PEREBUTAN ketua pemuda Umno semakin menarik. Tiga calon sedang berusaha keras untuk menawan hati kira-kira 600 perwakilan. Macam-macam bentuk dan pendekatan diambil ketiga-tiga calon. Selain daripada sentuhan dan intraksi langsung dengan perwakilan, mereka juga muncul di khalayak ramai menunjukkan kebolehan, kewibawaan dan kewiraan mereka.
Masa meletusnya pergolakan politik tempoyak di Perak baru-baru ini ada calon yang turun ke Ipoh mengepalai demonstrasi anti Pakatan ataupun ke Penang membuat laporan polis terhadap Karpal Singh yang dianggap menghina raja bagi menunjukkan belang keberanian. Jika hendak dikira apa kena mengena aksi dan tindakan itu dengan pertandingan ketua pemuda. Tapi kerana nak tunjuk hebat terpaksa dibuat kalau tidak nanti perwakilan tidak merasakan ketua mereka hebat pula.
Selain itu mereka juga membuat kenyataan akhbar dan membentangkan agenda dan misi masing-masing. Perdebatan dalam racangan hujah di TV9 adalah satu kesempatan yang cukup baik bagi mereka menunjukkan kebolehan dan kecekapan berfikir. Dalam racangan itu, Mohamad Khir Toyo dilihat hebat dan menguasai majlis berkenaan dengan idea Islamnya. Sekurang-kurangnya Khir nampak warak berbanding dengan dua lagi calon.
Ketiga-tiga calon itu juga kini selesa dan masing-masing ada keyakinan tersendiri. Berpandukan kepada laporan rawak masing-masing menguasai antara satu sama lain. Dari kajian dilakukan kakitangan akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan teamnya, Khairy Jamaluddin mendahului Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir. Manakala kajian rawak media massa pula meletakkan Khir sebagai calon popular.
Mukhriz dipilih oleh kajian bersistemetik Merdeka Centre (MC). MC meletakkan Muhkriz ditempat pertama dengan mendapat lebih 50 peratus berbanding dengan Khiry dan Khir yang mendapat peratus sama di bawah 20 peratus. Kelebihan kepada Mukhriz itu mungkin disebabkan koresponden yang ditemui MC adalah kalangan muda dan rakyat biasa yang lebih terikut dengan sentimen yang dimainkan Mahathir Mohamad!
Berasaskan kepada indikator itu ketiga-tiga mereka saling bersaingan antara satu sama lain dan masaing-masing mempunyai modal atau asas bagi menyakinkan diri sendiri dan juga perwakilan lain. Mereka juga saya percaya akan memerah darah di badan masing-masing sehingga kering demi menggapai kemenangan.
Bagaimana pun keselesaan Khir yang diperolehi Khir menerusi ramalan rawak media merudum secara mendadak sehari dua ini apabila berbagai skandal, penyelewengan, penyalah gunaan kuasa yang didakwa dilakukan olehnya didedah di sidang DUN Selangor. Pendedahan isu-isu yang masam dan busuk mengenai Khir itu menyebabkan prestasi dan kewarakannya disemak semula. Tentunya perwakilan membuat renungan mendalam mengenai kredibiliti Khir sebagai seorang pemimpin selepas timbulnya pendedahan demi pendedahan itu.
Sebenarnya apa yang menimpa Khir kini disebabkan salah beliau juga. Khir becrcakap sedap mulut dan tidak berhati-hati. Khir membelakang bidalan Melayu, bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar. Semua pendedahan mengenai Khir itu disebabkan keghairahannya mendedahkan kebusukan dan keburukan orang lain tanpa mengingati penyakiti diri sendiri. Sepatutnya kalau Khir menyedari dirinya juga ada kudis jangan cuba hendak menunjuk panau di belakang orang.
