Shahrizat Ketua Baru Wanita, Khairy Ketua Baru Pemuda Umno
[kemaskini 11:26] SAHIH Khairy Jamaluddin telah dipilih sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia yang baru mengalahkan Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo. Khairy mendapat 304 undi. Khir mendapat 254 undi manakala Mukhriz mendapat 232 undi.
Pengumuman baru sekejap tadi diumumkan pengerusi tetap Abdul Fatah Iskandar.
Jawatan naib ketua pula disandang Razali Ismail menewaskan Riza Marican Naina Marican.
[kemaskini 11:00] Rosnah Abdul Rashid Shirin telah dipilih sebagai ketua Puteri Umno yang baru menggantikan Noraini Ahmad. Manakala Shahnim Mohd Yusuf pula dipilih sebagai naib ketua Puteri.
SHARIZAT Abdul Jalil telah dipilih sebagai ketua wanita Umno baru menegalahkan penyandang Rafizah Aziz. Keputusan diumumkan pengerusi tetap pergerakan itu Napsiah Omar sekejap tadi. Shahrizat mendapat 507 undi manakala Rafidah 280 undi.
Naib ketua wanita dimenang Kamalia Ibrahim tidak bertanding. [kl. 9:10 pm 25/03/09]
2 comments:
Salam,
UMNO sukar berubah. Ahli UMNO amat sukar untuk di tegur malah amat payah untuk memahami apa itu kehendak rakyat jelata. Rakyat melihat dan memerhati dengan penuh minat perkembangan persidangan kali ini. Pelbagai harapan dan andaian diletakkan kepada para perwakilan bagi mengubah UMNO ke tahap yg lebih baik dan sebagai pelindung kepada agama Islam dan bangsa Melayu. Berdasarkan kepada keputusan jawatan Ketua Pemuda UMNO, ini secara langsung merupakan 'benchmark' atau penanda aras yang sangat penting kepada hala tuju UMNO di masa hadapan. DS Shahrizat sedikit 'tempang' kerana beliau bukanlah seorang Ahli Parlimen yg menang dalam pilihanraya yg lalu. Ketua Puteri pula adalah orang Sabah dan perlu kerap turun padang di Semenanjung. Sukar untuk menaksirkan keputusan tersebut..tetapi gerak hati sendiri sukar untuk menipu diri kita..DS Najib bakal berhadapan kesukaran yang besar dalam menjawat jawatan sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri... itu sudah pasti...! Mampukah Barisan Nasional bertahan untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 ataupun Wawasan tersebut bakal direalisasikan nanti oleh Pakatan Rakyat melalui sokongan oleh penggundi baru seramai 4 juta orang di tambah pula oleh separuh penggundi sedia ada ( berdasarkan jumlah undi popular pilihanraya lalu 52 % ) yg memangkah PR pada pilihanraya yang lalu? Rempuhan yang bakal berlaku nanti amatlah besar dan mempunyai daya momentum yang amat kuat. Mampukah BN bertahan?
Tahniah untuk Khairy Jamaludin (KJ) kerana terpilih menerajui Pemuda UMNO. Saya mengikuti pengumuman Kemenangan KJ malam tadi. Ucapan penangguhan beliau cukup bersemangat sekali. Pidato beliau cukup hebat kalau nak dibandingkan dengan Hisham.
KJ kena mengambil pengalaman lalu untuk dijadikan iktibar, sekiranya beliau ingin menjadi Ketua Pemuda yang berintegriti. Kikiskan tanggapan masyarakat yang beliau naik kerana Pengaruh Pak Lah...
Walau pun saya bukan Ahli UMNO tetapi saya lebih suka Khairy berbanding dengan Ayam lama yang dua orang lagi itu. Mukhriz adalah Proksi kepada Mahathir... Khir Toyo hanya pandai cakap berdegar-degar tetapi ekor bergelumbang dengan najis Rasuah...
Good Luck For Khairy..
-NH Shah Alam-
Post a Comment