Mengapa Harussani Membisu?
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin masing-masing telah memberi reaksi ke atas insiden polis membelasah membuta tuli sekumpulan mahasiswa di pintu UPSI Tanjung Malim, Perak malam tadi.
Asri menulis surat terbuka memberi pesan dan peringatan kepada polis. Menjelaskan tugas dan apakah sikap yang perlu polis negara ini amalkan. Asri juga menyebut tugas polis sebenarnya dan pasukan itu adalah satu pasukan terpuji. Justeru gulungnya harapan atau impian itu perlulah dipertahankan dengan bersikap lunak dalam tugas dan tanggungjawabnya.
Katanya menjadi tanggungjawab polis menjaga keselamatan, mencegah kemungkaran.
Dr Juanda pula mengeaksan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan orang awam.
Katanya sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk. Juanda barang kali nampak tindakan polis (FRU) di dalam kejadian itu diluar pertimbangan anggota pasukan keselamatan.
Beliau juga mencadangkan untuk mengelak insiden sampai tumpah darah ke bumi itu sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding.
Saya puji atas kepekaan Juanda dan Asri dalam memberi reaksi. Seharusnya orang berilmu bangun segera memberi nasihat dan pedoman kepada mereka yang jahil mengenai hak dan kepentingan awam dalam konteks Islam. Para ulmak yang dilihat manusia soleh seharusnya bercakap dalam hal seperti itu dan bukan saja bercakap fasal anak bulan dan nilai zakat setiap tahun.
Tetapi saya merasa anih sedikit di mana Mufti Perak Harussani Zakaria. Biasanya beliau akan ikut memberi ulasan, pandangan dan nasihat bila terjadi sesuatu. Bila timbul isu Umno hendak berbaik dengan Pas beliau akan cepat-cepat iktidal memberi pandangan. Begitu juga bila Pas enggan bersama Umno beliau cepat-cepat memberi salam dan terus mengkritik Pas.
Katanya dia sanggup bekereta tengah malam dalam hujan pergi berjumpa Nik Aziz untuk mengajak Pas bersama Umno?
Tindakan Harusani selama ini seolah dia seorang ulamak yang celik dan peka. Dalam perihal Melayu beliau akan ke depan dan menyokong mana-mana NGO yang obses kepada Melayu. Harussani tidak peduli atau meneliti latar belakang NGO itu asal Melayu beliau akan puji. Akan keluarlah wajahnya di tv memberi pandangan dan sokongan.
Tetapi berlainan dalam kes mahasisiwa di belasah kali ini. Harussani diam membisu seolah merasakan kejadian itu tidak termasuk dalam kitab tegurannya. Apakah beliau masih belum selesai mendirikan solat tahjud atau solat Subuh. Atau beliau tidak ada dalam negeri. Kejadian di Perak di mana negeri yang dibawah takluki ilmu Harussani.Saya tidak kira Harussani tidak mengetahui akan kejadian itu. Beliau mungkin sedang mendapat maklumat dari polis. Sebagai mufti beliau kena berhati-hati dan kena siasat dulu sebelum membuat teguran. Itu sifat ulamak. Sekiranya tindakan mahasiswa itu menentang pemerintah beliau terus akan diam.
Kita tunggu apa kata Harussani terhadap kejadian itu. Kita tunggu apakah fatwa beliau mengenai kejadian itu. Kita boleh kenal apakah dia Mufti untuk semua atau Mufti untuk satu puak sahaja. Adalah malang kalau tiba-tiba beliau mengeluarkan fatwa tindakan mahasiswa itu sebagai boleh disifatkan penderhaka kepada pemerintah. [wm.kl.12:24 t/malam 02/01/12]
1 comment:
walau apa pun alasan yang diberi, saya mempercayai bahawa tindakan berdemo itu tidak lebih dari satu aktiviti berbaur politik. Pasti ada tangan dibelakang walaupun seribu hujah yang mengatakan mereka adalah mahasiswa yang cuba untuk menegak kebenaran. Begitulah juga jika hendak dibandingkan dengan kebangkitan rakyat dinegara arab. Bohong sekiranya kita mengatakan mereka bangkit sendiri tanpa tangan amerika dibelakangnya.
Post a Comment