Tuesday, March 17, 2009

Spekulasi Pagi

Selamatkah Ali Rustam?

[kemaskini] SAH Mohd Ali Rustam telah dilucutkan daripada layak bertanding selepas didapati bersalah melakukan politik wang. Perkara ini diumumkan oleh pengerusi Lembaga Disiplin parti Tengku Ahmad Ritahuddeen Tengku Ismal sekejap tadi.

Beliau dilarang selama tiga tahun daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Hukuman itu buat mengikut Artikel 9(c) Perlembagaan Umno.

Turut digantung ialah Setiausaha Politiknya, Saadon Basrion yang juga dilarang bertanding apa-apa jawatan selama tiga tahun.

Mereka lain dikenakan tindakan sama ialah Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Mokhtar Samad, timbalan ketua wanita bahagian itu, timbalan ketua Umno Bahagian Kuala Krai, ahli Parlimen Payah Besar Manan Ismail juga turut dikenakan tindakan digantung selama tiga tahun.

Sementara Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi diberi amaran dan boleh meneruskan pertandingan, manakala Mohamad Khir Toyo yang turut dihadap ke lembaga berkenaan didapati tidak bersalah.

Seramai 29 ahli dikenalkan tindakan 11 daripadanya digantung atau dilarang bertanding.

Mohd Ali Rustam dikatakan bersedia untuk menarik diri daripada meneruskan pertandingan menjelang sehari persidangan agung Umno. Beliau dikatakan akan diselamatkan dari tindakan digantung keahlian sekiranya berbuat demikian.

Khabarnya ada jaminan daripada Mohd Najib Razak bakal presiden Umno. Sekiranya ini bermakna bermakna perjuangan Ali terpaksa undur di sekerat jalan saja.

Berita mengenai perkembangan ini tersebar luas menerusi SMS sejak tengah hari tadi dan saya turut menerimanya sekurang-kurang dari tiga pengiriman dua dikenali dan satu tidak dikenali.

SELURUH pemerhati politik dan perwakilan Umno kini sedang menanti penuh debaran apakah yang akan diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno kira-kira jam 4:00 petang ini. Detik itu juga penting untuk menentukan apakah perjalanan perhimpunan agung Umno minggu depan lancar ataupun menjadi huru hara.

Petang ini Lembaga Disiplin Umno dikatakan akan mengumumkan keputusannya berhubung politik wang. Apakah ada calon yang akan digantung dan dilarang dari bertanding ataupun Lembaga Disiplin Umno hanya sekadar memberi ingatan?

Dipercayai hingga sampai ke saat ini Lembaga Disiplin sedang memikir apakah tindakan terbaik yang bakal diambil. Segala implikasi dan kesan ke atas apa yang bakal diumumkan nanti difikir secara mendalam dan menyeluruh.

Yang pasti dan dibimbangnya ialah, sekiranya Lembaga Disiplin mengumumkan ada beberapa calon yang tidak dibenarkan bertanding sudah pasti keadaan menjadi kacau bilau. Akan timbul bantahan dan protes dari penyokong calon-calon berkenaan.

Dengan tempoh perhimpunan tidak sampai seminggu lagi, sudah tentu kalau berlaku kejadian itu ia menghuru harakan keadaan. Keputusan disaat akhir sebegitu dianggap sebagai sengaja dilakukan untuk menganiayaan calon-calon tertentu.

Katanya ada lebih 20 orang calon yang telah disiasat terlibat dengan politik wang semasa mesyuarat perwakilan bahagian tahun lepas. Di antara 20 nama itu termasuklah Mohd Ali Rustam calon Timbalan Presiden, Khairy Jamaluddin, Khir Toyo calon ketua pemuda, Reza Marican Naina Marican, calon naib ketua pemuda dan lain-lain.

Nama-nama ini sudah lama disebarkan menerusi internet dan SMS.

