Macam Mana Bentuk Perkasa Hendak Bantu Umno
SEBAGAI orang awal terlibat dengan Pertubuhan Peribumi Negara (Perkasa) saya rasa berhak untuk bercakap sedikit mengenainya. Rasanya ini tidaklah merupakan dosa bagi saya dan bagi orang lain juga. Tentu mereka yang tahu Perkasa setelah ia popular dan lantang ingin mengetahui sejarah awalnya. Bagaimana pun di sini saya tidak berminat untuk menulis sejarah awalnya, tetapi apa yang saya nak tulis mengenai sesuatu kemungkinan yang sangat berkemungkinan.
Kisah lain mengenai Perkasa akan saya tulisan kemudian.
Ada tanda-tanda Perkasa akan menukar wajahnya dari sebuah NGO bebas kepada sebuah parti politik. Sekiranya segala rundingan tidak menampakkan jalan jelas dan menguntungkan, Perkasa akan didaftarkan sebagai parti politik. Seorang ahlijawatankuasa tertinggi Perkasa memberi tahu saya, usaha ke arah itu sedang dilakukan. Tetapi beliau tidak bersetuju dan menganggap sebagai satu pengkhianatan.
Kononnya Perkasa akan didaftar menjadi sebuah parti. Kalau ianya tidak akan diterima sebagai komponen BN, tetapi ia akan bekerjasama dengan BN. Untuk kerjasama ini Perkasa akan meletakkan calon-calonnya di kawasan yang mana Umo tidak meletakkan calonnya kerana diserahkan kepada parti komponen lain.
Kemusykilan saya, apakah Umno tidak akan meletakkan calonnya di Pasir Mas, Kelantan? Kalau Umno sedia akur atau pun teruja dengan gemercingan psikologis Perkasa kemungkinan Umno tidak akan meletakkan calonnya di situ. Sudah pasti presiden Perkasa yang menang atas tikit Pas di Pasir Mas akan bertanding mewakili Perkasa sekaligus mewakili Umno.
Walaupun banyak orang tidak fikir Umno akan menjadi sedayus itu untuk memenuhi permintaan Perkasa tetapi ia tidak mustahil ia berlaku. Dalam politik semuanya serba mungkin. Seperti mana juga Pas mengharapkan kemenangan kerusi berkenaan, dalam pilihan raya umum lalu, Pas sanggup memberi bulan kepada Inchek Ibrahim Ali, maka begitulah juga mungkinnya Umno.
Namun perancangan dan persiapan dibuat Perkasa bukan setakat itu saja. Ia meyeluruh dan serius. Perkasa ada angan-angan besar untuk ditonjolkan. Angan-angan ini pula nampaknya lebih besar nafsu dari kemampuan. Saya tidak bercadang menulis apa yang ada dalam seluar Perkasa. Tetapi saya akan cuba membuat kemungkinan yang akan berlaku. Dan juga natijah daripada kemungkinan-kemungkinan ini.
Katanya Perkasa akan bertukar menjadi parti politik dan meletakkan calon di seluruh Kelantan. Mustahil kalau Umno sedia memberi laluan. Apa istimewanya Perkasa untuk mendapat laluan itu. Kalaupun berlaku, dua tiga kerusi saja. Mungkin mana-mana kerusi yang menjadi kubu Pas, Perkasa akan masuk, sama ada tiga pejuru atau pun menjadi wakil Umno.
Jika ditilik sudah ada kerusi-kerusi yang akan ditandingi Perkasa. Sama ada kemungkinan ini berlaku atau tidak, tetapi ia menampakkan Perkasa ada akal bagaimana untuk merampas Kelantan. Mungkin juga pemimpin utama Perkasa menyedari bahawa Umno dibawah pimpinan Mustapa Mohamed kini tidak mampu membawa Umno ke mana-mana. Lagipun Mustapa dilihat lebih berusaha memastikan beliau menang saja dan orang lain biarlah kalah. Mustapa bukan pejuang tetapi seorang bekerja mendapat rezeki menerusi jawatan Ahli Parlimen dan menteri.
Kalau begitu lebih baik Perkasa kecek Mustapa agar swastakan saja pilihan raya umum akan datang untuk diuruskan oleh Perkasa. Saya rasa Perkasa lebih berkemampuan untuk menghadapi Pas berbanding dengan Umno. Mungkin cara Inchek Ibrahim membuat 'taboo' berguna untuk Umno. Manalah tahu silap-silap hari bulan ia boleh memberi pukulan hebat kepada Pas.
