(Bhg Pertama)
APAKAH angin perubahan kepimpian dalam Umno akan turut berjangkit kepada Pas? Apakah muktamar Pas pada bulan Jun nanti akan panas? Inilah garuan yang bermain dalam minda. Mesyuarat Pas kawasan sudah bermula dan akan menjadi rancak minggu depan. Mesyuarat kawasan akan membuat pencalonan mana-mana tokoh yang layak untuk bertanding apa-apa jawatan dari ahli jawatankuasa agung hinggalah ke presiden.
Sekiranya angin perubahan kepimpinan dalam Umno terbawa keluar, tentu muktamar Pas akan menjadi panas. Kalau pun tidak seriuh pemilihan Umno namun ia sudah tentu menjadi bahan ikutan dan pemerhatian umum.
Pelan perubahan tidak terdengar dalam Pas. Walaupun ada orang tertentu cuba membengkitkan tetapi tidak menjadi, kurang mendapat sambutan. Suatu waktu dulu ada cadangan agar Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menjadi Musyidul Am Pas mengganti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pelan ini sebagai helah untuk mengeluarkan Abdul Hadi dari kuasa eksukutif Pas. Bolehlah dikatakan pelan berubah secara senyap.
Ada pihak yang merasa Abdul Hadi menjadi penghalang kepada cita-cita mereka untuk membawa Pas lebih maju dan serasi dengan selera politik semasa. Abdul Hadi dilihat sebagai begitu kejap pegangannya kepada prinsip dan dasar Islam sejati serta tidak pandai berpolitiking. Pegangan dan keyakinan ampuh Abdul Hadi kepada Islam dilihat sebagai penganggu kepada cita-cita politik matlamat menghalalkan cara.
Cadangan itu bagaimana pun tidak menjadi. Program untuk menjejaki Abdul Hadi yang ketika itu berada di Jakarta tidak kesampaian. Manakala mereka juga tidak tergamak untuk ‘menasihat’ Mursyidul Am Pas supaya meminta Abdul Hadi mengambil tempatnya selaku Mursyidul Am secara terhormat. Gerakan ini jelas menunjukkan ada usaha untuk menyingkir Abdul Hadi.
Tetapi dipercayai ada usaha secara halus dan seni agar Nik Aziz terus melaksanakan apa yang diinginkan itu. Di bawah sedarnya beliau dipengaruhi menyebabkan ada kalanya Nik Aziz seakan tersasau menyebabkan timbul suasana tidak kondusif beliau dengan presiden.Percanggahan pendapat serta penyentuhan bidang kuasa presiden berlaku secara terbuka. Namun atas kerendahan diri dan penghormatan Abdul Hadi yang tinggi kepada Nik Abdul Aziz di mana sanggup berdepan akhirnya kekeliruan yang dicipta itu dapat diatasi.
Buat masa ini kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden masih selamat. Tidak ada kedengaran ianya dicabar. Walaupun ada cadangan untuk merempuh Abdul Hadi namun tidak ada tokoh ataupun calon yang sepadan untuk dihadapkan dengan Abdul Hadi. Persiapan ke arah itu juga tidak berjaya disiapkan dalam masa setahun dua ini.
Orang yang sedang menempah baju presiden dan rancak membaca buku-buku pengurusan parti dan kerajaan kini juga tidak berani untuk berhadapan dengan Abdul Hadi. Watak orang sufi yang ditunjukkan dengan tasbeh ditangan dan membaca Quran di mana saja termasuk di dewan mesyuarat tidak berkeupayaan untuk menandingi pengalaman dan ketinggian ilmu agama serta zuhud Abdul Hadi.
Bagaimana pun sedikit sebanyak orang ini telah menunjukkan dia lebih hebat daripada presiden. Beberapa kali beliau telah melangkaui pemikiran Abdul Hadi dalam membuat analisa dan predition sebagai signal dan sekaligus dia lebih ke depan dan pintar berbanding Abdul Hadi Awang. Sudah beberapa kali signal itu dihantar, sayangnya ditafsirkan oleh ahli Pas sebagai ianya satu perbuatan biadap, tidak menghormati presiden di mana akhirnya orang ini dilihat bernafsu besar dan parasit dalam Pas.
Dalam jemaah Pas ahli diasuh supaya bersikap berlapang dada, tawaduk, akur kepada keputusan jemaah dan berfikir secara kolektif. Sesiapa yang cuba membawa budaya baru atau politik sekular kering akan dilihat sebagai gelojah dan tidak memiliki syaksiah Islam yang baik. Apa lagi kalau berlagak dan menunjuk pandai di dalam media di samping mengamalkan politik lempar batu sembunyi tangan dan tidak bertanggungjawab dengan amanah.
