Friday, July 19, 2024

Penggantungan Wan Fayshal pengajaran terbaik buat ahli parlimen

ULAS PARLIMEN

Wan Ahmad Fayshal antara MP muda
masa depan.
SIDANG parlimen ke 15 mesyuarat ke dua, minggu kedua yang berakhir semalam (18/7/24) merekodkan bagaimana ahli parlimen Machang (Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal) digantung dari menghadiri sidang parlimen selama enam bulan bermula semalam. 

Hukuman itu juga terpakai terhadapnya sebagai sebarang ahli jawatankuasa parlimen. Fayshal juga mencatat rekod sebagai ahli parlimen penggal ke 15 pertama digantung selama enam bulan.

Fayshal digantung setelah pengundian secara belah bahagi terhadap usul untuk menggantungnya dijalankan; dengan 110 menyokong, hanya 63 menentang manakala tiga berkecuali. 

Friday, July 12, 2024

Siapa yang dangkal siapa yang songsang?

ULASAN LEWAT

Tan Sri Johari Abdul
SPEAKER Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mula merasi realiti cabaran sebagai seorang pengadilan perlawan dua pasukan yang sama hebat dan sama "jahat", apabila beliau dibelasah teruk oleh pembangkang ekoran keputusannya mengekalkan kerusi enam orang ahli parlimen Bersatu yang cuba disingkirkan oleh parti itu. 

Ahli parlimen Bersatu berang dan naik angin lantas cuba mengosongkan kerusi enam ahli parlimennya kerana bertindak menyokong perdana menteri. 

Johari dibelasah, diperendah sampai ada mengatakan beliau tidak sepatutnya berada di tempatnya (spekaer) kerana keputusan itu tidak sejiwa dengan kehendak pembangkang (Bersatu) yang mahu menggugurkan enam orang ahli parlimen itu. Pembangkang menuduh spekaer sebagai tidak adil gara-gara tidak sedia mengikut nafsunya.

Pembangkang berharap sangat keputusan memihak kepadanya, dengan cara itu Bersatu dapat mengajar (menghukum) keenam orang ahli parlimen itu.

Kerusi-kerusi yang dituntut kosong ialah, Bukit Gantang (Syed Abu Hussein), Labuan (Dr Suhaili Abdul Rahman), Jeli (Zahari Kechik), Gua Musang (Mohd Azizi Abu Naim), Kuala Kangsar (Iskandar Dzukranin) dan Tanjung Karang (ZulkafperiHanapi).

Pada 9 Julai menerusi sepucuk surat Johari ditujukan kepada Ronald Kiandee (Tuaran) yang mewakili Bersatu memberi tahu pihak bahawa kedudukan mereka tidak menjadi kosong.

Timbulkan kemarahan.

Enam MP yang selamat.
Keputusan itu benar-benar menimbulkan kemarahan pihak pembangkang. Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin berang dengan keputusan itu sampai mengatakan Johari tidak sepatutnya berada di kerusi Speaker. Untuk menjustifikasi kemahuannya, beliau mengungkit balik apa yang pernah yang disuarakan Johari semasa jadi ahli parlimen Sungai Petani, bahawa perbuatan melompat parti menjahanamkan negara. 

Konotasi boleh difahami dengan keputusan dibuat Johari itu, bahawa speaker juga adalah elemen yang menjahamkan negara. Selepas menghina dan mempersenda Speaker, ahli pembangkang bertindak keluar dewan. Hujahan dan bangkangan mereka tidak langsung mengoncang dan mengugatkan keputusan Sepekar, Johari mengekalkan apa yang diputus itu.

Memang semasa Johari mengulas kejadian langkah Sheraton menyebabkan tumbangkan kerajaan PH, beliau menyifatkan perbuatan iu sebagai mengkhiant negara. Mengapa tidak, gara-gara 20 ahli parlimen PKR diketuai Azmin Ali meninggalkan parti untuk bersama Mahiadddin kerajaan PH tumbang diganti dengan kerajaan Perikatan Nasionl ikuti disertai Pas dan Umno. Pengkhianat kubra itu juga membolehkan ahli parlimen Pagoh menjadi PM selama 17 bulan. 

Selain Hamzah, wakil Kota Bharu (Takiyuddin Hassan) dan Puterajaya (Radzi Jidin) juga menjerit bagaikan kera di "selongen", berang dengan tindakan Johari. Takiyuddin Hassan cuba memerangkap Johari sekaligus memberi dorongan kepada ahli parlimen lain menyertai mereka, dengan bertanya "apakah keputusan dibuat itu sebagai duluan untuk digunakan pada masa akan datang?" Maksud tersirat Takyuddin memberi signal ahli parlimen lain boleh bertindak keluar parti untuk bentuk kerajaan baru tanpa rasa gerun dengan tindakan terlucut kerusi.

Disini sekali lagi terserlah nafsu serakah dan dendam kesumat Takiyuddin menggalak untuk mengulang perngkhianatan sebelum ini berlaku sekali lagi. 

Manakala Mahiddin Yassin ketika mengadakan sidang akhbar, menyifatkan, keputusan Johari itu dangkal dan songsang bertentangan dengan perlembagaan. Kerana itu pihaknya akan menyediakan pakar undang-undang untuk melawan keputusan itu. Beliau berhujah Spekaer tidak berhak untuk mentafsir perlembagaan sebaliknya mahkamah lebih berhak. 

Sidang akhbar Bersatu yang tidak membawa
apa-apa maknda.
Hujah Mahiddin lagi, Perkara 49A(1)(a)(ii) (Pindaan) menyebut dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan
Rakyat itu hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik, dimana beliau ingin mengaitkan keenam orang itu terlucut sebagai wakil rakyat kerana mereka sudah dipecat. Apa diharap keenam mereka itu akan terpakai dengan Perkara 49A itu. 

Persoalan yang boleh diragui dan dipertikaikan, pemecatan mereka itu dibuat setelah parti itu menggubal undang-undang untuk memecat mereka selepas mereka telah menyatakan sokongan kepada perdana menteri. Ertinya Bersatu menyediakan sarang setelah burung terlepas. Atau mengaku si burung miliknya selepas ia terbang bebas.  

Bukan itu sahaja, kepelikan dan apa boleh dipersoalkan, mereka tidak pernah bertindak meninggalkan parti pada bila-bila masa pun, jadi macam mana mereka boleh dikenakan tindakan dipecat. Lagipun penggubalan peraturan Bersatu itu pula dibuat setelah mereka sudah pun dipilih rakyat ke parlimen. Perkara inilah yang dibahaskan dan menjadi pro kontra tindakan berkenaan.

