HATI Murai sungguh tersentuh apabila melihat keadaan rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang terletak di Kampung Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Apakah ianya boleh digelar rumah ataupun reban? Lama Murai menatap gambar berkenaan di akhbar Utusan Malaysia, dan cuba membayangkan. Air mata Murai menitis satu demi satu dan hati diulik hiba dan sebak memanjang. Murai menangis.
Mungkin Murai agak emosi dalam hal ini. Murai cuba membayangkan jauh ke dalam dalam rumah berkenaan. Melihat bagaimana tempat tidur, balai dan juga dapur. Bagaimana dalam keadaan rumah sebegitu rupa Nik Nur Madihah belajar dan boleh membawa kejayaan cemerlang pula?
Murai membayangkan Nik Nur Madihah tidak mempedulikan itu semua. Apa yang ada dihadapannya ialah memburu kejayaan. Keadaan, kemiskinan dan kesusahan tidak ditangisi dan itu dijadikan cabaran untuk dia mengirai kejayaan.
Ternyata akhirnya berbaloi apabila Nik Nur Madihah mendapat 19 A1 dan 1 A2 (20A) dan sekaligus menjadi pelajar cemelerang dalam SPM di Kelantan tahun 2008.
Jelas keadaan (rumah) tidak jadi masalah sekiranya kita berazam untuk berjaya. Di sinilah kata orang tua-tua di mana ada kemahuan di situlah ada jalan. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Tanpa mempunyai kemudahan IT, internet, handset (mungkin) dan laptop dan sebagainya, Nik Nur Madihah boleh belajar dan mencapai kejayaan lebih hebat daripada puluhan ribu pelajar lain yang mempunyai segala kelengkapan belajar dan juga mengambil kelas tambahan atau yang mempunyai tiga handset!
Seharusnya kejayaan dan ketabahan Nik Nurmadiah harus diteladani oleh kita semua.
Mengenangkan kepada pelajar ini dan melihat keadaan rumahnya menyebabkan Murai menjadi emosi lagi. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak diepdulikan sesiapa? Murai percaya kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.
Mengenangkan kepada pelajar ini dan melihat keadaan rumahnya menyebabkan Murai menjadi emosi lagi. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak diepdulikan sesiapa? Murai percaya kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.
Apa yang tambah menyedihkan Murai ianya berlaku di negeri Murai sendiri, negeri Kelantan. Negeri tempat Murai bermanja dan berkasih! Negeri berkenaan diperintah oleh parti islam. Yang merujakan, keadaan semacam kontras dengan apa yang diucapkan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan berkebajikan.
Ironisnya juga saat ini seorang pemimpin negeri berkenaan sedang menebarkan jala bicara untuk memulihkan ekonomi global, mengajak Malaysia dan Indonesia agar mempelopuri kerjasama ekonomi serantau untuk mengatasi masalah kesempitan ekonomi kini. Dia pergi jauh beribu batu untuk menjadi tukang cakapnya.
Diajar juga supaya Indonesia dan Malaysia mengajak negara Aisa Tenggara membentuk zon ekonominya sendiri, manakala perdagangan Malaysia dengan Indonesia hendaklah dilakukan dalam mata wang dinar?
Apakah ertinya semua ini. Kita mengajak dunia agar pulihkan ekonomi tetapi nasib rakyat dan anak buah sendiri masih terbiar dan melarat. Apakah ini dinamakan retorik dan perangai semula jadi orang politik yang bernafsu besar dan terperasan merasa hebat, bijak dan pandai?
Murai rasa lebih baik orang itu bercakap soal memulih dan membangunkan ekonomi di negeri sendiri dulu sebelum menjadi pemidato ekonomi dunia. Sebelum mengajak masyarakat Cina luar datang berdagang di negeri kita, Murai rasa baik pemimpin itu jaga pohon depu yang sudah layu, atau jaga kambing yang sudah banyak mati, ataupun selesaikan tv wed yang masih belum ada siaran itu. Sudah berapa juta dilaburkan untuk projek-projek berkenaan?
