Thursday, March 25, 2010

Memburai Kilas

Sandiwara Si Kelentung (1)

SEHINGGA ini tiga orang peguam yang juga kawan Zulkefli Nordin dan menjadi kawan rapat saya juga menghubungi saya melahirkan rasa kesal dan terkilan dengan apa yang dilakukan Zulkefli. Masing-masing melahirkan rasa marah atas apa yang dilakukan. Mereka menyifatkan tindakan Zulkefli itu sudah melampaui dan mencemarkan dirinya sebagai seorang pengamal undang-undang dan juga sebagai orang yang mengakui beragama Islam.

Kata mereka sebagai seorang pengamal undang-undang Zulkfeli sepatutnya menjaga intergriti dirinya dan sebagai muslim seharusnya beliau malu dan bertanggungjawab kepada Allah.

Petang semalam, Md Razdi Mustapa yang berada di Kedah menghubungi menceritakan mengenai telatah Zulkefli itu. Rakan-rakan peguam di Alor Star katanya, semua mempertikaikan apa yang diucapkan itu. Katanya Zulkfeli sudah benar-benar melampau batas. Beliau sebagai seorang sahabat sangat menyesali kerana cara berpolitiknya menjijikkan. "Kalau nak kekalkan kerusi pun jangan begitu sekali, lagi pun kerusi Kulim - Bandar Baru itu sudah menjadi haknya," kata Radzi kesal.

"Aku rasa dia ni sudah melampau sangat dah, dia tidak patut buat apa yang dilakukan itu," begitulah keluh Radzi lagi. "Kau mesrti buat sesuatu, kau tulis dan dedahkan apa pun mengenainya supaya kejahatan beliau itu tidak dipercayai oleh orang ramai. Kau dedahkan juga apa yang berlaku di Makkah dan dalam masjid nabi di Madinah," pesan Radzi bersungguh. "Kita tidak mahu pembohongannya dianggap kebenaran yang disanjung begitu sekali," sambung Radzi.

Pagi ini pula seorang lagi kawan pengamal undang-undang mengeluh dengan apa yang berlaku itu. Katanya, Zulkefli sudah membuang tabiat. "Kenapa dia sanggup berbohong begitu sekali. Apa yang dia dapat sebenarnya," tanya kawan itu benar-benar hampa dengan telatah wakil rakyat Kulim - Bandar Baru itu. "Besar manakah upah yang beliau dapat dan dapatkah beliau menyelamatkan diri di akhirat nanti dengan upah itu?," tanya kawan peguam itu lagi. "Kalau upah yang beliau dapat atas perbuatan itu dapat memadamkan api neraka, ok juga..." kata kawan itu berjenaka campur geram.

Saya merasai kekesalan dua orang sahabat itu. Saya sendiri yang mengenali Zulkefli dan yang membawanya mengerjakan umrah pertama pada tahun 1998, juga menyesali atas apa yang berlaku. Saya juga tahu bagaimana kisah di sebalik pembatalan petisyen kerusinya itu oleh Abdul Aziz Fadzil. Pembohongan dan politik tikus belut yang diamalkan sebelum ini masih boleh dimaafkan lagi. Untuk hidup sebagai politician beliau harus jadi licit begitu.

Perbuatan atau aksinya sebelum ini boleh dihalalkan lagi, tetapi apabila beliau telah melibatkan soal pembunuhan dan upahan itu ia sudah melampau. Sudah melebihi daripada had dan taranya. Apa lagi kalau semua itu berlaku juga disebabkan kerana ciptaannya sendiri.

Kesan daripada apa yang didedahkan itu atas nama kebenaran tetapi ia adalah fitnah besar kepada orang lain. Saya tidak kisah kalau beliau mahu kerkubang dalam maksiat, kepalsuan, hipokrit tetapi jangan mengheret sama orang lain. Saya sudah katakan politik sekular perlu berpaksakan kepada 4C. Lakukanlah.... sebab itu saya menolak kesucian politik demokrasi ala kita amalkan kini.

Zulkefli tidak boleh dimaafkan lagi. Apakah beliau sudah tersesat fikiran sehingga tidak dapat menimbang mana yang baik dan mana yang buruk? Kalau mengikut kepada pengakuan, pengucapan dia seorang Islam, yang kerap memetik ayat-ayat Quran dan hadis dalam ucapannya, seharusnya dia sedar. Sebagai muslim dia akan membatasi mana tindakan melampau dan mana yang dibenarkan. Mana yang makruh dan mana yang haram. Nampaknya beliau tidak ada lagi batas-batas itu bagi menandakan beliau seorang muslim yang saleh.

