Saturday, July 21, 2007

Ulasan Semasa

Kunjungan Najib Tanpa Gurauan Pas

MSO

PAS Kelantan nampaknya senyap sendu sahaja dengan kunjungan Najib Razak ke Kelantan kelmarin. Tidak ada gimik dan kejutan yang dibuat oleh Pas dengan kunjungan Timbalan Presiden Umno itu. Najib ke Kelantan bagi merasmikan dua mesyuarat agung perwakilan Umno, bahagian Pasir Mas dan Tumpat.

Bulan lalu ketika Najib melakukan kunjungan sambil kerja ke Kelantan, Pas kalut dengan berita kononnya kedatangan Najib itu adalah untuk menukar Ketua Perhubungan Umno Kelantan. Orang kuatnya telah membuat spekulasi Najib akan umum untuk menukar Annuar Musa sebagai Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan dengan tokoh lain.

Awang Adek Huseein disebut-sebut akan mengganti tempat Annuar. Tetapi spekulasi itu akhirnya menjadi angin dan asap sahaja. Sampai sudah, selama berada di Kelantan Najib tidak mengumumkan pertukaran itu. Annuar pula tidak lekang menuruti buntut Najib ‘menanti rasa’ takut-takut beliau akan ditukar.

Berbeza kunjungan Najib ke Kelantan kelmarin tanpa Annuar Musa (foto) mengiringi pada dua majlis berkenaan. Annuar dikatakan tidak ada di Kelantan dan sedang makan angin di London. Awang Adek Hussein selaku Timbalan Pengerusilah yang menjadi peneman Najib ke Pasir Mas dan ke Tumpat.

Mustapa Mohamed juga turut sama tumpang semangkuk menemani Najib sewaktu Najib mengujungi rumah tentera udara yang mati nahas akibat Nuri terhempas Flait Sarjan Khusnizaim Ariffin di Bunut Payung, Kota Bharu.

Ada dua persoalan ekoran kunjungan Najib ke Kelantan kelmarin. Pertama ialah kenapa Annuar Musa tidak ada di Kelantan walhal beliau diperlu sangat untuk mendampingi Najib.

Keduanya, pada saat Annuar tidak ada bersama Najib itulah sepatutnya parti Pas dan orang besarnya membuat spekulasi untuk menjejaskan imej parti berkenaan dan menganggu minda Annuar.

Annuar perlu mempamirkan yang dia baik dengan Najib. Beliau harus mengambil kesempatan di mana-mana saja bagi menunjukkan dia akrab dengan Najib. Kenapa dia perlu berbuat demikian kerana mereka berdua ada jarak dan jurang yang jauh. Ada tali yang memisahkan mereka berdua. Annuar selama ini dilihat bukan dari kumpulan Najib, sedangkan situasi itu memperlihat Annuar sulit untuk maju di dalam Umno selepas Abdullah Ahmad Badawi kelak.

Jadi apabila Annuar tidak berada sama semasa Najib mengunjungi Kelantan ia memberi berbagai persoalan. Bahawa usaha Annuar untuk mesra dengan Najib selama ini tidak berjaya. Mungkin juga Najib melihat bahawa Annuar masih lagi menerima Muhyiddin Mohd Yassin sebagai taukeh atau tuannya!

Walaupun Muhyiddin bukan lawan Najib dan Najib tidak perlu bimbangkan Muhyiddin, tetapi bila Annuar Musa memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu untuk merasmikan mesyuarat bahagiannya tahun lepas, ia tentu menjadi tanda tanya kepada Najib. Apalah istimewanya Muhyiddin berbanding dengannya?

Tetapi sedikit kontras, tahun ini Umno Ketereh dikatakan memanggil Adnan Yaacob untuk merasmi mesyuarat bahagian itu. Undangan itu menimbul seribu motif lain pula. Barangkali beliau bercadang memanggil Najib, tetapi bimbing pula tidak disenangi oleh Muhyiddin maka dipanggil Adnan saja.

Annuar ada maksud kalau dia memanggil Adnan itu. Adnan ialah pandir kepada Najib di Pahang. Dengan memanggil pandirnya (Najib) setidak-tidak Adnan dapat menjadi penghubung kemesraan antara beliau dengan Najib. Lagipun Adnan itu adalah bapa angkat kepada Umno Ketereh.

Annuar cukup sedar semua itu dan keperluannya, tetapi kenapa bila Najib ke Kelantan beliau pula tidak ada. Apakah urusan di London itu lebih penting dengan percaturan politiknya di Kelantan?

Bagi Pas pula seharusnya mereka mengambil kesempatan memburukkan reputasi Annuar dengan keadaan itu. Sepatutnya pada kunjungan Najib inilah mereka – Pas dan orang besarnya membuat berbagai spekulasi. Tetapi nampaknya apa yang patut dilaku tidak pula dilakukan.

Apakah Pas sudah serit dengan usikan ataupun spekulasinya sebelum ini tidak menjadi? Maksudnya pokok yang digoncang sebelum ini tidak menggurkan buah sebaliknya dahan yang jatuh dan tertimpa kepala mereka! Jadi kerana rasa sakit masih berbekas maka kunjungan Najib tanpa diiringi Annur Musa kali ini dilepaskan begitu saja tanpa apa-apa gurauan politik! [the mall]


Friday, July 20, 2007

Balas Roslan

Masih Ada Kelemahan di Kelantan

MSO

"Demi masa sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaat kebenaran dan nasihat menasihati menetapi kesabaran!" - al 'Ashr.

TERLEBH dahulu saya susun jari sepuluh pohon maaf kerana menulis rencana ringkas ini sebagai responds kepada tulisan “sablog” (sahabat blog) saya Roslan MS di dalam blognya yang diposting pada 18 Julai lalu. Tentunya sedikit sebanyak tulisan ini memberi sedikit info yang kurang baik.

Bukan ada niat tidak baik tetapi sekadar dijadikan renungan bersama untuk bermuhasabah diri, mempertingkat keimanan serta membetulkan apa-apa amalan dan niat yang tidak betul. Tidak boleh elak kalau kita memukul ular tentu tanah sedikit sebanyak akan lekuk kalaupun kayu tidak patah!

Roslan yang akhir ini rajin menghubungi saya, istilah politiknya memesrakan hubungan diplomatik, mempersoalkan Najib Razak yang mendakwa Malaysia negara Islam dan bukannya negara sekular. Bukan saja Roslan tatapi ramai yang menafi dan tidak terjumpa apakah Islam dari segi kenegaraan dan politiknya serta tuntutannya sebenarnya seperti disebut Najib itu.

Banyak hujah dan alasan untuk kita menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perlembagaan Malaysia sendiri sangat lemah dalam mentaarif dan menerima pakai Islam sebagai cara hidup dan konsep bernegara di Malaysia ini. Perlembagan hanya menyebut Islam sebagai agama di negara persekutuan ini bukannya cara hidup yang diguna pakai sepenuhnya dalam mentadbir negara ini.

Naif dan lemah

Jelas semangat perlembagan ini tidak meletakakan Islam sebagai sebuah agama yang syumul sesuai dengan tuntutan Nabi Muhamamd dan juga kehendak Allah. Dalam hal ini menjelaskan betapa naif dan lemahnya umat Melayu negara ini kerna gagal medaulatkan agama mereka.

Mungkin kerana kelemahan dan ‘kedayusan’ inilah maka Pas beriya untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia dan melaksanakan di dalamnya pentadbiran mengikut cara-cara Islam.

Demikian realiti mengenai Malaysia, lantas itu Roslan membandingkan dari segi politiknya, Islam di Kelantan nampak lebih jelas, terang dan kemas. Beliau lalu menurunkan beberapa hujah (pendapatnya + huraian yang saya percaya beliau dapat input daripada orang Kelantan atau disaksinya sendiri dari jauh) seperti katanya di sana tidak ada kelab malam, kedai arak, kedai nombor ekor dan sebagainya.

Sebaliknya Kelantan menurut Roslan mengadakan program Islam seperti sembahyang terawih, menganjurkan bulan sembahyang, ihya Ramadhan dan bermacam-macam kempen lagi. Semua itu benar belaka dan itulah identiti dan juga ikon kepimpinan ‘Tokguruku’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 17 tahun lalu.

Sejak mulai naik kerusi MB, itulah yang Tok Guruku lalukan. Mengajak manusia menjadi baik, membimbing anak buahnya; pemimpin parti, wakil-wakil rakyat, ahli-ahli Exco dan pegawai kerajaan agar menjadi baik. Kalaupun tidak dapat memenuhi standard kriteria yang dimiliknya namun kiri-kirinya pun jadilah.

Maka menjadi amalan rutin Tokguruku sebelum memulakan kerja didirikan dahulu solat hajat. Meminta berkat dan mendoakan agar terhidar daripada membuat keputusan berat sebelah, terhidar daripada menerima suapan ataupun bersubahat dalam perkara tidak baik, ataupun terhindar daripada membuat nyanya kepada seseorang.