Nama Ali Rustam kini menjadi tumpuan. Desas desus Ali akan digantung disebarkan sejak minggu lepas dan menjadi rancak sejak dua hari lepas. Ia lebih panas lagi apabila hari ini berita kemungkinan Ali akan dikenakan tindakan terpampang dalam akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Secara automatik apabila Utusan Malaysia menyiarkan berita berkenaan umum akan merasakan ianya maklumat sahih kerana Utusan adalah lidah Umno dulu kini dan selamanya.

Tetapi apa yang menjadi persoalannya kenapa Utusan jadi seberani itu sehingga ianya boleh menimbulkan kecederaan moral kepada Ali? Apakah Utusan juga ada agendanya dan sedang melaksanakan agenda pihak tertentu. Sekiranya tidak ada arahan Utusan tidak akan memainkan berita berkenaan kerana boleh dianggap sebagai menyalahi undang-undang dan adat berorganisasi.

Dalam perkembangan lain Ali Rustam kini dikatakan sudah merasa tertekan. Para penyokong sudah mula berang dan marah dengan apa yang berlaku dan merasakan ianya tidak adil.

Para penyokong Ali dikatakan sudah mula bersiap sedia untuk bertindak bagi membela Ali. Setengahnya sudah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memungkinkan timbul hal tidak diingini dan membimbangkan Umno.

Salah seorang penyokong Ali Rustam dipetik sebagai berkata sekiranya Ali digantung dan tidak dibenarkan bertanding, kemungkinan Ali akan bertindak keluar dari Umno bersama para penyokongnya?

Mungkin kenyataan itu berupa ugutan dan bukan lahir dari mulut Ali sendiri. Sehubungan itu juga kesemua ahli Parlimen Melaka katanya akan membuat tindakan dan protes ke atas nasib yang diterima Ali Rustam kelak. Mereka dikatakan akan bertindak menyokong pembangkang di Parlimen?

Walaupun kenyataan itu sebagai provokasi, namun katanya ia menimbulkan kebimbangan kepada Umno. Dalam situasi sekarang apa saja boleh berlaku. Ekoran itu juga ada maklumat mengatakan pengumuman yang bakal dibuat oleh Lembaga Disiplin nanti penuh dengan semangat berkompromi.

Kalaupun Ali didapati bersalah beliau tidak akan digantung keahliannya kerana kalau tindakan itu diambil ia memberi kesan kepada kedudukan Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Justeru itu Ali mungkin diselamatkan dari digantung keahlian cuma mungkin beliau tidak akan dibenarkan bertanding.

Tunggulah petang nanti. [wm.kl. jam 10:30 am 17/03/09]

3 comments:

Agensi Perisikan Pusat said...

Assalammualaikum Tuan MSO..

saya peminat setia blog ni. Dalam 1 hari purata 4 kali saya masuk cek update lbh2 lagi kalau ada kes hot macam skrg ni. :)

Datuk Japlin Akim salah sorg yg kena gantung keahlian tu adalah ADUN kawasan saya iaitu kwsn Kota Belud.

So boleh tak tuan bagi pandangan tentang status ADUN yg kena gantung ni lepas ni. Adakah masih sbg adun umno ataupun automatik jadi adun bebas?


wassalam

jab sp said...

Tuan MSO
rujuk para 3 daripada bawah:adakah keputusan telah bocor atau memang ulasan tuan berdasar pengamatan corak politik dan hakikat penguasaan politik umno.apapun inilah umno ditanah airku yang tercinta Malaysia

kembara putih said...

walaubagaimana pun, mereka tidak terikat kepada akta pencegahan rasuah. Pemimpin2 UMNO kebal dan undang2 ini hanya dikhususkan untuk rakyat biasa. Bagi yang terpenjara selama beberapa tahun kerana rasuah pasti cemburu dengan fenomena ini. Kalau la mereka diberikan peluang pasti berebut2 menjadi ahli UMNO.