KELMARIN telah berlangusnglah apa yang dinamakan “perhimpunan dan sidang kemuncak peribumi perkasa” di ibu negara Kuala Lumpur. Murai juga turut terima kad jemput yang tersalah c/o tetapi Murai tidak pergi.
Menurut laporan akhbar, yang hadirnya untuk mendengar ucaptama tidak sampai 1,000. Persertanya pula hanya 200 orang saja. Tidak diketahui pula berapa jantan dan berapa betina.
Terheran juga Murai kenapa jumlah sangat kecil dan tidak sepadan dengan banner dan promosi yang dilakukan. Berhampiran rumah Murai saja ada dua banner bersaiz 3' x 5' yang pasang di dua simpang. Kalau ikut kekuatan banner itu penduduk sekitar rumah Murai saja paling tidak 3,000 orang yang patut hadir.
Selain itu jemputan menerusi hebahan dan sms juga katanya hebat dilakukan. Hampir setiap orang ada telefon bimbit menerima sms meminta menghadiri majlis yang dinamakan sidang kemuncak berkenaan.
Termusykil dalam kepala Murai kalaulah kehadirannya seramai kenduri kahwin saja macam mana untuk berjuang bela Melayu. Perjuangan memerlukan sokongan ramai. Kalau yang hadir hanya 200 orang, perjuangan apa? Kata P Ramleee kalau setakat RM5 nak kahwin apa Din....
Seperti mana yang telah diaturkan tetapi diselindungkan, burung kakak tua dijemput untuk memberi ucaptamanya. Murai tersilau dalam tv nampak batang hidung dan paruh kakak tua sedang tercunggap-cunggap dan ternganga-nga menyampaikan hujjah. Timbul juga perasaan kesian kepada kakak tua... walaupun sudah lanjut usia namun tidak habis-habis bercakap walaupun bahasa tuturnya sudah simpang siur.
Sekali dengar ucapan kakak tua macam ucapan dasar di perhimpuann agung Umno pula. Apakah si kakak tua masih terperasaan dia masih lagi presiden Umno? Kok...kok.... bila dia tahu burung belatuk nak berhenti dia kira dia akan berkuasa semula?
Apa lagi menurut kawan Murai yang hadir majlis itu penuh dengan cerita-cerita mengenai pemilihan Umno yang bermula esok. Kakak tua, katanya memuji calon-calon pilihannya, mungkin tidak lupa juga berkempen sampai ke saat-saat akhir untuk anaknya, si merebah jambul.
Maka tersenyum kambinglah seorang calon yang turut sama hadir pada majlis itu apabila dipuji jampi oleh kakak tua.
Timbul juga konfius di kepala Murai apakah matlamat dan tujuan sidang kemuncak itu? Apakah ianya benar-benar untuk membela Melayu seperti mana yang digariskan atau sekadar menjadi majlis persidangan para pendekar tempang atau persidangan para monopouse?
Memerhati kepada muka-muka yang hadir dan mereka yang berada dalam pertubuhan yang menganjurkan sidang kemuncak itu kebanyakan muka lama yang sudah season. Muka-muka yang tidak laku dan sudah diterima oleh pajak gadai rakyat. Kebanyakan mereka orang-orang Umno yang suka masuk bakul angkat sendiri. Atau macam orang cacat yang masuk ke kereta sorong diminta ditolak oleh budak-budak.
Bila kebanyakannya orang Umno apakah mereka sudah tidak yakin dengan parti mereka itu? Bukankah Umno memperjuangkan Melayu? Yang Murai rasa peliknya kalau mereka sudah tidak percaya kepada Umno tetapi kenapa ada makhluk yang tergila-gila nak menyertai Umno? Haru..
Murai ada hisab sendiri di sebalik majlis semalam itu. Penganjurnya mungkin berharap ianya didatangi puluhan ribu orang. Dengan kedatangan ramai begitu dapatlah mereka jadikan modal untuk ditunjukkan kepada bakal PM. Mudah-mudahan kalau modal itu diterima bakal PM, dapatlah mereka menyertai dan aktif semula dalam Umno. Jadi tukang tepuk pun tak apa.
Begitulah agak-agaknya motif di sebalik persidangan berkenaan dan tujuan mewujudkan persatuan itu.
Murai: Cuba membaca bayang di air jernih.
2 comments:
kot2 200 org tu org pasir mas yg jd pak turut raja katak je...sb smlm dgr2, rombongnan dari p.mas ade 5 buah bas...penuh ke tak tu wallahu'alam la...kalu dah tahi umno, cmtu la...nk kerah g ceramah pn kena bayar dulu...bodek2 baru la org2 gi..
Salam Sejahtera Pak MSO,
Mereka terutama Burung Kakak Tua (BKT)ini memang perasan mempunyai penyokong dan masih dikagumi. Mereka lupa merekalah yang membawa bibit perpecahan sejak krisis team 'A' Team 'B' diikuti krisis 1998. Mereka pandai mencari salah orang lain tetapi tidak mengaku kesalahan sendiri. Tetapi rakyat adalah pemerhati sebenar yang menilaikan kebaikan dan keburukan pemimpin. Jika di lihat kebelakang desas desus atas permuafakatan asal sepatutnya Ku Li jadi PM selepas Mahathir tetapi kenapa tidak jadi. Soalan ini elok ditanya kepadanya. Kenapa Pak Lah Dihentam oleh nya sebegitu teruk . apa kah Pak Lah tidak ada jasanya dari kacamata beliau, Manusia ada kelebihan dan kelemahan kita kenalah terima. Seolah2 beliau sahaja yang membuat jasa kepada negara. Jangan lupa beliau duduk kerusi itu lebih 20 tahun dan berapa timbalan tak sempat naik keatas. Wasallam
Post a Comment