Monday, April 6, 2009

Berita Tengahari Dari Bukit Gantang

Mahathir Merepek Merapu di Bukit Gantang

REFORM ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diidamkan oleh Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek mungkin sudah sampai ke kemuncaknya. Kemuncak reform itu juga tepat pada masa kini yang kritikal bagi menteri berkenaan untuk melihat untung nasibnya saat Kabinet baru akan dibentuk. Reform itu bukan memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat dan menyesaikan dengan falsafah kebebasan dan peranan RTM sebagai alat kerajaan tetapi untuk dijadikan alat bodek parti UBN.

Sekejap tadi TV1 telah menyiarkan secara langsung kempen politik Mahathir Mohamad dari Jalan Taiping, Bukit Gantang. Penyiaran ceramah Mahathir itu merupakan kemuncak dan sentuhan terakhir sekaligus menunjukkan UBN benar-besar terdesak. UBN telah menggunakan segala agensi kerajaan untuk menjamin kemenangan termasuk menggunakan semula perkakas buruknya.

Penyiaran secara langsung ceramah politik busukan Mahathir itu satu permerkosaan siang hari RTM ke atas hak rakyat.

Geli geleman hati saya menyaksikan ucapan Mahathir sekejap tadi, merapu dan merepek. Betapa Mahathir merendahkan diri turun dari takhta sebagai seorang negarawan untuk menjadi penceramah merapu kaki lima. Bekas seorang Perdana Menteri yang kononnya disanjung oleh seluruh dunia, dikultus dapat membawa nama Malaysia ke muka dunia itu tiba-tiba bersedia menghina diri menjadi penceramah upahan untuk mendapat sesen dua bagi membeli semanguk mee mamak!
Berapakah yang Mahathir dapat hasil dari ceramah membantu UBN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu? Apakah sebagai upah anaknya Mukhriz Mahathir yang kalah bertanding ketua pemuda Umno akan dilantik menjadi jemaah menteri Kebinat Najib? Mungkin... mungkin itulah yang diburu Mahathir kini.

Melihat cara penyiaran ceramah merapu merepek Mahathir tadi tidak ubah beliau seperti masih berperasaan selaku presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia. Apakah Mahathir kini sedang mengarai mimpi untuk menjadi PM ke -7 pula? Semacam ada cita-cita dan keinginan Mahathir untuk mengambil alih tempat Najib, ataupun Najib Razak memberi kontrak kepada Mahathir untuk menjadi PM selama kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu bagi menjamin kemenangan UBN.

Dan Najib pula terpaksa memberi kontrak itu kerana takut untuk berhadapan dengan rakyat yang sedia untuk menyoalkanya dengan beberapa soalan cepu emas.

Bukan main lagi sambutan yang diberikan kepada Mahathir tadi. Hampir semua menteri Kebinet dan ahli Parlimen yang pelahap untuk jadi menteri hadir dan berdiri menjadi pengawal mendengar ceramah merapu merepek Mahathir yang sesekali menyinidir dan menghentam Anwar Ibrahim itu dan mempersendakan calon Pas, Mohamad Nizar Jamaluddin.

Paling memalukan bila mana Mahathir meletakkan dirinya di kaki lima menjadi penyokong Najib nombor satu. Beliau menjadi pembesar suara buruk memaklumkan kepada rakyat bahawa Najib pemimpin rakyat yang sudah mulai turun menemui rakyat di Seri Petaling kelmarin.

Jumlah yang hadir boleh tahan juga. Adalah kira-akira 1,203 orang dewasa dan 22 kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah. Seorang yang hilang penglihatan juga hadir. Yang bisu tidak sempat dihitung. Manakala maklumat langsung dari Bukti Gantang mengira tidak sampai 200 orang tempatan yang menjadi pengundi hadir. Kebanyakannya orang luar. Menurut pelapor itu penyokong Pakatan Rakyat juga turut hadir sengaja untuk mendengar merepek mengumpat Mahathir ke atas Anwar.

Manakala muka-muka yang hadir mereka yang sudah familiar dalam Umno terdiri daripada pemimpin Umno semua peringkat dari seluruh Perak. Sudah pasti arahan dan kenderaan disediakan untuk angkut orang ramai.

Kata Mahathir tidak ada telor busuk pun menanti kehadiranya tetapi yang berlaku tepok sorak mengalu-alukan kedatangannya yang kedengaran. Mungkin benar, tidak ada yang perangai seburuk Mahathir yang terusan mengkritik Abdullah untuk melempar telor ke mukanya.

Namun dipercayai di dalam hati rakyat tetap ada elor busuk untuk dilontarkan ke muka Mahathir. Nasib baik rakyat marhaen ada adat dan sopan santun berbanding dengan Mahathir kalau tidak sudah pasti telor akan melantun ke arahnya. Kalau tidak percaya beranikah Mahatahir berjalan sendirian di Bukit Gantang atau Selambau? Atau kalau dia rasa curiga elok dia ajak Brahim Ali untuk menenaminya.

Di hadapan Mahathir ada pula sekumpulan tukang sorak dan jerit. Mereka akan melaung dan mengiya apa yang Mahathir katakan terutamanya bila menghentam Pakatan dan Anwar Ibrahim. Mungkin si tukang sorak ini kumpalan samseng bersongkok mereng yang buat kacau di hadapan SUK Perak lampau. Upahnya juga tentu banyak sedikit berbanding dengan apa yang mak cik, pak cik, pak lang, mak lang, pak andak dan mak andak dapat hari ini.

Undangan Mahathir itu juga menunjukkan UBN sudah tidak dapat mengawal keadaan dan sudah hilang punca. Kalau UBN sudah kuat pasti mereka tidak perlu memanggil Mahathir kerana kedatangan Mahatahir itu boleh menjejaskan UBN. Ada suara-suara dalam kepimpinan Umno sendiri was-was dengan kehadiran Mahathir samada membawa untung atau memberi rugi. Katanya pemimpin UBN sendiri bertelagah mengenai kedatangan Mahathir itu.

Apapun tahniah diucapkan kepada menteri penerangan kerana berjaya terus menjadikan RTM dan para kakitangan sebagai alat propaganda murahan UBN bukannya propaganda kerajaan untuk kebaikan semua rakyat! [wm.kl. 12:00 t/hari 06/04/09]

2 comments:

-thethinker- said...

dlm ceramah Dr M , dia bagi tau sebab utama dia tendang anwar keluar adalah pasai anwar nak turunkan dia ..

ni lah dia petunjuk Tuhan , Che Det ngaku bahawa sebab utama dia pecat anwar pasai takutkan anwar . bukan pasai anwar seks luar tabii .. si Che det nii pii buka pekung di dada , bocor rahsia..

Pak Mat Tempe said...

Salam sejahtera Pak MSO,

cubalah Pak MSO tanya pada SPR boleh ke kempen menggunakan RTM lebih2 lagi siaran secara langsung. Menggunakan harta kerajaan oleh parti yang bertanding.
Jika boleh hak tersebut sepatutnya diberikan juga kepada parti lain yang turut bertanding.

Satu lagi ini ke yang dimaksudkan oleh menteri penerangan sebagai peubahan yang ingin beliau lakukan

Bagi saya kerja kerja begini lah yang akan menjauhkan pengundi dan rakyat kepada BN. Yang awalnya tak marah pun jadi marah serta meluat dan memangkah PR kerana majoriti rakyat faham kedudukan dan hak mereka sebagai pengundi serta pembayar cukai.

Tapi nak buat camne kuasa kat tangan depa no, kita tunggu je lah keputusannya esok. Wassalam