Tuesday, March 3, 2009

Susupan Malam

Exco Hina Sultan
Kenapa Pemuda Umno Kedah Takut Nak Dedahlah Nama Exco

HARI ini juga berlangsung angkat sumpah sembilan Exco kerajaan negeri Kedah selepas genap setahun mereka berkhidmat. Menurut undang-undang negeri Kedah perlantikan Exco dibuat setahun sekali tidak seperti kebanyakan negeri lain, di mana tempoh perkhidmatan satu penggal kecuali Exco berkenaan ada menghadapi apa-apa masalah.

Kesemua sembilan Exco termasuk MB mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Saya percaya kalau bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam tidak meletak jawatan beliau juga akan turut sama mengangkat sumpah.

Majlis angkat sumpah Exco Kedah itu berlangsung di istana bukannya di bawah pokok!
Dengan kesemua Exco negeri Kedah mengangkat sumpah itu bermakna apa yang dihebuhkan oleh Umno kononnya ada Exco menghina sultan tidak menjadi isu sampai sultan enggan menerima Exco berkenaan. Saya yakin Sultan Kedah sudah pun tahu Exco mana yang didakwa itu.

Apabila Tuanku berkenan menerima angkat sumpah Exco berkenaan maka Sultan tidak teruja dan ikut angin seperti mana kehendak pemuda Umno. Sebanyak 18 laporan polis setakat ini dibuat oleh Pemuda Umno minta Exco berkenaan disiasat.

Kemungkinan juga Sultan tidak mempedulikan desakan Umno itu selagi ianya tidak diputuskan (selesai disiasat) dan mendapat laporan lengkap. Sebagai sultan yang adil baginda tidak akan terikut-ikut dengan sebarang provokasi dan fitnah.

Sehingga kini orang ramai masih menanti-nanti apakah dakwaan Pemuda Umno Kedah itu benar ataupun hanya ilusi. Disebabkan mereka merasakan isu hina sultan, derhaka kepada sultan boleh digunakan pakai maka Pemuda Umno Kedah turut sama tidak mahu ketinggalan untuk memainkannya.

Jika diperhatikan laporan polis itu dibuat menjelang majlis angkat sumpah Exco Kedah. Apa yang diharapkan ialah semoga adalah salah seorang Exco itu tidak diterima menghadap dan itulah yang mereka tunggu. Itulah tektik dan strateginya. Tetapi apabila kesemuanya mengangkat sumpah Pemuda Umno kecewa sekali.

Saya setuju dengan gesaan dan pandangan MB Kedah, Azizan Razak yang meminta Pemuda Umno menyebut nama Exco berkenaan. Katanya dia tidak mahu layan tuduhan tanpa nama itu dan menyifatkan beliau masih banyak kerja lain lagi untuk dilakukan.

Iya, kenapa kalau Pemuda Umno ada bukti tidak disebut nama Exco berkenaan? Untuk apa dirahsiakan? Apa nak takutnya. Bukankah berani itu kerana benar dan bukan kerana salah. Jika nama Exco itu tidak disembunyikan senang untuk orang ramai membuat penilaian awal mengenai sejauh mana tuduhan itu.

Adalah diharap kepada Pemuda Umno selepas mereka membuat laporan polis dan menyaksikan sendiri Exco yang menjadi sasaran mereka itu dilantik semula, hentikan kerja-kerja yang boleh menimbulkan masalah kepada rakyat. Waktu ini apa yang baik bagi semua orang politik ialah bersatu untuk menghadapi cabaran semasa daripada menimbulkan keserabutan yang merugikan semua orang itu. Apa yang berlaku di Perak itu janganlah diulang lagi di negeri lain.

Juga jangan lupa seandainya semua laporan polis yang dibuat itu palsu maka pemuda Umno Kedah hendaklah dipenjarakan seperti mana kata Najib Razak mereka yang membuat laporan palsu boleh dipenjarakan. Penjarakan! [wm.kl. 9:30 pm 03/03/09]

3 comments:

Anonymous said...

Salam MSO,
Suasana politik sudah amat gawat. Inilah berlaku bila matlamat hidup dijuruskan kepada politik semata-mata.
Kembalilah kepada fitrah asal kejadian Manusia dimukabumi ini dan mendaulatkan Allah yang maha Agung dan tertinggi.
Sekian

asalbayu said...

Pemuda UMNO Kedah memang hebat berlakon, tak ada skrip pun tak jadi hal. Berikan dasar cerita saja, biarpun sebaris boleh jadi berjam-jam. Khalayaknya... aduhai. Media pula ulang berkali-kali.

Anonymous said...

Sebenarnya isu di kedah ni hanya mainan politik kotor pemuda umno,ini ada kaitan dengan pemilihan umno mac ni,ada pemuda umno kedah yang bertanding pada pemilihan kali ini,so sengaja tunjuk jaguh bagi saham namanya naik...dan bagi pewakilan pilih dia la konon kononnya..
Mcm mana depa nak bagi nama sedangkan dalam surat layang tersebut tiada nama disebut..senang betoi nak buat isu sekarang ni ..taip aja sendiri surat tersebut ,reka la apa pon pastu pos kat alamat sendiri ..pastu buat laporan..buat memorendum..senang nya....