Wednesday, March 25, 2009

Dari PWTC

Pengiraan Undi Pemilihan Ketua Pemuda Sedang Rancak

[kemaskini 7:45 malam] Perang saraf untuk menenangkan debaran di dada masing-masing penyokong kepada tiga ketua pemuda semakin menjadi-jadi kini. Ketiga-tiga calon, Mukhriz, Khir dan Khairy dikatakan 'menang' dan sedang mendahului antara satu sama lain.

Kalangan penyokong Mukhriz yakin anak bekas perdana menteri ke-5 itu akan dinobatkan sebagai ketua pemuda baru. Manakala penyokong bekas MB Selangor pula mendakwa Khir mengatasi Khairy dengan kelebihan kurang 20 undi.

Begitu juga para penyokong Khairy masih berpegang kepada senario selepas pengudian lewat petang tadi tetap beranggapan Khairy akan menang. Menurut bancian mereka Khairy memperolehi kelebihan majoriti lebih 40 undi.

Pengiraan undi sudah pun selesai cuma tunggu pengistyharan sahaja. Masing-masing badan yang berhak sudah pun dapat merasai alamat mengenai diri mereka sendiri, cuma tidak mahu membuka mulut untuk membiarkan penyokong masing-masing terus menyimpan harapan.

PENGIRAAN undi jawatan Ketua Pemuda kini sedang rancak dijalankan. Keputusan dijangka akan diketahui jam 9:00 malam ini. Bagaimana pun biasanya keputusan tidak rasmi sudah akan diketahui menjelang jam 7:00 malam. Selalunya keputusan pemilihan Umno bocor awal.

Siapakah yang bakal menerajui sayap kanan Umno itu.

Ketiga calon hingga jam jam 5:00 petang ini masing-masing dikatakan mempunyai peluang sama banyak. Setengah pemerhati dan broker politik percaya Mukhriz Mahathir akan memangi jawatan itu. Keyakinan ini berdasarkan kepada Mukhriz yang tidak diusik oleh Lembaga Disiplin Umno seperti mana dilakukan ke natas Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo.

Pemerhati yang bias kepada Mukhriz dan tidak senang dengan Khairy membuat kesimpulan Khiray akan kalah kerana ekoran tindakan Lembaga Displin yang mendapat beliau bersalah. Walaupun Khairy dibenarkan bertanding namun reputasinya sudah rosak.

Hakikat ini diakui sendiri oleh penyokong Khairy. Mereka sedikit tergugat dengan keputusan itu menyebabkan kedudukan Khairy yang selesa seminggu lalu berubah dengan mendadak. "Kedudukan Khairy berubah sikit sekarang," kata perwakilan dari Pantai Timur.

Dalam pada itu kedudukan Khir Toyo juga selesa. Khir dikatakan mendapat simpati daripada perwakilan yang tidak mahu melihat ketua pemua itu dibolot oleh mereka yang berkelas bangsawan seperti Khairy dan Mukhriz. Satu masa kedudukan Khir lebih baik dari Khairy.

Bagaimana pun seperti juga Khairy, Khir juga ada masalah tersendiri bila beliau dibabitkan dengan isu rasuah semas amenjadi MB Selangor dan juga penglibatan isterinya dalam Balkis yang melibatkan wang sebanyak RM 9 juta.

Samada siapa yang menang ia juga bergantung kepada aliran pemikiran perwakilan pemuda hari ini. Sekiranya Pemuda termakan dengan isu-isu personal sudah pasti Mukhriz akan menang. Sebaliknya sekiranya perwakilan membuat berdasarkan pemilihan, Khir dan Khairy akan menjadi pilihan.

Soalnya apakah pemuda memilih berdasarkan siapa yang menghulurkan rasuah terbanyak? Kalau pemilihan berdasarkan aliran itu maka sesiapa yang menang nanti jelas mengeluarkan wang yang banyak.

Sementara pandangan di luar lingkungan pejabat Umno petang ini meletakkan Khairy kemungkin berjaya memintas Mukhriz dan Khir dengan kemenangan tipis sekitar puluhan undi sahaja. [wm.kl. 6:30 25/03/09]

1 comment:

jab sp said...

Tuan MSO,
Ditakdirkan jika Khairy menang,ia akan memberi satu petunjuk yang positif bahawa masih ada cahaya perpaduan dalam penyatuan umat Melayu di Malaysia.Penerimaan terhadap Khairy ,terutama selepas ulasan beliau terhadap perlunya media semasa bagi membuat liputan di PAU tentu juga sebagai indikator bahawa pengampu Najib akan tewas dalam pemilihan MT dan Naib Presiden.Sebagai peminat politik dan penyokong PR,saya tidak bolih katakan ,pedulikan apa yang terjadi dengan UMNO-BN.Mahu tidak mahu saya teringinkan biarlah pengerak UBN terdiri daripada seoarang yang sedikit baik daripada kalangan tidak baik.