Tuesday, September 7, 2010

Firasat Buruk

Azmin Dan Zaid Jangan Bawa Petaka Dalam PKR

SEBETULNYA tidak ada hak untuk saya merasai lebih bimbang daripada ahli PKR mengenai perkembagan parti itu menjelang pemilihan pemimpin yang sedang berjalan kini. Saya tidak perlu untuk merasa cemas dan tidak pun tahu kenapa harus bimbang. Saya bukan ahli PKR hanya pemerhati dan simpati tinggi kepada PKR yang bergabung dengan Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat yang berazam untuk menumbangkan BN.

Sebagai orang yang telah lama di bawah pemerintahan kerajaan UBN yang mengetahui akan kebaikan dan keburukannya, saya mahu melihat Pakatan Rakyat mengubah suasana itu. Pengubahan ini tidak kira sama ada dengan mengambil alih kerajaan ataupun melakukan kritikan dan teguran sehinggakan kerajaan BN menjadi sebuah kerajaan yang benar-benar efisyen dalam membela rakyat.

Tetapi terus terang saya katakan, saya amat bimbang dan cemas dengan apa yang menjelang kongres parti itu untuk mengadakan pemilihan pemimpin waktu ini. Pertandingan merebut jawatan dalam PKR terutamanya di peringkat Timbalan Presiden menjadikan saya 'ugah' hati. Firasat saya kurang baik mengenai hal ini. Sekiranya dialpakan dan tidak dibendung ia mungkin boleh menyebabkan berlaku keretakan dalam PKR yang semua orang tidak mahu menenguknya.

Sesuatu yang sungguh malang kalau PKR mengalami keretakan. Orang-orang seperti saya sedang menunggu-nunggu akan keupayaan dan kemampuan PKR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kemenangan besar PKR dalam pilihan raya umum ke -12 lalu didoakan akan menjadi lebih besar pada pilihan raya umum ke - 13 nanti. Tetapi kalau takdir ini (perpecahan akibat perebutan jawatan) berlaku ia boleh merombak mood umum untuk menyaksi pilihan raya itu kelak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Mulanya pertandingan ini dikira akan berlaku dalam suasana kekeluargaan dan penuh mahabbah. Ia tidak lebih dari satu kewajiban menurut pelembagaan saja. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada mereka yang merasa layak untuk jadi pemimpin. Tidak lebih dari itu. Ia bukan satu peperangan yang harus mencedera atau mematikan sesiapa. Pertandingan itu adalah demi menyihat dan mewaraskan semua pihak.

Itu sepatutnya berlaku. Tetapi melihat kepada gelagat dan penyokong dua orang calon yang akan merebut jawatan itu, iaini Zaid Ibrahim dan Mohd Azmin Ali, ia menyerlahkan kepada suasana yang kurang baik dan ada tanda-tanda menjadi kejam atau lebih kejam. Perasaan persaudaraan dalam parti tidak terserlah. Demikiannya juga kualiti keduanya sebagai pemimpin tertinggi gagal ditunjukkan bagi diteladani rakyat. Ingat kedua mereka dilihat sebagai aset penting parti kalaupun tidak bakal mengganti Anwar di masa akan datang.

Kenyataan-kenyataan, bentuk kempen, propaganda dilakukan kini memberi gambaran perebutan itu seperti berlaku antara dua ahli yang berbeza parti dan perjuangan. Seolah keduanya tidak berada di bawah renungan mata yang satu. Beberapa laporan dan kejadian berhubung itu yang masuk ke telinga saya amat amat mendukacitakan sekali.

Perhatikan apa yang telah dicatat Zaid dalam blognya. Beliau mendedahkan kononnya ada orang cuba mengupah bloger agar menulis sesuatu yang buruk mengenai dirinya. Kononnya juga bloger itu akan menulis yang beliau mengupah RM20,000 kepada cabang untuk memastikan beliau dicalon.

Kalaulah benar dakwaan Zaid itu betapa buruk dan busuknya proses pemilihan dalam PKR. Jelas sekali budaya dan tradisi syaitan yang diamalkan dalam Umno turut menular ataupun diguna pakai dalam PKR. (Saya harap ianya tidak betul dan pendedahan itu sebagai satu tektik saja).

