Monday, March 23, 2009

Berita Tengahari

Yahaya Belum Cadang Buat Laporan Balas ke Atas Khairy

PENULIS buku politik Yahaya Ismail (foto) akan menunggu perkembangan berhubung laporan polis dibuat Khairy Jamaluddin ke atasnya semalam sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Semalam Khairy Jamaluddin telah membuat laporan polis terhadap buku tulisan Yahaya berjudul Khairy Jamaluddin: Tuan dan Sial. Dalam laporan itu Khairy mendakwa Yahaya telah melakukan ugutan terhadapnya dengan meminta RM100,000.

Menurut Yahaya yang dihubungi sekejap tadi beliau juga tidak akan membuat laporan polis seperti mana diuar-uarkan hari ini. “Saya dinasihatkan peguam saya agar tunggu apa perkembangan mengenai laporan polis dibuat Khairy semalam.” ujar Pak Ya.

Yahaya kesal atas tuduhan Khairy yang mengatakan beliau mengunggutnya dengan meminta RM100,000 kalau tidak buku itu akan diterbitkan. Buku berkenaan kini sudah berada di pasaran.

Yahaya mengakui ada berjumpa dengan Khairy yang dibawa oleh orang Khairy ke pejabatnya berhubung penerbitan buku berkenaan. "Saya ada berikan manuskrip buku itu kepada Khairy dan dia telah membacanya dan berjanji akan memberi jawaban keesokan harinya.

"Esok dia bagi tahu yang dia tidak ada wang dan tidak berminat untuk membeli manuskrip itu. Itu saja yang berlaku," cerita Yahaya.

Menurutnya kalau beliau ingin ugut masakan sebanyak itu kerana baginya jumlah terlalu kecil memandangkan kepada kemampuan (jualan) buku-bukunya sebelum ini. “Kalau saya nak RM100,000 tak payah saya ugut saya jual sendiri saja. Kalau 10,000 naskah dengan harga RM20 senaskah saya dah ada RM200,000. RM100,000 kecil bagi saya,” katanya Yahaya berulang kali.

Beliau juga kecewa dengan dakwaan itu kerana sebagai penulis berusia lebih 60 tahun dan menghasilkan berpuluh buah buku didakwa dengan kerja-kerja remeh begitu.

Mengenai isi kandungan buku itu Yahaya menjelaskan beliau membuat analisa terhadap ketiga calon ketua pemuda itu dan mengakui cenderong kepada Mohammad Khir Toyo.

Katanya Khir Toyo berpengalaman, ada track record dan juga seorang pemimpin beriman!

Ditanya ada sesiapa membeli dalam jumlah yang banyak, Yahaya keberatan menjelaskan hanya menjawab; ada yang membeli sampai 1,000 naskah untuk diberikan kepada perwakilan pemuda. [wm.kl. 11:50 am 23/03/09]

4 comments:

jab sp said...

Tuan MSO
Daripada ayat diatur olih Yahaya saya mempercayai ada kebenaran lapuran polis Khairy.Sepanjang pengamatan saja pada stail dan sikap penulis politik,(maaf atas catatan ini)saya tidak diheran jika Yahaya termasuk dalam .Siapa yang Yahya tidak pernah bantai.Ada peluang buat duit,dia lupa apa saja hukum hakam.
Moga Allah memelihara MSO daripada termasuk dalam golongan penulis seperti ni.(harap penyokong PR tidak buat andaian kebudakan dengan menyifatkan saya sebagai penyokong Khairy/UBN kerana bagi saya yang busok perlu dihapuskan tetapi cara penghapusan perlu rasional )

Pantherian said...

woi pak ya, Khir Beriman ??apa la hang tak buka mata ka..byk mana kes rasuah disabit kepada dia..

em-pi said...

Setiap kali diadakan Perhimpunan Agong ada sahaja buku-buku oleh penulis-penulis politik diterbitkan. Apatah lagi jika tahun itu melibatkan pemilihan UMNO.

Saya masih teringat satu masa dulu ada pemimpin UMNO melabelkan penulis-penulis ini sebagai PELACUR.Ini kerana penulis-penulia ini mengambil upah daripada individu-individu tertentu untuk menulis buku-buku dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin lain.

Banyak juga buku yang tidak sempat diterbitkan kerana manuskrip telah "dibeli" oleh pemimpin sasaran, atau pemimpin yang jadi bahan/sasaran" terpaksa membayar" supaya buku tidak diterbitkan. Ada juga yang memberhentikan pengedaran dengan membeli semua buku-buku yang telah dicetak.Ada juga yng membeli kesemua yang dicetak untuk diedarkan kepada perwakilan dengan tujuan menjatuhkan lawan.

Saya bukan penyokong mana-mana calon. Namun saya percaya laporan polis yang dibuat Khairy ada asasnya cuma saya persoalkan kenapa baru sekrang nak buat laporan polis.

Penulis-penulis ini seolah-olah menggangotai satu kelab eksklusif. Kita boleh melihat mereka sering berkumpul di coffee house-coffee house mengatur rancangan untuk menaikkan atau menjatuhkan seseorang individu. Penulisan buku berkurangan sejak kemudahan internet menerusi blog-blog sudah ada. Walau bagaimana pun, perbuatan yang rendah moral ini seharusnya dihentikan.

Anonymous said...

Eh, kalo dapat RM 100K secara lump sum compare dengan nak tunggu buku tu terjual, rasanya baik amik secara lump sum ...

kalo betul difitnah,buat jer la laopran tulis ... ni boleh nak tungu dulu??

Hai ... umur dah senja dah nak mampos pun buat keje2 camtu?

p/s: aku bukan penyokong KJ ...