KEMENANGAN Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda Umno yang baru tepat dan sekaligus menunjukkan kebijaksanaan perwakilan pemuda membuat pilihan mereka. Kemenangan Khairy menjelaskan pemuda memilih mengikut citarasa mereka dan tidak terikat dengan kebendaan. Mereka tahu memilih antara intan dengan kaca.
Mana bakal pemimpin muda yang boleh membawa perubahan dan mana yang masih berlegar dalam kepompong lama.
Ada beberapa perkara menarik tentang Khairy yang meletakkan kemenangan baginya.
- Ada keberanian dan bersikap terbuka dan melatari suasana semasa.
- Gigih, tabah menghadapi kecaman ke atasnya terutamanya oleh Dr Mahathir Mohamad.
- Mempunyai keyakinan diri yang kuat dan sanggup menerjah sesiapa saja dengan pandangan dan akalnya sendiri.
- Dia juga lebih rapat dan mesra dengan pemuda.
- Perwatakannya menampakkan kepemudaan berbanding dengan dua calon lain.
- Mendapat simpati apabila beliau dikacau oleh Lembaga Disiplin.
- Kerana langsung tidak didokong oleh bapa mertuanya, Abdullah Badawi.
Soal politik wang mungkin menjadi faktor dan mungkin tidak tetapi saya tidak mahu masukan dalan intry ini. Saya percaya kesemua calon main politik kerana bukan Umno kalau tidak main politik. Rasuah itu sudah sinonim dengan Umno!
Kemenangan Khairy sekali lagi menjelaskan pencalonan tidak menunjukkan gambaran undi yang sebenarnya. Kemungkinan di sini kenapa Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak tempoh hari ialah disebabkan tanpa disedari Mukhriz mungkin menggunakan modal kempen yang melewati orang lain kalaupun tidak dilakukan sendiri tetapi oleh proksinya.
Kehadiran Khairy jangan dipandang sepi oleh parti pembangkang. Tanggapan Umno akan hancur dengan Khairy menjadi ketua pemuda rasanya kurang tepat dan seolah menarik lastik tanpa ada batu dalam pelapiknya. Tanggapan dan tuduhan ini tidak mudah untuk menguburkan Umno di tangan Khairy.
Sudah tentu sebagai seorang yang mempunyai political will yang tinggal Khairy akan cuba memperbaiki dirinya, mempamirkan kepimpinannya dan paling bahaya ialah idea geliga yang ada kepada menantu bakal bekas perdana menteri ini cukup mencabar oposisi.
Petunjuk awal boleh dilihat semasa beliau berucap selepas diumumkan sebagai ketua pemuda Umno baru. Penuh bersemangat, bervisi dan mempunyai gerak body yang sesuai dengan citarasa pemuda dan saya yakin ramai juga puteri yang teruja dengan kemenangan Khairy itu.
Melihat kepada ucapan dan gaya Khairy selepas diumumkan kemenangan itu entah kenapa ingatan saya terhimpau pada tahun 1982 dulu ketika mana Anwar Ibrahim memenangi jawatan ketua pemuda Umno dengan mengalah Suhaimi Kamaruddin. Kalau tidak silap juga dengan undi sekitar 50. Ada aura Anwar di keliling Khairy.
Inilah yang parti pembangkang kena awasi. Terutamanya Pas yang juga akan memilih ketua pemuda baru memerlukan pemuda yang setanding dari segi semangat, kelimuan dan pengalaman politik yang mantap.
Ingat untuk berhadapan dengan Khairy tidak cukup kalau setakat mengungkitkan apa yang dituturkan oleh Dr Mahathir ke atasnya selama ini atau mengungkitkan soal kekayaan Khairy menerusi rangkaian perniagaannya.
Mencerita kekayaan orang lain dengan kita sendiri tidak rajin berusaha adalah kerja kurang cerdik. Keburukan lama seseorang itu akan terhapus dengan wibawa dan keyakinan tinggi yang bakal ditunjukkan dari masa ke semasa.
Dalam pada itu sedikit ingat untuk Khairy semoga beliau akan merubah budaya pemuda yang “berhora hore” sebelum ini dan jadilah pemuda yang berkualiti. Khairy sendiri sesudah menjadi ketua perlu mengunting kata-kata kesat yang pernah disebutnya sebelum ini.
Perangai dan dendam Hishamuddin Hussein yang sampai ke lahad memaki hamun Anwar Ibrahim rasanya mungkin tidak wajar diteruskan.
Bukankah keris kini tidak akan diarak lagi? Jadi Khairy kena simpan keris keramat pemuda Umno sebagai kenangan dan suatu legasi Hishamuddin. Khairy kena gerakkan minda pemuda dengan akal yang sihat, berpandangan jauh dan berpolitiklah untuk bangsa dan negara. Jangan sesekali cuba menyempitkan dunia yang luas terbentang ini. [d’kota kl. 8:30 am 26/03/09]
6 comments:
Saya bukan bias kepada sesiapa,sebab itulah saya tidak pernah bercakap soal ini kerana bimbang akan mempengaruhi sesiapa jua (perwakilan),namun setelah keputusan dibuat ada baik nya saya memberi sedikit respon dan tafsiran.