Zaid juga sebelum itu dakwa ada orang yang hendak jadikannya sebagai Ghafar Baba (Allahyarham) di mana telah dimalukan dalam Umno sehingga tidak cukup pencalonan untuk merebut jawatan timbalan presiden bersama Anwar. Ertinya menurut pendedahan Zaid itu ada usaha dijalankan supaya beliau tidak mendapat pencalonan mencukupi itu bertanding.

Kalaulah dakwaan Zaid itu benar, kenapa sampai jadi begitu sekali. Kenapa harus menggunakan tektik buruk dan celaka itu. Kenapa harus sampai hendak malukan Zaid? Bukankah Zaid aset penting kepada kemajuan PKR itu sendiri? Saya rasa sebagai parti baru yang sifatnya lebih terbuka, telus, ikhlas dan demokratik dari Umno seharusnya perbuatan itu tidak berlaku.

Begitu juga tindakan bersama oleh beberapa Ahli Parlimen dan Senator PKR yang membuat kenyataan menyokong Azmin Ali untuk jawatan itu tidak patut berlaku. Tindakan itu sekali lagi menggambarkan sikap kurang bijak dan cuba mempamerkan keretakan dalam PKR. Kenapa harus ada endorsement sebegitu?

Pada saya tektik untuk mempengaruhi perwakilan cabang dengan membuat kenyataan bersama itu boleh membuka ruang perbalahan dalam PKR. Keadaan yang dimulakan itu akan buruk sekiranya ada pula pihak-pihak lain membuat kenyataan sebaliknya dengan menyokong Zaid. Tindakan sebegitu telah membuka pekong PKR sendiri kepada musuh. Musuh dengan mudah menganggap yang ahli PKR dan Senatornya telah berpihak.

Selalu terjadi dalam parti politik pergaduhan yang mulanya kecil akan membesar dan kesannya terbawa sampai ke rumah. Ia kadang kala tidak akan mudah hapus dan akan dikenang sampai ke bila-bila. Sejarah sudah menunjukkan semua itu.

Apapun keadaan masih boleh dikawal. Ia belum melarat jauh lagi. Anwar Ibrahim selaku orang tua dan penasihat parti hendaknya bangkit segera membuat teguran. Beliau harus menegur kedua pihak supaya tidak menggunakan tektik kotor dalam perlawanan. Beliau tidak boleh membiarkan atas kepercayaan kedua mereka itu manusia cerdik. Apa juga yang penting mengingatkan mereka atau sesiapa saja bahawa pertandingan itu satu keperluan bukan satu kemestian mereka jadi pemimpin.

Kita tidak mahu rakyat akan membuat kesimpulan perebutan itu sebagai kegelojohan nafsu kedua-dua calon itu. Adalah malang kalau gara-gara itu nanti akan terdengar orang mengatakan PKR belum apa-apa sudah bergaduh, kalau Anwar jadi PM mungkin pergaduhan akan lebih teruk lagi kerana berebut jawatan dan kuasa.

Baik Azmin atau Zaid kalau hendak berseteru pun biarlah secara senyap. Bergaduhlah seperti laki bini yang educated di mana pertengkaran mereka jangan sampai ke telinga anak-anak di luar bilik. Bergaduhlah dalam bilik. Amalkan apa yang dilakukan suami isteri yang bergaduh separuh malam saja kemudian baik sampai ke pagi. Itulah pemimpin yang bijak dan profesional. Jangan.. baik Zaid atau Azmin membawa petaka baru dalam PKR. [wm.kl.9:15 am 07/09/10]

10 comments:

lan said...

saya pun heran apa perlu MP PKR buat PC sokong Azmin, adakah depa geng2 Azmin?

mnhisham said...