Pulangkan wang

Tokguru juga mengajar untuk tidak mengambil dan menerima hadiah, cenderamata dan bersedia memotong dan mengembalikan eluan keraian yang diperuntukan kepadanya ke dalam tabung perbendaharaan negeri.

Pendeknya semua Tokguruku ajar melainkan menyuruh anak buahnya berkahwin dua (poligami) atau menambah orang rumah. Poligami belum disenaraikan sebagai polisi kepimpinan Tokguruku. Pun begitu beliau tidak menghalangnya. Pernah seorang bekas wakil rakyat cabuk yang berhajat menambah teman tidur (sorry isteri) beliau bantu keperluan kewangannya dengan menghulurkan sedikit wang.

Tetapi sejauh manakah anak buahnya menuruti perangai dan alaman rutinya itu? Walahualam... tepuk dada tanya selera. Misalnya di pejabat beberapa Exco ada ternampak sejadah cantik tetapi kurang pasti pula apakah mereka solat hajat setiap hari seperti Tokguruku! Kalau saya menceritakan lebih-lebih pula takut timbul fitnah yang ke 47 ke atas saya yang naif dan fakir ini.

Di sini apa yang hendak saya pertikaikan ialah, berhubung dengan tanggapan sdr Roslan tadi. Apakah cukup Islam itu dibangunkan atas dasar politik saja dan bukannya pratikal sesunguh-sungguhnya. Apakah di Kelatan itu sudah sempurna setakat tidak ada kedai arak, judi dan sebagainya. Sebagai permulaan mungkin ya, tetapi kalau untuk tempoh selama 17 tahun memerintah rasanya permulaan seperti itu tidak mencukupi.

Pada saya Islam bukan politik tetapi amalan dan pratikal. Ianya bukan setakat jasad saja tetapi rohani yang penting. Dalam hal ini kalau boleh dihuraikan, politik Islam itu adalah jasad saja (keazaman), sementara pratiknya itu adalah jasmaniahnya manakla kejujuran dan keikhlasan dalam mempraktikan itu adalah rohaniahnya.

Justeru dalam hal ini apa yang penting ialah kekuatan iman ummah (rakyat) dan bukannya simbol (politik atau jasad) Islam itu. Jasad Islam tidak penting tetapi yang pentingnya ialah jasmaniahnya dan rohaniahnya. Kerana kalau kekuatan ummat tidak mantap maka syariah Islam itu sendiri tidak wujud dengan sesempurnanya.

Kelantan sudah berjaya

Di Kelantan dari segi tanggungjawab politik, (jasad Islam) kerajaan sudah berjaya. Misalnya perjudian, penjualan ekor, hiburan terbuka; rumah urut dan pelacuran tidak ada. Tidak ada (secara terbuka) kerana tidak diberikan lesen. Dari segi tanggungjawab politik dan kerajaan Pas Kelantan sudah terlepas dari tanggungjawabnya.

Namun reraliti hari ini siapa berani menafikan segala gejala maksiat dan jahat itu tidak ada! Kalau boleh disebut apa yang berlaku di Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu cukup untuk mengugahkan kita hendak memuji Kelantan. Seperti dikatakan tadi saya tidak bercadang untuk menghuraikan kerana ia boleh menimbul persepsi lain.

Tegasnya jasad Islam di Kelantan sudah ada tetapi pelaksanaannya (rohani) masih boleh dipersoalkan. Kelantan masih belum boleh diistyharkan sebagai Islam sepenuhnhya kerana masih ada gejala-gelaja jahiliah itu. Islam tidak akan mencapai ke hakikatnya kalau elemen-elemen luaran tadi masih wujud jauh sekali untuk membolehkan kita meenerima Kelantan sebagai baldatunthayibbahwaburafur.

Seperkara lagi apa yang perlu dilihat dan diberi perhatian oleh Tokguruku di Kelantan ialah
mempastikan Islam dipraktikan sepenuh di kalangan pemimpin terlebih dahulu. Apa yang berlaku kini, ada setengah pemimpin hanya turut bercakap mengenai Islam namun dari segi amalannya sanggat naif sekali.

Setengahnya tebal dengan serban dan labuh dengan jubah tetapi iman sangat nipis sehinggakan ternampak perbuatan-perbuatan menjolok mata yang mereka lakukan jauh dari rakyat atau di luar Kelantan.

Makanya masih ada celah dan ruang yang jelas mengenai kecacatan pada pelaksanaan Islam di Kelantan. Bagaimanapun saya setuju dengan pandangan Roslan, meskipun masih belum sempurna, dari aspek politik Kelantan lebih Islam berbanding dengan negeri-negeri lain (Malaysia) yang menerima pakai Islam Hadhari sebagai slogan.. [the mall]

Thursday, July 19, 2007

Sayang Kelantanku...

Jihad Ternak Jihad Benak
Siri 7 dan akhir

Isu Jihad Ternak Akan ke Mahkamah

Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkatkan gunung (Thursina) di atasmu (seraya Kami berfirman); peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu yang ada didalamnya, agar kamu bertakwa. - Al Baqarah 63.

LEWAT petang kelmarin kedudukan Mohd Amin dan Mohamad Fauzi Daud (menerusi Jihad Ternak Sdn. Bhd) sah dipecat daripada menjadi ahli Jawatankuasa Majlis Jihad Ternak Kelantan. Surat pemecatan bertarikh 15 Julai itu yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Nik Mazian Nik Mohamad diserahkan kepada mereka pada 17 Julai jam 2.45 petang (Selasa).

Antara lain surat itu menyebut, Mohd Amin dan Mohamad Fauzi Daud dipecat sebagai ahli Jawatankuasa Jihad Ternak. Jawatankuasa ini disertai pihak akademi, Jabatan Haiwan dan pejabat Exco Pertanian. Surat itu membawa maksud Mohd Amin dan Fauzi (syarikat Jihad Ternak Sdn. Bhd) tidak lagi diperlukan menyediakan dan membekalkan kambing untuk kerajaan negeri menerusi program Jihad Ternak.

Dengan surat berkenaan maka kedudukannya kini jelas mereka tidak lagi ada kena mengena dengan Jihad Ternak. Kontrek membekal kambing juga tidak lagi diberikan kepada syarikat mereka yang menjalankan usahasama dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad. Dalam erti kata lain kehadiran mereka berdua di Kelantan tidak diperlukan lagi.

Pemecatan itu sebenarnya menjadi hasrat Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia rakan kongsi Mohd Amin dalam menjalankan projek berkenaan. Sebenarnya ‘pemecatan’ Mohd Amin dilakukan lebih awal sebelum itu. Semasa rundingan diadakan pihak Akademi telah menyatakan hasrat berkenaan.

Sebaik memulakan rundingan Zulkefli yang menjadi pengerusi telah membaca satu hadis yang menjelaskan perceraian itu sesutau perbuatan halal yang dikutuk oleh Allah. Saya cukup faham dengan maksud hadis berkenaan lantas menempelaknya balik dengan berkata, perceraian juga harus beradab seperti mana perkahwinan. Kalau perkahwinan memerlukan wali dan jurunikah, maka perceraian juga memerlukan saksi-sakis yang baligh.

Seperti diperkatakan sebelum ini akademi merasakan tidak relevan menjalankan usahasama dengan syarikat Jihad Ternad Sdn. Bhd – Mohd Amin dan Fauzi kerana mereka menjual kambing dengan harga mahal! Tanggapan itu menyebabkan akademi merasakan mereka ditipu oleh Mohd Amin. Anihnya di sini macam mana perniagaan yang dijalankan secara usahsama lengkap dengan perjanjian ada pihak merasakan tertipu dan kena tipu? Pelek!

Surat itu bagaimana pun tidak menjelaskan kenapa sebab musababnya. Tetapi ia cukup untuk memberi faham kepada Mohd Amin akan kedudukannya. Bagaimana pun sesuatu yang menimbulkan persoalan ialah surat tersebut juga menjelaskan Mohd Amin tidak kena mengena dengan program (modul) Jihad Ternak berkenaan yang merupakan idea ataupun modulnya.

Timbul persoalan di sini mengenai hak Mohd Amin ke atas program berkenaan sebab ianya adalah idea beliau dan beliau yang memperkenalkan menerusi kertas kerjanya berjudul "Projek Jihad Ternak". Apakah program beliau itu diambil begitu saja tanpa sebarang pampasan atau imbuhan yang sewajarnya kepada Mohd Amin?

Kalau mengikut amalan biasa apabila program itu menjadi hak cipta seseorang, seperti lagu atau skrip orang itu berhak menerima royaliti ataupun pampasannya. Apakah ini akan berlaku ataupun ada peruntukan yang diperkenalkan oleh pihak akademi ataupun pihak Husam bin Musa satu ‘clause’ untuk mengambil begitu saja tanpa sebarang bayaran?