Jadi kebiasaan.

Sudah menjadi kebiasaan orang politik waima kerajaan atau pembangkang tidak akan selari dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain sepanjang masa. Mereka seperti rel keretapi yang selari tidak akan bertemu diantara satu sama lain kandatipun sampai ke hujung. Masing-masing ada agenda dan terus mencipta persepsi tersendiri untuk kepentingan jangka pendek dan jangka panjang. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. 

Umum mengetahui bahawa tindakan enam orang ahli parlimen itu dibuat demi rakyat apabila mereka dinafikan peruntukan oleh kerajaan kerana berada di sebelah pembangkang. Kerana mereka berjuang untuk rakyat, mereka peru melalakukan apa sahaja termasuk ditentang oleh partinya. 

Cara mereka berenam itu mereka mendahului rakyat daripada segala-galanya. Inilah kebaikan dan ketawadukan mereka. Apa yang penting mereka dapat gunakan kedudukan mereka untuk bantu rakyat, kuasa undi diberikan rakyat harus dibalas sebaik-baiknya. 

Mungkin mereka berfikir, hanya segelintir sahaja pengundi tidak senang dengan tindakan mereka, tetapi sebahagian besar akan menyanjungi mereka kerana meletakkan keutamaan rakyat dari diri sendiri. Sebelum buat keputusan sudah pasti mereka mengambil kira pandangan pengundi mereka. 

Namun keputusan mereka itu tidak disenangi oleh parti yang mahu mereka digugurkan. Itu hal lain. Parti pula bertindak berdasarkan Perkara 49(a) akta anti lompat (pidaan). Akta ini diwujudkan pada tahun 2022 ekoran berlakunya Sheraton move. Semua ahli parlimen bersetuju dengan pindaan dan akta berkenaan untuk melihat tidak akan berlaku lagi peristiwa lompat parti seperti di Sheraton itu.

Semua sama.

Memang ahli politik dari semua parti sepakat dengan akta berkenaan dan menganggap melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan sebagai perbuatan terkutuk. Pada dasarnya begitu, tetapi dalam menerima dan melaksanaan akta berkenaaan ia tidak semudah persepkatan itu kerana undang-undang adalah sesuatu yang kompleks dan bersifat subjekif yang boleh ditafsrikan mengikut akal (pengetahuan) masing-masing apa berlaku sebelumnya. Pentafsiran itu tidak dapat tidak akan ada merit.

Suatu hal yang wajar diketahui, enam orang itu dikenakan hukuman mengikut perlembagaan parti sebelum parti mengadakan peraturan. Bersatu tergesa-gedsa membuat pindaan perlembagaan untuk bertindak ke atas mereka. Setelah mendapat kelulusan ROS, parti terus megambil tindakan setelah diberikan beberapa peringatan tetapi tidak diendahkan.

Namun mereka enggan dan tetap dengan pendirian mereka. Justeru parti tidak ada pilihan lain, memestikan mereka akan terhukum dibawah Perkara 49(a) yang menyebabkan kerusi mereka menjadi kosong. Songsang dan tidak berpandangan jauh Bersatu di sini menggubal undang-undang selepas berlaku peralihan sokongan. 

Namun harapan itu tidak menjadi. Perancangan Bersatu tidak mencapai, ketatapan dipihak lain. Speaker Johari Abdul menggunakan kedudukannya (prerogetif) sebagai Sepeaker mengumukan ia tidak menjadi kosong. Keputusan itu benar-benar membengang pembangkang. Keputusan dibuat Johari itu tentulah mengambil kira spirit dan roh perlembagaan bukannya dangkal atau songsang. 

Begitu pun dalam melihat dan meneliti apa yang berlaku ini, kita tidak boleh percaya dan bersetuju seratus peratus baik kepada Spekar atau pun Bersatu, sebab mereka ada kepentingan masing-masing. Johari sebagai speaker tentu ada merit kepada kerajaan sebab beliau dilantik oleh kerajaan dan pernah jadi wakil rakyat PKR. Begitu juga kepada Bersatu, mereka mahu kepuasan hati mereka kerana bengang dengan tindakan enam ahli patrlimen itu tanpa melihat kepada rasionaliti.

Disini, perlu ada pihak ketiga memberi pencerahan berhubung apa yang berlaku dan riuh randah itu. Pihak ketiga biarlah bebas dari cenderung kepada man-mana parti atau kerajaan. Hanya daipada penjelasan, pendapat atau pemerhatian pihak kiga sahaja dapat menuntas perkara ini. 

Mereka mestilah yang arif atau pakar dalam undang-undang dan perlembagaan, tiada berkepentingan diri sendiri.

Semalam pengamal undang-undang terkenal  Mohamed Haniff Khatri Abdula telah membuat sedikit penjelasan berhubung polemik dan keributan menerusi siaran langsungnya. Saya mengikuti penuh minat. Haniff bercakap benar-bnar secara profesional tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Sikapnya yang berani, tegas dan jujur dengan iktisadnya itu menjadikan kita boleh percaya. Setakat ini pandangan Haniff boleh mewakili kedua pihak.

Haniff diketahui individu yang rapat dengan Dr. Mahathir dan juga Bersatu. Tetapi dalam hubungan isu beliau bersikap benar-benar adil dan professional. 

Beliau memberi huraian dan tafsiran panjang lebar terhadap apa yang berlaku dengan membentangkan kronologi awal semasa akta anti lompat itu hendak digubal. Menurutnya, awal-awal lagi akta itu sudah diragui akan keberkesanannya. Bahkan pada suatu masa beliau cadangkan agar rang RUU (Pindaan bagi mewujudkan Perkara 49(A) itu ditarik balik kerana ia tidak akan mencapai maksud. Baginya penggubalan akta itu bukan memenuhi inspirasi rakyat tetapi lebih kepada kepentingan politik.

Beliau pernah mengatakan pindaan itu menyebabkan ahli parlimen jadi boneka kepada parti kerana tidak boleh menyatakan pendirian. Sebab itu katanya akta berkenaan tidak selari dengan hak bersuara (kebebasan) yang diberikan oleh Perlembagaan. 

