Friday, April 26, 2013

Ribuan Sambut Tokguru di Putrajaya Hari Ini

FOTO AMBILAN                                                                                                              

Jumaat tadi Tokguru Nik Abdul Aziz telah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya bersama-sama calon PAS Husam Musa. Kehadirannya dalam rangka untuk berkempen membantu Husam merampas Putrajaya.

Malam ini beliau dijangka mengakhiri kunjungannya ke Putrajaya memberi ceramah di belakang Istana Keadilan, Putrajaya.

Kehadiran Nik Aziz itu diambil peluang oleh jemaah untuk bersalaman dan menadah doanya. Ribuan jemaah termasuk kakitangan kerajaan yang bekerja di Putrajaya mengambil peluang untuk bersalaman dengan bekas MB Kelantan itu tanpa mengihiraukan arahan ketua jabatan agar tidak mendekati Tokguru dan Pakatan Rakyat.

Khabarnya ketua-ketua jabatan kerajaan di Pusat Pentadbiran Putrajaya telah mengeluarkan skelar khasnya memberi peringantan dan larangan agar kakitangan kerajaan tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang saya curi dari blod http://kerabubersuara.blogspot.com. Diharap tuan punya blog tidak marah dan memberi keizinan kerana menggunakan gambar ini. Apa yang anda saksikan dalam gambar ini betapa Tokguru Nik Aziz dikasihi dan disanjungi. Dia masih beraura!

Wassalam. [wm.kl.8:16 pm 26/04/13]

Ratusan jemaah mengambil kesempatan memotret Tokguru di tengah khalayak.

Husam Musa (bersongkok) mengiring Tokguru memasuki masjid.

Tubuh Tokguru yang kecil tenggelam dalam huruman orang ramai.

Gambar yang menakutkan Najib dan Muhyuddin.

2 comments:

Admin said...

Asallammualakum tuan MSO.boleh tuan ulas tentang Dun kota damansara dimana Pas Dan Prm bertandt

aku_ein said...

Salam Pak,

Mesti lepas ni akan keluar berita mengatakan, kehadiran Husam dan TGNA telah mengganggu jemaah untuk menunaikan solat sunat dan mengaji selepas sembahyang jumaat kerana penyokong mereka sibuk bersalam hingga menyusahkan jemaah lain..hehehe