Sepekara lagi sejajar dengan pemecatan itu juga pemesanan (order) kambing sebanyak kira-kira 500 ekor oleh Nik Mazian untuk dibahagikan kepada rakyat dibatalkan. Sekali lagi pembatalkan ini logik kerana apabila sudah bergaduh semua harus menerima kerugian dan mengigit jari.

Tetapi pihak Nik Mazian mungkin terlupa yang pemesanan itu dibuat menerusi satu surat sebagai bahan bukti. Surat pemesanan itu juga mempunyai cop dari pejabatnya menandakan ianyan diterima (diperakui). Apakah nanti surat itu akan dijadikan bukti bahawa Nik Mazian ada memesan maka apa-apa kerugian berhubung pemesanan itu akan didakwa oleh Mohd Amin?

Kalau ini berlaku sekali Nik Mazian berada dalam keadaan delima. Tindakan itu menyusahkan dirinya sendiri. Beliau telah menjadi mangsa kepada keadaan atau kemelut yang timbul antara Mohd Amin dengan akademi yang ditinggalkan oleh individu lain!

Bagaimanapun adalah diharap jaminan mulut oleh Nik Mazizan untuk membayar apa-apa tuntutan munasabah atas kegagalkan dan pemecatan itu serta kadang pasangan siap sebanyak 40 buah yang disediakan dan juga bayaran fee mengadakan kurusus latihan kepada peserta yang dijalankan oleh pihak Mohd Amin akan dipenuhi. Nik Mazian dipetik sebagai berkata akan membayar kandang pasang siap itu kepada pihak Mohd Amin serta perbelanjaan (lojing). Sesuatu yang tidak mahu disaksikan ialah perkara ini juga akan terbawa ke mahkamah.

Tidak boleh tidak kalau ianya terheret ke mahkamah ia membabitkan kerajaan negeri. Kalaupun kerajaan negeri tidak diheret secara langsung setidak-tidaknya nama kerajaan negeri atau proksinya akan disebut. Kalau ini sudah berlaku sedikit sebanyak kerajaan negeri akan buruk dan situasi ini tidak menyenangkan disaat-saat pilihan raya umum akan menjelang tiba bila-bila masa saja dari sekarang.

Maka Nik Mazian harus mengambil langkah bijak menyelesaikan masalah ini. Beliau tidak boleh bertindak seperti Husam mencari seribu helah untuk tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Sebaliknya apa yang berlaku dan dilakukan Husam perlu diambil iktibar dan tidak menambahkan masalah ini menjadi berpanjangan.

Dalam perkembangan lain perundingan untuk menyelesaikan kemelut akademi dan Mohd Amin dikira gagal. Kegagalan ini ialah kerana perundingan itu diadakan dengan niat yang tidak ikhlas. Jumlah yang disebut oleh akademi sebanyak RM300 ribu tidak dipersetujui oleh Mohd Amin. Satu tuntutan baru telah dibuat menerusi peguamnya Md Radzi sebanyak RM4.8 juta. Jumalah itu meliputi keseluruhan tuntutan yang dikjira wajar.

Pastinya tuntutan sebanyak itu tidak termampu dibayar oleh akademi. Tetapi itulah yang berlaku. Ini dapat dikesan apabila ada wakil akademi tidak bertauliah menawarkan penyelesaian dengan jumlah sebanyak RM550 ribu sahaja, tetapi tidak dilayan oleh Mohd Amin.

Sebagai orang yang kena tekan dan teraniaya Mohd Amin tidak ada pilihan lain melainkan mencari penyelesaian menerusi undang-undang. Kerana itu beliau telah memfailkan satu writ saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menuntut segala hutang piutang berkenaan. Apakah jumlah tuntutan itu relevan atau tidak biarlah mahkamah akan menentukan kelak.

Serentak itu juga satu injuksi di mahkamah yang sama juga dibuat oleh Mohd Amin bagi menghalang mana-mana pihak daripada membawa masuk atau membawa keluar haiwan di ladang berkenaan atau menganggukacau ladang berkenaan.

Injuksi berkenaan akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 29 Julai ini. Injuksi itu dilihat sebagai tindakan permulaan secara agresif oleh Mohd Amin menuntut hak-haknya dalam hal ini. Adalah dipercayai langkah Mohd Amin itu gara-gara sikap pihak akademi dan juga sikap orang yang mengundangnya ke Kelantan yang bersikap acuh tak acuh, tidak bertanggungjawab dan dayus!

Mahkamah akan menentukan apakah tuntutan Mohd Amin ke atas segala kerugiannya benar atau tidak. Mahkamah akan menentukan apakah status Mohd Amin dalam program yang diperkenalkan itu. Sudah tentu juga apabila perbicaraan itu dijalankan kelak akan adalah orang-orang yang bakal disebut di mahkamah sebagai terlibat dengan projek itu.

Jika sesiapa jua menerima musibah dan berhadapan dengan masalah kelak, hendaknya janganlah disalah kepada sesiapa. Tanggunglah sendiri. Umpama kata bidalan tangan sanggup mencincing bahu hendaklah sanggup memikulnya.

Hari ini pun apabila majlis penyerahan kambing gagal dilakukan yang dijadualkan pada 16 Julai lalu sudah ada suara gelap mengatakan Tok Guru Nik Aziz 'belawak' atau bohong. Nampaknya penyakit ini sudah berjangkit kepada orang yang tidak ada kena menfena. Inilah masalahnya kalau politik musang diamalkan!

Dan siri “Jihad Ternak Jihad Benak” ini akan berakhir di sini sesuai dengan perkembangannya kini yang sedang menuju ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu!

Selamat dunia dan akhirat untuk semua! [wangsa melawati 18/7/07]

Monday, July 16, 2007

Politik Pemuda Umno

Mukhriz Harus Tegas Untuk Lawan Khairy

MSO

ANAK bekas Perdana Menteri, Mukhriz Mahatir telah membuat penafian yang beliau akan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang bakal dikosongkan oleh Hishamuddin Hussein pada perhimpunan agung parti itu tahun hadapan.

Mukhriz membuat penafian itu ekoran sebuah berita disiarkan dalam akhbar The Star yang ‘meramalkan’ beliau akan bertanding merebut jawatan itu. Katanya ketika menafikan kenyataan itu, beliau tidak pernah membuat kenyataan yang ingin merebut jawatan berkenaan.

Akhbar itu membuat spekluasi itu berdasarkan percakapan Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda Umno Bahagian Sungai Siput, Perak kelmarin.

Melihat kepada ketergesaan Mukhriz membuat penafian itu menggambarkan Exco Pemuda Umno itu seperti ketakutan dan orang yang 'menasihatnya' agar tidak membuat kenyataan seperti itu. Mungkin juga orang yang melihat kenyataan Mukhriz itu sebagai satu kekhilafan adalah 'hantu' Khairy.

Spekulasi semata-mata

Sebenarnya Mukhriz tidak wajar membuat penafian itu kalau sekadar untuk menjelaskan beliau tidak berminat untuk merebut jawatan itu tahun hadapan. Beliau sepatutnya serahkan saja berita (tidak benar) itu kepada media massa. Lagipun bentuk berita itu hanya spekulasi semata-mata, tidak perlu dibimbangkan.

Media massa bebas untuk membuat apa juga spekulasi dan telahan mereka berdasarkan kepada perkembangan dan senario semasa politik. Bukan sahaja pada kaca mata pemberita akhbar berkenaan tetapi pemerhati juga melihat wajar kalau Mukhriz mencuba untuk bertanding merebut jawatan itu.

Sekiranya sah Hishmuddin mengosong jawatan itu untuk berganjak ke Naib Presiden, ia terbuka untuk semua ahli Pemuda Umno bertanding, termasuk Mukhriz dan sesiapa sahaja. Jadi sesiapa pun tidak boleh menafikan 'lokus standy' yang dimiliki oleh Mukhriz.

Jawatan itu bukan milik mutlak Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda hari ini. Sesiapa pun tiak dapat mengesahkan kedudukan itu dan bukan secara automatik Khairy boleh mengambil alih jawatan itu.

Hakikat ini patutnya disedari oleh semua ahli Pemuda Umno termasuk Khairy dan Mukhriz. Sebaik sahaja Hishamuddin melepaskan jawatan itu ia terbuka untuk ditandingi oleh sesiapa sahaja. Bahkan jawatan itu pernah ditandingi oleh calon di luar pergerakan itu.

Justeru Khairy dalam hal ini tidak boleh merasakan sedap hati bahawa jawatan itu akan disalinkan secara automatik kepadanya. Khairy tidak ada apa-apa kelebihan. Kedudukan dan hubungan beliau sebagai menantu Perdana Menteri bukan first class atau jaminan untuk beliau terus naik ke tempat jawatan nombor wahid dalam pergerakan pemuda itu.