Tidak ada gunakannya kita meperagakan kehebatan akal kita kerana apa yang orang akan lihat akhirnya ialah mengenai pencapaian kita. Apakah hasil yang telah dilakukan?
Akhirnya Murai ucapkan tahniah dan syabas kepada Nik Nur Madihah dan keluarganya atas kejayaan itu dengan doa semoga diberkati Allah.
Murai: Jangan marah nanti kena jual...!
17 comments:
Saya awalnya turut simpati isu yang murai bawa tetapi bila baca sampai akhir artikel yg murai ketengahkan itu terasa semacam pulak komennya. Nampak seolah komen ala kebudakan apabila cadangan yang diberikan. Saya tahu kepada siapa murai tujukan komen itu tapi tidak munasabah nak kaitkan pemimpin itu dengan masalah rakyat. Nasihat saya pada murai janganlah bawa isu peribadi dalam komen isu sepenting ini.. Wslm
...orang miskin tidak tahu sangat tentang kemiskinan kerana mereka tidak pernah kaya.
...orang kaya yang jatuh miskin akan merintih tentang kemiskinan
...apa itu miskin, apa itu kaya. cuba tanya definasinya pada tokoh korporat dan juga orang asli, tentu jawapannya sangat berbeza.
...kaya dan miskin adalah pada ukuran kebendaan dan ditafsirkan oleh persepsi.
Salam MSO,
Saya bukan nak mengata, tapi sekadar bertanya......
Memang PAS perjuangkan NEGARA BERKEBAJIKAN.....
BERKEBAJIKAN secara sederhana yakni dunia dan akhirat dan tidak semestinya kepada KEPERLUAN DUNIA SEMATA-MATA!!!
KEna juga perhatikan
kejayaan besar oleh adik madihah adalah berkat usaha tekun dirinya dan berkat rezki halal yang diusahakan oleh orangtuanya.
inilah asas kepada kejayaan yang berkat dan kehidupan yang bahagia walaupun berkeadaan yang tak seberapa.
semoga adik madihah akan menambah kepada generasi baru yang berilmu dan budiman.
YIK mungkin dah bantu dari segi pendidikan.saya mungkin setuju kalau bantuan untuk ibubapa mereka tiada.mungkin
Tuan MSO
Saya juga berkongsi kesedihan dan kebanggan dengan tuan. Kejayaan adik Madihah sepatutnya membuka mata para pemimpin kita tentang kesusahan yang dialami oleh golongan bawahan yg marhaen.
Terdetik di hati ini, takut2 adik Madihah tidak mendapat perhatian Kementerian Pelajaran atau JPA utk menyediakan biasiswa bagi beliau menyambung pelajaran Fizik di luar negara. Kita tengok dan perhati, sejauh mana JPA dan Kementerian prihatin dalam hal ini.
Sekiranya adik Madihah tidak mampu pergi lebih jauh disebabkan faktor kemiskinan, para pemimpin politik (PAS atau UMNO)dan masyarakat amnya sepatutnya merasa malu.
Ikhlas dari saya
Nizam UK
setuju dgn khuzzie...
Jangan bawa isu peribadi dengan isu sepenting ini....
apa-apa tahniah pada empunya diri adik Nik Nur Madihah...
Saya dah kenal orang kelantan selama 6 tahun. Pernah bermastautin di sana selama 6 tahun.
Secara hakikatnya saya nak bagitau. Orang Kelantan seakan tidak kisah dengan harta dan apa yang nak guna dengan harta. Mudah kata, orang kelantan tidak sibuk-sibuk untuk mencantikkan rumah atau memiliki dekorasi yang indah.
Walaupun tidak semuanya begitu. Tetapi inilah realiti setelah saya menziarahi pelbagai jenis kategori rakyat kelantan.
Ringkas kata, buruk tidak semestinya miskin. Miskin di kampung dan bandar berbeza.
