RENUNG KE DALAM
Bukan senang untuk mengubati hati orang nan terluka. Luka pula selagi belum ada penawar mujarab selagi itulah yang membawa kepedihan dan kengiluan. Denyutan kepedihan akan menjadi seseorang terus sakit. Kesakitan pula akan menganggu emosi seseorang. Gangguan ini kadang kalanya dahsyat, lebih teruk dari gangguna polong atau hantu.
Begitulah apa dialami oleh sesetengah orang terhadap apa yang berlaku di Kelantan ekoran keputusan Tokguru Nik Aziz Nik Mat untuk tidak lagi menjadi MB dan selepas ini tidak lagi akan berada dalam kepimpinan parti. Sejak lama dulu saya telah menulis, kita semua harus bersedia berhadapan dengan takdir ketiadaan Tokguru.
Masih ramai nampaknya yang tidak dapat menerima takdir dan hakikat politik yang berlaku di Kelantan. Ketiadaan Husam Musa dalam barisan Exco Kelantan masih ramai yang keliru dan cuba membuat soekulasi. Walaupun sudah ada penjelasan tetapi ia belum tuntas. Semua itu kerana kegilaan kepada Husam. Kerana mata kasar kita mengukur Husam layak dan sepatutnya berada sama dalam barisan Exco Kelantan. Ahmad al Fateh yang digelar kepada Husam untuk Putrajaya terbawa-bawa ke Kota Bharu.
Sebenarnya tidak siapa yang tidak suka kepada Husam di kalangan kepimpinan Kelantan. Bahkan Menteri Besar, Ahmad Yaacob memahami betapa Husam diperlukan untuk sama-sama membangun Kelantan seperti apa dilakukan. Beliau telah pun berusaha sehabis mungkin untuk membawa Husam duduk bersama dalam kerajaan.
Namun seperti dijelaskan ada halangan yang menimpa. Ada suasana yang tidak kondusif menyebabkan Husam tidak dapat bersama. Penjelasan Ahmad Yaacob seharusnya diterima dengan baik. Manakala wakil pemuda yang melihat bukti penolakan Husam untuk dibarisai dalam anggota Exco sepatutnya menjelaskan keadaan sebenar kepada segelintir mereka yang keliru.
Rasanya di Kelantan semua orang sudah faham dengan apa yang berlaku. Tetapi bagi sesetengah anak-anak muda yang bangkit bersama Husam yang menjadikan Husam sebagai idola dan ikon perjuangan mereka tidak faham. Tidak salahkan mereka kerana makluman dalaman tidak sampai ke pengetahuan mereka. Manakala penjelasan pula dianggap sebagai helah semata-mata. Masih ada yang beranggapan Husam dianiaya atau pun berlaku kejadian cah kenting sesama sendiri.
Malam tadi saya bersama sekumpulan anak muda Kelantan yang tinggal di KL yang terkilan atas apa yang berlaku. Mereka merupakan para idola Husam Musa. Merka tidak jelas apa yang berlaku sehingga mereka beranggapan dan menerima apa yang dikucarkan. Nasib baik mereka berdepan dengan saya, saya dapat jelaskan duduk perkara sebenarnya. Selepas dijelaskan alhamdulilah mereka dapat menerima apa yang berlaku.
Biasalah bila berlaku pengagungan kepada seseorang akan ada penghinaan kepada yang lain. Dalam kes Kelantan, isu Husam ini suka saya jelaskan bahawa tohmohan mengatakan Mohd Amar Nik Abdullah terlibat ianya tidak benar sama sekali. Walaupun Mohd Amar berkehendakkan jawatan itu tetapi bukan dia orangnya menggunakan tektik dan cara jahat. Saya sendiri juga asalnya keliruan mengenai hak ini dan selepas mendapat penjelasan dan makluman dalam (Tokguru) baru saya memahami.
Saya ingin menyatakan pendirian saya, di dalam bak memilih calon untuk bertanding dalam pilihan raya memang Mohd Amar berperanan bersama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Zulkefli Mamat dan Pengarah JPN Kelantan Wan Nik Wan Yusuf. Penglibatan mereka pun atas kapasiti dan kedudukan mereka masing-masing.