Khir sudah melakukan kesilapan besar bila beliau menyerang Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Serangan terhadap Khalid berhubung isu-isu pemberian lembu korban, penggunakan kereta sendiri untuk menjalankan urusan kerajaan tidak relevan dan bukan isu sebenarnya kalaupun Khir berniat hendak merampas balik kerusi Selangor.
Isu-isu itu adalah isu bersifat peribadi lagi pun ia bukan isu yang memudaratkan kedudukan negeri Selangor. Apa dilakukan Khalid seperti memberi lembu korban, menggunakan kereta Lexus bukan mejejaskan kewangan negeri dan menyusahkan rakyat. Ia bukan satu penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dalam erti kata sebenarnya.
Khir tidak tidak waspada dalam soal memilih isu untuk dimainkan bagi memperlihatkan dirinya hebat. Lagipun isu-isu berhubung sekitar MB itu adalah isu local untuk rakyat Selangor saja. Sepatutnya Khir kena tinggalkan isu itu dan menumpukan kepada isu-isu nasional dan global, kerana jawatan yang beliau ingin rebutkan itu bukan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, tetapi Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Dalam hal ini Khir mungkin boleh meniru ataupun cuba menimbulkan idea kontemporari yang menjadi desakan dan kerinduan ahli-ahli Umno seperti mana yang cuba ditumbulkan oleh Khairy Jamaluddin yang membentangkan ideanya bagaimana untuk melakukan perubahan positif demi memulihkan prestasi Umno yang makin buruk di mata rakyat.
Macam mana Khir nak memperbetulkan keadaan dirinya hari ini. Sidang DUN Selangor semalam telah menambah dan mendedahkan lagi beberapa masalah atau penyakit kepada Khir. Adun Hulu Kelang, Shaari Sungip mempersoalkan bagaimana isteri Khir, Zaharah Kecil boleh menggunapakai kereta Renge Rover bernilai RM500,000.
Kereta itu katanya milik Kumpulan Darul Ehsan Sdn. Bhd. Apakah keistimewaan dan kelayakan Zaharah untuk mendapat kemudahan itu. Pastinya perbelanjaan minyak dan nilai kereta itu sendiri lebih mahal daripada harga lembu korban yang dihantar Khalid ke Bandar Tun Razak?
Sudang DUN juga turut menyebut soal pembelian jam mahal bernilai RM150,000.
Sudang DUN juga turut menyebut soal pembelian jam mahal bernilai RM150,000.
Mengenai jam ini saya teringat kepada cerita bagaimana Abdullah Ahmad Badawi pernah menegur jam Khir yang mahal. Kata Abdullah, cantik jam Khir, tentu mahal. Mengenai jam mahal ini Abdullah sudah pun menyebut lama sebelum ini. Mungkin juga antara sebab kenapa Abdullah tidak menyenangi Khir kerana lagak dan gaya hidupnya.
Penyakit dan juga isu yang didedahkan oleh sidang SUN Selangor ialah mengenai kos perjalanan udara Khir Toyo dari September 2001 hingga Januari 2008 yang berjumlah RM 349,134. Jumlah itu ternyata lebih daripada harga lembu-lembu yang dihantar Khalid ke Bandar Tun Razak.
Perjalanan udara yang dilakukan Khir dalam tempoh itu ialah ke London, Bangkok, Tokyo, Los Angeles, Dubai, Taipe, Seoul, Paris, Perth, Millan, Venice, Amsterdam. Nasib baik kerajaan Pakatan tidak menyiasat apakah tujuan dan maksud Khir mendatangi negara-negara berkenaan. Mungkin Khalid tidak mengetahui apakah tujuan Khir ke Perth Australia. Pemergian Khir ke Perth bukan sekali boleh dikatakan setiap tahu. Itu secara rasmi tidak rasmi, lebih kerap.
Tentu ada sesuatu yang dilakukan Khir di Perth yang pastikanya bukan untuk melihat Kangaroo saja!