Saya ziarah salah sebuah rumah sahabat. Keluarga mereka bukanlah kategori miskin. Memliki 2 buah kereta dan 3 biji motor. Rumah batu. Tetapi bila di dalamnya, nampak biasa dan seakan tidak tersusun. Seperti bukan orang kaya. Dan kbanyakan orang kelantan begitu. Tidak mahu berdekorasi di rumah.
Tidak dinafikan memang ada yang miskin. Tetapi kemiskinan mereka boleh kata tidak menjerut mereka ke lembah yang hina, sehingga satu tahap perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka hanya menjalankan aktiviti seperti biasa bertani, berkebun, menangkap ikan. Jual kecil-kecilan.
Miskin atau kaya seseorang itu adalah kententuan Ilahi.
Dalam konteks Nik Mohd Kamal memang ini lah realiti rakyat kelantan yang menjadi nelayan. Kita boleh lihat dimana-mana kalau seseorang itu nelayan makan ini lah rupa rumah mereka.
Tetapi pada pandangan saya ini lah anugerah ilahi dan keistemawaan yang ada pada keluarga Nik Mohd Kamal. Walau pun pada pandangan zahir kita dapat melihat kehidupan daif keluarga ini namun didalamnya penuh dengan kejayaan.
Kaya atau senang seseorang itu belum tentu akan mendapat keistimewaan seperti ini. Allah ingin manusia berfikir bahawa dalam serba kekurangan beliau mampu mendapat kejayaan.
Selain itu juga Allah ingin tunjuk kepada dunia bahawa dalam Negeri Kelantan di bawah kepimpinan PAS masih terdapat rakyat yang memerlukan bantuan untuk mendapat tempat tinggal yang sempurna.
Tidak guna kita mendapat dana berjuta ringgit untuk membantu Rakyat Palestin tetapi dalam waktu yang sama masih ada rakyat dalam negeri kita yang duduk dalam rumah seperti ini.
Pimpinan setempat dan pimpinan negeri harus mengambil berat masalah – masalah seperti ini. Jangan dok sibuk dengan slogan sahaja tetapi pelaksanaan gagal. Sebagai contoh Tabung Kifallah warga Emas, orang dah meninggal hampir setahun tetapi waris masih belum mendapat apa-apa bayaran. Ianya berbeza sewaktu Tabung ini berada di bawah Tabung Tok Kenali yang diuruskan oleh Saifudin Nasotion Ismail (Sekarang MP Machang Kelantan). Tabung ini bermasalah apabila berada dibawah pengurusan baru.. Khabarnya ada tangan-tangan Ghaib yang menyebabkan tabung ini tidak berfungsi seperti dulu....
NH Shah Alam
Salam Hormat !
Bermula disinilah juga sejarah akan dipahat didalam sejarah cerpen panjang sejarah hidup jika dinukilkan diatas kertas.Mungkin akan ada bertanya,apakah yang hebatnya kesah ini? Ya..mungkin dari pandangan seorang bangsawan akan melihat satu perasaan "rendah diri" dari seorang penulis.Akan tetapi jika dari pandangan mereka yang senasib akan melihat satu dorongan semangat dari sudut untuk berjuang menghadapi cabaran hidup.
salam...
adakah dia akan mendapat keputusan yg cemerlang sebitu jika dia hidup dalam keadaan yg selesa sebelum ni???
tak perlu bersedih dia miskin tapi berjaya dunia insyaallah akhirat..
tapi takutlah jika kemiskinan nya menyebabkan dia menjadi liar dan sanggup syirik kerana menagih kekayaan didunia...
bagaimana kita dan anak2 kita? adakah kesenangan sekarang membuatkan kita dan anak2 kita menjadi orang yg dekat pada Allah dan menjadi orang yg bijak didunia.,, seperti adik ni????
