Gambar Jantan Dan Betina Sudah Ada, Nak.. Jumpa Saya!
SEMINGGU lalu saya posting satu berita dalam siasatan mengenai ketua Umno sebuah bahagian Umno di Kelantan dikatakan melakukan atau menerima rasuah sex. Berita itu sempat menggemparkan banyak pihak di Kelantan. Beberapa ketua bahagian atau wakilnya juga telah menghubungi saya untuk memastikan siapakah 'si coplek' itu. Ternyata ada yang panas punggung dengan posting berkenaan.
Terus terang dinyatakan gambar perempuan yang mengakui terlibat dalam kes itu ada dalam sipanan saya. Begitu juga dengan ketua bahagian berkenaan. Saya dikirimkan kedua gambar itu menerusi SMS. Tetapi seperti saya kata selagi siasatan tidak sampai 100% saya tidak mahu mendedahkan identitinya. Bagaimana pun kepada berhajat boleh jumpa saya untuk menatap wajah perempuan dan ketua bahagian berkenaan. Gratis.
Lagipun tujuan berita dalam siasatan itu disiarkan ialah untuk memberi kesedaran. Supaya mereka yang terlanjur dan ralik dengan maksiat bingkas dan bangkit memperbetulkan diri. Sudah saya katakan orang politik kena tegur menerusi media massa, atau di hadapan publik. Ia tidak boleh dicakap secara baik dan diam-diam. Itulah keadaah atau pun senjata ampuh. Orang politik senantiasa bergelumang dengan hipokrasi. Tidak kira siapa mereka.
Walaupun ada kalanya kita menghadapi risiko kena saman, kena ugut dan sebagainya, itu adalah tribulasi bagi seorang penulis bebas seperti saya. Zaman sekarang ini ugutan ataupun pengawasan bukan lagi dari kalangan polis, SB saja tetapi ada juga pengawal-pengawal peribadi yang bermakan gaji atau penyokong fanatik kepada seseorang tokoh.
Tetapi tidaklah pula bermakna saya diugut bila saya tidak mendedahkan apa yang berlaku ke atas salah seorang ketua Umno bahagian itu. Maklumat mengenai itu bila-bila masa akan terdedah. Tetapi apabila ada perkembangan positif, maksudnya ekoran pendedahan berita yang masih dalam siasatan itu menunjukkan ada tanda-tanda membawa kebaikan, biarlah saya tangguh dulu.
Mudah-mudahan juga dia menjadi ingatan dan signal kepada ketua bahagian lain yang juga ada masalah. Selepas berita dalam siasatan dipostingkan banyak malumat saya terima mengenai keburukan dan kebejatan ketua bahagian Umno di Kelantan. Ada yang membuntingkan anak orang, ada juga yang bercinta senyap-senyap dan sebagainya. Yang main SMS waktu malam dan ketika berada di rantau, usah ceritalah.
Apabila sudah ada perubahan, sudah ada penghijrahan, maka kita kena bagi peluang biarlah ketua bahagian berkenaan taubat. Dia masih ada ruang untuk melakukan kebaikan. Matahari belum naik di sebelah barat. Saya sebagai penulis masih ada perikemanusiaan tidak akan mendedah sesuatu yang tidak kena pada tempatnya apa lagi sehingga menganiayanya. Apa-apa pendedahan yang saya lakukan sebelum ini tak kira ke atas siapa, baik dari Umno maupun Pas tidak sampai mengaibkan. Belum sampai dan ia diperingkat muqadimah.
Ada juga mula menuduh saya sudah mendapat habuah kerana tidak mendedah kisah ketua bahagian berkenaan. Tuduhan itu sebagai satu gurauan nakal yang tidak patut atau dilakukan oleh pengerak (penyuci) kuku raja saja. Saya tidak mahu membela diri, tetapi masa dan keadaan akan menentukan. Saya cabar sesiapa yang tahu mengenai balada (skandal) ketua bahagian Umno berkenaan dedahlah. Mudah-mudahan mana tahu akan dapat angpau hari raya daripadanya. Bukan begitu.
Dipetang yang murni dan baru dilumuri hujan ini saya ucapkan selamat berubah dan membaiki diri kepada ketua bahagian Umno berkenaan. Dan kepada penjenguk yang suka kepada berita-berita sedemikian tunggulah pula mana tahu akan ada pula kisah ketua bahagian ataupun Pas kawasan yang boleh dijadikan cerita selepas raya ini. Tunggulah. Mat Maslan tentu tersenyum lebar petang ini. [wm.kl.6:45 pm 02/09/10]
1 comment:
sekiranya gambar yang sama dimiliki tuan mso, sudah pasti gambar yang sama juga dimiliki orang lain, maklum sahajalah kalau hal-hal berkaitan kain tepi orang apalah lagi berkaitan orang politik hal-hal berkaitan yang mengghairahkan sudah pasti menaikkan suhu sesiapa sahaja ditambah zaman yang bermaklumat ini..
kadang-kadang dalam masa nak berbuat baik ada yang jadi terlebih baik dan terbelagak nabi sampaikan kebaikan yang cuba nak dia sampaikan hanya berlandaskan nafsu dan keegoan semata-mata, dia mungkin mengatakan bukan utk mendapat apa2 imbuhan malah kepentingan tetapi kalau kebaikan yang dia nak sampaikan membuahkan pula kejahatan yang lain apa pula ceritanya...
hanya kebaikan yang disebarkan berlandaskan ketaqwaan dan keimanan pada Allah sahaja yang boleh menjadikan sesama umat itu sedar dan insaf yang betul-betul dalam erti kata sebenarnya
semoga Allah bersama tuan mso dalam menyampai kebenaran dan kebaikan.. InsyAllah...
Post a Comment