Seperti dikatakan tadi, setakat ini Abdul Hadi selamat, tidak ada siapa yang layak untuk diharap mencabarnya. Pun begitu ia tidak boleh dianggap sebagai satu yang muktamad. Politik boleh berubah dan boleh berkembang dalam sedikit masa saja. Tumbesar politik macamlah perkembangan bakteria.
Ulasan Nik Abdul Aziz mengenai pertandingan dalam muktamar yang berbeza-beza dan tidak konsisten membimbangkan. Pada satu masa beliau menyarankan agar pemilihan elok kalau dibuat secara syura. Manakala ketika diminta mengulas mengenai pemilihan dalam Pas kini beliau bercakap atas nada lain pula. Sambil memberi ingatan supaya perwakilan memilih calon yang baik, beliau dilaporkan ada berkata, perlawanan boleh berlaku di semua peringkat termasuk presiden.
Apakah muslihat beliau melafazkan kata-kata berkenaan? Apa ini ada hubungan dengan usaha untuk melagakan Mursyidul Am Pas itu dengan Presiden Pas? Apakah beliau sudah disuntik dengan kemungkinan-kemungkinan dan keperluan itu. Atau beliau sendiri sudah diasak supaya mencabar Abdul Hadi untuk jawatan presiden?
Sudah ada terbetuk pola pemikiran demikian dalam sesetengah ahli Pas yang teruja dengan gaya politik kelompok berkenaan. Saya yakin perkara ini ditanamkan oleh orang yang tidak suka kepada Abdul Hadi Awang. Misalnya salah seorang pemimpin di sebuah kawasan di Kelantan ada melontarkan untuk mencalonkan Nik Aziz sebagai calon presiden Pas pada muktamar kawasannya?
Pemimpin ini tidak akan terbuka akal fikirnya kalau beliau tidak disuntik dengan ubat pelali. Dia tidak tahu merancang politik masa depan sejauh itu melainkan ianya terlebih dahulu dituba dengan cacair kebencian kepada presiden Pas oleh orang yang bermaksud ingin menjadi presiden.
Hendaknya idea ini tidak menetas dan tidak akan melarat. Tok Guru Nik Aziz juga hendaklah mengawal diri dan perasaan agar tidak tertelan dengan idea ini. Saya kira Nik Aziz tidak tergamak untuk berbuat demikian. Adapun idea untuk mengadukan Nik Aziz dengan Abdul Hadi itu adalah sebahagian tektik bagi menjelaskan kepada dunia bahawa Abdul Hadi tidak sesuai dan layak untuk terus berada di kerusinya itu. Itu saja.
Sekarang ini proses untuk damage dan merendahkan Abdul Hadi sebagai presiden akan terus dijalankan dengan berbagai cara. Secara sedar atau tidak sedar, acara memsebotaj pemikiran Abdul Hadi juga sedang berlaku dan dilakukan dengan penuh kesenian oleh golongan anti “ulamarisme”. Sebab itu apa-apa gagasan politik yang diilham Abdul Hadi disepikan begitu saja. Bersambung, sorotan jawatan Timbalan Presiden esok. [wm.kl. 7:00 am 17/04/09]
13 comments:
Presiden tak ah kacau lagi..
TP tu kena ganti.
orang sekeliling kena ganti..
Pas mesti jadi organisasi besar,macam Hizbullah dan Hamas.
presiden tak semesti orang politik yang bertanding.
politik hanya salah satu sayap organisasi pas.
pas mesti ada sayap politik,ekonomi,pendidikan,amal,ngo,keselamatan dll.
bila ada pilihanraya,sayap politik akan kedepan utk bertanding.
setiap sayap ada presiden masing2,
presiden paling tinggi ialah presiden organisasi Pas.
Salam MSO,
Terdengar jugak angin-angin berita yang mengkhabarkan perihal golongan anti ulama'risme yang beranggapan hanya golongan mereka saja yang dapat menaiktarafkan PAS di persada politik tanahair. Al-maklumlah ulama' dlm PAS di cop sebagai tak cukup cergas, lambat tindakannya, jumud, tidak mengambil kesempatan atas sesuatu isu dll. Itu kata mereka.