Pendedahan beliau di parlimen semalam mungkin dipercayai dan mungkin tidak! Bagi mereka yang mengenali gelagat dan kelentungnya tidak akan mempercayai sama sekali. Ianya 200 peratus bohong dan rekaan. Dengan mudah orang yang mengenalinya akan mengagak dia terpaksa berbuat demikian untuk membapatiskan semula dirinya yang kini sedang menerima kutukan rakyat selepas beliau mengkhianat parti yang memberi kerusi kepadanya. Sebab itulah di pihak sebelah sana gembira dan bangga dengan apa yang dilakukan Zulkefli itu.

Di sini saya nak persoalkan secara ilmiah dan logik akal berhubung dakwaanya itu. Setidak-tidaknya persoalan ini boleh menolak persepsi jahat yang terlahir daripada sandiwara yang dilakukan semalam. Atau pun setidak-tidak orang ramai akan berfikir sejauh mana kebenaran dan ketepatan apa yang didedahkan itu.

Beliau mendedahkan beliau akan diberikan ganjaran lumayan sekiranya beliau sedia memfitnah Najib dan Rosmah dengan membuat pengakuan mereka berdua terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Kalau kita menerima memang ada tawaran itu ia menimbulkan dua persoalan lain. Pertama mungkin beliau benar mengetahui kisah sebenar di sebalik pembunuhan itu. Kedua, siapakah yang sedia memberi ganjaran itu dan kenapa beliau menolaknya?

(Bagi saya, saya yakin beliau berbohong mengetahui kisah di sebalik pembunuhan itu. Beliau hanya mereka cerita demi meletakkan beliau sebagai penting dan orang yang ada simpan rahsia Najib. Itulah aset dirinya untuk dilihat penting).

Kalau beliau memang benar-benar tahu mengenianya, mungkin, sebab beliau sempat menjadi peguam kepada Azilah Hadri yang dituduh membunuh Altantuya. Mungkin beliau ada menyimpan rahsia yang diceritakan oleh Azilah Hadri? Mungkin Azilah Hadri menceritakan kisah sebenar kepadanya mengenai siapa yang suruh atau mnotif beliau membunuh Altantuya? Atau mungkin juga memberi tahu siapa membunuh Altantuya sebenarnya?

Di sini mungkin berlaku beliau sendiri memberi tahu pihak ketiga mengenai hal itu. Samada benar atau tidak rahsia itu sudah kepengatuan pihak ketiga. Adalah munasabah kalau pihak ketiga sedia mengupahnya mendedahkan apa yang diketahuinya itu? Sebaliknya kalau upahan itu dibuat atas pembohongannya, tiba-tiba hari ini dia mendedah hajat itu maka zalim dan kejamlah beliau kena membunuh orang lain atas pembohongannya yang sengaja direka-reka.

Mengenai beliau menarik diri menjadi peguam Azilah Hadri kerana ada gangguan pihak ketiga adalah tidak benar. Apa yang beliau sebut kepada saya ialah beliau diberhentikan dari terus menjadi peguam kepada Azilah Hadri. Peguam yang menjadi Azilan Hadri memberi tahu saya sendiri kenapa sebab-sebab Zulkefli diberhentikan daripada menjadi peguam Azilah Hadri. Pemberhentian itu sungguh mengecewakan beliau kerana beliau tidak lagi mendapat maklumat atau apa-apa rahsia dari orang tertuduh itu.

Bersambung: Bila bermulanya kebencian Zulkefli terhadap Anwar Ibrahim? [wm.kl. 10:20 am 25/03/10]

9 comments:

primehonda said...

aduhai pak mso..letih betul otak saya baca statement yb zul dlm utusan tadi..apa sebenarnya yg dia nak ni?? nak perjuangkan apa sebenarnya. kalau pilih umno utk perjuangkan Islam maksudnya dia akan jadi sama mcm salentia jugalah i.e. islam itu perkakas utk capai 'habuan' lain.

saya rasa beginilah pak mso, yb zul ini peguam swasta yg x begitu menjadi. bisnes guamannya xlah gah mcm zaid ibrahim. saya pernah dgr rakan2 lawyer saya kata mahu jadi lawyer kaya mesti join umno @ menyebelahi umno..baru terjamin hidup.setakat buat kes jenayah org2 biasa berapa sgt lah boleh charge. lainlah kalau kes tan sri ke, vip2 umno ke..

mungkin yb zul dok target kerusi datuk hafarizam agaknya??

IPOH MALAY said...

bermulalah penipu-penipu melayu bertempek bedak opera Cina untuk mencari jalan menjatuhkan orang yang menyingkap kudis di betis mereka..

