Himpunan Black Out 505 sebagai membantah dan menyatakan kebencian kepada sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berdolak dalih dan mempertahankan apa didakwa ke atas suruhanjaya itu sebagai penipu dan tidak adil yang diadakan di padang Amcorp Mall Petaling Jaya malam ini dilimpahi lautan manusia.
Sebahagian 50 ribu yang hadir di himpunan BlackOut505. |
Mereka yang kebanyakannya golongan muda datang sejak awal senja lagi memenuhi padang berkenaan. Himpunan malam ini merupakan kemuncak kepada himpunan Black Out505 yang diadakan dibeberapa negeri sebelum ini.
Himpunan ini bermula di Petaling Jaya didikuti di Perak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka kemudian Kedah dan Terengganu sebelum ia berakhir di Petaling Jaya. Hanya Perlis dan Kelantan tidak bersedia mengadakan himpunan berkenaan.
Sementara itu difahamkan seperti diumumkan himpunan malam ini tidak akan berakhir di situ tetapi ia akan diteruskan untuk ke Padang Merdeka. Himpunan malam ini berjalan lancar tidak ada apa-apa halangan dan pihak keselamatan tidak perlu bertungkus lumus untuk mengawal keadaan kerana ianya berlangsung dalam penuh berdisiplin.
Inysa-Allah saya akan mengulas dan sorot himpunan BlackOut505 - Suara Rakyat ini esok. [pjy.sel.11:29 pm 25/05/13]
4 comments:
perhimpunan protes apa yg dikatakan penipuan..tahniah polis sbb x buat provok bersama peserta perhimpunan dan sebaliknya..malaysia mmg aman
Polis pun join protes ni sebenarnya. Depa dah benci kena buli ko penipu
Ini membuktikan bahawa tanpa provokasi pihak tertentu, perhimpunan akan berlaku aman, termasuk bersih dulu tu..
Maaf bagi saya itu semua pembaziran sumber. Dah lama sangat kita berpolitik. Mahkamah pun semakin tidak berpihak kepada sesiapa kebelakangan ini. Maka tunggu sahajalah petisyen pilihanraya. Harap jangan gempak saja bagi figure penipuan tapi akhirnya kita dihidangkan dengan satu lagi penipuan oleh media social seperti isu kenaikan harga barang.
Post a Comment