Iya lah! Bila matlamat perjuangan telah tersasar perkara begini akan berlaku dalam mana-mana organisasi. Bila mana amanah dan kemenangan yang ALLAH anugerahkan kepada Islam telah dianggap sebagai batu loncatan untuk mencipta nama, kedudukan dan harta. Kalau begini sikap yang ada pada pemimpin Islam yang anti ulama'risme terutamanya gaya hidup kemewahan yang mereka sediada...lebih baik mereka menyertai UMNO BN yang semakin lebur.
ALLAH baru uji sedikit akan nikmat kemenangan, mereka telah lupa asal usul perjuangan dalam Islam...Perlukan pentarbiyahan!
Jika dulu PAS belum diterima oleh masyarakat, amat sukar hendak dapatkan pemimpin yang terkedepan...jika bukan golongan ulama' yang menyedarkan.
Waktu PAS gagal membentuk kerajaan, belum ada rungutan tentang sumbangan tenaga malahan kewangan. Namun sekarang timbul persengketaan gagal bantu beri sumbangan pada masyarakat sebab tiada peruntukan. Selaku professional yang hendak memartabatkan Islam, saya amat bersyukur dengan peranan ulama'. Sedarlah wahai sahabat...Kembalilah menghayati Perjuangan Islam!!!
Assalamualaikum!
Saya berpendapat dan berharap semua yg diperkatakan di dalam blog rakan2 blogger yg lain hanyalah merupakan pandangan, tanggapan dan penilaian peribadi tidak mereka terdiri dari golongan pemimpin, tunjang2, ahli mahupun org luar (penyokong) demi untuk kebaikan parti. Yang paling penting parti kita dimajukan dan kita semua dapat bersatu padu. Saya sendiri tak mampu dan sanggup bersangka buruk terhadap ulama termasuk tuan guru dan tok guru, pemimpin2 serta pendukung PAS yg lain melainkan hanya meluahkan pendapat peribadi utk kebaikan parti. Di harap begitu juga kepada yg lain. Mereka semua bebas mengemukakan pendapat dan tanggapan kerana kita turut mengamalkan demokrasi didlm parti yg dituntut oleh islam tetapi hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yg disuarakan.
Bagi saya, terserahlah kepada kewajaran pemimpin serta perwakilan nanti didalam memilih pemimpin2 parti. Diubah boleh, tak ubah pun boleh. Yg penting mendatangkan kebaikan. Kebanyakan pemimpin dan perwakilan yg merupakan penggerak parti tentu tahu apa yg terbaik utk parti. Mereka bukanlah org yg patut dipertikaikan kematangan dan kemampuan fikiran mereka kerana semuanya terdiri dari pejuang2 lama dan berjasa, pejuang baru dgn fikiran baru, ulama', profesional, pemimpin, pemikir dan sebagainya. Oleh kerana parti kita semakin berkembang dan telah menjadi gergasi, maka makin banyak masalah, cabaran dan pemikiran baru yg perlu dihadapi serta makin susah hendak menguruskannya. Harap2 pemimpin dapat bergerak seiring dgn kemajuan parti dan cabaran zaman masakini.
Sekian, wallahu a'lam..
Ikhlas...
Assalamu 'alaikum,
Saya lihat, selagi ahli PAS paham beza antara parti dan harakah... insya Allah, akan selamat.
Kenapa PAS ada Presiden dan ada juga Mursyidul Am?
Siapa kena taat siapa? Imam kena bawa makmum dengan Taqwa. Makmum kena ikut Imam dengan Taat.
Cuba hayati surah An-Nasr tu elok-elok.
Wallahul-musta'an.
sangFaqir
Salam.
Secara umumnya,saya kecewa dengan sikap orang yang berfikiran material dan gila pangkat dalam PAS.memang lumrah perjuangan,kita akan lebih mudah tewas jika diuji dengan kemenangan.
Sikap bergiat dalam PAS untuk mengejar pangkat dan harta adalah sikap terburuk yang ada pada pemimpin.jika pemimpin jemaah Islam pun dah bersikap begini,maka mereka hilang kelayakan secara automatik untuk bergelar sebagai Hizbullah kerana matlamat perjuangan mereka bukan lagi Allah tapi kehidupan dunia yang sementara.
Orang begini saya sarankan untuk memilih parti politik yang bertepatan dengan matlamat mereka.masuklah UMNO,kita lebih rela kehilangan tenaga kepimpinan daripada kehilangan prinsip dan aqidah perjuangan.
