Sunday, April 12, 2009

Harap Mengharap

Tugas Utama Muhyiddin Yassin Selesaikan Isu PPSMI

TENTUNYA para pencinta dan perjuang Bahasa Melayu menarik nafas lega dengan perlantikan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Mentyeri dan merangkap Menteri Pelajaran.

Pertukaran peneraju kementerian itu seolah memberi setitik cahaya harapan kepada para pejuang dan pencinta bahasa Melayu yang keresahan dan kecewa mengenai perlaksanaan PPSMI dewasa ini.

Walaupun Muhyiddin akan meneruskan dasar pendidikan yang dilaksanakan dibawa menteri sebelum ini sekruang-kurang perlantikan Muhyiddin itu membuka sedikit ruang, masih ada perluang untuk berbuat sesuatu yang lebih baik dan pratikal.

Para pencinta bahasa, tentu sekali termasuk Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan merasakan mereka ada harapan baru bagi mencapai hasrat mereka yang disalurkan menerusi berbagai mekanisme itu. Mereka berharap menteri baru itu akan memberi respon kepada usaha mereka selama ini, untuk memansuhkan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Metamaetik (PPSMI) yang belum kesudahan itu.

Isu itu seakan tersekat dan para aktivis GMP pun seperti berihat sekejap untuk melihat sikap dan aksi menteri pelajaran baru berkenaan.

Sehingga kini GMP tidak berbuat apa-apa dengan menteri baru itu, belum mengulas dan menilai ke manakah arah dan bagaimanakah penerimaanya mengenai bahasa Melayu. Buat masa ini mereka hanya menebar harapan dari jauh saja. Belum ada risikan dan cadangan untuk mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin berhubung isu itu.

Sebelum perhimpunan agung Umno bulan lalu dan penyusunan semula kabinet seminggu lalu, orang utama GMP juga ada berjumpa dengan Hishamuddin Hussein. Perjumpaan itu tidak memberi apa-apa bekas melainkan dua orang wakil GMP itu dapat mengecapi bagaimananya pahitnya kopi di pejabat menteri berkenaan. Itu saja.

Diketahui hasilnya tidak begitu lumayan. Cuma visual di tv menunjukkan dua wakil GMP, Dr Hassan Ahmad dan A Samad Said yang sedia ditemui Hishamuddin berjalan seiringan sambil gelak-gelak besar seolah mereka lucu menceritakan kisah semasa sama-sama berkahtan di masa kecil lalu.

GMP pun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi seleps itu dan sesudah Muhyiddin dilantik, juga tidak ada apa-apa kenyataan baik mengalu ataupun sebaliknya. Kalau pun ada imbalasan lisan secara peribadi oleh individu tertentu saja.

Apakah GMP juga memberi ruang untuk Muhyiddin bernafas dan menyelesakan dulu punggungnya di kerusi barunya itu baru mereka berfikir untuk berbuat sesuatu?

Ada kuhliahnya juga kalau kedua pihak; GMP dan menteri mengambil seidikit masa. Tetapi hendaknya jangan lama sangat. Nanti keduanya leka menyebabkan pejuangan GMP itu akan terhenti di situ sahaja.

Sebenarnya harapan besar diletakkan di bahu Muhyiddin. Sebagai seorang Melayu dan menteri berpengalaman dan matang berbanding Hihsmuddin, Muhyiddin akan melihat perkara ini secara keseluruhannya.

Kalau Muhyiddin juga injgin memprtahankannya beliau tidak akan memberi alasan digunakan Hishamuddin itu, kerana ianya telah menelan belanja berbillion ringgit.

Kalau Muhyiddin bersetuju agar ia diteruskan Muhyiddin kena yakinkan bahawa dasar itu baik dan ia tidak akan menelan dan mencemar kedudukan dan kesucian bahasa Melayu? Beliau kena uraikan kebimbangan para pencinta bahasa Melayu dan mengatasi segera kesan daripada PPSMI yang menimpa murid di luar bandar itu.

Sebaiknya, agenda tranformasi yang hendak dilakukan Umno dalam memperkasakan dan mendapat balik kepecayaan orang Melayu terhadap Umno, Umno hendaklah mengutamakan menyelesaikan isu PPSMI ini. Umno harus bijak mengeksploitasikan isu ini.

Sudah tentu kalau Muhyiddin sedia menimbangnya atau sanggup melupai soal RM5 billion yang dibelanjakana untuk PPSM seperti mana disebut Hihsmuddin, Umno akan dihormati semula oleh orang Melayu khasnya. Orang Melayu yang semakin hilang daya penarik (wow) akan menoleh semula kepada Umno.

Seeloknya juga sempena perubahan kepimpinan dan pembaharuan yang hendak dilaksanakan ini Muhyiddin mengambil kesempatan atasnya. Kalau ada pihak dalam Umno yang tidak setuju Muhyiddin boleh jadikan sebagai alasan sempena perubahan itu sebagai alasannya.

Kalau ini dapat dilakukan setidak-tidaknya orang akan melihat bahawa Umno masih ada selera Melayu. Apalah yang hendak dirisaukan sangat dengan RM5 billion. Hishamuddin katanya menyebut soal perbelanjaan sebanyak RM5 billion itu berkali-kali membayangkan sebagai sebab kerajaan sukar untuk memansuhkan PPSMI.

Alasan dan usaha Hishmuddin untuk menyelamatkan wang itu bagus. Tetapi apakah beliau tidak tahu menilai berapakah kerugian berterusan ekoran PPSMI yang lebih banyak dari itu?

