Empat Pemimpin Tertinggi Parti Berbincang Esok
KURANG 15 jam dari sekarang satu perjumpaan lapan biji mata melibatkan pemimpin tertinggi parti politik akan berlangsung pagi esok di sebuah negeri. Perjumpaan pagi besok adalah penting bagi menentukan hala tuju politik negara dan pendekatan baru yang bakal diambil oleh parti yang dipimpinan oleh pemimpin berkenaan.
Pertemuan itu sedikit misteri kerana pada masa sama Presiden Umno yang akan bersara, Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan ucaptama terakhirnya di perhimpunan agung Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Apakah pertemuan itu disengaja diadakan semasa Umno sedang bermesyuarat?
Difahamkan pertemuan itu akan turut menjelaskan satu idea politik yang kini menimbulkan perbalahan sesama sendiri. Pertemua itu juga besar kemungkinan akan membuat konsesus untuk menerima idea politik berkenaan untuk kebaikan bersama.
Idea politik itu timbul sedikit kekalutan disebabkan berlaku salah faham kemungkinan disebabkan ianya dikelirukan oleh anasir-anasir luar. Sudah semesti pertemuan itu bagi menjelaskan idea berkenaan untuk diterima.
Sekiranya ia bukan untuk diterima mengapa perlu perjumpaan lapan biji mata yang terdiri daripada pemimpin tertinggi parti itu?
Laporan dan ulasan akan menyusul esok. [wm.kl. 7:00 pm 24/03/09]
1 comment:
Saya telah termenung beberapa minit sambil memikirkan siapakah dan dari parti manakah yang akan mengadakan pertemuan misteri yang dimaksud olih sdr MSO....
Ya memang betul perjumpaan ini penting sebagai mengelakkan perbalahan sesama sendiri,sebagai contoh akbar harakah dan suara keadilan telah diGAM pengeluaran walaupun "orang baru" belum lagi mengambil alih tahta namun bayang bayang kuasanya telah ada....jadi fikir fikirkan!
Post a Comment