Menganggap ulama sebagai jumud adalah satu penghinaan besar terhadap golongan pewaris nabi.adakah mereka digelar jumud setelah mereka tidak membawa perjuangan PAS selari dengan perjuangan nafsu para pengkhianat ini.tiada pula kedengaran perkataan jumud ini bila mana ulama berjaya membawa kegemilangan dan kemenangan pada PAS.ingatlah,ulama pewaris nabi.mereka memandang penyelesaian sebuah masalah bukan sahaja dengan pandangan yang luas ke arah masa depan,malah mereka mempertimbangkan penyelesaian yang salimah dunia akhirat.orang yang masih mempunyai roh dan aqidah perjuangan sebenar sahaja yang akan nampak kebijaksanaan ulama ini.
Golongan yang cuba untuk mematikan peranan ulama samalah seperti mahu mengUMNOkan PAS.saya doakan orang ini bertaubat ataupun jika mereka tidak mahu berubah,doakan moga Allah keluarkan golongan duri dalam daging ini dari saf perjuangan PAS.
Wallahua'lam
Salam Pak Mso,
Tak tergamak kami orang bawahan Pas nak melanggar Tok Guru Hadi Awang, Ulama yang kami segani dengan ketinggian ilmu dan kezuhudan beliau. Bagi saya, ahli pas yang biasa ni, walaupun bukan termasuk dalam golongan Ulama' seperti yang digelar gelar orang sekarang, sesiapa yang cuba berbuat sedemikian, saya akan kempen mempertahankan Tok Guru saya habis habisan.
Cuma satu sahaja ahli bawahan minta, tiada muqabalah, musyawarah, muzakarah, ataupun munaqashah dengan umno. Orang Islam tidak akan dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali.
Pak MSO, kalau dulu kita biasa tengok gambar tiga segi Ustaz Fadzil, TGNA dengan TGHH, tapi sekarang tinggal dua. Bila satu lagi nak diisi balik agaknya?
Rindu zaman tu.
salam pak sayuti,
jgn speculate byk sgt. not good for everybody.
kedua, sebut je nama husam, tak yah kenen kenen. be frank. ::))
ketiga, ni zaman menang. so politik org menang. penyakit hati ada pada org professional dan juga yg ada title ustaz. yg dulunya tak perform masa jadi YDP, skrg pun tiba tiba berminat nak tanding semula...sebab skrg zaman menang. atau mungkin diminta utk take up the post kerana berbeza metodologi atau perspektif.
mari sama sama enjoy melihat keserabutan pemilihan dan muktamar bulan 6.
Sesetengah Dalam merasakan mereka lah semuanya. Dengan sedikit kemenangan ini adalah usaha golongan mereka, apa kah usaha ulama yang bermula tahun 1982 itu tiada langsung? adakah mereka yang masuk PAS kemudian ini tertarik dengan kepimpinan ulamak yang dibawa oleh PAS?
...Ah dengan sedikit kemenangan mereka mengatakan ini usaha golongan meraka....baru sikit di uji semua sudah kabur matanya.
Dan ingatlah sesungguhnya kemenagan 4 PRK itu tidak lah sehebat mana, sama kita setuju atau tidak hakikatnya yang PAS rampas hanyalah di Kuala Terengganu sementara di tempat lain hanyalah mempertahankan kemenangan semata-mata..itu lah hakikatnya.
salam. saja nak bagi sedap hati. biarpun ada pertandingan merebut semua jawatan dalam PAS, selagi mana perwakilan PAS tak bertukar menjadi macam perwakilan UMNO (suka makan duit HARAM) insyaAllah ulama tetap menjadi pilihan. selamat bermuktamar.
Assalammualaikum Pak MSO,
Mula2 sekali saya harap Pak MSO siarkan komen saya walaupun pendapat saya berbeza sedikit dgn Pak MSO.
Kedua saya bukanlah sehebat Pak MSO sehingga kena tonjolkan identiti saya. Pak MSO kutuk Mamak Pencen Pengkhianat pun tak kena ISA. Saya belum tentu lagi.
Secara jujur saya menghormati orang2 yang dalam ilmu agama, biarpun dia Uztaz, Imam ataupun Jurunikah, inikan pula Tuan Guru.
Tetapi bagi saya, saya kurang menyenangi keputusan TGHA yang kadang2 tersilap. Contohnya bermuzakarah, bermuhabalah dan lain2 dgn UMNO. Belum apa2 UMNO dah pukul belakang dgn Pak Lah mengatakan adanya perjumpaan bersama. Saya kira ini bertujuan melemahkan PAS dalam PR.