Lebih mengejutkan lagi pembelian tikit penerangan itu dilakukan oleh syarikat Green Advanture Holiday Sdn. Bhd di mana syarikat ini didakwa ada hubung kait dengan kekeluargaan Khir Toyo. Semua perjalanan Exco dan kakitangan kerajaan Selangor katanya menerusi syarikat ini.
Semua pendedahan balas dendam oleh Khalid itu menyakitkan Khir untuk berhadapan dengan perwakilan Pemuda dan perhimpunan agung Umno. Khir kena jawab dan menjelaskan kalaupun bukan kepada rakyat tetapi kepada perwakilan. Perwakilan pasti akan bertanya samada pendedahan itu benar atau tidak.
Pendeknya semuanya menyerabutkan Khir. Yang tentunya pendedahan bukan berhenti setakat itu sahaja. Agen-agen kempen Mukhriz dan Khairy pasti akan menokok tambahnya selain daripada terus mencari maklumat terbaru mengenai Khir Toyo. Dan apakah apabila Khir mendakwa ada usaha mensebotajnya untuk menangi jawatan ketua pemuda itu ia adalah satu helah awal Khir bahawa peluangnya kini sudah nipis? [wm.kl. 10:30 am 13/03/09]
3 comments:
Tersilap langkah boleh berundur tapi dah tersilap cakap nak undur macamana, hadapi sahajalah, walaupun saya tak sokong umno tapi saya lebih selesa dengan pendekatan dan strategi Khairy Jamaluddin, satu vote utk KJ.
Secara peribadi walaupun saya bukan orang UMNO tetapi saya lebih suka kepada KJ berbanding dengan yang dua orang lagi.
Saya pernah hadir majlis Khairy di shah alam seketika dulu dan sempat berbual mesra dengan beliau.. dengan khir pun saya pernah berjumpa tetapi khir agak tidak mesra alam. Nampak ego sikit..
Mukhriz pulak terlalu ikut telunjuk bapanya (Mahathir)... Mahathir telah menghancurkan UMNO dan dizaman beliau juga banyak masalah yang timbul. Penghapusan Imuniti Raja-Raja dan membunuh bahasa Ibunda (bahasa Melayu).
So kepada Perwakilan UMNO jangan pilih Mukhriz. Kalau dia menang, dia akan meneruskan dasar-dasar bapanya. Bidalan pernah berkata "Kuah kalau tak tumpah ke nasi nak tumpah kemana lagi? Tentulah ke nasi juga"
NH Shah Alam
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera
Bila menyebut Khir Toyo, teringat saya masa beliau masih berkuasa sebagai MB Selangor. Pernah beliau baru pulang dari negeri Sabah/ Sarawak melalui KLIA punyalah ramai penyokong menyambutnya. Bayangkan laluan domestik yang luas itu dipenuhi rombongan Khir bersama penyokongnya berjalan keluar dari Balai Ketibaan Domestik sehingga menyebabkan orang ramai dari laluan bertentangan susah hendak lalu.
Keadaan ini jauh bertentangan dengan MB2 dari PR yang saya jumpa di KLIA. Saya pernah bersalam dengan TGNA yang baru sampai dari KB. Beliau hanya ditemani oleh PA beliau. Begitu juga KM P.Pinang, Lim Guan Eng hanya berseorangan sahaja di KLIA tanpa diiringi oleh sapa2. Malah sewaktu TGHA menjadi MB Trengganu, beliau selesa bergerak dengan rombongannya seramai 3-4 orang. Begitu juga Abg Mat Sabu dan Datuk Mahfuz Omar.
Ternyata pemimpin2 utama negeri2 yang dikuasai PR tidak menitikberatkan kerenah protokol. Memandangkan tiada kerenah protokol, sempatlah saya bertanya khabar dengan mereka.
Kalau pemimpin BN jangan haraplah nak bersalam dan bertanya khabar. Kecuali jika musim pilihanraya, tak sempat kita sambut salam, mereka terlebih dahulu berjabat tangan dengan kita dan bertanya khabar.
Post a Comment