Dalam hal ini Mukhriz tidak wajar merasa inferiorti kompleks untuk merebut jawatan itu. Kalau diukur kepada senioriti dan pengalaman, rasanya Mukhriz lebih berhak berbanding Khairy. Khairy hanya baru muncul dalam pergerakan itu bermula selepas bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan Mukhriz sebelum itu lagi sudah menyertai Pemuda Umno. Kedudukan beliau sebagai bekas anak Perdana Menteri juga tidak perlu disegansilu untuk meletakkan dirinya sebagai layak dan boleh dijadikan aset semasa kempen kelak. Mukhriz anak kepada bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun sedang Khairy adalah menantu kepada PM yang baru tiga tahun setengah berkhidmat.

Begitu juga undi tertinggi yang diterima oleh Mukhriz di dalam permilihan dua tahun lepas menunjukkan beliau ada pengaruh dan penyokong di dalam pergerakan itu. Khairy sendiri belum dapat mengetahui sejauh mana kekuatan dan pengaruhnya kerana beliau menduduki jawatan berkenaan tidak menerusi pertandingan. Dalam erti kata lain Khairy belum diuji di atas gelanggang.

Kedudukan yang diraih Khairy kini bolehlah dikatakan sebagai anugerah oleh beberapa pemuda Umno miskin yang tidak mempunyai telor kepada Khairy, apabila beberapa pemuda itu masing-masing menarik diri seorang demi seorang di saat akhir dengan berbagai alasan semata-mata ingin memberi laluan kepada Khairy.

Pada hemat saya kalau Mukhriz benar-benar ingin menawarkan diri untuk berebut jawatan itu beliau tidak perlu bersikap terlalu lembut dan bersikap lunak serta mengambil hati mana-mana pihak. Beliau harus ambitious didalam hal ini di samping membuat persediaan serapinya.

Terlalu diplomasi

Sekiranya beliau bersikap terlalu lunak dan mengamalkan politik terlalu diplomasi beliau akan ketinggalan nanti. Perlu diingat di dalam politik tidak ada amalan ingat mengingat antara satu sama lain seperti mana disarankan Allah dalam surah A-Ansr. Sebaliknya di dalam politik masing-masing menghayati ketegasan/sikap seperti di dalam surah al-Kafirun yang bermaksud; agamamu untukmu dan agamaku untuku.

Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan itu jangan terlalu takut dalam hal ini dan perlu memerhati jauh. Beliau juga perlu sedar bahawa Khairy sudah bergerak jauh untuk merebut jawatan itu dengan membuat persiapan dan strategi awal. Tindak tanduk dan sikap Khairy kini yang sedang mengadakan hubungan diplomatik dengan Najib adalah strategi ke arah itu.

Khairy seorang yang bijak dan berpandangan jauh. Dia tahu dalam keadaan sekarang beliau memerlukan sokongan semua pihak. Walaupun jawatan itu kacang baginya namun strategi kena kemas dan smart.

Apa yang sangat diinsafi Khairy ialah sekiranya perjalanan politik Umno bergerak atas landasan dan tradisinya, Najib Razaklah yang akan mengambil alih jawatan bapa mertuanya. Jadi demi untuk tidak mengerhanakan bulan politiknya maka Khairy perlu bernaung di bawah sinar nasib Najib Razak.

Seandianya Mukhriz diam-diam berfikir untuk berada di belakang Khairy ataupun dikompromikan demikian itu adalah satu formula dan keputusan yang amat silap psekali!

Dalam politik jangan sesekali menjadi budak kepada seseorang, tetapi bersedialah untuk mati syahid di atas gelanggang. [seremban]


Sayang Kelantanku...

Jihad Ternak Jihad Benak

Siri 6

Rundingan Tidak Selesai Tanpa Husam!

"Siapa yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat, janganlah menyakiti tetangganya. Siapa yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat hendaklah memuliakan para tamunya? Siapa yang percaya pada Tuhan dan akhirat hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam saja." - Riwayat Abu Hurairah.

TANGGAL 8 Julai 2007 pihak Akademi
Pembangunan Keluarga Bahagia telah membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan masalah dan kemelut Jihad Ternak. Pengerusi akademi Zulkefli Yaacob telah menelefon saya meminta jasa baik untuk menjadi orang tengah menyelesaikan pertikaian serta tuntutan (hutang) yang dibuat oleh Mohd Amin.

Saya sungguh gembira dengan perkembangan itu. Saya berdoa mudah-mudahan kemelut yang berlaku akan selesai segala tuntutan Mohd Amin dilunasi ataupun Husam bersedia tampil ke hadapan demi menjernihkan suasana yang semakin mengeruh.

Bagi saya kalaupun tuntutan itu tidak selesai tidak mengapa. Yang penting Mohd Amin diberi keadilan dan kesaksamaan dan tidak diperbudakkan. Mohd Amin perlu dihormati sebagai salah seorang tetamu Kerajaan Kelantan! Kalau Mohd Amin dilayan baik, apa lagi kalau Husam sedia berhadapan saya tidak perlu wujud dalam soal ini.

Saya tidak mahu pun mencampuri urusan Jihad Ternak ini. Sudah cukup dengan kerja-kerja awal yang saya lalukan mempertemukan Husam dengan Mohd Amin. 'Upah' yang Husam hulurkan sudah mencukupi bagi membiayai kehidupan saya di dunia dan akhirat. Terima kasih!

Sebab saya tahu kalau saya campur tangan dalam projek ini sedikit sebanyak tahi dan hamis kambing akan melekat juga kepada saya. Ini pun berbagai tohmahan sudah dilemparkan kepada saya, kononya projek Jihad Ternak itu adalah projek saya dengan Husam.

Apabila saya bersikap membela Mohd Amin bagi mendapatkan haknya, saya pula dituduh kononya ada kepentingan. Berbagai tuduhan sudah kedengaran termasuk yang tidak tersaul dek akal. “Sayuti membela Mohd Amin kerana Mohd Amin adalah warisnya,” itu antara tuduhan. Saya sendiri tidak tahu bila masa Mohd Amin menjadi waris kepada saya. Tetapi kalau saudara sesama Islam memang ya, macamlah juga Husam di sisi saya, sekadar waris sesama Islam.

Angkuh dan ego

Sesiapa saja di dunia ini adalah saudara sesama Islam. Dalam hal ini saya adakalanya tidak bersifat angkuh dan ego persis orang politik. Saya berkahwan dan berbaik dengan semua orang politik, waima dia orang Pas atau orang Umno. Tetapi saya juga bersedia bergaduh dan menentang sesiapa saja kalau dia sudah tidak betul dan enggan mengaku kesalahannya.

Tuduhan-tuduhan jelek dan cemar seperti itu sudah biasa kepada saya. Ibrahim Ali sendiri secara berseloroh telah membuat tuduhan kononnya saya mendapat RM10.00 bagi seekor kambing. Saya tidak pedulikan semua tuduhan itu dan Ibrahim sendiri tahu, berapa juta dia telah berikan kepada saya kerana membantunya dalam kerja-kerja politik! Yang penting saya tahu dan Tuhan tahu apa yang saya lakukan!

Tuduhan-tuduhan seumpama itu tidak menghairankan lagi. Husam sendiri pernah menuduh saya menulis sebuah buku menghentam Annuar Musa berhubung penyelewengan Annuar Musa dalam PPRT. Saya tidak fikir Husam boleh membuat tuduhan itu melibatkan saya. Tetapi itulah yang berlaku dalam dunia politik. Orang politik akan menggunakan apa saja hujah dan alasan untuk menyelamatkan diriya!

Saya tidak berkecil hati walaupun tuduhan itu telah menimbulkan reputasi buruk kepada saya. Husam mungkin kenal dan ingat classmatanya bernama Zaini yang kini bekerja dengan Kesedar. Tanyalah beliau...

Apakah saya jenis manusia menukarkan perjuangan dan kasih sayang kepada Islam dengan hanya seorang manusia ataupun dengan lambakan wang ringgit? Saya rasa setakat ini saya tidak lagi mengorbankan diri untuk menyokong kejahatan, sebaliknya bersedia menjadi hamba untuk menentang kemungkaran dan orang-orang yang munafik.

Sebenarnya sudah lama Zulkefli tidak menghubungi saya. Sejak timbul kontroversi untuk membina kandang kambing dan beliau melihat saya berpihak kepada Mat Yaman beliau tidak berani telefon saya. Kalau tidak kerana perundingan itu mungkin beliau tidak akan menelefon saya lagi. Tetapi kerana beliau diminta menyelesaikan kemelut ini maka beliau mencemarkan duli juga untuk konteks saya.