Bukan itu, yang sepatutnya dinilai oleh Muhyiddin. Apa yang perlu berikan perhatian ialah nilai bahasa Melayu lebih tinggi daripada RM5 billion itu. Tidak mengapa kita habiskan asalkan kedudukan bahsa Melayu tertegak dan berdaulat. Harga bahasa Melayu lebih mahal dari peruntukan untuk memulakan dasar kotor itu.

Ingat harga bahasa Melayu bukan RM5 billion, bukan RM10 billion, tetapi tidak ternilai. kerana di situlah terletaknya maruah bahasa dan bangsa Melayu. Tidak tahulah kalau Umno Baru telah menilai bahasa Melayu serendah itu. Mungkin juga kerana mereka tidak pernah merasai nikmat dan meluahkan cinta kepada bahasa Melayu kerana mereka membesar di luar lingkarannya.

Untuk menenangkan keadaan ini saya cadangkan Muhyiddin tidak melengah-lengahkan masa, kalau boleh panggil semua NGO yang memperjuanhgkan supaya PPSMI dimansuhkan, atau GMP untuk memulakan tindakan bagi menyelesaikan isu PPMSi ini. Muhyiddin harus bertindak awal sebelum pencinta dan pejuang bahasa melebelkan dirinya sebagai anti Melayu dan membidasnya seperti mana diterima oleh Hishmuddin. Penyamaan Muhyiddin dengan Hishamuddin ada sesuatu yang amat malang kepada timbalan perdana menteri baru itu.

Dan paling menyesalkan jangan kerana dasar itu diilhamkan oleh Mahathir Mohamad menyebabkan Muhyiddin takut untuk memansuhkan kerana bimbang dikrtikkan Mahathir?

Atau malu alah kerana Mahathir telah menyokongnya untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, Dalam soal hak dan membela kepentingan bangsa dan negara Muhyiddin tidak perlu takut kepada sesiapa baik Mahathir maupun perdana menteri sendiri. [d' kota kl 6:30 pm 11/04/09]

5 comments:

lastikmelayu said...

Salam,
Dasar PPSMI mencemarkan imej bangsa Melayu di sudut global kerana tidak konsisten dan iltizam legasi bangsa itu.
Kami pejuang bahasa tidak menentang bahasa asing tetapi menuntut hak istimewa pendidikan masyarakat Melayu dan pribumi menguasai ilmu baik teknologi mahupun kemanusiaan malah ilmu aeroangkasa dan biologi.
Buatlah sesuatu mahai TPM + MP dan TMP Fuad Zahashi yang berada di saf kami dulu.

SangKunang said...

saya berharap muhyiddin akan bertungkus lumus menyelesaikan isu ini secepat mungkin.
seperti kata lastikmelayu, kami bukan menentang langkah perkasakan bahasa inggeris.
nak perkasakan BI, rombak kurikulum BI, tambah masa dan sebagainya.
bukan menjadikan BM sebagai korban dan murid sebagai kambing hitam...

suara emas said...

salam tuan Mso...teruskan perjuangan...sebagai penganalisis politik yg tidak memihak...

batunisan said...

tahniah pada muhyidin. peranannya dalam menolak pemerintahan pak lah telah dibalas oleh ds najib dan tdm. tetapi ujian seterusnya yang sedang dihadapinya rasanya lebih sukar.. diletakkan atas kerusi panas sbg menteri pendidikan sebenarnya lebih menyelamatkan hishamudin daripada diserang oleh bangsa melayu sendiri..sekarang kita tengok silat muhyidin bagaimana.. sama ada berpihak kepada tdm atau gmp.. ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak...semoga berjaya muhyidin...

Beebee said...

Salam,
Dulu Melayu hilang Tanahair: Tanah Melayu jadi Malaya (ada juga bunyi macam Melayu)kemudian hilang terus jadi Malaysia.Kenapa terjadi?Siapa punya angkara sebenarnya?

Kemudian Melayu hilang sekolah: Sekolah Melayu jadi sekolah kebangsaan.Orang lain masih gah dengan sekolah mereka.Kenapa terjadi?Siapa punya angkara?

Kemudian Melayu hilang huruf: Penghapusan tulisan jawi (huruf Al-Quran).Maka beballah sekarang anak Melayu tak tau baca jawi,tak tau baca Quran.Kenapa terjadi?Siapa punya angkara?

Kemudian Melayu hilang tunjang ilmu duniawi(ilmu kemajuan katanya): PPSMI.Kenapa terjadi?Angkara siapa?

Kemudian Melayu hilang kuota MRSM dan biasiswa: Hutang riba PTPTN.Kenapa terjadi? Angkara siapa?

Kemudian Melayu tergadai tanah sekangkang kera: Iskandar Malaysia.Kenapa terjadi? Angkara siapa?

Kemudian Melayu hilang kementerian: MeCD. Kenapa terjadi?Angkara siapa?

Yang tinggal kini hanya nama Melayu kerana kampung Melayu pun 60% penduduknya bukan Melayu.

Kenapa terjadi?
Angkara siapa?

Peliknya semuanya terjadi ketika Melayu di tampuk pemerintahan, dan bukan waktu penjajahan.

Lalu jangan salahkan cucu-cicit bila jumpa papan tanda jalan tulisan jawi dibacanya," alif mim nun wau " alif tendang wau bunyinya sarkas, sedang bunyi sebenarnya UMNO...lalu orang pun ketawa...keh..keh..keh

Kebetulan malam tadi cerita Pandekar Bujang Lapuk ditayangkan.Seronok tengok.

Salahkah P.Ramle dan Sudin, tanyalah Datuk Aziz Satar sementara dia masih hidup.