Salentia Nak Ralatkan Kesalahan
Bila masa pula si Salentia ini berjiwa si kaum mata sepet. Bersimpati dengan si mata sepet dan berlunak dengan si mata sepet? Murai tidak pernah tahu kalau Salentia sudah insaf dan sedar dan tahu bahawa hubungan sesama manusia adalah fitrah Allah.
Sebelum ini Salentia bukan mahir lagi keras dan ego dengan kaum mata sepet. Ooo suka menunjukkan dia semangat keris dan tengkolok. Sikit-sikit keris, sikit keris walaupun keris digunanya sudah lembik dan tumpul. Tetapi nafsu manusia memang begitu tidak pernah mengaku kalah. Zaman orang guna otak, dia masih guna keris. Itulah Salentia.
Bencinya dia kepada kaum si mata sepet tak boleh nak cerita. Bukan main marah kalau parti Hijau berkawan dengan si mata sepet. Di maki hamun habis bahasa atas kerjasama politik itu. Seolah-olah bumi ini hanya untuk orang berkulit sawo matang sahaja seperti dia.
Alih-alih kelmarin dia mengadakan majlis hari raya dan memberi angpow kepada beberapa orang mata sepet yang datang ke majlisnya. Murai dapat tahu memang dia bersusah payah mengerah orang mata sepet supaya hadir pada majlis itu.
Kawan Murai yang berbangsa Siam juga dihubungi agar membawa dua tiga orang tok sami. "Salentia ada hantar sms kepada saya dan minta dihantarkan beberapa orang tok sami Buddha..?" begitulah sms kawan Murai.
Murai tanya habis nak hantar ke? Jawab kawan itu, malas ikut erel (ikut kehendak) biarlah dia... pergi mampos.." Murai hanya tersenyum dengan balasan sms kawan Murai itu. Dia juga sudah menyampah dengan si Salentia ini. Katanya dulu dia ada juga membantu apa-apa saja yang dimintanya tetapi kini sudah malas.
Cerita mengenai pemberian angpow tadi mungkin niat Salentia baik untuk mengurangkan sedikit ketegangan hubungan dia dengan si sepet.. tetapi sekali tersalah langkah. Angpow yang diberi dalam sampul putih itu menimbul masalah.
Si sepet kira ia satu ejekan kepada mereka kerana warna putih adalah warna kematian. Murai terima kalau Salentia tidak tahu dengan adat dan kepercayaan itu. Selama ini pun mana dia peduli dengan adat dan kepercayaan orang. Mana dia ada hormat orang. Dia pakai langkah dan langgar saja. Dia jenis tidak ada adat dan beradat langsung.
Dia pakai gasak saja ikut suka dia. Dia tidak kira apakah ada susila atau pantang larang. Sebab itu dia boleh melompat bukan saja di jemburan rumah orang tetapi melompat ke atas kepala sampai ragut serban dan kopiah.
Murai nak pesan kepada Salentia, belajarlah mengenali adat dan budaya orang sikit. Belajarlah menghormati hak-hak orang lain dan jangan dok rasa kita sahaja bijak dan pandai.
Kalau kita pandai ada orang lain lebih pandai. Dan di akhirat besok yang ditanya Allah bukan keris dan tengkolok tetapi imam, nabi, kiblat, kitab dan juga rakan taulan. Itu memberi angpow putih itu kerana apa, kerana kita merasa pandailah itu atau tidak tahu membuat home work. Tidak mahu bertanya kiri dan kanan.
Walhasilnya niat yang baik yang hendak dinyatakan menjadi sebaliknya. Mungkin si sepet menerima sampul itu tetapi balik rumah mereka bakar angpow sial itu. Alahai Salentia sedarlah anda itu makhluk baru yang serba kekurangan dan kelemahan.
Murai: Pernah tolak angpow Salentia.
1 comment:
selagi boleh lompat,dia lompat,dah xboleh lompat,dia menyudu le nanti,tu pun dah cuba nak belajar menyudu le tu
Post a Comment