Berbalik kepada rundingan tadi, saya percaya dan yakin ianya dipanggil atas kehendak dan suruhan Husam. Husam sudah mula dapat membaca apa yang akan berkaku kalau masalah itu tidak diselesai kan segera. Sebagai seorang bijak dan strategis politik beliau dapat membaca kilau di dalam kilat. Kalau tidak diselesaikan dengan baik maruahnya sedikit sebanyak akan terjejas.

Sebelum ini saya telah memberi mesej kepada beliau agar menyelesaikannya. Melalui seorang kawannya saya telah mengatakan perasaan sedih dan dukacita saya atas tingkah lakunya. Rupa-rupa beliau terbuka juga hati untuk menyelesaikannya. Namun beliau tetap tidak menampakkan dirinya, inilah ego dan silapnya manusia bernama Husam bin Musa.

Berselindung dalam semak

Politiknya macam musang pandai memgambil kesempatan dan menggunakan peluang. Musang siang ia berselindung di dalam semak samun atau rongga lobang, tetapi malam hari aktif dan akan keluar mencari mangsa. Menangkap mangsa dalam gelap adalah kerja musang, kerja yang tidak gentleman dan hipokrit.

Setelah memberi tahu Mohd Amin, dan beliau mengharapkan segala rundingan dapat diselesaikan dengan baik, - menurut pandangan dan pendapat saya, saya ke Kota Bharu bersama peguam Md Radzi Musatafa (foto) yang dilantik Mohd Amin untuk berunding.

Tepat jam 12.45 mesyuarat bermula di pejabat akademi di Jalan Dusun Muda Kota Bharu. Pihak yang mewakili akademi ialah Hanifa Ahmad (calon Pas yang kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir) Latif Abdul Rahman (anak Tok Guru Hji Deraman Sungai Durian) (calon Pas yang kalah di Mengkebang) dua orang peguam akademi dan seorang bernama Wan Yusuf. Sementara Zulkefli menjadi pengerusi.

Melihat kepada suasana dan semangat perundingan itu jelas ianya atas arahan Husam. Ini dapat dikesan apabila terlepas kata-kata daripada Hanifa, bahawa kes itu tidak melibatkan Husam, dan salah seorang peguam akademi begitu beriya mempertahankan Husam selaku pemimpin. Porahhh... !

Kenapa Hanifa (foto) terlepas cakap begitu? Jelas mereka ini cuba menyembunyi dan melindungi Husam daripada kasus berkenaaan. Kenapa?

Kenapa begitu beriya untuk melindungi Husam, apakah kerana tidak mahu batang tubuh Naib Presiden Pas itu dilihat berkudis dan berkarat dengan sesuatu yang tidak baik, maka ia diprotect begitu sekali!?

Kalau Husam mahu dilihat bersih, cantik dan mulus luar dan dalam beliau harus ‘mandi’ dan menjaga fiil perangainya. Beliau perlu ubah pembawaan dirinya yang amat kontras sekali dengan sikap dan pewatakan pemimpin sebagai sebuah parti beridealogikan Islam.

Memanglah orang yang mencari makan sesuap nasi dengan Husam kena jaga Husam baik-baik. Segala dosa Husam kena lindungi. Tahi Husam kena kambus. Walaupun Husam pernah mengambus tahinya macam kucing, (kambus tahi) tetapi kalau sudah banyak sangat apa lagi tahi cair (tahi cerah) ia tidak semuanya dapat ditutup.

Menantang tahi ini ia berbau busuk. Tutup dan tindih macam mana sekalipun ia akan meruap dan masuk ke rongga hidung, rongga telinga. Dan paling dahysatnya apabila ia menyelinap masuk ke kamar hati. Bila sudah masuk kedalam hati sukar untuk membuangnya lagi.

Saya tidak tergamak berbuat begitu. Bagi saya salah adalah salah, benar adalah benar tidak kira siapa yang melakukannya. Dan hal ini Husam sendiri pun tahu apa yang dipertegaskan oleh Rasulullah yang bermaksud; “Katalah yang benar itu sekalipun pahit.”

Niat perundingan hari itu pun pun sudah tidak ikhlas dan jujur. Husam tidak wajar dijadikan dewa yang perlu dilindungi ataupun dikeramatkan. Beliau harus bertanggungjawab atas apa juga yang beliau lakukan. Apakah sikap yang beliau lakukan itu merupakan terbaik dan diajar dalam Islam? Beliau seharusnya gentelman dan hadir sama pada rundingan hari itu setidak-tidaknya menghormati orang tengah (saya) hadir untuk menyelesaikannya.

Bertentangan mata

Memberi arahan atau monitor menerusi telefon rasanya tidak elok. Kita sebagai orang Melayu dan Islam kena bertentangan mata. Sebab itu Nabi suruh kita bersalaman sesama saudaranya. Amalan ini nampaknya kurang dalam hidup Husam. Beliau tidak pentingkan kepada perkara akhlak, perkara ukhwah ini. Baginya yang penting apa yang dikehendaki tercapai atau terlaksana.

Rundingan pada hari itu tidak membawa apa-apa erti. Ia adalah satu test merket oleh Husam terhadap saya saja. Apakah saya masih boleh dibawa berunding – membantu menyelesaikan kes ini, berpihak kepadanya atau tidak! Kerana sebelum itu saya tidak menjawab beberapa kali panggilan telefon darinya.

Perundingan selama kiar-kira 2 jam setengah itu tidak mencapai apa-apa persetujuan konkrit melainkan pihak akademi telah menyatakan jumlah yang mereka ingin sedia bayarkan kepada Mohd Amin saja. jumlah yang dikemukakan oleh Mohd Amin ditolak. Ternyata harga yang ditawarkan jauh daripada yang dijangka dan yang berhak Mohd Amin terima.

Jadi perudingan pada petang itu berakhir tanpa ada sebarang keputusan muktamad dan tidak menyelesiakan kemelut Jihad Ternak. Pihak akademi memiinta peguamnya memulangkan balik jumlah itu kepada Mohd Amin untuk dipertimbangkan.

Seperti yang dijangka perundingan itu dipantau oleh mastermind projek, Husam Musa. Kira-kira jam 2.30 petang beliau menelefon saya kononnya untuk bertanya khabar sedangkan beliau sudah tahu saya di Kota Bharu.

Saya tahu tujuannya beliau menelefon saya adalah untuk mengetahui hasil rundingan itu. Beliau masih berpura-pura seolah tidak tahu menahu dan tidak lagi akan terlibat dengannya. Beliau tidak mahu bulunya terkena hamis kambing!.

“Tak pergi dekat tok guru ke? “ begitulah tanya beliau memulakan bicara jauh tersasau daripada apa yang sedang bergeladak di jiwanya.

“Di mana, untuk apa?" tanya saya buat-buat tidak faham.

“Dia pergi ke Dewan Beta tengok projek depu,” balasnya.

“Mari ambillah,” tawar saya. Saya tahu dia berkeinginan nak berjumpa.

Sekejap kemudian dia datang bersama Keckdefella, seorang pakar IT yang kini berkhidmat dengan Kerajaan Negeri tetapi di bawah kawalan dan arahan Husam sepenuhnya. Kami ke Kampung Dewan Beta. Ikut sama Md Radzi. Sepanjang perjalanan itu Husam tidak bertanya soal rundingan, dan dia tetap berpura-pura seolah tidak tahu menahu. Dia mahukan kami mulakan dulu.

Selepas di Kampung Dewan saya dan Radzi dibawa ke Kem Kijang, menghadiri majlis pembahagian wang kepada murid sekolah sebanyak RM15 seorang. Sekembali dari majlis itu beliau tetap juga tidak bertanya tentang rundingan tadi. Akhirnya dia mempelawa kami untuk ke rumahnya untuk makan durian kunyit dengan pulut.

Saya sudah dapat membaca niat dan tujuan untuk makan pulut itu. Jadi secara diplomasi dan dengan perasaan masih ada sayang tersisa saya menolak, dengan mengatakan; "saya tidak sempat kerana nak balik Fligt 8.25, lain kali saja dan terima kasih.'

Beliau lantas menelefon isterinya; "Na.. (isterinya nama Rohana) nampaknya dua orang tak nak pergi, sudah 'berpaling tadah,” katanya sambil ketawa. Saya tahu kata-kata itu ditujukan kepada saya. Selepas dia menghantar saya di hotel sehingga hari ini saya tidak lagi kelihat tubuhnya kecuali menerima satu SMS – pesanan ringkas daripadanya pada 12/7/07 jam 7:12 petang. [shah alam, uitm]

Saturday, July 14, 2007

Reaksi

Masih Ada Perkara Yang Lebih Besar Daripada Rokok

MSO


MURSYIDUL Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu bersungguh untuk melahirkan pemimpin yang bersih serta suci zahir dan batin. Beliau memberi perhatian daripada perkara sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya. Inilah pemimpin yang boleh dinobatkan sebagai kelas nombor wahid.