Saudara Sayuti

Saya sangat bersetuju dengan saudara berkenaan dengan apa yang berlaku. Kasihan kepada DSAI. Budaya politik UMNO memang ada ' bekah ' dalam PKR. Susah sungguh...
Saya rasa DSAI pun pening kepala memkirkan semuanya. Kalau halang nanti, melenting MP PKR ni. UMNO dok tunggu sebelah sana. Entahlah.. cuma harapan saya PKR akan selesaikan semua ini secepat mungkin dan bersedia untuk PRU13

KASIHCIKGU said...

Zaid sewajarnya menolak pencalonan utk bertanding Tim Presiden. diakan masih baru dgn PKR. nanti org label gila jawatan dan pangkat. dok dlm UMNO pun tak setara mana, masuk PKR nak duduk no 2. cermin diri dulu. Saifuddin jauh lebih layak dari Zaid, itupun tak nampak gelagat gila pangkat pada Saifudin. Zaid kena buktkan dulu pada ahli PKR yang dia betul-betul PKR tegar, yang hidupnya untuk membantu PKR. sekarang orang masih sangsi takut-takut Zaid sama macam Brahem Ali...

ANAFAKIR said...

bila kepentingan peribadi,kuasa dan pangkat menjadi taruhan utama,begitulah jadinya.Masing2 mencari rakit utk menumpang.Kalau sokong membawa rebah maka hayat PKR akan berakhir setelah pemilihan agung perwakilan itu selesai.Peringkat pemilihan MPP pun dgr cerita mcm2 isu dan tohmahan dibuat sesama mereka semata2 ingin menang jawatan yg ditandingi..malu sungguh kalau inilah mereka yg bakal kita pertaruhkan masa depan utk bersama PAS menggantikan tadbir urus dari UMNO.Kepada Dato' Zaid Ibrahim saya rasa wadah terbaik utk beliau sumbangkan jasa ialah melaui PAS.Rujuk dgn PAS bergabunglah bersama Solahhudin Ayub, Dato Padukan Husam Musa dan saf kepimpinan yg lain dlm PAS kerana saya 'melihat' PKR sudah tidak ada beza dgn UMNO.Mereka masih jelas menggambarkan watak org2 yg kecewa..maka bila ada ruang dan peluang utk berkuasa,nampak kemewahan di depan mata,rupa2nya mereka mempunyai sifat rakus yg tidak ada bezanya dgn UMNO..

Kesatuan Sekerja Elektronik Wilayah Selatan said...

saudara,

sebagai pemerhati bebas seperti sdr MSO, langkah2 yang dilakukan oleh semua MP, Senat dan ADUN sudah menyerupai parti asal mereka walaupun mereka sudah bergabung dengan PRM dulu. Nampaknya sudah hilang nilai "kompromi" dikalangan mereka...

Jelik saya tengok sdr2 MP dan Adun ini membuat PC untuk buat pengumuman. Macam gaya budak2 universiti dulu untuk nyata sokongan.

Admin said...

Pemimpin perlu mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan peribadi.Kepentingan organisasi melebihi kepentingan sendiri.Hindari perjuangan PERUTISME(meminjam istilah MSO pd artikel Buletin Rakyat 15 sept.)Jangan menang sorak kampung tergadai.Rakyat sentiasa memerhatikan kerana mereka selalu tidak didahulukan.Awas. Musuh musuh anda sedang menanti untuk bertepuk tangan.

deMahdali said...

harap pak mso boleh ulas juga peluang saudara mustafa kamil ayub utk pemilihan kali ni...

rakyat media club said...

bukan mudah nak buang virus yg dibawa oleh umno ke dlm minda rakyat malaysia selama lebih 50 tahun.. pemilihan cara baru nie mmg nampak agak pelik seperti biasa tapi kepelikan itu yg akan mematangkan politik m'sia.. saya rasa kempen yang berlaku sekarang mmg tidak sihat tapi nak buat camana depa cuma tau cara kempen yang diwarisi dari umno saja.. inilah peluang bagi ahli2 PKR untuk mematangkan demokrasi bermula dari parti mereka sendiri.. jauh d sudut hati saya berharap selepas pemilihan nanti tidak ada perkara buruk yg berlaku pada PKR.. pemilihan ketua AMK nampak lebih matang dari pemimpin2 tua.. dgn adanya debat antara mereka dptlah memberi sedikit suasana kekeluargaan dan kematangan dlm kempen.. bukan mcm pemimpin2 tua yg menggunakan tektik yg dah ketinggalan zaman mcm yg terjadi pada MP.. saya rasa DSAI hanya akan bersuara selepas pemilihan jika keadaan menjadi lebih teruk.. cuma harapan saya PKR dapat mengharungi cabaran politik baru dgn penuh semangat perjuangan membela rakyat

arjuna gegap gempita said...