Lantaran melihat kelemahan itu, menurutnya para pengamal undang undang diluar sudah pun menasihat tetapi tidak dipedulikan. Akta itu katanya digubal atau dibentuk oleh 222 ahli parlimen yang tidak tahu atau masak mengenai undang-undang dan implikasi dengan perlembagaan.

Justeru katanya apabila undang-undang itu pertama kali hendak digunak pakai dan ia bermasalah ia menepati jangkaan awalnya. Dalam konteks ini, mereka (ahli parlimen) mengguna pakai akta berkenaan dan tidak memenuhi aspirasi mereka perlulah menyalahkan diri mereka sendiri. "Padan muka," kata Haniff. Sila kencing dalam tempung tengok muka sendiri kata saya. 

Secara peribadi dari sudut perlembagaan, menurutnya tindakan Johari Abdul mengumumkan tiada kekosongan untuk kerusi enam berkenaan adalah betul. Haniff bersetuju dengan tindakan Johari. Beliau berpandangan kerana akta anti lompat itu longgar atau tidak bergerak selari dengan Perlembnagaan. Ini berlaku kerana semasa digubal oleh 222 ahli parlimen tidak memahami konsep dan prinsip undang-undang.

Beliau pernah beri cadangan semasa untuk menggubal undang-undang berkenaan perlu melantik sebuah Jawatankuaa Khas terdiri daripada Peguam Negara dan mereka yang pakar bagi mengelak apa yang berlaku sekarang ini tidak terjadi, tetapi tidak dihiraukan.

Kesimpulannya apa yang dialami oleh Bersatu itu kerana kedegilan mereka sendiri yang bertindak menyediakan payung selepas hujan atau pun tidak memasang kelambu sesudah waktu malam tiba setelah nyamuk berkeliaran. Yang dangkal, songsang disini bukan Johari Abdul tetapi Mahiaddin dan kuncu-kuncunya. [wm.kl.12:28 pm 1`2/07/2024] 

Sunday, July 7, 2024

Kegagalan yang bukan untuk ditangisi

ULAS PIRAKE SG BAKAP 

PIRAKE (pilihan raya kecil) Sungai Bakap sudah pun berakhir dan keputusan telah pun diketahui.
Segalanya muktamad sekiranya tiada sebarang petisyen oleh pihak yang kalah, maka kekal abadilah keputusan itu.

Hakikat yang kena diterima, ialah PH gagal untuk merampas kerusi Dun 20 Sungai Bakap yang dimenangi PN (Pas) pada pilihan raya lalu. Kegagalan PH kali ini dengan kehilangan peratus undi diperolehi pada pilihan raya lalu dan pertambahan majoriti dipihak PN. Calon PH Dr Joohari dapat 10,222 manakala Abidin dapat 14,489. Majoriti bertambah lebih sekali ganda sebanyak 4,269 berbanding 1,400 lebih sebelum ini. 

Tuesday, July 2, 2024

Spirit Muharram untuk damaikan negara

 RENCANA 

Hadi - Anwar semoga ada bisikan 
malaikat di antaranya.
TUJUH hari lagi kaum Muslim akan menyambut ketibaan 1 Muharram, yang mengangkat kita ke satu lagi digit tahun baru 1446 Hijri. Sempena melangkah masuk ke orbit ini diharap ia memberi sesuatu yang signifikan kepada umat Islam amnya dan bangsa Melayu khasnya. Muharram ini didatang khusus dengan segala macam fadhilat dan keberokatannya untuk kita hayati dan pelajari. Banyak peristiwa yang berlaku disepanjang bulan ini. 

Misalnya 10 Muharram disunatkan berpuasa dan perbanyakkan amal ibadat. Semua suruhan itu membawa maksud dan tujuan tersendiri, antaranya sebagai mengenang, mengimbau, menghayati segala peristiwa yang berlaku di sepanjang bulan ini. Bulan Muharram dimengertikan bulan larangan berperang lantas ia lantaran itu ia dianggap bulan suci dan mulia.


Itulah erti dan rahsia disebalik galakan amalan ibadat dan ahlan wasalan ke atas bulan ini, bagi dijadikan pengajaran untuk hidup.

Dalam masyarakat kita menjadi tradisi menyambutnya dengan penuh meriah. Dianjurkan berpuasa sunat, dihari-hari tertentu dibulan ini dan dimeriahkan dengan kenduri kendara selalunya penyediaan bubur asyura. Ia dipercayai kerana mengambil sempena peristiwa Asyura yang menjadi ritual setengah aliran mazahab.

Ramai-ramai masyarakat membuat bubur asyura dengan pelbagai resipi yang sedap- dan enak. Dan sekiranya sesuatu keluarga itu banyak menyediakan asyura ia dianggap lebih hebat.

Dari segi sejarah sambutan asyura ini dibuat pada hari kematian/pembunuhan cucunda Rasulullah, Hussein Ali dalam peristiwa Karbala, ia dikaitkan dengan amalan faham Syiah?

Apakah sambutan itu semua memberi makna dan erti kepada kita? Apakah itu tujuan dan rahsia "sengoti" di sebalik suruhan beramal pada tarikh itu? Tidak. Soal makan minum, perarakan, ritual dan sebagainya bukan persoalan atau pun faktor akan membawa kita ke sisi Allah. Makan itu hanya suatu kebutuhan hidup sahaja untuk mencapai makna lebih bererti dari itu. Yang mustahak iman dan bertakwa.

Justeru apakah yang penting, boleh kita ambil sebagai iktibar di sebalik sejarah dan peristiwa yang berlaku di sepanjang bulan Muharram nanti. Apakah spirit atau roh Muharram yang boleh kita resapkan ke dalam jiwa kita. Sebenarnya menghayati spirit itu lebih penting.

Beberapa peristiwa “muktabar” yang senantiasa "dicerita-barikan" berlaku pada bulan ini, kebanyakan yang menimpa ke atas para Nabi atau ada sangkut paut dengan para Nabi. Selainan itu kisah penurun kitab Taurat dan sebagainya.

Peristiwa dan kisah-kisah itu ada disebut dalam al Quran dan diriwayatkan dalam kitab, sering dibaca sempena majlis sambutan Muharram. Dalam berbagai kejadian dengan berbagai versi, tafsir dan sambutan itu, di sini saya hanya ingin menyebut dua peristiwa sahaja untuk dikenang dan dihayati pengajaran daripadanya bagi direnung di sini.

Dua peristiwa.


