Monday, March 1, 2010

Sebukamata Mac

Sikap Polong Awang Adek

SAYA tertarik dengan sindiran Awang Adek Hussein agar Kelantan tidak terus menjadi negeri pengeksport rakyat untuk bekerja di luar. Sepatutnya rakyat Kelantan berkerja di negeri sendiri untuk membangun negeri mereka. Itulah sepatutnya yang diingini oleh Awang Adek dan semua rakyat Kelantan.

Mengikut perangkaan tidak rasmi lebih 180,000 rakyat Kelantan berada di Lembah Kelang saja, termasuk Awang Adek Hussein dan saya sendiri.

Kebanyakan mereka berhijrah untuk mencari makan di rantau orang. Penghijrahan ini bukan berlaku setahun dua ini tetapi ia berlaku sejak lama dulu. Bukan saja apabila Kelantan di perintah Pas tahun 1959 - 1978, tetapi selepas tahun 1978 sampai ke 1990 rakyat Kelantan berbodong-bodong berhijrah ke luar untuk cari makan. Pengeksportan rakyat ke luar turut sama berlaku di zaman UBN memerintah Kelantan.

Mereka bukan saja tertumpu ke Kuala Lumpur, tetapi serta ibu negeri di negara ini. Satu masa dulu Singapura menjadi tempat tumpuan rakyat Kelantan untuk berkerja sebagai boroh kasar. Mereka berhijrah ada setengahnya bukan kerana ketiadaan kerja di sana tetapi didorong oleh semangat ingin mencuba dan mencari kejayaan di rantau orang.

Rakyat Kelantan pernah ke Kedah untuk mengambil upah membating padi. Musim padi mereka akan berbodong ke Kedah. Sambil itu mereka bawa kain batik untuk dijual. Ada juga yang mendapat jodoh dan berkahwin di sana. Salah seorang yang berniaga kain sambil membanting padi di Kedah ialah ayah kepada seorang menteri kini. Setengah yang lain pula akan meneroka hutan membuka tanah penempatan baru. Penerokaan mereka bukan saja terbatas di negeri Kelantan tetapi sampai ke Pahang. Kalau kita ke Kuala Lipias, Jerantut dan Jengka hampir suku penduduknya bercakap lorat Kelantan.

Sebagai pakar kewangan dan ahli politik, Awang Adek tentu tahu kenapa fenomena ini berlaku. Beliau juga mesti tahu bagaimana semangat dan kegigihan orang Kelantan dalam memperjuangkan hidup mereka di mana saja mereka berada.

Budaya berhijrah rakyat Kelantan itu nampaknya Awang Adek cuba hendak salah kerajaan Kelantan (Pas) dengan apa yang berlaku. Beliau cuba memperdayakan orang agar mempercayai fenomena itu kerana di Kelantan tidak ada kerja. Memang diakui, pekerjaaan di Kelantan berkurangan. Kerja untuk anak-anak muda yang kandas SPM tidak disediakan. Tetapi penghijrahan itu bukan semata-mata kerana Kelantan tidak ada kerja. Tengok sawah di Kelantan luas mata memandang.

Ketiadaan kerja di Kelantan kepada siapa harus disalahkan? Kalau ikut Awang Adek ia salah kerajaan Pas. Saya tidak fikir kerajaan Pas tidak reti atau tidak mahu menyediakan perkerjaan kepada rakyatnya. Dengan kewangan yang terbatas dan dihalang dari segenap segi oleh kerajaan Persekutuan tidak mudah untuk mereka menyediakan peluang pekerjaan.

Tengoklah apa yang berlaku ke atas royalti minyak yang patut diterima negeri Kelantan. Siapa yang berkeras menggunakan berbagai alasan dangkal dan sanggup melanggari prinsip keadilan dan perjanjian yang dibuat semata-mata hendak halang Kelantan dari mendapat wang royalti berkenaan. Bukankah salah seorangnya Awang Adek sendiri?

Dalam satu perjumpaan dengan jentera Umno Awang Adek sudah menegaskan royalti minyak itu tidak akan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negeri Kelantan selagi kuasa politik Kelantan ditangan Pas. Apakah makna ini semua kalau ia bukan dengki dan perangai jahat.

Dalam hal ini kalau Awang Adek benar ada simpati dan semangat untuk membela nasib rakyat Kelantan beliau tidak hanya tahu berkata-kata dan menyalahkan kerajaan negeri saja. Beliau harus berfikir bagaimana hendak menyediakan peluang perkerjaan di Kelantan. Dan beliau juga tidak akan mengambil sikap penyamun tidak mahu wang itu diterima Kelantan.

Setiap kali menjelang pilihan raya UBN berjanji akan menyediakan ribuan peluang perkerjaan. Akan bangun kilang itu dan industrti ini. Tetapi selepas selesai pilihan raya semua projek untuk bina kilang dan perusahaan terbiar begitu saja. Batu asas yang diletak oleh menteri untuk bangunkan kilang akhirnya tumbang dan kawasan yang dibersihkan ditumbuhi semak samun menjadi tempat harimau tidur kembali. Kerja itu tidak lebih daripada hendak mengabui mata rakyat saja.