salam ramadhan saudara sayuti,

sesungguhnya, politik sememangnya begiu.tikam menikam,rasuah(duit),memburukkan pihak lawan adalah lumrah dlm politik.
tidak kira lah parti yang mengagungkan ISLAM atau bangsa MELAYU, politik tetap politik

Pondok Hati said...

OpenEd-http://remgold.blogspot.com/ menulis:

Pendekkan cerita: Saya harap PKR ni setelah bertanding jadi kuat dan bersatu semula, untuk kebaikan negara.
Mereka juga tunjuk jalan baru dalam pilihanraya parti - kesemua 400,00 ahli dari 218 cabang/division akan mengundi. Umno juga akan ikut jalan ini apabila ia mengadakan undi parti tiga tahun sekali. Bukan lagi pemimpin dipilih oleh sekerat orang yang menghadiri perhimpunan agung.
(PKR ni sebelum March 2008 dulu tak tahu ada 40,000 ahli atau tidak dan mungkin hanya 20-30 cabang yang aktif).

Tanpa pembangkang kuat di Malaysia, ditakuti Umno dan BN akan cepat lupa daratan, Kita lihat saja zaman Umno-BN begitu kukuh dari 2003-2008 tu dulu, Angkuh.
Cuma yang saya dan tentunya ramai lagi di sana tu yang mengharap PKR, dan juga DAP serta PAS, jadi pembangkang yang pro-negara.
Apa tu? Jika kerajaan buat sesuatu atau capai sesuatu yang baik, pujilah sikit.
Misalnya, cepat mereka bantai kerajaan apabila wang pelaburan mengalir keluar (angka tahun lalu). Tapi bila pelaburan masuk banyak, senyap pula (angka tahun ini).
Mereka cepat bantai bila ekonomi lemah dan salahkan kerajaan (tahun lalu). Jadi bila ekonomi kuat (tahun ini), salah ke jika dipuji?
Ini untuk menyejukkan hati rakyat yang gelisah dengan macam-macam isu, sebab semua benda dijadikan isu. Semua benda semacam salah di Malaysia, sehingga orang kata - orang politik hanya gila kuasa, hanya nak jadi pemerintah, nak masuk Putrajaya atau nak kekal dalam Putrajaya, jadi semua dijadikan bahan serang menyerang.


Saya yang menulis ini ialah rakyat selatan yang mana pemerintahnya kini semakin sedar bahawa tanpa a little chaos in the marketplace of ideas, negara boleh jadi stagnant.

Hanya ada dua pembangkang daripada 94 Ahli Parlimen yang dilantik (elected MPs) di Parliment Temasek. MP pembangkang ketiga dalam Parlimen ialah pembangkang yang kalah undi, tapi dapat undi tertinggi di antara semua yang kalah (the losing opposition MP with the highest score among the losing opposition members). Yang ketiga ni tak ada kawasanundi, dan tak boleh mengundi jika Parliment mengundi sesuatu isu - Non-Constituency MP atau NCMP.
Dan ada lagi sembilan Nominated MPs (NMPs) - Ahli Parlimen yang dipilih pemerintah PAP untuk masuk sebagai wakil interest groups agar buka mulut.
Susah orang luar nak faham, maka baca di sini.

Kini ada desas-desus Temasek akan mengadakan pilihanraya pada Mac tahun depan, bukan December tahun ini yang saya pernah tulis.
Malaysia pun akan ada pilihanraya dalam tempoh December-Mac ini! Tapi katanya, pilihanraya PARLIMEN saja dulu, bukan untuk DUN.
Jeng jeng jeng.