Pertama, pada bulan ini terciptanya manusia pertama Adam a.s. dan kita semua. Kalau kita ingin menyambut hari jadi kejadian kita, carilah tarikh-tarikh dari 1 hingga 30 Muharram, sebab kita dijadikan pada bulan ini. Tidak disebut secara spesifik mengenai hari, masa dan juga tarikh.

Kedua, pada bulan ini Allah menzahirkan sifat Mahapengasih dan Mahapenyayang-Nya dengan memberi keampunan atas kesilapan Adam a.s. yang memakan buah larangan (kuldi) sampai dinyah dari syurga. Namun atas Maha pengampunan dan Maha pengasihnya, Allah memaafkan Adam atas kesilapannya itu.

Kisah dilakukan Adam itu memberi iktibar kepada kita, betapa perbuatan dan kesilapan Adam itu sangat besar sehingga dibuang dari syurga. Kita tahu syurga adalah destinasi semua orang kerana disitulah kebahagian, kepuasan dan segala macam kehendak manusia disediakan dan dipenuhi.

Apabila Adam dengan satu kesilapan dihalau dari syurga, menunjukkan akan “ketebolahan” (lalai dan kufur) manusia, namun ia dimaafkan, menggambarkan akan Mahakasihnya dan Mahaampunnya Tuhan. Apa yang boleh difahami disini setiap kesalahan manusia itu akan dimaafi Allah. Jadi kalau Allah boleh memaafkan hambaNya kenapa tidak kita, siapalah sangat kita ini.


Dan perbuatan itu sangat besar sehinggakan dia dibuang. Sementara pemaafan itu hendaklah diambil pengajaran bahawa kita senantiasa dalam kesilapan dan kita juga dalam keampunan. Ertinya kesilapan itu bukan pengakhiran dalam kehidupan dan suatu permulaan yang lebih bermakna dan bererti lagi. Manakala kesalahan dan dosa orang lain menjadi kewajiban untuk kita memaafkan.


Itu yang perlu kita hayati.

Peristiwa atau kisah kedua yang dinukil berlaku pada bulan ini juga, penghijrahan Nabi Muhammad S.a.w. daripada Makkah ke Madinah. Tujuannya ialah mencari penghidupan baru setelah di Makkah tidak menjamin kebahagiaan, setelah dakwahnya ditolak oleh kaum di situ. Walaupun Makkah adalah bumi kelahiran dan tempat jatuh tembunannya, namun Nabi Muhammad sanggup dan rela berhijrah. Sepanjang penghijrahan itu tidak dapat dibayangkan betapa seksa dan sangsaranya beliau dan rombongan namun digagahi juga.

Semangat yang tertanam dalam dirinya sungguh besar dan hebat. Penghijrahan itu juga kita tidak dirigitkan untuk tinggal disuatu tempat. Dan roh hijrah itu juga perlu kita hayati.

Dari sisi lain penghijrahan itu bagi membina negara baru serta memperluaskan jajahan taklukan. Bermula di Madinah itulah Nabi membina dan membentuk kerajaan Madani yang kemudian diperluaskan ke serta dunia.

Dituntut cari kebahagiaan.

Peristiwa hijrah itu memberi pengertian, kita dituntut mencari kebahagiaan dalam penghidupan lebih terjamin dan harmoni. Tidak boleh statik dan bertahan disatu-satu tempat betapa pun kita mencintainya. Iktibar dilakukan Nabi Muhammad itu adalah sebagai “transformasi”, “reformasi” dan seterusnya “revolusi” dalam kehidupan. Transformasi tindakan, reformasi cara hidup dan bentuk, kemudian merevolusikan dengan menguasai keadaan secara perlahan-lahan seperti mana Rasulullah menguasai ¾ dunia.

Baik apakah yang kita boleh ambil sebagai iktibar bagi kehidupan kita bernegara hari ini dengan peristiwa hijrah itu. Kita semua faham sesebuah negara itu akan ditadbirkan oleh sebuah kerajaan. Negara kita mengguna pakai sistem demokrasi berparlimen sebagai vehicle pentadbiran. Kerana guna pakai sistem ini kita bergaduh dan bersengketa, sepanjang masa. Tanpa sedar atau tidak, kita telah mengkhianati atau menyalahgunakan semangat dan falsafah demokrasi.

Sebenarnya demokrasi tidak mengajar kita demikian, kerana ia keadilan dan kebebasan untuk semua, tetapi kerana nafsu dan kependekan ilmu kita dalam memahami, mengenai erti demokrasi menjadikan kita demikian bongok. Ada bangsa lain menggunakan sistem ini, mereka berjaya membangunkan negara bangsa mereka dengan baik dan jaya. Kenapa, sebabnya mereka tidak jadi sesadis (melampau atau berlebihan) dalam berpolitik, tidak bergaduh seperti bangsa kita, bergaduh kerana politik sepanjang masa. 

Politik demokrasi yang diamalkan oleh orang kita lebih ekstrim kejumudan dalam memahaminya atau pun kasar terkeluar dari batas-batas demokrasi sebenar berbanding dengan masyarakat yang mula memperkenalkan sistem ini dan melaksanakan seperti di negara-negara Barat.

Menyedari keadaan ini sudah berlebihan dan merugikan, disini saya ingin menyarakan agar semua kita khasnya pemain politik pengejar kuasa untuk mentadbir negara dan "membulatkan perut", mengambil iktibar kepada dua peristiwa yang saya disebut diatas bagi memakna dan mengertikan demokrasi dan politik kita.


Bahawa betapa manusia (Adam) bersalah dan berdosa dia dimaafkan oleh Allah, dan bahawa berbaik-baik itu membahagia dan berjaya (sukses). Sekali lagi disebut kalau Allah memaafkan kesalahan Adam, kenapa kita kita tidak boleh memaafkan sesama sendiri?


Apakah dalam konteks yang berlaku dalam kloni politik hari ini, kita tidak boleh berdamai? Tidak boleh berbaik atau sekurang-kurangnya cease fire, mencari jalan penyelesaian untuk berdamai. Kita bergaduh, bermasam muka, benci membenci hatta hingga pulau memulau gara-gara politik, tetapi tidak salah untuk kita kembali berbaik sangka dan bedamai, bersifat pemaaf dan menerima maaf.

Seluruh rakyat bahagia  melihat
gambar mereka kedua
dalam situasi begini.
Apa diharapkan semangat atau spirit Muharram yang disebut tadi hendaklah kita terap dan selami
dalam kehidupan kita terutama dalam politik. Kita perlu bersifat apologetik mengakui kesalahan kita dan menerima kebenaran pihak lain. Kita perlu berubah daripada menjadi lawan dan musuh, kepada menjadi kawan dan sahabat.