Kalau tidak salah ingatan Mustapa Mohamed berjanji untuk membina kilang Porton dan kilang kasut di Jeli. Pembinaan itu akan memberi peluang pekerajaan kepada penduduk Jeli. Janji itu ternyata hanya tinggal janji saja, usahlah kilang Proton kilang buat tali kasut pun tidak ada. Anak muda Jeli yang ingin bertukar kerja dari menoreh getah hari ini terus juga menoreh getah. Mungkin kalau diharap kepada kerja di kilang yang dijanjikan Mustapa ibarat kata berlaparlah mereka anak beranak.

Kenapa berlaku pengeksportan rakyat Kelantan ke luar ianya salah Awang Adek dan genangnya juga. Sikap diskiminasi kepada Kelantan menyebabkan perkembangan ekonomi yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan lemah.

Segala projek pembangunan yang seharusnya dilaksanakan di Kelantan, untuk mengguna pakai segala komoditi dan modal yang ada disekat oleh kerajanan Pusat. Syarat-syarat tertentu juga dikenakan kepada sesiapa yang ingin melabur di Kelantan. Bukan itu saja mereka juga dikenakan dengan berbagai levi yang berlipat ganda. Urusan seperti lesen dan permit juga dipersulitkan.

Kalau Awang Adek tidak ikhlas untuk bantu rakyat Kelantan usahlah salahkan Pas. Sebagai seorang yang cerdik dan bijak dari bekas Ketua Umno Bahagian Bachok, Ahmad Shahibuddin Mohd Noor, sepatutnya Awang Adek berusaha membawa balik projek ke Kelantan. Usah pedulikan siapa memerintah Kelantan. Kalau tidak nak bangunkan sendiri tetapi berilah laluan kepada kerajaan Pas Kelantan. Bukankah apa yang kerajaan Pas hendak lakukan itu untuk membantu rakyat? [wm.kl. 11:50 am 01/03/10]

3 comments:

nasru said...

awang adek sendiri berhijrah lepas tu nak bebel pasal hijrah rakyat kelantan.hok mana ada jawatan tinggi dalam umno semua cari rezeki di kuala lumpur.tu lah bodoh kalu cakap tak kaji dulu

pahtu bila nak menang BN dikelantan awal-awal lagi bodoh dah

bat8 said...

Tuan MSO,

Merantau adalah satu sikap semulajadi orang kelantan. Sebelum merdeka dulupun ramai rakyat kelantan merantau sampai ke borneo. Semasa kegemilangan sistem pengajian pondok di kelantan dulu sekitar abad 19, ramai anak kelantan lulusan-lulusan universiti pondok kelantan merantau keluar kelantan untuk menyebarkan Ilmu Islam keserata alam melayu.

Beberapa ulamak yang berasal dari kelantan ramai yang merantau sampai ke borneo untuk menyebarkan Islam disana. Sumbangan mereka disabah, brunei kalimantan terpahat dalam lipaan sejarah.

Selepas merdeka, ramai rakyat kelantan merantau dan berhijrah ke pahang. Kalau kita pergi dimana-mana dalam negeri pahang, kita dapati ramai rakyat pahang yang berketurunan kelantan. Tak salah kita katakan, orang kelantan bersama-sama org terengganu mempunyai saham besar dalam memajukan negeri pahang hari ini.

Memanglah, sikap pemimpin UMNo yang menghalang kedatangan pelabur-pelabur ke negeri kelantan menyumbang kepada penghijrahan anak muda kelantan keluar.

Disini uniknya sikap orang kelantan,mereka sanggup merantau apabila peluang tidak ada dinegeri sendiri. hari ini, dilembah kelang, ramai sungguh anak-anak muda kelantan bekerja mencari rezeki.

Satu impak positif dari ini, anak-anak muda ini juga menyumbang kepada pendapatan negeri dengan menghantar/mengirim wang kepada ibu bapa mereka dikelantan. Wang-wang ini saya difahamkan besar juga jumlahnya dan mampu mengerakkan ekonomi domestik kelantan.

Berbalik kepada sikap awang adek dan pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan - seperti selalu saya katakan, sampai bila merekaa nak jadi cerdik dalam politik. Dengan sikap begini, saya tidak nampak mereka berpeluang menawan kelantan dalam masa terdekat.

bat8

Unknown said...

awang adik yg tidak tua2,sebenar nya jauh dari memahami jiwa saudara2 kelantan nya sendiri, semuga allah memberi nya dan kawan2 sefikiran dgn nya kembali melihat dgn hati yg terbuka dan rahmat kpd rakyat kelantan ,cukuplah apa yg di laku mahthir selama 10 thn.politik mendera tidak akan menundokkan rakyat kelantan cubalah dgn politik baru pujuk,beri dgn tidak meminta balasan,dan mengungkit2. akan melembutkan hati rakyat rakyat kelantan tunjokkan sikap keagamaan,ketakwaan mampu menawan hati rakyat kelantan kerana tekanan akan membuat rakyat kelantan lebeh keras pedal kerana mereka sanggop berpusu2 kembali menentang umno kalau mereka merasa mereka di hina.