Wednesday, March 3, 2010

Laporan Lewat

Zulkefli & Wee Chong Keong Berpotensi Untuk Keluar PKR

HARI ini ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzi Samuri telah mengistyharkan diri keluar dari PKR dalam satu kenyataan di Ampang Selangor. Pengistyharan yang didampingi bekas Setiausaha Agung PKR Sallehudin Hashim itu menamat teka teki sepanjang hari ini yang berhubug desas desus beberapa orang ahli parlimen PKR akan bertindak keluar parti ramai-ramai.

Kemungkinan angka yang disebut Sallehudin Hashim kononya 10 ahli Parlimen PKR akan keluar parti tidak mencapai sasarannya. Hari ini juga 12 ahli Parlimen PKR telah menanda tangani satu ikrar menyatakan sokongan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Mereka yang hadir di pejabat PKR di Petaling Jaya untuk menyatakan pendirian itu ialah Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

G Gobalakrishnan (Padang Serai) juga turut menandatangani ikrar taat setiap berkenaan tetapi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Sebelum ini Azan Ismail dan Loh Wwo Burne adalah antara ahli parlimen yang dikatakan berada dalam pakej 10 ahli parlimen yang akan meninggalkan PKR. Dengan kehadiran mereka menandatangani ikrar itu sangkaan tersebut meleset.

Dua orang ahli parlimen yang dimasukkan dalam pakej berkenaan, Wee Chong Keong (Wangsa Maju) dan Zulkefli Nordin (Kulim - Bandar Baru) tidak hadir dan tidak juga menanda tangani ikrar berkenaan.

Ketidakhadiran Wee Chong Keong dan Zulkefli itu menguatkan spekulasi mengatakan mereka juga akan menuruti jejak tiga ahli parlimen yang telah mengistyharkan diri sebagai bebas, iaitu Zaharain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli (Bagan Serai) yang keluar hari ini.

Besar kemungkinan Wee dan Zulkefli Nordin akan mengistyhar secara berasingan dalam masa terdekat bertujuan untuk terus menggemparkan keadaan.

Sikap anih Zulkefli Nordin ke belakangan ini semacam sengaja mencari masalah dengan parti menguatkan tuduhan yang beliau juga tidak akan bersama PKR. Sementara Wee Chong Keong yang dikatakan mempunyai masalah peribadi turut mengambil sikap demikian. Beberapa minggu lalu Wee Chong Keong dikatakan dilihat berada di pejabat Perdana Menteri, Najib Razak di Putrajaaya.

Menurut sumber perjabat perdana menteri Wee Chong Keong datang ke pejabat Najib Razak kononnya untuk selesai masalah dakwaan beliau yang mengatakan setiausaha politik Najib, Shafei Abdullah terlibat dengan rasuah.

Sebaliknya kunjungan 'muhibbah' Wee Chong Keong itu dalam rangka perundingan politik yang ada kaitan dengan ketidakhadirannya dalam majlis lafaz ikrar bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim hari ini. [wm.kl. 6:00 pm 03/03/10]

9 comments:

Anak Sungai Derhaka said...

Salam Tuan...

Minta izin c&p kedalam blog saya..

Sikit tambahan Wee Chong Keong juga telah bersama-sama rombongan Badut Negara ke Washington minggu lepas yang diketuai oleh Nazri Aziz dan juga Zahrain Hashim..

Dah termakan budi tu..

bat8 said...

Tuan MSO

Saya terkejut melihat foto MP Bagan Serai yang melompat hari ini.Perwatakannya begitu janggal sekali sebagai seorang YB, apatah lagi sebagai MP dari PKR. Dari gambar yang saya lihat, rasanya nak jadi YB PAS pun tak ada tokoh. Jadi, tidak heranlah jika ia melompat.

Saya setuju dengan pendapat tuan mengenai Zul Nordin an Wee Chee keong.

Pada saya PKR seang menghadapi cabaran yang paling getir dalam sejarahnya yang singkat. Mungkin akibat tidak cermat memilih calon dalam pru12, inilah cabaran yang perlu dihadapi.

Biarlah perkara ini berlaku sekarang dan pembersihan dari kayu-kayu reput selesai. Agar PKR akan didukungi oleh ahli-ahlinya yang jitu.

Yang perlu dibuat oleh PKR sekarang adalah untuk membuat perkiraan berapa ramai lagi MPnya akan melompat dan adalah penting untuk diambil tindakan agar jumlahnya tidak akan memberi majoriti 2/3 yang iperlukan UBN.

Fenomena MP Pakatan melompat menjadi MP bebas adalah satu fenomena yang berbahaya kepada amalan demokrasi. Mereka ini boleh memilih untuk menjadi semacam askar upahan kepada pihak yang sanggup membayar dengan lumayan untuk undi mereka di parlimen.

Dalam senario politik sekarang, unsur ini tidak mustahil untuk berlaku ( saya tidak menuduh mereka ini seperti itu).

Dengan peristiwa melompat ini, imej Pakatan terutama PKR tercalar teruk. Tetapi imej UMNO tidaklah cantik manapun. Ramai yang berandaian bahawa UMNO terlibat secara langsung untuk memujuk Mp-MP PKR ini untuk melompat.

sejauh mana terjejasnya PKR dan sejauhmana untungnya UMNO dalam isu ini bergantung diatas kebijaksanaan pemimpin tertinggi kedua parti tersebut menangani masalah ini. Sama-sama kita tengok.

bat8

john said...