Berubah dari membenci kepada mengasihi, berubah dari memfitnah, menyatakan kebenaran, berubah dari menegakkan pembohongan kepada mengakui kebenaran. Berubah daripada egois kepada sikap tasamuh. Berubah daripada menegakkan benang basah kepada sama-sama mengakui kesilapan lampau yang diteruskan dan mengeringkan benang untuk ditegakkan.


Selain daripada dua peristiwa itu berlaku pada bulan Muharram, banyak lagi peristiwa dan kejadian lain yang boleh diambil pengajaran daripadanya yang mana tiap satunya membawa mesej, memberi pengajaran dan anjuran kita mengikutinya. Sesungguhnya sesuatu kejadian, peristiwa itu bukan sia-sia ditakdir melainkan untuk diambil sebagai pengajaran.

Jadi apakah yang boleh dipelajari dari dua peristiwa di atas tadi dalam konteks kehidupan kita berbangsa negara hari ini yang boleh kita mulakan pada 1 Muharram 1446 ini?


Untuk tujuan ini saya mendoa dan menyarankan langsung kepada para pemain politik terutamanya kepala-kepala kabilah, parti. Biarlah saya mula kepada presiden parti-parti politik baik parti pemerintah atau oposisi. Mungkin tidak mudah untuk mengaut dan mengaulkan semua sekali, maka saya tertumpu dahulu kepada ketua kerajaan Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang, Mahiaddin Yassin dan lain-lain. Tiga insan hamba Allah inilah yang patut menjadi ikon perpaduan dan penyatuan bangsa negara. Mereka bertiga inilah yang perlu menghayati spirit Muharram dan jadi contoh. Insya-Allah jika mereka menghayati spirit dan roh Muharram akan mudahlah untuk mempersatukan para pengikut di bawah.

Pengikut dan penyokong dibawah laksana kiambang yang bepecah dan terpiah berada dalam satu kolam sama, ia akan bertangkup dan berpadu apabila biduk lalu mengajak mereka. Dalam konteks ini Anwar, Hadi dan Mahiaddin adalah biduk dalam kolam politik kita. 
Pun begitu para penyokong dan ahli juga ada peranan dan tanggungjawab ke arah perdamaian ini. Mereka boleh menjadi perangsang kepada tujuan dan maksud ini dengan mengambil peranan sebagai pendesak, disamping mengurangkan perbalahan dan serang menyerang di antara satu sama lain. Penyokong dan ahli perlu bertindak menjadi bunga bungi mewangikan suasana bagi mencapai tujuan ini.

Keberadaan umat manusia berpuak ini seperti gerabak keretapi dengan kepalanya. Gerabak akan berjalan menuruti ke mana kepala membawa mereka. Jika salah dan tergelincir kepala, maka salah dan tergelincirlah keseluruhan gerabak. Nah demikian orang politik dan penyokongnya.

Sudah ada beberapa peristiwa muktabar pada bulan Muharram sejak 1,400 tahun lalu, justeru kita sangat berharap biarlah ada satu peristiwa besar pada bulan Muharram yang membabitkan masyarakat atau kaum kita, yang berlaku dalam negara kita sendiri di hadapan mata kita sendiri.

Peristiwa yang sangat ditunggu oleh saya, dan saya yakin semua orang juga mengharapkan ialah, pemaafan di antara kerajaan dengan pembangkang. Persalaman di antara Abdul Hadi Awang, Mahiaddin Yassin dengan Anwar Ibrahim. Sesungguhnya saya sedang menanti Abdul Hadi membaca marfhum ayat "wa'tasimu bihablillahi" dari surah al Imran ayat 103 untuk kesekian kalinya. [wm.kl. 4:15 pm 02/06/2024]

Monday, July 1, 2024

Ke arah kedamaian negara


CATATAN JULAI

SEMASA singgah di Sungai Bakap malam semalam, saya disapa dan disalami penuh mesra oleh seseorang. Dia beri tahu dia pembaca tulisan saya, baik dalam medsos dan juga buku-buku saya.
 
Menurutnya lama dia memantau penulisan saya, terutamanya mengenai politik sejak diawal reformasi lagi. Jadi perjumpaan malam itu sedikit merujanya.

Secara jujur dia mengakui dia ahli parti Amanah, bermakna dahulu dia adalah ahli parti Pas. Dia datang dari Parit Buntar, usianya saya kira sekitar 50an.

Dalam perjumpaan itu, dia mengadu akan kebimbangannya dengan sikap dan kerenah politik masa kini terutamanya membabitkan orang-orang Pas. Katanya rata-rata penyokong Pas ditempatnya adalah rakan dan saudaranya, sebab dia juga ahli Pas. Namun hubungan dan persahabatan terputus bila dia menyertai Amanah. Ikatan kasih sayang dan ukhwah sesama sendiri juga retak.

Rakan-rakan dalam Pas memulaunya. Bukan itu sahaja, mana-mana ada yang ingin terus berkawan dengannya, diugut dan turut dipulau sama. Menyedihkan diberikan peringatan agar jangan mendekati "Neraka." Nauzubilah mina zalik. 

Beliau sangat bimbang dengan situasi ini. Lantas beliau mahu tahu pendapat saya, dan ingin petua daripada saya bagaimana hendak mengatasinya. Baginya politik sebegitu tidak rasional lagi dan sudah melampau. Masakan berpolitik, berbeza idealogi boleh putuskan persahabatan, dan meretakkan hubungan anak beranak. 

Saya memahami apa dihadapinya itu. Ia merupakan satu culture shock kepada setiap orang yang tidak bersama Pas. Situasi yang disebut itu sudah lama berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Katanya keadaan itu tidak berlaku sebelum ini, tetapi ia menjadi-jadi sekarang ini, sejak tertubuhnya Amanah. Beliau hairan walaupun elemen benci membenci itu sudah ada sebelum ini khususnya dengan orang UMNO, tetapi ia tidak sesadis dengan Pas.

Saya hanya dengar luahan perasaannya sebab saya sudah arif mengenainya. Hal sebegitu sudah lama berlaku di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Fenomena sama kini menyerap ke Perak, Selangor, Pahang, Johor malahan ke seluruh negara. Budaya politik Pas ala Kelantan dan Terengganu itu sedang bergerak ke seluruh negara. 