Amri Yunos said...

Salam Tuan,

Mengapa susah untuk saya terima apa yang didedahkan YB Zul ini?

Kalau betul seperti mana YB Zul laungkan yang beliau Islam dahulu baru Parti, mengapa hanya selepas terkeluar parti baru hendak didedahkan perkara ini?

Kalau benar Islam, bukan setakat menolak tawaran tetapi juga membetulkan segala fitnah sekiranya ianya benar yang berlaku.Ini tidak, semasa dalam parti langsung tidak bersuara.

Apakah tidak ini Parti dahulu baru Islam?

ANAFAKIR said...

saya lebih mempercayai hujah MSO berkaitan En. Zul ini berbanding dgn apa yg en.Zul canangkan selama ini.Dia tidak layak dipanggil YB dng tindakannya yg jijik dan hina itu.Kalau benar dia Islam sejati, kenapa dia join dan senada dengan UMNO.Kenapa dia tidak pilih PAS?.Untuk apa dia ingin jumpa DS Najib, DS Rosmah, dan Tun Abdullah untuk menyatakan sesuatu yg dia tahu.Selama ini dia menufaik juga kah..menyembunyikan segala apa yg dia tau?.kenapa sekarang ingin tunjuk belang yg dia itu pembela Islam.rujuk balik isu Aisah Bukhari dahulu..apa yg dia cakap tentang UMNO?Apa yg cakap tentang pemimpin UMNO?.Dia lupakah apa yg dia canang dahulu,perana UMNO dan isu murtad di Malaysia ni.Kenapa sekarang tetiba UMNO begitu mulia di sisinya.Siapa firaun kecil yg dia maksudkan?..bersih dan sucikah dia tu di sisi Islam?Semua rakan-rakan terdekatnya kenal siapa Zulkifli bin Nordin tu..usah temberang la.Rahsia dia dalam kocek MSO jah..MSO lebih lama kenal zulkifli ni...sedarkah dia betapa ramai org kenal diri dia yg sebenar,usahlah berlakon membela Islam kononnya..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Mengikuti sedikit sebanyak perjalanan sidang parlimen kali ini jelas memperlihatkan betapa sikap ahli parlimen yang melompat itu seumpama layang-layang
putus tali. keadaan ini tak terkecuali berlaku ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas. Gelagat seumpama telur separuh masak itu seolah menagih simpati memohon
perhatian begitu berleluasa tanpa ada pertimbangan akhlak dan etika langsung.

Setelah minggu lepas Ahli Parlimen Bayan Baru mendedahkan apa yang hendak didedahkan, semalam tibalah giliran yang berhormat dari Kulim Bandar Baru Zulkifli
Nordin yang merupakan guruku di surau RHB Bank pada waktu zuhur mengambil tempat untuk mengemukakan hujah-hujah untuk mendedahkan kewajarannya tindakan
beliau berada di bangku wakil bebas di parlimen. Beliau telah mengambil jalan atau tindakan untuk membersihkan nama Najib dan Rosmah yang mana bagi sebahagian
orang menganggapnya suatu tindakan yang berani dan boleh dipuji. Bagi saya, tindakan beliau memang terpuji dan boleh dipuji sekiranya ianya berlandaskan
kebenaran tetapi sesungguhnya tindakan itu adalah tindakan yang amat keji dan perlu dikeji sekiranya ia adalah merupakan fitnah untuk menjatuhkan seseorang.

Sepanjang ingatan saya, wanita mongolia itu mati dibunuh pada bulan Oktober 2007. Sebaik sahaja kematian wanita itu menjadi liputan media dan perbualan
umum maka nama Najib tidak semena-mena menjadi watak utama dalam perbincangan masyarakat sama ada di internet atau luar internet. Maknanya di sini seandainya
orang hendak mengarahkan Saudara Zul untuk membuat satu konspirasi mengaitkan Najib dan Rosmah maka ia perlu dirancang dan dilakukan sebaik saja wanita
Monggolia itu diketahui mati dibunuh. Ini perlu bagi memastikan agar sebaik umum mengetahui berita itu maka nama Najib dan Rosmah boleh dikaitkan. Di sinilah
perlunya Saudara Zul menjawab beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan:

1. Pembunuhan itu memang diketahui oleh orang tertentu dan orang tertentu itu adalah orang yang mengarahkan Zul dengan ganjaran mengoncangkan iman untuk
membuat konspirasi yang dimaksudkan oleh Saudara Zul. Maknanya di sini Zul mungkin tahu banyak tentang peristiwa tersebut kerana beliau tahu orang yang
tahu akan pembunuhan tersebut.

