.

Ainur68 said...

Salam. Saya tidak berkesempatan utk menonton Hujah TV9. Walaubagaimana pun saya boleh mengagak apa yang berlaku. Saya bersetuju dengan saudara I'm Malay. Saya masih sayangkan UMNO tapi saya lebih mementingkan kewarasan saya dari sayang saya kepada UMNO. UMNO perlu berubah cuma sekarang ini tiada sesiapa yang nampaknya berwibawa utk melaksanakan perubahan tersebut.

Anonymous said...

Salam!

Saya bersetuju dgn pandangan tuan tentang hujah2 dangkal dan seloroh-seloroh bodoh yg dijawab oleh dua org jemputan tersebut yg ingin memimpin (sebenarnya ingin kuasa). Memang memalukan! Hairan..hairan..mereka berdua ni masih mahu bertanding.

Apa tiada lagikah melayu didalam UMNO yg ikhlas berjuang dan intelektual masa kini? Patutlah parti UMNO makin malap.