Dahulu dirasakan hanya orang Kelantan dan Terengganu fanatik politik PAS, tetapi elemen itu kini sudah menyelinap dan menjadi amalan kepada ahli dan penyokong Pas di negeri lain. Ini berlaku kerana Pas menamkan faham politik salah itu secara istiqamah tanpa rasa bersalah dan berdosa. Pas sangat obeses kepada politik ekstrim dan fanatik begitu.

Dari sudut ilmu politik ia tidak salah cara Pas itu. Sebab untuk menarik perhatian dan mengikat ahli ia perlu lakukan apa sahaja strategi dan tektik walaupun tidak rasional dan bertentangan dengan nilai hidup yang menyedihkan. Sebab ia dihalalkan dalam politik. Dalam konteks ini Pas tidak salah seratus peratus.
Amalan dan kepercayaan politik Pas itu umpama hendak menangkap burung atau kancil di hutan. Kita akan menggunakan apa sahaja helah (strategi) untuk menangkapnya. Guna jerat dengan meletakkan pelbagai ummpan, hidup atau mati dan sebagainya. 

Dan kalau buruan itu tidak masuk ke jerat, ditembaknya. Dan apabila sudah mendapatnya akan disangkarnya, kurung agar tidak boleh keluar lagi. Apakah cara itu menyeksa dan menghiba itu soal lain. Politik mana ada hati perut dan perasaan. Madah saya, jagan rasa mustahil dengan tindakan orang politik.

Kerana sahabat itu serius dan ikhlas mahukan pendapat saya bagaimana hendak menyelesaikan politik cara jahiliah itu, saya memberi dua petua untuk meredakan permasalahan ini. Pertama haramkan terus Pas, atau pun ubah parti Pas jangan biarkan ia menggunakan perkataan Islam, dan menjadikan Islam sebagai idealisme politiknya.

Atau kalau tidak berani untuk mengharamkan Pas, usahakan agar parti agama itu bersama parti memerintah kini. Ambilnya menjadi sebahagiuan daripada kerajaan. Saya percaya dan yakin kalau dibuat cara ini, dalam kata lain Pas bersama menyokong kerajaan, akan redalah perang psikoligi, politik jahiliah, tindakan pulau memulau dan mengkafirkan orang lain itu. Saya jamin.

Usaha atau hal ini sudah jadi kenyataan, suatu masa dahulu, apabila Pas menyertai BN tahun 1974. Selama PAS berada dalam BN ketika itu, pulau memulau dan mengkafirkan orang UMNO berhenti terus. Ia muncul kembali apabila Pas ditendang keluar daripada BN. 

Berbanding petua pertama tadi, mengharamkan Pas, saya kata cara kedua itu lebih baik, harmoni. Tindakan mengharamkan Pas akan menambahkan bara dan api kemarahan orang Pas kepada parti memerintah hari ini. Pas sanggup mati dalam soal keyakinannya. Ia akan dijadikan modal sehingga kiamat nanti. Justeru cara paling bijak dan berhemah ialah bawa Pas masuk ke dalam kerajaan.

Saya percaya dan yakin mereka (pemimpin) yang rasional politik sedang berusaha ke arah itu. Dan akhir-akhir ini sudah nampak ada bunga-bunga persefahaman di antara Pas dengan parti kerajaan sedang berkembang. Sudah ada aksi, kenyataan dan pandangan lunak dikeluarkan para pemimpin Pas. Perubahan dan beralihnya nada memberi isyarat jelas. Bagus. 

Dalam konteks untuk mereda dan mendamaikan politik kita, bukan sahaja perlu ditumpukan kepada ta'awun atau kerjasama Pas dengan kerajaan, tetapi parti Bersatu juga perlu diundang sama. Kena letakkan Bersatu sebahagian daripada baji atau paku (pasak) yang akan mengemaskan perpaduan ummah dan kestabilan politik di negara ini. 

Keharmonian dan kedamaian negara ini tercapai kalau umat Melayu bersatu. Kalau negara ini dianggap sebagai hak Melayu, maka Melayu wajib bersatu demi merealisasikan harapan itu. 

Anak muda itu dengar dan rasanya berpuas hati dengan pandangan saya, sebab masa bersalam untuk berpisah dia genggam tangan saya kemas-kemas dan harap akan berjumpa lagi. Trims. [wm.kl. 11:22 am 01/07/2024]

Friday, June 28, 2024

ProAmanah lonjakan perkasakan parti

ULASAN MALAM

LAMA saya tidak menulis menyorot ataupun mengupas mengenai Parti Amanah Negara (Amanah).
Ketiadaan Timbalan Presidenya Allahyarham Sallahuddin Ayub yang dipanggil Allah pada 23 Julai 2023, lalu menyebabkan saya makin menyepikan diri daripada menulis atau menerima apa-apa berita mengenai parti ini. 

Walaupun saya tidak seghairah dahulu memperkatakan Amanah semasa diawal perwujudannya, namun saat Salahuddin ada beliau jadi informer atau jabatan kepada saya untuk mengetahui apa-apa perkembangan parti berkenaan.

Apa-apa perkembangan dalam parti itu selagi ianya tidak dianggap melanggar etika dan disiplin parti, beliau akan maklum kepada saya baik menerusi telefon ataupun ketika berjumpa di mana-mana, biasanya di restoran Pak Punjab di Jalan Ipoh. Beliau akan jemput secara personal dan bercerita di sana.

Disitulah beliau akan meluahkan perasaan dan ceritakan perihal dalaman parti dengan penuh hati-hati kemudian meminta pendapat. Saya tidak memaksanya, tetapi feed back diberi diterima baik. 

Allahyarham juga tahu bahawa saya agak give-up untuk memperkatakan tentang parti ini, setelah saya melihat tiada perkembangan positif serta ulah berlaku dalam parti itu. Tetapi sebagai sahabat, saya memenuhi panggilan dan mendengar segala apa yang dicurahkan dan sedia berkongsi pandangan dengannya. 

Kali akhir.

Kali terakhir saya menyebut perihal parti ini kepadanya ketika beliau menziarahi saya di ward IJN, selepas saya menjalani bypass. Sambil kami bersalaman sewaktu beliau hendak meninggalkan ward  IJN saya berpesan, "Din enta harus lakukan sesuatu bagi memperksakan Amanah. Amanah perlu diselamatkan. Enta perlu  mengambil alih jawatan presiden daripada Mat, (Mohamad Sabu)." Beliau terdiam dengan pengucapan saya itu, sambil memberi semangat kepada saya, agar jaga kesihatan baik-baik. Saya mengerti ucapan dan gesaan saya itu sesuatu yang berat baginya.

