Mulanya saya tidak bercadang untuk mengonsgsikan kisah ini. Tetapi apabila kerajaan Selangor mengumumkan menawarkan semula jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan kepada Elizabeth Wong tengah hari tadi saya rasa perlu dipostingkan untuk kisah ini sebagai kenangan. Lagipun Elizabeth juga dilaporkan bersedia untuk kembali bertugas memegang jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan, mulai esok.
Kisahnya begini: Jam 1:13 pagi (malam tadi) saya menerima satu panggilan dari lelaki misteri. Dia tidak memperkenalkan namanya cuma memberi klu, “saya orang yang dicari orang seluruh Malaya waktu ini,” katanya mengejutkan saya.
Saya lantas menebaknya dengan berkata; Ini Hilmi Malik (foto) ke?, telah saya.
“Iya, abang kenal saya! Abang ingat tak saya kita pernah jumpa dan bercakap-cakap suatu masa dulu,” ceritanya mengembalikan ingatan saya. Timbul juga rasa ragu dalam diri siapakah pemanggil ini sebenarnya. Panggilan jam 2:00 atau 4:00 telah menjadi kebiasaan bagi saya.
“Dimana ya?, tanya saya ingin kepastian sambil terus berfikir mencari-cari sendiri. Timbul juga di kepala takut pemanggil itu menyamar dan mahu mengorek sesuatu dari saya. Selalunya tidak ada lain yang diingatkan, melainkan polis.
“Kita pernah berjumpa di Taman Melewar, lama dulu. Kita pernah bercakap dan abang berikan saya bisnes kad. Saya juga sering baca buku-buku abang. Ketika itu abang baru terbitkan buku Hitam Putih Darul Arqam. Saya bertanya abang mengenai buku berkenaan. Ingat?” tanyanya.
Saya tidak teringat langsung kenangan itu. Tetapi memang saya ada terbitkan buku yang disebutkan itu pada tahun 2004. Maknanya dia bertemu saya kira-kira lima tahun lalu.
“Di mana ni? Saya mahukan kepastian, ingat dia sudah berada di tanah air.
“Saya di Indonesia bang!’, jawab ikhlas.
Saya mahu tengok nombor telefon, tetapi kerana lampu ketika itu sudah tutup, jadi saya biarkan saja. Tenguk kemudian. Saya mempercayai kalau dia memanggil dari Indonesia.
“Hilmi” banyak hendak bercerita malam tadi tetapi agak gugup untuk memulakan di mana. Mulanya dia mengakui apa yang saya posting dalam blog sebelum kisah gambar bogel Elizabeth itu tersebar luas. Dalam posting itu saya mendedahkan secara samar yang Exco Selangor ada skandal.
“Saya mengakui apa yang abang tulis itu betul. Skandal itu melibatkan saya dengan Elizabethlah...” begitulah kira-kira tuturnya. “Tetapi apa yang sebenarnya berlaku banyak orang tidak tahu, bang,” katanya.
“Apa sebabnya yang berlaku?, tanya saya jadi semakin berminat dan yakin pemanggil itu adalah “Hilmi’.
“Inilah saya nak cerita yang sebenar kepada abang, biar abang tahu dan abang boleh tulis dalam blog,” dia memulakan bercerita. Malangnya percakapan tenggelam timbul, ada kalanya jelas ada kalanya tenggelam terus.
“Saya rasa bersalah atas apa yang berlaku sekarang ini, bang. Saya tidak tahu nak buat macam mana. Gambar yang dikatakan bogel itu sebenarnya saya tidak tahu gambar mana dan datang dari mana,” katanya.
“Sapa yang tangkap gambar itu?” tanya saya.
“Saya tidak tahu... tetapi.... (tenggelam), telefon saya hilang secara misteri. Mungkin gambar berkenaan ada dalam telefon saya,” jelasnya tanpa hujung pangkal.
Menurutnya beliau ada menceritakan perkara ini kepada beberapa pemimpin Keadilan. “Saya ada jelaskan kepada beberapa pemimpin Keadilan, dia kawan saya juga, kami selalu berhubung” ceritanya. Menurutnya kawannya itu memahami apa yang berlaku.
