Monday, March 30, 2009

Bintang Mengerdip

Tahniah Kepada Mohd Amar Kerana Dianugerah Darjah Kebesaran

PENGERUSI Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi, Mohd Amar Nik Abdullah, 47 (foto) hari ini menerima anugerah darjah kebesaran, Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DKJMK) yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahaya Petra.

Anugerah itu di sampaikan hari ini pada majlis adat istiadat sempena hari ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-59. Majlis berlangsung di Balai Besar, Kota Bharu.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor, Pengkalan Chepa merupakan penerima tunggal darjah kebesaran dari kalangan ahli politik Kelantan pada hari keputeraan Sultan Kelantan kali ini.

Mohd Amar salah seorang anggota Exco yang menjadi kesayangan Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan anak pemimpin terulung Pas Kelantan yang sezaman dengan Nik Aziz, Nik Abdullah Arshad yang juga kawan dan guru politik Mursyidul Am Pas itu.

Bintang politik Mohd Amar mula menyerlah ketika beliau menjadi ahli Parlimen Pengkalan Chepa sebagai mengganti ayahnya yang berundur dari politik pada tahun 1995. Di kalangan pemimpin pelapis Pas Kelantan beliau dikata tokoh yang benar-benar mengetahui mengenai suka duka perjuangan Pas Kelantan sebab beliau mengikut jejak ayahnya sejak kecil lagi.

Tahun 1999 Mohd Amar dibawa balik bertanding di DUN Panchor untuk membantu kepimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan dilantik menjadi salah seorang Exco. Pengembalian itu juga sebagai persiapan untuk mendedahkan Mohd Amar dengan seluk belok kepimpinan peringkat negeri.

Dalam hierarki Pas Kelantan beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAs Kelantan bersama Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Mohd Amar seorang pemimpin pelapis yang suka merendah diri dan bekerja dalam senyap. Beliau juga tidak menggemari kepada publisiti melebih-lebih, malahan publisiti mengenai dirinya seakan langsung tidak ada ini menyebabkan sesetengah orang tidak pernah merasai kehadirannya.

Mohd Amar juga merupakan gandingan dengan seorang lagi Exco yang bertindak sebagai membantu Nik Aziz untuk merancang pembangunan sosial dan kebajikan rakyat, iaitu Takiyuddin Hassan (Datuk).

Penerimaan darjah kebesaran hari ini yang membawa gelaran Dato' membuktikan kepimpinan dan ketokohan Mohd Amar sebagai pemimpin selepas Nik Aziz diikhtiraf. Tahniah kepada Mohd Amar. [wm.kl. 9:15 pm 30/03/09]

3 comments:

zeme said...

Salam Tuan Haji MSO,

Pengurniaan Darjah DMJK memang kebiasaannya dianugerahkan oleh Al-Sultan kepada ahli dan bekas ahli politik Kelantan yang banyak berjasa seperti juga yang pernah diterima oleh Dato' Ahmad Yaacob, Dato' Wan Abdul Rahim, Dato' Anuar Tan Abdullah.

Pengurniaan Darjah DKMK kepada Dato' Mohd Amar jelas suatu pengiktirafan kepada beliau yang jelas bagi saya antara pelapis politik yang mempunyai masa depan cerah waima untuk menjadi calon pilihan bakal Menteri Besar sekiranya Dato' Nik Abdul Aziz mengundur diri. Ketokohan beliau jelas ketara antara EXCO yang berkaliber terutama dalam bidang pendidikan.

Tahniah buat beliau atas kurniaan Darjah DMJK.

Wan Naza said...

abe MSO,
macam ada yang tertinggal atau memang tidak mahu menulis pun nama seorang lagi timbalan pesuruhjaya pas kelantan... hehehehe atau memang sudah bertukar jawatan saya tak tahu la..

Haikal Sulaiman said...

ust. nik amar merupakan exco yang dikalangan terakhir yang mendapat gelar dato' ,tidak seperti orang lain ... dia wakil rakyat di dun saya..
semoga dia diberi kekuatan untuk mentakbir negeri seterusnya diberi amanah untuk menduduki takhta no.1 kerajaan negeri ..
biarlah orang yang rendah diri memimpin negeri ini !!