Hakikat keseriusan dan keperihatinan beliau ini boleh dilihat pada setiap stail dan juga persekitaran hidupnya. Kehidupannya begitu ringkas (tawaduk dan zuhud) serta tidak berprotokol. Manakala beliau juga istiqamah dengan amalan atau ritual agamanya.

Misalnya beliau senantiasa mengekalkan stail dan juga tugasnya sebagai da’i. Di mana-mana saja beliau berada beliau berdakwah dan berkempen agar manusia takutkan Allah, menerima syariah Muhammad s.a.w. dan mengamalkan perkara yang baik.

Biarlah di mana beliau berada; dalam syarahan politik, ucapan rasmi Kerajaan ataupun mesyuarat parti, peluang itu tidak akan di ketepikan untuk berdakwah. Nik Aziz seorang yang konsisten di dalam menjaga amanah dan tangungjawab dan amanh Allah.

Masih diingat semasa merasmikan bangunan Pas di Jalan Raja Laut tidak lama dulu, banyak orang tidak senang dan teruja dengan ucapannya pada petang itu.

Tersasau dan meleset

Apa yang diharapkan oleh kolongmerat Pas Nik Aziz akan bercakap pasal kehebatan Pas dan juga kejayaan golongan profesional ‘membangunkan’ bangunan Pas berkenaan. Namun harapan akan terluah pujian daripadanya tersasau dan meleset apabila beliau menggunakan majlis yang turut dihadiri Penasihat Keadilan, Anwar Ibrahim itu untuk bercakap pasal agama sehingga menjadikan majlis petang itu sebagai kuliah zuhur.

Dan terbaru dalam usaha mensuci dan meletakkan Pas sebagai parti yang berbeza dengan Umno, beliau telah mengeluarkan ‘fatwa politik’ yang agak merujakan juga para pemain politik. Fatwa itu berbunyi sesiapa yang merokok tidak akan dipilih sebagai calon Pas pada masa akan datang.

Medengar fatwa itu mungkin wakil rakyat seperti Husam Musa, Kamaruddin Jaafar atau para penyelia DUN yang tidak merokok merasakan mereka selamat akan dipilih menjadi calon. Jadi bagi pusingan pertama mereka yang tidak merokok ini nampaknya sudah menang.

Mungkin Umno ketawa dengan fatwa politik Nik Aziz itu. Itulah keunikan dan ketebalan iman (syumul) Nik Aziz kepada Islam. Mungkin apa yang dilakukan Nik Aziz itu tidak terbuat malah terfikirpun oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Nescaya kalau BN meletakkan syarat itu, mungkin sebahagian besar wakil rakyat BN sekarang kena berhenti kerana mereka bukan saja merokok tetapi turut menghisap ceruk yang harganya beratusan ringgit sebatang.

Biarpun Umno atau BN akan ketawa dan gelak dengan fatwa itu, namun kita kena puji dan sanjung langkah Tok Guru itu. Selepas ini kita tidak mahu saksi lagi ada wakil rakat yang melecur telapak tangan kerana menggengam rokok semata-mata nak elakkan dari diketahui oleh Tok Guru. Kejadian ini berlaku dalam satu majlis di Kelantan.

Bagaimana pun dalam hubungan ini ada sedikit yang hendak dimaklumkan kepada Tok Guru, selain soal rokok masih ada soal-soal yang lebih besar daripada itu yang perlu dipantau dan diambil kira. Bahkah perkara ini besar tetapi ia mungkin tidak nampak kerana ianya tidak berbau dan tidak berasap. Kalau merokok itu kerana tabiat tetapi yang satu ini berjasad sifat – perbuatan yang seni!

Kalau rokok itu makruh atau haram, tetapi yang satu ini lebih teruk. Ia boleh menjejaskan pembangunan Islam yang dilaksanakan Tok Guru selama ini. Kelakuan yang satu ini sangat buruk dan tercela di sisi agama Islam, ianya bukan terbiat tetap sifat.

Politik Machiavellism

Apa yang dimaksdukan ialah perbuatan tidak menempati janji, bersifat hipokrit ataupun terlalu mengamalkan politik Machiavellism – matlamat menghalalkan cara. Tanpa disedari bahawa sudah wujud di kalangan Pas hari ini bersifat demikian dan ini boleh menjejaskan Pas sebagai parti Islam. Tidak seharusnya ada pemimpin Pas memilik sifat terkeji ini.

Pada hemat saya, soal ini lebih besar daripada soal merokok tadi. Kalau merokok tadi ia boleh menjejaskan kesihatan dan memburukan alam sekitar, namun perbuatan mungkir janji, bersikap hipokrit ataupun tidak bertanggungjawab kepada sesuatu yang dilapazkan ataupun suka mengatakan orang di belakang ia boleh merosakan seluruh sistem ‘amal makruh nahi bil munkar’ yang diterapkan oleh Pas selama ini.

Perlu diingat parti Pas bukan seperti Umno. Pas adalah kombinasi dua matlamat siasah dan dakwah. Siasah Pas harus bersendikan perinsip dan nilai dakwah itu. Konsep ini jangan sampai lupus dan hancur. Kalau ia sudah hancur maka Pas akan jadi sama dengan Umno.

Mungkin Tok Guru sukar untuk melihatkan perbuatan oleh sesetengah orang yang berada di sekelilinginya. Ia juga berlaku kepada orang yang dilihat mendapat kepercayaan Tok Guru. Mungkin kerana Tok Guru sering digula-gulakan dan ditabirkan dengan kehebatan profesional, menyebabkan mata Tok Guru jadi berpinar biji mata.

Sesuai dengan larangan merokok itu, maka elok kalau tok Guru turut sama memasukan perkara tadi sebagai pra-syarat untuk menjadi calon Pas pada pilihan raya akan datang. Ingatlah tidak guna mereka dan Pas menang, kalau hasil kemenangan itu nanti yang diusahakan oleh orang ini yang disifatkan sebagai Umno kerana ia akan menjadikan Pas lebih kurang sama saja dengan Umno.


Friday, July 13, 2007

Sayang Kelantanku...

Jihad Ternak Jihad Benak

Siri 5

Siap Untuk Hancur!

"Sekiranya sesuatu urusan atau kerja (projek) itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah saat-saat kehancuran dan kemusnahannya." -Maksud Hadith.

SEKEMBALI daripada melawat tapak untuk dijadikan projek Jihad Ternak di Rong Chenak, Pasir Mas sekitar Januari, saya berpesan dan mengingatkan kepada Zulkefli Yaacob. Antara lain pesanan saya ialah; “Zul enta kena ingat, kambing ini adalah haiwan peliharaan Rasulullah. Enta kena jaga betul-betul dan jangan main-main. Projek ini adalah ujian besar kepada enta. Sekiranya projek ini berjaya, ia akan menandakan ianya kejayaan enta. Kreditnya akan dapat kepada enta.

“Bukan itu saja, apa yang penting enta kena faham ini projek Husam (diilhamkan Husam), sekiranya ia gagal maka kegagalan itu juga akan dicampak ke atas batang tubuh Husam. Jadi enta kena jaga projek ini sebaik mungkin kerana maruah dan diri Husam berada diprojek ini.

Zulkefli hanya mendengar mungkin secara pandir. Hashim Omar yang sedang memandu kenderaan pancuan empat rodanya yang baru (Hashim adalah veteran Pas yang sangat baik dengan Husam selalu memberi pinjaman wang untuk projek-projek membabitkan Husam) juga turut mendengarnya, dan kawan saya Md Radzi Mustafa seorang peguam yang ikut serta saya kira juga turut sama mendengarnya.

Saya tidak tahu kenapa saya terilham untuk memberi pesanan demikian! Cuma apa yang memungkinkan kata-kata sedemikian itu lahir kerana saya kenal dan menyedari apa yang pernah bekas Adun Guchil, Kuala Krai ini lakukan. Cerita-cerita buruk mengenainya banyak yang ‘tersiul’ ke dalam lubang telinga saya.

Kisah-kisah beliau buat ‘projek tahi’ – pinjam duit orang tidak bayar, ataupun beri chek tendang terlalu banyak ‘dibarikan’. Begitu juga cerita bagaimana beliau dikatakan telah terlibat dalam mengambil duit (deposit) daripada orang kampung untuk mendapatkan tanah Kerjaaan di Kuala Krai. Zulkefli ini seorang peng'autan' peringkat tertinggi!

Pernah dipanggil Tok Guru

Khabarnya cerita mengenai hal ini sudah sampai kepada pengetahuan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat? Beliau telah pun dipanggil dan telah membuat pengakuan kepada Tok Guru untuk membayar balik wang berkenaan. Orang yang boleh dirujuk ataupun dijadikan perawi untuk mengetahui hal Zulkefli ini ialah Ustaz Rahimi salah seorang pegawai khas Husam di Kubang Kerian dan juga sdr Khir Zuhri bekas pegawai Akademi.