2. Apa hubungan orang tersebut dengan najib, wanita Mongolia itu dan Zul sehingga dia boleh tahu akan pembunuhan tersebut dan mencari Saudara Zul untuk
melaksanakan konspirasi berkenaan.?

3. Kalau Saudara berjaya mengelak diri dari melakukan konspirasi tersebut, kenapa Saudara Zul tidak mengambil tindakan yang perlu terhadap orang yang tahu
akan pembunuhan tersebut seperti disoal siasat, didakwa atau menjadi saksi dalam kes perbicaraan ke atas beberapa orang kena tuduh di mahkamah tinggi Shah
Alam tempoh hari?

4. Berdasarkan kenyataan Saudara Zul di Parlimen Malaysia semalam, ia menggambarkan perkara itu berlaku dan dilakukan oleh orang-orang dalam Parti Keadilan
Rakyat. Oleh kerana saudara adalah seorang yang memperjuangkan keadilan dan ingin mempertahankan Islam maka kenapa saudara menerima pelawaan dari parti
yang saudara tahu penuh dengan fitnah? Bukankah dengan menerima tawaran tersebut maka saudara akan dengan secara sedar menyokong perbuatan fitnah?

5. Sebagai seorang yang sering menhuraikan hadith berkenaan akhir zaman, Saudara Zul sepetutnya bukan sekadar menolak pelawaan untuk menjadi calon pilihanraya
tetapi lebih dari itu patut meninggalkan Parti keadilan Rakyat awal-awal lagi, kenapa tidak saudara lakukan?

Zul, apa yang anda lakukan membuat saya semakin hilang hormat dengan saudara dan semua kenyataan anda penuh dengan keraguan. Maaflah.

Parti KeADILAN Bahagian Seremban said...

Salam MSO & Pemerhati2 politik Tanah air ku....
Kenapa MP dan Adun2 di Malaysia ni macam pepatah lama luncai dengan labunya, Tikus membaiki labu atau mcm cerita2 P.Ramli dahulu memang mudah lupa...kenapa tidak pernah merasai kesusahan rakyat di kampong di bandar di pendalaman tanpa protokol, tanpa pengawal keselamatan tanpa media....tidak kah merasai kesusahan rakyat jika nak dibandingkan dengan perangai2 MP2 dan ADUN2 ni seperti katak, seperti ular, separti anjing yang tidak merasai kesusahan rakyat. Jika benar MP2 ini popular dan sentiasa dikehendaki rakyat lepaskan jawatan dan bertanding semula untuk melihat benar2 rakyat menyayangi MP atau ADUN2 ini bukan sekadar inginkan duit rakyat dengan gaji yang beribu2 atau saham berjuta2.
Ape sebenarnya yang MP2 dan ADUN2 ini kehendaki jia bukan kerana duit yang dijanjikan atau pun gaji kemewahan hasil duit rakyat...yang boleh mereka dapat. Bukan kerana agama yang diperjuangkan, bukan kerana kopiah yang dipakai, bukan kerana songkok menunjukkan ketulinan dan bukan kerana retorik bangsa diperjuangkan tetapi kebanggan diri, nama disanjung dan poket penuh selalu...
Akhirnya maruah diri digadai....dengan kata2 ludah sendiri tanpa disedari itulah sebenar diri anda telah ditelanjangkan.....air ludah itulah anda jilat semula...
kubur sendiri2 ditanya sendiri2 tetapi bila dihitung semua itu akan keluar semula....dan diminta oleh pengundi2 anda...

MatGelap said...

bagi saya mudah saja...KENAPA BARU SEKARANG SETELAH TERBUANG? Skrg siapa pengkhianat? YB zul pengkhianat...kalau benar apa yg didedahan sekarang benar...maka selama ini dia berstongkol dgn pengkhianat...dia tipu kita...tapi kalau apa yang didedahkan skrg nie tipu...dia memang manusia yang tak guna...macam anjing tersepit...maaflah kalau terkasar...

feisalawang said...

bodohnya dia ni..statement yg akan mengheret beliau kedalam rumah besi...nasib baik berselindung di sebalik imuniti parlimen..

Pasti Putra Permai, Puchong said...

Satu masa kita akan lihat 'COLOUR' dia yg sebenar... kita tunggu usul persempadanan semula oleh pihak BN yg perlukan 2/3 sokongan ahli parlimen... utk memenangi PRU-13, BN perlu ubah persempadan pilihanraya. Kalau si katak muka tak malu ini menyebelahi BN, terus-terang ajelah, tak perlulah nak berlakon...