Kemudian bagaimana PAS mentadbir Terengganu dimana orang Terengganu berasa tidak berpuashati dgn setengah2 keputusan yang diambil. Saya menyanggah dakwaan ini mulanya. Tetapi apabila semakin ramain yang melahirkan kekecewaan terhadap kepimpinan PAS Terengganu, saya mula percaya akan kebenaran tersebut. Zaman sekarang persepsi mengatasi segala2nya. TGHA menjadi MB sewaktu zaman tersebut. Bagi saya, seorang pemimpin tidak seharusnya selalu memberikan alasan2 atas ketidakberjayaan mereka. Pemimpin Islam seharusnya bersikap proaktif, mencari idea dan menyelesaikan masalah.
Kemudian saya masih ingat, di mana kesilapan TGHA di mana beliau dimain2kan oleh penyangak UMNO bilamana visa beliau ke China di reject oleh kerajaan China. Saya difahamkan TGNAziz juga ada ke China seawal beliau menjadi MB Kelantan. Memang idea yang bagus melawat ke China. Banyak yang boleh dipelajari. Tetapi seseorang yang sentiasa berwaspada harus ingat sentimen AntiTerrorist begitu kuat ketika itu, tahun 2001/2002. Jadi ia amat mudah dicucuk oleh puak2 mereka di Malaysia untuk memalukan TGHA.
Dan banyak lagi yang boleh saya karangkan, tetapi bukan tujuan saya untuk mendowngradekan TGHA. Cuma tolonglah dengar pendapat ramai dan buatlah keputusan yang bijaksana. Di Indonesia suatu ketika dahulu pendakwah Islamnya ada 2 jenis. Satu yang straight forward merapati golongan2 yang mahu menerima Islam dan satu lagi yang mendampingi orang2 yang leka dan lalai. Dipendekkan cerita, pendakwah yang merapati golongan2 yang leka lagi byk menyebarkan ajaran Islam.
Kesimpulannya, jadilah bijak, rapatilah golongan yang jahil agama macam kami. Janganlah terlalu berbangga dengan Ilmu agama yang dimiliki. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Janganlah terlalu memandang rendah kami yang bukan bertaraf TG, Ulama dan sebagainya. Kami juga berjuang demi Allah.
Itulah Pak MSO, kalau boleh siarkan pendapat saya yang berbeza dgn pendapat Pak MSO. Setahu saya Islam melarang kita taksub kepada seseorang. Kalau UMNO dgn Mahathir, PAS dgn TGHA. Saya minta maaf jika terkasar bahasa, niat saya hanya ingin memberikan pandangan saya. Benar atau tidak hanya Allah yang tahu.
Kalau nak tahu kegagalan Husam Musa kena tanya org yang tahu:
1-Projek TV Pas.com kini dah bertukar tangan.
2.Projek TV GMC bersama Syed Sheikh hancur.
3.Projek Jihad Ternak tinggal kandang.
4.Projek Takaful Kilafah-kantung dah kering.
5.Projek Ibrahim aali di Pasir Mas..apa sudahnya.
5.Projek Lajnah Ekonomi Pas Pusat, satu pun tiada.
6.Projek 16 Sept...??????
7.Projek duit komisyen B....??
Apa sebenarnya jasa dan peranan yang dimainkan oleh Husam setakat ini? apa?sila senaraikan bagi yang tahu....
Adalah sesuatu yang malang apabila ulama' besar seperti YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti Islam yang mempertahankan akhlak dan prinsip Islam dan berpolitik dianggap jumud dan mundur.
Ingatlah kata-kata Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab, "Kita dimuliakan dengan iman dan Islam"
Iman dan Islam inilah yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden dalam berpolitik dan mengangkat Islam di persada negara.
Sabda baginda Rasulullah saw, "Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya".
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Tuan Guru Presiden memimpin Parti Islam yang semakin hari semakin diterima oleh masyarakat bukan Islam pada hari ini.
Orang yang merasakan pendekatan jumud Tuan Guru Presiden perlu ingat, zaman Tuan Gurulah minat orang bukan Islam terhadap PAS dan ajaran Islam sangat memberangsangkan yang mana tidak berlaku pada zaman-zaman sebelum ini.
Tuan Guru Presiden telah membawa Parti Islam ke satu era yang sangat menguntungkan Islam dari sudut dakwah dan tarbiyyah.
Sokongan penuh terhadap YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS.
Allahu Akbar!!!
salam pak mso..
alangkh malang jika pas mempunyai pemimpin yg gila kuasa dan duit...dan menggap golongn ulama adalh jumud.
apkah snggup memilih pemimpin spt ini dalm pas..semoga tun guru hadi terus memimpin..may allah bless you.amin
Post a Comment