“Bila sebenarnya you berpisah dengan, Eli?” soal saya.
“Baru... bulan Februari saya masih lagi berhubung dengannya,” jelasnya.
“Kenapa you tidak balik?” acah saya.
“Saya tahu kalau saya balik saya akan ditangkap. Jadi untuk menjaga parti, kita sayang parti, kalau saya kena tangkap saya akan dibawa ke seluruh negara untuk mencerita perkara sebenarnya. Kalau ini berlaku parti akan cemar dan kotor,” kata “Hilmi” semacam bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Keadilan dan Elizabeth Wong.
“Jadi apa yang you nak buat sekarang,” tanya saya. Sampai di sini telefon tiba-tiba putus. Saya menanti beberapa minit takut ada call balik. Tetapi tidak ada sampailah ke saat ini.
Saya tidak dapat memastikan apakah dia benar-benar Hilmi! Nombor telefon yang tertera di skrin telefon saya mempunyai sebelas digit dengan kod awalnya 015. Saya tidak pasti apakah 015 itu nombor dalam negara atau luar negara.
Daripada apa yang dapat saya rumuskan dari perbualan tengah malam itu, Hilmi semacam merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia juga semacam kesal atas nasib yan dialami Elizabeth. Dia cuba membayangkan dia tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan dan ada pihak yang sengaja memerangkapkannya. Dia juga semacam buntu untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya itu.
Bagaimana pun apa yang terus menjadi persoalan saya, sekiranya beliau tidak bersalah kenapa beliau harus melarikan diri dari buruan polis? Kalau benar yang bercakap semalam Hilmi saya merayu agar beliau menyerahkan diri dan usah berselindung lagi. Ke mana sdr hendak melarikan diri, dunia ini terlalu sempit bagi mereka yang dikejar bayang-bayang kesalahan! [wm.kl. 9:00 pm 16/04/09]
7 comments:
Siapa-siapa pun boleh jadi.
Misteri akan terus menjadi misteri
Salam,
satu kisah yang menarik.
Saya bekerja di sektor telekomunikasi dan mengetahui serba sedikit berkenaan dengan prefix 015 ini.
015 merupakan blok nombor panggilan dr internet, dan ada didaftarkan di malaysia di bawah MCMC.
Untuk mengatakan nombor itu digunakan dr indonesia, boleh jadi kerana perkhidmatan panggilan melalui internet boleh dibuat dimana2 sahaja asalakan ada sambungan broadband. Tetapi, boleh jadi juga ia datang nye dari Malaysia.
Takut kerana salah.
Ala... stori konon telefon hilang... erm... macam sudah selalu dengar!
Telefon hilang selepas putus hubungan pula tu.
Orang belum tahu siapa sebar foto, dia sudah 'hilang'. Apa sebab?
Mengapa 'menghilang'? Mengapa tidak terus buat laporan polis?
Mengapa pilih Indonesia?
Takut hendak balik ke Malaysia sebab nanti UMNO bawa keliling negara suruh bercakap atas pentas UMNO? Apa pula itu yang ditakuti?
Nama parti akan rosak? Rosak yang macam mana lagi? Cerita yang dia ni akan dedahkan atas pentas UMNO nanti lebih buruk daripada cerita Saifulkah?
Sudah kehabisan duitlah!
Kah kah kah (pinjam gelak Tuan Tukar Tiub)
nanti tuan haji mso sedang diintai SB....mesti kena tahan nanti...hehehhe
Salam MSO,
Bukan hendak buruk sangka atau bersalah anggapan...Berkemungkinan telah di bayar sejumlah wang yang lumayan oleh UBN untuk dapatkan gambar-gambar tuh! Kalau tidak bersalah, apa yang hendak ditakutkan...Tak gitu???
malaysia ni undaang-undangnya boleh dijual beli tak peliklah kalau hilmi tu rasa dia takkan mendapat keadilan yang sewajarnya....
malaysia ni ada dua undang2 versi perlembagaan dan versi umno...
kita boleh pilih mana satu yg boleh puaskan hati kita seperti hilmi puas menangkap gambar dan mendapat mmm... mmm... dari elizabeth..
memalukan melayu aje
Post a Comment