Kalau dalam bidang perniagaan dan projek boleh diswastakan atau dipajak kenapa tidak dengan politik. Umno pajakkan pilihan raya akan datang kepada Perkasa. Mustapa tidak rugi apa, kerana pajakan itu tidak terlibat dengan kawasannya. Dan kalau menang Mustapa juga akan mendapat untung. Kerja juga senang macam orang pajak pokok durian ambil duit saja.
Kalaulah Perkasa menjadi parti dan bercadang meletakkan calon siapakah yang akan jadi god fathernya, untuk mengeluarkan wang bagi menanggung semua perbelanjaan pilihan raya. Kalau Umno sedia pajakan pilihan raya itu tentulah Umno kena tanggung. Atau kalau tidak, apakah ianya Tengku Razaleigh Hamzah atau Dr Mahathir Mohamad. Saya tidak kira kalau Mahathir bersedia untuk memperdagangkan maruahnya untuk Perkasa.
Kalau Tengku Razaleigh (foto) ada kemungkinannya. Bersediakah Tengku Razaleigh? Pun begitu Tengku Razaleigh harus fikir sejauh manakah kemampuan Perkasa. Kalau setakat menang dua tiga kerusi ia tidak berbaloi ia mencemarkan tangan saja. Ataupun akan ada kombinasi penaungan di sini antara Tengku Razaleigh dengan Dr Mahathir? Kalau ini berlaku ia memberi impak besar kepada Perkasa dan kepada Umno. Tentulah presiden Perkasa gembira sampai terlompat-lompat.
Tidakkah pula kalau itu berlaku ia memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat? Bila Perkasa bertanding atas dirinya sendiri tanpa bekerjasama sepenuhnya dengan Umno ia akan menjejaskan Umno. Perkasa sudah tentu tidak menang, dan Umno yang ada harapan senipis kulit bawang juga akan terus kalah. Cara itu akan berlaku perpecahan undi Melayu yang sama-sama didambakan Perkasa dan Umno.
Nah, kalau begitu, mimpi yang cambah dalam kepala Perkasa ini bakal memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Perkasa hanya mampu meraih undi Melayu tetapi bukan undi Cina dan India. Undi Melayu tegar pula sudah berpihak kepada Umno. Kalaulah ini berlaku bermakna Pakatan Rakyat boleh sapu tangan dan akan menang dengan bantuan Perkasa juga. Jangan-jangan selepas ini Perkasa pula akan bersama Pakatan Rakyat? [wm.kl.10:00 am 03/09/10]
5 comments:
"SEBAGAI orang awal terlibat dengan Pertubuhan Peribumi Negara (Perkasa". Konpius saya, bila pulak MSO terlibat dengan PERKASA sebab setahu saya Inchek Ibrahim Ali adalah musuh ketat MSO hingga ke tulang kering!
UOP ternyata banyak lagi yang sdr tidak mengetahui hal saya. Belum sampai ke tulang kering, tapi kulit ari pun belum. Kenapa kompius?
Saya sokong 110%Perkasa jadi sebuah parti politik dan D Ibrahim Ali Presiden Tun D M Jadi penaung, tak payah bergabong dengan umno bergerak secara sola, Insya Allah menang di kedah dan kelantan, di selangor pun kalau 2 kena gaya menang lima,enam kerusi.
Apa yg sdg Perkasa rancang sebenarnya memudahkan Pakatan utk kekal berkuasa,mungkin boleh ambilalih kerajaan pusat.Majoriti ahli Perkasa adalah ahli UMNO.Kalau bertembung 3 penjuru [ PAS,UMNO dan Perkasa ] PAS boleh menang besar.Undi protes akan pergi pada PAS.
Cuma apa yg Perkasa rancang lebih menjurus utk membunuh UMNO itu sendiri,tgk isu UMNO Tanah Merah, 3pemimpin yg digantung adalah mereka yg pro-Perkasa.Keadaan in akan merumitkan UMNO itu sendiri.Sesungguhnya kejadian2 yg bakal berlaku hanya sebuah kisah yg akhirnya membawa kepada pertukaran pemerintahan di peringkata pusat dari BN kepada Pakatan.
Teruskan merancang Inchek Ibrahim Ali,anda mmg ada potensi utk memusnahkan UMNO lebih awal.
PERKASA kalau boleh menang 1 kerusi pun ajaib! Lebih2 lagi kalau Presidennya.
Penyokong mereka adalah ahli kepada parti2 sedia ada dan mereka bukanlah menyokong PERKASA untuk jadi parti politik baru.
Jika ada yang sokong pun, kerana mereka ada agenda sendiri. Agenda Melayu? Mana ada agenda Melayu lagi, agenda peribadi je.
Post a Comment