Saya memesan demikian bukan bermakna saya tidak percaya kepada Zulkefli melainkan mengharap beliau akan bersungguh menjaga projek berkenaan. Beliau tidak akan mudah untuk membuat onar ataupun mengambil kesempatan untuk dirinya menerusi projek tersebut. Dan paling penting dan dibimbangi jangan kelak bosnya (Husam bin Musa) akan terpalit dengan ‘tahi kambing’ dan dosa kering gara-gara projek berkenaan.

Selain itu saya juga memesan dan memberi ingatan, saya akan menulis dan melaporkan sesuatu yang baik dan buruk mengenainya. Selaku penulis saya tidak akan munafik kepada diri sendiri dan akan mendedahkan sesuatu yang tidak baik ataupun yang baik, tanpa mengira siapa pelakunya. Saya diajar agar tidak berkompromi dengan kejelekan dan kemungkaran.

Masih saya ingat antara lain kata saya, “Saya akan menulis tentang projek ini baik ianya elok ataupun tidak. Kalau projek ini berjaya, saya akan tulis dan mengupas mengenai kejayaanya, dan kalau projek ini gagal saya juga akan tulis dan mengupas mengenai kegagalannya. Jadi buatlah dengan baik dan biarlah ia berjaya dan elakkan tinta merah saya mengalir daripada mencoret ini semua!”

Hari ini semua yang dibimbangkan itu sudah berlaku. Sesuatu yang amat pahit untuk dilihat terpaksa juga ditelan. Projek (Jihad Ternak) yang dibimbangi akan menghadapi masalah itu kini sudah berada di ambang kehancuran. Bila-bila masa ianya akan hancur dan lebur. Angin dan taufan perbalahan dan sengketa mengenainya kini sedang marak dan membesar.

Projek kambing Jamnapari itu akan bertukar menjadi projek kambing hitam. Segala prasarana di Rong Chenak itu akan menjadi tempat hantu tidak lama lagi. Menara tangki air canggih berharga RM32,000 itu akan menjadi tugu Jihad Ternak di tanah Jabatan Hawan itu. Tidak mustahil ini akan berlaku sekiranya kemelut yang berlaku sekarang gagal diatasi dengan baik dan dengan semangat bermesyuawarah.

Janji dan sumpah

Apa yang berlaku di Rong Chenak dan mengenai projek berkenaan kini sudah lengkap semuanya untuk menepati apa yang dibimbangi itu. Semua kejadian-kejadian terarah kepada kemusanahah itu sudah berhimpun. Jadi apa yang saya lakukan kini tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah janji dan sumpah saya sebagai seorang penulis.

Seperti mana diriwayatkan dalam siri terdahulu berbagai masalah telah berhimpun dalam Jihad Ternak. Apa yang berlaku bukan saja setakat Pengerusi Akademi, Zulkefli Yaacob kena tendang, tetapi tiga das tembakan juga sudah meletup di Rong Chenak. Rong Chenak sudah bergema dengan bunyi tembakan, bukan saja tembakan senapang untuk menghalau anjing liar tapi tembakan berbau jenayah.

Kejadian tembak menembak ini bukan lagi perkara kecil. Ada orang menganggap ia remeh dan tidak percaya dengan kejadian itu kerana kononnya Zulkefli tidak memiliki pistol. Hari ini pistol Zulkefeli sudah dirampas dan berada di Balai Polis Pasir Mas. Orang yang cuba menjadi dewa cuba membela Zulkefli sekali lagi mempamirkan sikap munafiknya dan cuba melindungi 'penjenayah projek' di dalam koceknya.

Selepas kejadian itu keadaan Jihad Ternak jadi macam di Pakistan atau Palestin. Ladang itu menjadi perebutan antara orang (jaga) Mohd Amin dengan (jaga) Akademi. Kedua pihak dikatakan menggunakan khidmat gengstar dan orang 'gedebe'. Kedua pihak nak tunjuk ‘hanalan’ dan saling provok antara satu sama lain.

Dari laporan diterima suatu masa ladang itu kononnya sudah dirampas oleh Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia, dan dalam masa lain ia dirampas pula oleh orang Mohd Amin. Satu surat perintah mengatakan ladang itu milik Akademi dipamerkan di pintu pagar ladang berkenaan.

Perkara ini sungguh pelik dan ajaib macam mana ladang yang dikongsi bersama tetapi tidak dapat dirintah secara bersama. Report mereport kepada polis juga turut berlaku. Kedua pihak hingga kini tidak mahu mengalah. Dan khabar paling buruk pula perbalahan itu dikatakan akan dibawa ke mahkamah tidak lama lagi. Pihak Mohd Amin dikatakan telah memfailkan writ saman dan injuksi bagi menghalang mana-mana menguasai ladang berkenaan.

Sekiranya mahkamah diminta menyelesaikan perkara ini keadaan tentulah menjadi lebih rumit lagi. Proses undang-undang melibatkan banyak perkara dan menyebabkan perkara yang disimpan di bawah karpet juga akan terbongkar! Mungkin ia juga sedikit sebanyak akan membabitkan Kerajaan Negeri. Keadaan ini tidak dapat dielakan, sedikit sebanyak ia akan terheret. Husam awal-awal lagi dikatakan telah meminta pihak tertentu agar jangan mengaitkan kes Jihad Ternak itu dengan Kerajaan. Mengapa?

Mengapa kejadian buruk dan memilukan ini berlaku? Ia sungguh menyedihkan. Niat yang baik sudah bertukar menjadi buruk kerana nafsu manusia dan sikap enggan berunding dan kerana cuba diselesaikan secara tindakan politik. Seharusnya perkara ini diselesai dengan baik demi kepentingan bersama dengan penuh ketulusan dan keterbukaan.

Menjadi benteng

Saya menyimpulkan apa yang berlaku dan menimpa Jihad Ternak ini ialah disebabkan sikap pencetusa idea projek itu yang tidak bertanggungjaswab dan bersikap lempar batu sembunyi tangan. Ia kebetulan pula dijalankan oleh orang harapannya yang mempunyai watak yang sangat buruk dan jelek di kacamata orang-orang partinya sendiri. Dalam hal ini Husam berselindung di sebalik sifat dan sikap Zulkefli untuk menghalalkan kegagalan projek Jihad Ternak.

Apakah Husam sengaja memilih Zulkefli untuk dijadikan perisai kepadanya sekiranya projek itu gagal kelak ia akan diletakkan atas belakang Zulkefli.? Zulkefli adalah watak 'cina buta' dalam dalam hal ini. Kemungkinan ini ada kerana Husam dilihat begitu liat untuk memecat atau bertindak ke atas Zulkefli. Semacam ada duri yang tersangkut di punggungnya untuk bertindak ke atas Zulkefli.

Timbul juga persoalan dan pertanyaan mengapa Husam sukar untuk bertindak ke atas Zulkefli Yaacob? Apakah kerana Zulkefli adalah sepupu kepada dua tuan punya Akademi itu, iaitu Shukeri Abdul Rahman dan Latif Abdul Rahman, maka dia malu alah. Atau memang ada kes lain?

Ataupun ketiga sepupu ini sudah bersekongkol untuk mengena dan memerangkap Husam? Jangan pelik ini semua! Manusia kalau tidak nampak duit tidak mengapa, tetapi kalau sudah berbau wangi duit ia akan kelabu mata dan sanggup lakukan apa saja. Kawan baik akan jadi lawan, dan lawan pula akan jadi kawan baik!

Lebih rosak lagi kalau manusia merasakan dia hebat bila mempunyai kuasa dan wang berkembung di dalam poket. Seluruh daratan di dunia akan dilupakan dan curam-curam atau lembah yang diharungi selama ini juga akan dialpakan begitu saja. Itulah manusia!

Segala doa dan zikir selepas sembahyang juga akan turut sama terhapus dan tersirna. Begitulah tinggi dan agungnya kuasa Tuhan dan kuasa-kuasa eksekutif lain yang diperolehi menerusi politik seperti meluluskan projek, memberi sokongan permohonan balak dan sebagainya.

Ada cerita terlepas di Rong Chenak Zulkefli dikatakan pernah terlepas cakap kepada seseorang. Katanya, Husam tidak akan berani memecatnya atau bertindak ke atasnya kerana dia telah memegang 'batu' Husam. Apa benda batu itu? Apakah Zulkefli dan dua sepupunya itu mengetahui rahsia Husam maka rahsia itu dijadi sebagai cagaran! (IsnyaAllah dikisah mengenai pegang telor ini akan diceritakan dalam siri atau catatan lain).