Saya melihat anak muda ini begitu aktif dan agresif,pernah terlibat dengan skot bola "my Team",pernah masuk kedalam kandang pehak lawan untuk berdiskusi,seorang yang kadangkala sanggup turun padang bersikap "Low profile" bagi memahami kehendak diakar umbi. sikap terbuka ini tidak ada pada orang lain melainkan Mukhriz yang ada sedikit semangat berteloransi dengan dengan mengajak parti lawan untuk mencari satu titik perpaduan, manakala seorang lagi sifatnya bagaikan kacang lupakan kulit,sebagai contoh kecaman dan doa penduduk kampung Beremban (setingan) yang dirobohkan tanpa pembelaan sewajar telah mengikibatkan beliau jatuh dari tahta MB.
Berbalik pada KJ ada sedikit kecacatan kerana dikatakan terpalit dengan politik wang,namun demikian jika beliau mahu mengubah pemuda maka adalah terlebih baik beliau juga mengubah segala kekoran tersebut dari dalam...jadi fikir betul betul !
jadi ke yeop pertemuan 8 biji mata tu? tulis la sikit. jangan buat debar..
apa pun sy setuju pndangan mso dalam bab ni. ada puak kita yang pandang dari satu demensi sahaja. Khairi sedia merubah dirinya dan parti. yang penting umno kekal dan dia naik. lihat dalam debat dgn Husam di KB tu, Khairi berterus terang salah dan silap umno dan akui akan buat perubahan. dia juga puji kerajaan kelantan. ingat! manusia akan lebih tersentuh dengan manusia yang buat salah tetapi mengaku salah dan meminta maaf, berbanding manusia yang menyerang terus menerus orang itu salah dan salah. sebab tu kalau saya, saya sukakan mukhris menang, kerana walaupun imej nampak bersih, tapi bodo politik. bangun dalam parlimen, sekali kena sergah, sengeh-sengeh pastu duduk. dia tak reti lawan.
Cumanya satu la kat sini yang bagus. bila khairi menang, maka serangan mamak bendahara kepada umno mungkin diteruskan kerana bengangnya mahathir atas kekalahan anaknya. kat situ jelah pembangkang boleh ambil millage politik..
Assalamu 'alaikum,
Saya berpendapat, semua pemimpin politik yang beragama Islam kena lebih kerap saling berkunjung dan berjumpa. Tidak perlu rasmi-rasmian, memadai atas dasar masing-masing mempunyai kalimah "Laa ilaaha illalLah, Muhammadur Rasuulullah" di dalam hati masing-masing.
Parti letak tempat nombor 10, yang perlu diwahidkan ialah agama. Sering-seringkan bertemu. Mungkin parti asing-asing, tapi akhirnya Agenda akan menjadi SATU.
wallahul-musta'an...
sangFaqir
Walaupun saya bukan ahli UMNO tetapi pernah hadir pada majlis bersama Khairy (KJ).. saya akui beliau seorang yang peramah.
Saya sempat juga mendengar ucapan beliau selepas kemenangan malam tadi, saya akui ucapannya dan gaya pidatonya cukup hebat setanding dengan Anwar Ibrahim...
Justeru, kepada parti2 pembangkang jangan lupa dan pandang remeh dengan kemenangan khairy. Malam tadi saya nampak bekas orang kuat Anwar dan Ezam pun dah menang semula sebagai EXCO Pemuda. Orang yang saya maksudkan ialah Lokman Adam.. Ini pun tidak kurang hebat juga pidatonya.
So pembangkang kena hard work untuk 3 Pilihanraya kecil ini. Pemuda UMNO akan cuba tunjukkan pecak silat pertama mereka nanti..
-NH Shah Alam-
Tuan MSO
Terima kasih di atas maklumat yg bagi saya lebih tepat dari media perdana Malaysia.
Mungkin selepas ini, tuan MSO dapat memberi komen2, teguran2 kepada pemimpin pakatan rakyat tentang pentingnya mereka tidak alpa dalam membela nasib rakyat, kerana pada penilaian saya KJ amat dinamik dan berani dari segi kepimpinan beliau, lebih berani utk menjadi champion kepada masalah rakyat bawahan, dan berani berdepan dengan siapa jua dari pakatan rakyat utk berbahas, berbincang waimma DSAI.
Teguran keras tuan, walaupun pahit tapi patut direnungi oleh pemimpin pakatan rakyat.
Ikhlas dari saya
Nizam UK
salam,
menarik info yang tuan bagi. memang khairy nie ada aura tapi selalu dibayangi bapak mertua dia. harap harap biler pak lah bersara, khairy can stand alone as a good leader...
Post a Comment