... setiap pekara ada hikmahnya...bersyukurlah kemiskinan membawa kebaikan kepada adik ni... belum tentu kesenangan membawa kejayaan pada adik ni...
jangan lupa Rasul (PBUH) dan para sahabat lebih menyerlah hidup dalam kesusahan dan kemiskinan....
Tuan MSO,
Minta izin saya link ke blog saya http://universitipts.com
Terima kasih.
Saudara MSO,
Sudah terang lagi bersuluh, nyata orang politik di Malaysia lebih gemar menjadikan kemiskinan rakyat sebagai tunggangan untuk mendaki tangga politik. Pemimpin politik pendapatan bulanan puluhan ribu ringgit, namun berapa sangat yang dihabiskan kepada rakyat di kawasan.
Ternyata akhirnya berbaloi apabila Nik Nur Madihah mendapat 19 A1 dan 1 A2 (20A) dan sekaligus menjadi pelajar cemelerang dalam SPM di Kelantan tahun 2008.
Pembetulan :
... adik Nik Nur Madihah itu adalah pelajar terbaik SPM 2008 seluruh Malaysia.
Salam MSO,
Untuk pengetahuan semua Tuan Guru Nik Aziz telah bermurah hati untuk memberikan tapak dan rumah baru kepada keluarga adik Nik Nur Madihah...semoga usaha usaha inin akan terus dilaksana...buat MSO kadang kadang yg pahit itu harus juga kita telan kerana disitulah ada kebaikan dan khasiat daripada yg manis..walaupun miskin tapi tak pernah miskin dengan agama, syabas rakyat kelantan...kalau agama digabungkan insyaalah berjaya lah dunia dan akhirat...walau rakyat kelantan tak mendapat dana yg sepatutnya tapi masih mampu memperoleh kejayaan demi kejayaan....salam semua ..teruskan perjuangan....
Bercakap kepada pemberita selepas itu Menteri Besar mengalu-alukan pihak luar yang berhajat untuk membantu keluarga terbabit khususnya Nik Nur Madihah.
"Tak kiralah siapapun berhajat untuk memberi bantuan, bantulah," ujarnya.
Sementara itu, ibu Nik Nur Madihah, Noraini Omar, 42 mengucap terima kasih kepada kerajaan negeri yang bersedia menawarkan lot dan rumah baru kepada mereka.
Katanya, walaupun anak sulung itu pernah berazam untuk membeli rumah bagi keperluan keluarga apabila bekerja nanti, namun Allah telah mengurniakannya lebih awal hasil kecemerlangannya.
"Terima kasih banyak-banyak, saya tak tahu apa nak diucapkan lagi, ini pun dah banyak sumbangan yang diberikan," ujarnya.
Salam ukhuwah.Semoga fantasi akan menjadi realiti. Sudah lama impian melihat UMNO-PAS bersatu demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Dalam kemelut politik yang berlaku, idea kerajaan campuran UMNO-PAS ini akan menjadikan bangsa Melayu lebih kuat bagi menghadapi sebarang ancaman perpecahan yang lebih besar! Kalau bersama biarlah atas nama Allah swt. Ikhlas. Sama menegur biar berhemah. Sama berubah demi agama dan tanahair. Kalau bertelagah, akan banyak pekung di dada yang terbuka dan akhirnya bangsa Melayu dipandang ampuh!
Dalam isu adik Nik Nur Madihah, pelbagai organisasi ditubuhkan bagi membantu mereka yang memerlukan. Sayangnya, masih ramai yang ketinggalan. UMNO dan PAS mempunyai cawangan di segenap pelosok khasnya di Pantai Timur. Namun mengapa bantuan hanya tiba selepas kejayaan ini disiarkan di dada media? Namun, alhamdulillah juga kerana kejayaan ini telah membuka minda dan akhirnya banyak bantuan yang diterima. Ayuh bersatu, membantu anak bangsa yang memerlukan....jgn sibuk beretorik dalam politik sedang masih ramai yang kebulur mengharap bantuan!
Tahniah buat mereka yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM?
MUSAFIR
~Shah Alam~
Post a Comment