Ada logiknya juga kalau Zulkefli dan dua sepupunya itu menggunakan taktik itu. Kalau tidak masakan Husam menjadi begitu serbasalah untuk bertindak dan rela berhadapan dengan risiko gara-gara kerana itu. Nampaknya permainan politik ini sudah terbalik. Kalau ini semua benar, niat Husam hendak gunakan Zulkefli dan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia untuk kepentingan politiknya, kini ia sudah terbalik kod, Akademi itu kini sudang menunggangnya pula. Sama-sama lihat nanti antara Husam dan Jamnapari siapa yang lebih hebat! [wangsa melawati, kl]


Wednesday, July 11, 2007

Sayang Kelantanku...

Jihad Ternak Jadi Jihad Benak

Siri 4

Hancur Diserbabkan Tidak Sama Niat dan Tujuan

"Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. - As Syura, 38.

SEJAK awal lagi saya sudah melihat projek pemeliharaan dan pembiakan kambing Jamnapari (Jihad Ternak) diadakan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa perancangan yang lengkap dan ideal. Ekoran terdengar desas desus bahawa pilihan raya kemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat, Husam mahukan projek itu dilaksanakan segera. Beliau mahu jadikan projek itu sebagai modal kempen pilihan raya.

Hasrat dan keinginan Husam ini tidak dapat difahami oleh Mohd Amin yang berfikir secara business mainded. Mohd Amin mahu projek berkenaan berkembang maju dan meletakkan Kelantan sebagai pusat pemeliharaan dan penternakan kambing yang terkenal. Beliau akan menggunakan kepakarannya di dalam bidang itu bagi membantu Kerajaan Kelantan.

Sebagai ahli perniagaan Mohd Amin berfikir secara panjang dan mengira keuntungan demi keuntungan di samping ia boleh membantu masyarakat luar bandar dan mereka yang kurang berkemampuan di Kelantan. Projek berkenaan yang dilaksanakan secara programme buy back (beli kembali) itu dapat membantu meringan beban rakyat miskin.

Tak payah jaja

Menerusi program ini mana-mana anak kambing yang lahir akan dibeli semula oleh Jihad Ternak. Dalam hal ini Jihad Ternak akan bertindak menjadi pembekal dan secara tidak langsung program ini membantu perserta menjual balik dan mendapat hasil daripada kambing berkenaan. Para peserta juga tidak akan bersusah payah untuk menjaja bagi menjual anak-anak kambing mereka.

Tetapi rancangan itu berjalan sekerat jalan saja. Niat dan cita-cita Mohd Amin itu (yang dirancang pada awalnya) berubah dan bertukar arah kerana pihak Akademi atau Husam lebih melihat ianya sebagai projek politik semata-mata. Husam sendiri pernah menyebut secara tidak langsung, projek itu kalau berjaya 40 peratus pun sudah dikira berjaya. Kerana berpegang kepada kata-kata Husam itu saya terus menjadi was-was mengenai kejayaan dan usia projek berkenaan. Saya bimbang Mohd Amin akan tertipu dalam hal ini dan projek berkenaan akan menjadi gajah putih!

Tawar dan hambar

Menyedari ini saya memberi tahu Mohd Amin agar berhati-hati dan tidak begitu excited sangat dalam membekalkan kambing atau keinginan untuk melihat projek itu berjaya. Satu masa saya sudah meminta beliau memperlahakan pembelian (stop) kambing memandangkan minat orang di Kelantan sudah tawar dan hambar.

Namun peringatan itu tidak diharaukan dan projek itu diteruskan juga. Mohd Amin terus membeli kambing di Indonesia dan membawa pulang ke Malaysia. Alasan Mohd Amin projek itu berpotensi besar untuk membangun Kelantan dan mencapai hasrat yang dimimpikan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Kambing. Beliau sendiri begitu sayang kepada projek berkenaan.

Saya sendiri tidak ada apa-apa kepentingan dalam projek ini! Tugas saya hanya selaku orang tengah yang disebut Husam sebagai consultan saja, sewaktu makan di gerai kambing Abang Nor Kampung Paloh, Wakaf Baru. Jadi bagi saya kalau projek itu tidak untung atau menghadapi masalah saya tidak mengalami apa-apa kerugian. Mohd Amin dan pihak Akademilah yang akan menanggung risikonya kelak sementara kesan buruknya kepada Kerajaan Kelantan. Namun jauh di sudut hati saya mahu melihat projek berkenaan sukses kerana ia memberi markah tinggi kepada Kerajaan Kelantan.

Setelah menyedari perjalanan projek itu tidak selancar air mengalir dari parit bersih menyebabkan saya tidak menghiraukannya. Saya tidak begitu mengambil berat dan bercakap hanya apabila ada orang memperkatakannya saja. Misalnya apabila ditanya oleh Mohd Amin baru saya masuk campur.

Apabila Mohd Amin ada menyuarakan masalah kelambatan bayaran kerana itu menyebabkan beliau terbantut untuk membeli kambing baru saya peduli. Atas dasar kenal Husam dan Husam pula mentor kepada projek itu maka saya meminta Husam agar menyelesaikan masalah itu secara baik. Tidak silap lebih dua kali saya menyampaikan perkara itu secara penuh diplomasi kepada Husam.

Kali pertama semasa menghantarnya ke LCCT, (AirAsia) kedua dalam perjalanan pulang dari Temerloh dan Mentakab selepas menghadiri mesyuarat agung Pas kedua kawasan itu dan ketiga ketika makan di restoran Jepun di hotel Panpacific, Kuala Lumpur.

Tidak dilayan

Sayang jasa baik saya ini tidak dilayan sama sekali. Bayaran tetap juga tidak dibuat kepada Mohd Amin. Berbagai alasan yang digunakan. Satu masa pihak Akademi, (Zulkefli Yaacob) mengatakan chek akan dibuat minggu hadapan. Namun itu semua hanya janji kosong sahaja. Walahal pihak Husam dan Akademi sudah minta agar Mohd Amin mengurangkan harganya sehingga RM100 ribu.

Kali terakhir penyelesaian dicari ialah sebelum Muktamar Agung Pas awal Jun lalu. Saya telah membawa Mohd Amin dan rakan kongsinya Fauzi ke pejabat Husam di SUK untuk bertemu dan berbincang dengannya. Malangnya Husam waktu itu sedang mesyuarat menyebabkan tidak sempat melayani Mohd Amin yang kebetulan pulang harus segera ke airport.

Fauzi sempat berjumpa dengan Husam dan berbincang. Husam membuat arahan lisan agar menemui Zulekfli kononnya bagi menyelesaikan perkara itu. Malang sekali lagi apabila Fauzi menemui Zulkefli, Zulkefli memberi berbagai alasan lain pula, bayaran tetap ditangguhkan.

Sebenarnya saya sudah membaca apakah natijah dan maksud yang berlaku itu. Tujuannya tidak mahu membayar hutang halal berkenaan. Dalam hal ini bagi Husam beliau sudah tidak berminat untuk menyambungkan projek itu dengan Mohd Amin lagi. Kerana beliau tahu kalau ia diteruskan ia akan membebankan Kerajaan Negeri, sedangkan tujuannya sudah tercapai.

Jadi untuk menyelesaikannya beliau mengambil jalan tidak popular dan memberi kesan hitam kepadanya iaitu berdolak dalih, enggan berunding serta mengambil sikap seolah-olah lepas tangan. Husam bertindak bijak di dalam hal ini dengan menjadikan Zulkefli sebagai Jamnapari tunggangannya!

Kenapa berbohong

Apa yang mengilankan Mohd Amin dan saya juga ialah kenapa berbohong dalam soal ini. Kenapa berdolak dalih. Sikap inilah dikesalkan kerana kesemua mereka yang terlibat dengan projek berkenaan bergama Islam dan hafal mengenai sifat-sifat dan tahu tanda-tanda orang munafik. Kepada Husam saya sungguh tidak sangka seorang yang amat berpegang kepada prinsip Keadilan Islam, tetapi sanggup bersikap begitu!

Sebagai seorang ahli kitab Husam tahu akan prinsip Keadilan di dalam Islam. Keadilan Islam tidak boleh dipolitikkan. Matlamat menghalalkan cara tidak berlaku di dalam Islam. Halal tetap halal, haram tetap haram dan ianya tidak boleh dihalal dan diharamkan atas tujuan dan alasan apa sekali pun.

Kesimpulannya daripada apa yang berlaku itu dapat saya simpulkan bahawa, masalah itu sengaja ditimbulkan. Bukan soal mahal atau murah. Sebagai perniagaan yang mempunyai surat perjanjian tidak timbul soal Mohd Amin hendak menipu Akademi Pembangunan Keluaraga Bahagia dan sebaliknya. Kalau keduanya telus dan adil boleh dirujukkan kepada deraf perjanjian itu dengan semangat muhibah sebagai saudara sesama Islam.

Atau mereka boleh berunding walaupun beberapa kali. Islam sangat menggalakan perundingan atau bermesyuawarah. Dan apa lagi Pas sebagai parti Islam sangat menggalakkan apa juga masalah diputuskan secara bermesyuarawah dan bukan secara politik. [the mall 7:55]