Saya tidak memikirkan penyusunan untuk persiapan pembentukan barisan Exco, tetapi apa yang saya fikirkan persiapan untuk memastikan kemenangan. Di dalam PAS tidak ada hal-hal seperti itu. Saya sendiri mencadangkan 23 calon perlu ditukar. Kalau tidak boleh, cukup setakat 17 orang. Akhirnya pertukaran calon dibuat ke atas 16 orang kurang satu dari jumlah yang saya cadangkan.
Saya sendiri tidak senang dengan cara mereka memilik calon dan sikap dolak dalih mereka bila berhadapan dengan broker calon. Bukan orang yang dipilih tetapi cara mereka melayan desakan dan cadangan. Mereka tidak berterus terang dan melindungi keputusan yang mereka telah buat. Itu sahaja. Mereka mengambil kesempatan atas sikap Husam memberi kelonggaran begitu sekali, atau tidak peduli dalam soal menentukan calon. Di sini Husam juga bersalah kerana tidak menekan secara serius mengenai hal calon.
Tetapi mengenai line up untuk barisan kabinet Kelantan Mohd Amar tidak terlibat. Dia sendiri menerima apa yang sudah disediakan awal khasnya perlantikan Ahmad Yaacob sebagai pengganti Tokguru. Kenapa saya kata ia tidak terlibat kerana penyusunan ini bukan berakhir di peringkat parti saja. Ia melibatkan perestuan dan persetujuan Tuanku Sultan Kelantan. Saya yakin dan percaya kalau line-up itu setakat parti yang menentukan, Husam bukan saja terbuang, tetapi Husam hari ini adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan kerana dari segi hirearki Husam adalah nombor tiga selepas Ahmas Yaacob.
Saya suka menyebut sedikit sejarah lama mengenai Husam apa yang berlaku tahun 1999, sewaktu pertama kali Husam turun bertanding di kerusi DUN Kijang. Sejarah ini jarang diketahui oleh orang ramai dan orang dalaman dan rakan-rakannya terdekat saja yang tahu. Tetapi saya hendak sebutkan juga untuk dijadikan iktibar dan sejarah perbandingan. Jangan salah anggap ini adalah sejarah yang ada dalam hati saya.
Tahun 1999 nama Husam telah dicadangkan untuk menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan. Walaupun saya 'menjanjikan' Exco kepadanya, tetapi namanya dipersetujuan untuk menjadi TMB. Husam dikira sudah mendapat durian runtuh ketika itu. Seolah dia mengharap kancil gajah yang dapat. Dia bernasib baik. Saya sendiri yang menindakkan diri saya sebagai pengurus peribadinya bukan main apabila Badan Harian PAS bersetuju dengan cadangan itu. Nama Husam diangkat ke Sultan untuk direstu dan disahkan.
Malangnya apabila menjelang beberapa jam untuk majlis angkat sumpah nama Husam digugurkan dari dari jawatan TMB di turunkan menjadi Exco. Keadaan waktu itu belum separah hari ini kerana Husam masih berada dalam Exco dan porfolio yang diberikan kepadanya pula adalah porfolio gagah-gagah belaka. Husam boleh menerima perubahan disaat-saat akhir itu. Dengan kedudukan itu Husam membuktikan dia dapat bekerja dan membawa perubahan ekonomi di Kelantan dengan porfoilio berkenaan. Apa yang hendak saya sebut di sini, Husam sudah berdepan dengan masalah sejak awal-awal lagi lagi.
Berbalik kepada mauduk catatan ini, tiada sesiapa yang menghalang Husam atau menggugurkan nama Husam. Ia berlaku secara 'semulajadi'. Husam sendiri memahami kedudukannya ini dan hakikat ini. Cuma apa yang mungkin sedikit tidak kena dari segi teknikal di mana Husam tiada dalam mesyuarat membincangkan line-up Exco Kelantan pada pagi 6 Mei itu. Itu sahaja.