Salam pak mso...

fakta nombor!

Sekarang ni ap pkr tinggal 27, lafaz ikrar 12 tambah 2 yg tak mungkin berpaling(izzah dan anwar)= 14. jadi lebih lagi 13. Zul dengan Wee termasuk dalam 13 tu...yang 11 lagi?..jangan main2 dengan 11 lagi tu. tengok apa yang terjadi dengan Bagan Serai..entah2 yang ikrar pun boleh terlompat!

primehonda said...

salam mso,

saya berasa amat sebak dan terharu melihat perkembangan pkr. parti itu seolah2 sudah tiada maruah lagi dan pimpinan tidak lagi dapat mengawal ahli2nya. saya juga benci kepada pengkhianat perjuangan rakyat. org2 seperti ini tiada asas perjuangan melainkan apa yg disogok oleh umno semata2 selain wang, iaitu 'demi kelangsungan melayu'. sebenarnya inilah umpan terbaik mereka utk menjerat MP pkr melayu. kalau sayangkan kuasa politik melayu maka pakatan rakyat harus dihalang dan dsai harus ditanam hidup2. nampaknya apa yg dibualkan oleh rakan2 saya yg bekerja kerajaan menjadi kenyataan. tidak syak lagi, mereka inilah yg mencetuskan idea merampas kembali majoriti 2/3 di parlimen. umpan kalimah Allah sangat2 berkesan! di sinilah kegagalan dsai pada saya, gagal menyedapkan hati penyokongnya yg berbangsa melayu. peluang ini telah diambil sebaik mungkin oleh umno. hilang sudah segala cerita korupsi dan rasuah! demi melayu semua jadi pulih.
sebaknya dada...

Unknown said...

Salam sejahtera buat MSO..

Perjuanan dari zaman dulu sampai kini watak sang munafik sentiasa ada... sekarang ini dalam proses mengasingkan...kita doakan semoga sang munafik lagi cepat di tunjukkan muka2 mereka oleh Allah S.W.T.

Namun ingat sang munafik semua..kalian ingat kalian dapat membantu meneguhkan kembali kekuatan BN yang dah semakin rebah..kami rakyat biasa yang dah celik akan mencepatkan PRU ke 13 akan datang sebagai wadah untuk menjahanamkan BN lebih cepat dari muka bumi Malaysia ini dengan izin Allah SWT.

Anonymous said...

Biarlah YB-YB tu nak melompat parti sebabnya itulah cara yang diperkenankan oleh Anwar semasa mencanangkan projek 16 September dulu sehingga sanggup mengekori YB ke luar negara. PR terutamanya PKR perlu bermuhasabah dan menilai semula kelemahan parti tersebut dan perlu memperbaiki segera untuk survive di masa akan datang. Saya yakin YB-YB Pas dan DAP memang betul-betul ditapis tidak mungkin berpaling berbanding ramai YB PKR
yang hati mereka masih merindui Umno.

Selamat berkhidmat diucapkan kepada YB-YB bebas yang 'mesra-BN' dan percayalah ini merupakan penggal terakhir anda sebagai YB, BN dan Umno tak mungkin mencalonkan anda lagi dalam pru-13 kerana anda cuma merupakan badut dan kuda tunggangan mereka semata-mata. Gunakan masa yang ada ini untuk mengumpul harta sebanyak mungkin.

Unknown said...

Saudara MSO,

Rasanya elok juga kes lompat ini terjadi sebab 1) membersihkan parti PKR daripada sampah sarap - bancian di www.theedgemalaysia.com pun ramai yang kata bagus 2) memperkuatkan barisan PR - bila UMNO-BN menyerang, pasti PR akan bersatu melawan musuh yang sama. Ini akan memperkukuhkan lagi ikatan PR untuk jangka masa panjang. Apapun, saya yakin bahawa PKR akan wujud walaupun pengkhianatan berlaku, alah zaman dulu presiden pas sendiri lompat masuk umno. Pas masih kekal sampai sekarang. Lee Lam Thye letak jawatan daripada DAP - DAP tetap kuat. UMNO diharamkan pada 1988- UMNO masih gah dan bernyawa. Jadi, setakat katak2 lompat yang takda pengaruh tu, tak heran. Ini adalah proses pembelajaran pada PKR supaya pilih calon yang betul2 yang sesuai, jgn dok pilih "opportunist". Kalu takda calon utk dun atau parlimen, beri lah pada PAS or DAP untuk bertanding.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Lantaklah... korang nak melompat ke, melantun ke, mengangkang ke.... menduduk ke....utk bagi undi kat UBN.... No Way.....

Adnan Abu said...

salam mso...
jika dilihat datuk salleh sebagai bekas SUA pkr amat mengenali ahli parlimen yang lemah dalam parti. sebab itulah amat mudah ia mengumpan mereka keluar. ia satu tindakan terbaik bagi penyucian. saya berterima kasih kepada datuk salleh. tampanya sampah ini akan terus kekal menyusahkan bukan saja parti malah rakyat yg memilih mereka.
pkr tidak ada masalah untuk mencari pengganti. para reformis sentiasa menunggu peluang untuk bergerak lebih jauh selepas merasa azab selama ini. cuma ada dari mereka yang terlalu jujur memegang prinsip perjuangan dimana mereka tidak pernah bercita cita menjadi ahli politik. mereka hanya ingin menjadi penggerak dan pembina kerjaya politik orang lain.