Allahyarham Sallahuddin ketika 
ziarahi saya di IJN.
Saya tahu hati dan budi Sallahuddin dia tidak mudah untuk akur apa yang saya ucapkan itu, tetapi dia cukup memahami yang saya ingin melihat partinya berjaya dan maju seperti parti lain. Apabila saya cadang demikian bukan bermakna Mat Sabu tidak berkemampuan untuk perkasakan parti.

Selepas itu saya tidak lagi menyebut, apa lagi menulis  nama parti Amanah dalam sebarang media sosial saya, baik memberi pandangan, nasihat atau apa. Yang ada menyindir dan mengkritik serta mencemuh sekali sekala. Saya juga tidak hadir di sebarang majlis dianjurkan Amanah termasuk mesyuarat agungnya seperti sebelum ini selaku pemerhati.

Kenapa saya jadi begitu, sebenarnya saya sedikit kecewa melihat kepada perkembangan parti yang satu ini yang semacam tidak ada apa-apa perubahan dan usaha untuk memajunya sebagai parti diharap jadi alternatif kepada Pas. Para pekerja parti ini terutama pemimpin atasannya tidak serius, sekadar menjadikan Amanah sebagai vehicle untuk jadi wakil rakyat semata-mata. Sebab itulah bila jadi kerajaan ramai berebut hendak jadi pengerusi GLC atau ahli lembaga pengarah, setengah melobi sampai ke Sarawak.

Yang jelas ialah suasana di ibu pejabat parti tersebut semacam tidak diurus dengan baik, bersistemetik sesuai dengan ia sebagai sebuah parti politik untuk menjadi pesaing kepada parti-parti besar lain. Memelikkan sebahagian besar pimpinan mereka terdiri profesionalis dari berbagai bidang ilmu.

Alasan dan maksud penubuhannya begitu gah sekali, ia mahu menjadi parti atau wadah bernuansakan Islam. Mereka memilih Amanah setelah kecewa dengan parti asal mereka Pas yang sudah menyimpang daripada landasan sebagai sebuah parti bernuasakan Islam yang progresif. 

Amanah tidak wujud kalau Pas berjalan secara teratur dan bergerak ke arah menjadi badan siasah yang profesional. Namun kerana Pas sudah dijadikan perkakas atau hak milik sendirian berhad oleh segolongan dalam Pas, menyebabkan Amanah dilahirkan. Dilema itulah yang wujud sehingga wujudnya Amanah. Amanah bolehlah dianggap alat untuk menyucikan kekotoran politik yang dibawa oleh Pas.

Begitu tinggi harapan dan kobaran semangat Amanah ketika dilahirkan. Tetapi malang umpama sebuah bahtera yang berlayar ke pulau, perjalanan tidak berimbangan dengan layar yang ada. Awak-awak di atas mengendalikan bahtera itu seperti berjalan tanpa ada peta atau pun arahan tepat daripada kapten. Kapten pula saya lihat sangat naif dengan ilmu pelayaran dan kurang memahami bahasa lautan samudera.

Suasana itulah menjadikan saya tidak berminat atau hilang nasfu untuk melihat Amanah muncul sebagai parti berpotensi di masa depan. Jujur saya katakan saya tidak menduga dalam pilihan raya ke-15 lalu Amanah masih boleh survive. Masih ada kerusi yang dapat dipertahankan untuk membuktikan ia masih hidup.

Kekalahan Amanah di Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak mengejutkan kerana, situasi atau kekuatan Amanah di negeri-negeri berkenaan langsung tidak ada. Walaupun di Kedah sedikit berbeza dengan Terengganu dan Kelantan, tetapi perpecahan disaat akhir dalam parti itu mewajarkan Amanah kalah.

Sudah setahun Sallahuddin Ayub pergi meninggalkan parti itu. Pemergiannya tanggal 23 Julai 2023 sesuatu memedih dan mendukacitakan untuk Amanah. Pemergian Sallahuddin seakan membawa separuh jiwa dan badan Amanah. 

Belum tergganti.

Mohamad Sabu dan yang lain-lain kehilangan sahabat dan pembantu serta pejuang yang ulit yang masih belum tergganti hingga kini. Amanah jadi seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila gagal mengekalkan status quo dalam pilihan raya lalu. Apakah pemergian Sallahuddin itu berupa satu ujian untuk menjadikan parti itu perkasa kembali seperti diawal penubuhannya?

Esok diadakan majlis pelancaran apa dinamakan Projek Trasformasi Amanah (ProAmanah) yang akan dilakukan oleh presiden Mohamad Sabu. Majlis berlangsung di Shah Alam Selangor. Saya ikut sama dijemput menghadiri majlis itu atas kapasiti sebagai penulis dan pemerhati politik. Malang sedikit jemputan agak lewat kerana saya sudah ada komitmen lain, tidak dapat hadir. Kalau tidak teringin saya untuk hadir sambil berjumpa dengan rakan-rakan politis sejak dalam PAS, dan juga untuk melihat apakah rangka kerja (transformasi) yang akan dlakukan.

Melihat kepada quatiton ucapan presiden, yang berbunyi, "Parti Amanah bersedia untuk melakukan transformasi bagi menghadapi fasa seterusnya dalam perjalanan politik, menjadi sebuah parti yang lebih kukuh, mampan dan diterima sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.."

Saya yakin Amanah insaf dengan situasi yang ada dan giat menyusun rancangan untuk memperkasakan parti itu. Sepantasnya ia disemak dan dianalisa kembali apa-apa perancangan, pendekatan dan pencapaian parti itu yang telah berjalan sebelum ini. Projek transformasi ini saya kira satu penilaian menyeluruh (muhasabah) disemua peringkat ahli bawahan, hinggalah ke peringkat pimpinan tertinggi.

Sebagai parti gabungan PH yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan Madani, program atau tindakan dilakukan itu nanti sangat tepat dan relevan. Amanah tidak boleh lagi sekadar menjadi parti bernuasa pembangkang atau pendokong parti utama PKR dan BN. Amanah tidak boleh sekadar pengikut PKR atau UMNO. Amanah seharusnya meletakkan dirinya sejajar dan setanding dengan peranan dimainkan PKR dan UMNO dalam memampan kedudukan kerajaan Madani. Amanah harus begitu jika ia mahu dilihat parti penting.