Pada malam beliau berceramah di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke IV dan masa minum, saya telah berpesan kepada Husam, agar dia jangan ke mana dan mesti berada di Kota Bharu sehingga kerajaan ditubuh. Malangnya pada petang hari mengundi beliau telah 'unggal' ke Putrajaya untuk menemui penyokongnya sambil menanti keputusan pilihan raya. Ertinya Husam telah meninggalkan tapak strategi dan mungkin inilah (gurau) menyebabkan orang mudah untuk merampas haknya.
Adapun nama Ahmad Yaacob awal-awal lagi telah ditetapkan oleh Tokguru Nik Aziz. Tiga hari sebelum mengundi Tokguru sudah memberi watikah perlantikan Ahmad Yaacob sebagai MB. Perlantikan itu juga dimaklumkan oleh Nik Aziz kepada presiden parti Abdul Hadi Awang. Perlantikan Ahmad Yaacob mengikut prosuder dan mengikut kenanan (senioriti) dalam kedudukan parti dan kerajaan. Dan saya percaya Husam sendiri tidak mempertikikan perlantikan Ahmad Yaacon sebab beliau memahami selok kepimpinan.
Dengan penjelasan ini diharap kekeliruan dalam memahami senario politik Kelantan terutamanya berhubung pembentukan Exco dan ketiadaan Husam menjadi jelas dan tidak perlu dibangkitkan lagi. Semua pihak perlu memberi sokongan kepada barisan kerajaan yang dibentuk demi kelangusngan PAS. Manakala kedudukan dan peranan Husam pula perlu diberi setaraf dengannya. Saya yakin Husam akan tetap teguh dengan apa yang dinanjikan dia akan berjuang dalam PAS sehingga ke akhir hayatnya. Sebagai Ahmad Al Fateh yang mempunyai darjah kezuhudan yang tinggi Husam akan akur dan patuh (wala') kepada perjuangan dan pemimpin selagi ianya benar.
Masa dan liku-liku perjuangan masih jauh dan masih panjang. Tidak semua yang berada dalam Exco sihat dan berkeupayaan hingga ke hujungnya. Menjadi lumrah dalam medan perang ada ketika panglima gugur dan syahid tanpa di duga. Perjuangan pula wajib diteruskan. Mana tahu di kala berhadapan musibah inilah panglima yang 'dibersarakan' seketika akan di panggil pulang ke medan juang untuk meneruskan perjuangan.
Semoga nama dan jasa Husam tidak akan hilang dari ingatan rakyat dan kondisi ini harus dijagai sebaik mungkin oleh Husam. [wm.kl.10:17 am 14/05/13]
9 comments:
Salam tuan MSO
Kami yg di luar kelantan masih tertanya2 apakah masalah husam dgn pihak tuanku sultan...
Ketokohan Husam melangkaui sekadar jaga negeri....Rakyat Kelantan perlu lepaskan Husam untuk dikongsi sama oleh seluruh rakyat Malaysia di peringkat pusat....PAS kekurangan calon2 untuk diangkat di peringkat pusat dan agak merugikan sekiranya Husam masih disimpan di negeri....Mungkin jawatan menteri untuk Husam nanti bila PR memerintah....
Sudah sampai masanya PR mengasingkan calon2 negeri dan calon2 parlimen.....perkhidmatan sepatutnya diberi sebelum terpilih menjadi calon....bukan hanya selepas jadi YB....Ini boleh membantu pengundi kenal calon lebih dekat lagi....
Kita orang Melayu kuat menjaga tatasusila dan adat. Masalah dalam istana tidak boleh diheret keluar. Itu yang kita diajar. Tetapi kalau sesiapa berminat nak mengetahui kisah disebaliknya boleh jumpa dengan saya secaca face to face, saya akan memberi tahu sekadar apa yang saya tahu. Bagaimana pun cetera ini sudah diketahui oleh semua pemimpin Pas Kelantan termasuk Tokguru. Itulah saya katakan takkan mereka nak dedah semua itu kerana tak baik. Kedua belah pihak Husam dan sultan perlu dijaga dan keduanya perlu dihormati. Husam sendiri dalam kenyataanya tidak mahu kesnya dikaitkan degan sultan. Kena faham apakah makna dan maksudnya. Tidak semua perkara kita perly tahu dan saya pula menceritakannya. Paling baik baca sejarah lampau dan jadikan iktibar dan perbandingan. Wassalam.
