Thursday, March 12, 2009

Selepas Subuh

Ada Tokoh Politik Temui Syeikh Mahmud
Dua Hari Sebelum Abdullah - Anwar Berjumpa!

ADA tanda-tanda menunjukkan pertemuan tidak disengajakan antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Anwar Ibrahim di madrasah Nurul Iman tengah hari kelmarin diaturkan oleh orang tertentu.

Walaupun kedua pihak Abdullah dan Anwar menafikan bahawa pertemuan itu tidak ada apa-apa agenda, yang jelasnya insiden dianggap manis itu diatur terlebih dahulu.

Dipercayai seorang ahli politik menjadi orang tengah atau pun mencetuskan idea supaya mereka bertemu di situ dengan Syeikh Mahmud yang dianggap dan diterima sebagai tok guru oleh kedua pemimpin itu. Mungkin apa yang dihajati keduanya bukan berbincang tetapi sekadar mendengar apa yang diperkatakan Syeikh Mahmud.

Dua hari sebelum Abdullah dan Anwar berjabat salam selepas solat Zohor semalam ahli politik berkenaan dikatakan ada mengunjungi Syeikh Mahmud. Tokoh itu menemui Syeikh Mahmud dalam keadaan berpakian ala-ala sufi iaini dengan memakai kupiah, bukan songkok seperti lazimnya.

Gambar tokoh berkenaan dengan Syeikh Mahmud juga ada dan turut dimuatkan dalam blog atau internet. (Saya tidak akan menyiarkan dulu sebelum disahkan).

Selalunya tokoh ini mengenakan songkok dan jarang sekali mengenakan kupiah kecuali semasa beliau mengerjakan umrah kira-kira 10 tahun lalu.

Walaupun kehadiran tokoh berkenaan yang dikenali sebagai peminat kepada kedua negarawan itu mungkin sebagai kunjungan murid terhadap guru adalah dipercayai tokoh berkenaan memberi ilham agar kedua negarawan itu berjumpa dengan dengan Syeikh Mahmud secara serentak agar boleh mendengar nasihat daripada tuan guru berkenaan.

Tanda-tanda terbaru ini menolak sama sekali pertemuan mahabbah Abdullah - Anwar itu berlaku secara semulajadi melainkan ada motif politik di sebaliknya.

Abdullah semasa berada di Kota Kinabalu semalam menafikan sambil menjelaskan pertemuan itu tidak disengajakan bagaimana pun mengakui beliau dan Anwar hanya mendengar saja apa yang dittuturkan oleh Syeikh Mahmud.

"Dia (Syeikh Mahmud) yang cakap dan sebagai tok guru kita denganrlah," jelas Abdullah.

Apabila diasak apakah ada apa-apa perundingan dan perbincangan politik pada pertemuan itu, dengan wajah berseri dan tersenyum beliau menjelaskan tidak ada apa-apa dan meminta agar jangan membuat apa-apa spekulasi.

"Tak ada apa-apa dan janganlah buat spekulasi," begitulah kata Abdullah sambil ketawa.

Sementara itu di luar orang ramai yang teruja dengan pertemuan itu mengharapkan ianya menghasilkan sesutau yang baik demi masa depan negara. Seorang penjenguk blog ini melahirkan rasa gembira atas apa yang berlaku dan dia mendoakan semoga pertemuan itu akan membawa kepada kedua pemimpin berasa dari Pulau Pinang menjalini semula persahabatan mereka. [wm.kl 6:30 am 12/03/09]

3 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan MSO,

Bagus jika DS Anwar makan tengah hari dengan Ku Li juga.

Kalau Ku Li dan 40 orang ahli parlimen yang menjadi pengikutnya masuk PKR, baru Najib sakit tenat!

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum,

Pertemuan itu tidak dirancang oleh Pak Lah dan Anwar, mungkin benar. Tapi dirancang oleh orang lain, mungkin benar. Syaikh Mahmud diterima sebagai Tok Guru oleh kedua-duanya, adalah benar (setakat yang saya tahu).

Yang pasti, Syaikh Mahmud memang ada bercakap dengan kedua-duanya. Apa yang dicakapkan? Rasanya MSO ada maklumat yang detail tentangnya.

Ni saya duk tunggu dua-dua ni kena panggil oleh TG Haji Salleh Penanti pulak.

Apa pun, apa yang pasti, pertemuan dua orang yang sama-sama ada kalimah Laa ilaaha illalLah, tetap mulia dan menggembirakan Allah Taala.

Kepada yang risau, kenapa ulamak spt TG Nik Aziz atau TG Hj Hadi takd ijemput sama, tak perlu le pertikaikan isu ini. Yang Mulia Tuan-tuan Guru ini semua ada peranannya masing-masing di sisi Allah. Dan masing-masing dalam bidangnya masing-masing sedang berkhidmat kepada Allah.

Cuma kalau ada himmah dan hikmah daripada pihak PAS, mungkin mereka boleh aturkan muqabalah mujamalah antara semua Tuan-Tuan Guru ini.

Wallahua'lam.

Wassalam.

ISMAIL A.KADIR said...

Assalamualaikum.

Saya berharap demi kebaikan Agama Islam,Negara dan Bangsa Melayu! Dato' Seri Najib juga diharap bertemu dengan Dato' Seri Anwar membincang perkara tersebut...........Buang rasa ego!