Salam Tuan MSO,, izinkan saya bertanya berkenaan artikel tuan, Setahu saya Husam bertanding di Parlimen Kubang Kerian pada tahun 1999 kan,, dia hanya kembali ke kelantan bertanding di DUN kijang pada tahun 2004, DUN salor 2008 dan 2013. Ini bermakna Husam menjadi exco selama 2 penggal (2004-2008)&(2008-2013). kepulangan Husam ke kelantan 2004 difikirkan utk disediakan sbg pengganti Tok Guru namun tidak kesampaian..adakah tahun 2004 dulu Sultan juga tidak perkenan perlantikan husam sbg TMB?? namun masih berada didalam barisan exco. 2008 sekali lg ada ura mengatakan Husam disingkirkan tapi disenaraikan juga, kali ni Husam tiada jodoh, jadikan adakah plot ini sudah lama?? adakah mngkin penggal 2004 dan 2008 Husam ttp disenaraikan krn malu muka dgn Tok Guru?? maaf kpd hamba yg muda ingin bertanya
Tuan Hj,
1. Soal pemilihan pemimpin, sudah tentu pemimpin atasan lebih arif. Anggaplah, Husam tidak cocok bergandingan dengan team MB sekarang. Sepertilah kalau Messi dan Ronaldo digandingkan ia boleh jadi akan menimbul masalah di depan pintu goal.
2.Berilah kepercayaan kepada MB sekarang utk membentuk teamnya sendiri.
3.Saya memang menunggu peluang nak "face to face" bukan semata Hal Husam, tapi ada banyak lagi hal yang sudah tentu tak tertulis dalam blog ini.
4.Lagi satu Tn Hj berjanji mahu menyambng cerita Tn Hj betemu face to face dengan TGNA.(Saya rasa, hal-hal yg berlaku hari ini, ada di perkatakan pada pertemuan itu.)
Cerita itu tergantung tanpa penutupnya, tentu ramai yg menanti.
T.Kasih.
salam: Saya setuju ralat 2004 Husam mula bertanding di Dun Kijang, 1999 di Parlimen Kubang Kerian. Sudah saya katakan saya tidak akan menulis/menjkelas dari sepatutnya. Saya masih menghormati kepada etika ... jadi kalau nak tahu juga datang jumpa saya, jamu sikit pisang atau tea.(Gurau). Jangan bual kosong saja. Betapa saya jelas kalau tak nak faham, tak akan faham juga. Saya katakan kena bukan hati dan dengar sebaik mungkin,jangan cuba tegakkan benang basah tak ada guna. Sekali lagi dikatakan persoalan yang rahsia saya tak akan layan.
Terima kasih Tuan MSO,, penjelasan itu mgkin sedikit sebanyak melunakkan hati dan gelora org muda,, insya Allah jika ada kesempatan dan peluang ingin bertemu mata dgn tuan mso menghirup serba sedikit ilmu dan pengalaman.. moga beri peluang olehNya
saya diperantauan..mendengar kesah dari kejauhan disebelah pihak dengarnya sampai ada pihak memaki hamun pimpinan yang ada sekarang,kurang manis rasanya..pada saya Husam memang bintang bemergelapan tapi kita masih punya kilauan bintang lain yang sehebat Husam dalam barisan pimpinan baru..cuma masih belum dilihat dan diberi peluang..ada moleknya sheikh cadangla Husam jadi Speaker DUN..hee
Saya merasa agak bimbang bila setiap tmpat husam hadir di majlis kesyukuran meraikan kekal kerajaan kelantan dan dlm ceramah² beliau, beliau terus membangkitkan soal cas keting dan ayat² ucapan beliau menyuntik kebencian kepada pimpinan kerajaan yang baru..
Post a Comment