Dalam pada itu apa yang penting, Amanah juga perlu memperkasakan kedudukan organisasi berkenaan. Dalam konteks ini ia bukan sahaja perlu menambah keahlian, tetapi berusaha menyuntik semangat dan tambah nilai, pengetahuan dan cara berorganisasi kepada ahli yang lebih professional. Soal disiplin, tanggungjawab dan kesetiaan juga hendaklah ditekankan setiap masa.

Selaku parti pemerintah, Amanah perlu mendidik para ahlinya bukan mementingkan kedudukan, berebut jawatan, tetapi berlumba untuk melakukan kebajikan (fastabiqul khairat) kepada negara dan rakyat menerusi parti. Ahli perlu diajar bahawa parti bukan alat untuk mencapai kesenangan diri, tetapi untuk kemajuan negara. Dalam hal ini Amanah perlu menjadi model dan contoh kepada parti politik lain. 

Dalam hal ini, Amanah tidak perlu rasa hina dan lemah diri dengan jumlah kerusi dimiliki sekarang serta bilangan ahli yang tidak cecah satu juta. Apa yang penting, ialah melengkapkan ahli dengan semangat perjuangan dan cuba berusaha menjadikan ahli parti yang berkualiti. Amanah perlu mengguatkan struktur oraganisasi dengan memperkemaskan seluruh ranting atau bahagiannya yang wujud di seluruh negara. Manakala mereka yang memegang jawatan kerajaan tunjuklah kehandalan dan kebolehan masing-masing.

Segala sindiran dan cabaran di pihak luar tidak perlu dilayan sebaliknya jadikan itu sebagai pencetus semangat dan energi untuk mencapai cita-cita dan tujuan parti ditubuhkan. Amanah jangan pedulikan kepada soal-soal titik bengit dan remeh temeh.

Untuk memastikan keuntuhan parti, Amanah juga perlu mengurangkan perbalahan, sifat dengki mendengki dan jatuh menjatuh di antara satu sama lain, dan hendaklah kembali kepada nawaitu asal semasa penubuhan dahulu, yang mana mahu menjadi wadah perjuangan dengan nawaitu hendak memperbetulkan nilai-nilai agama (Islam) yang pincang dibawa Pas sebelum ini. 

Motto Amanah, Rahmatan lil alamin, masih relevan dan slogan ini kena terus diobor bakarkan. Setiap ahli, aktivisnya perlu senantiasa melaung dan melaksanakan dimana-mana juga.

Projek Transformasi yang dilancar esok, diharap akan menitik beratkan perkara ini, jadikanlah majlis esok untuk mengingati semula akan tujuan dan matlamat kenapa ia ditubuhkan.Jika semua dapat kembali kepada matlamat itu, insya-Allah Amanah mampu berdiri sebagai organisasi siasah yang sama berperanan dengan parti-parti lain khasnya dalam kerajaan Madani dan juga dalam arena politik negara. Semoga Amanah akan dihormati dan disegani oleh rakan dan lawan.[wm.8:19 pm 28/06/2024]

Tuesday, June 25, 2024

Penjelasan isu Blackrock oleh PM diterima baik

LANGSUNG DARI PARLIMEN

SEPANJANG sidang dewan berlangsung pagi ini khususnya ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim (wakil Tambun) menjawab dan memberi penjelasan berhubung isu penjualan saham Malaysia Aiport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Insfrastructure Partners GIP untuk menguruskan lapangan terbang negara kepada GIP dewan berjalan penuh tertib dan santun.

Wakil pembangkang seperti terpukau dan terbius dengan hujah dan fakta diberikan Perdana Menteri, ditambah pula dengan penyampian secara defensive.

Penjelasan Perdana Menteri diterima dengan baik dan professional. Walaupun isu dijangka akan menghangatkan dewan sampai akan dipulau oleh pembangkang, tidak berlaku pagi ini. 

Pagi ini pembangkang rasional mungkin mereka telah mengambil ubat penenangan jiwa sebelum ke dewan. Ada dua wakil daripada pihak pembangkang mencelah bertanya soalan tambahan terhadap penerangan Perdana Menteri, wakil Machang (Wan Faisyal) dan Alort Star (Afnan Taib).

Wakil Machang bertanya kenapa syarikat GIP yang ada hubungan dengan Israel dipilih dan tidak syarikat lain. Dia juga bertanya kenapa tidak diambil syarikat dari Jepun atau Singapura yang berjaya menguruskan lapangan terbang di Narita dan Singapura dengan baik. Kenapa GIP yang ada hubungan dengan Israel dipilih? 

Manakala wakil Alor Star tidak sangat mengkhusus kepada isu Blackrock, tetapi menimbulkan soal ketidak selarian di antara PM dengan para menterinya. Menurut wakil Alor Setar, Anwar seperti berkerja bersendirian ke hulu ke hilir. Beliau mengibaratkan Perdana Menteri sebagai kepala kereta api berjalan bersendirian tanpa diikuti gerabak dari belakang.

Lantas itu beliau mencadangkan agar gerak gerabak yang kurang fungsi itu ditukar segera. Apakah dimaksudkan gerabak baru yang dijadikan gantian itu dari made in Pas?

Mengenai isu Blackrock Wakil Alor Setar itu berpuas hati dan mengucapkna terima kasih kepada Perdana Menteri. Ketua pembangkang atau pun wakil Marang tidak buka mulut langsung semasa isu itu dijelaskan perdana menteri. Atau pun beliau tidak hadir kerana sakit betis?

Bagi menjawab kedua persoalan dibangkitan itu, Perdana Menteri Anwar menjelaskan pemilihan GIP untuk menguruskan lapangan terbang kita kerana syarikat yang ada hubungan dengan Israel itu lebih tolenran berbanding syarikat lain. 

Tidak benar kalau hanya syarikat itu dinilai, kerana ada 45 buah syarikat dinilai untuk usahasama itu dan hanya lima dipilih. Kerajaan menolak syarikat lain kerana mereka gagal memenuhi syarat ditetapkan, pengerusi dan CEO hendaklah dari kalangan rakyat Malaysia tetapi mereka mahu pengerusi dan CEO MAHB dilantik dari kalangan rakyat mereka.

Bagaimana pun GIP bersetuju mematuhi syarakat ketat dikenakan KWSP dan Khazanah dimana mahukan pengerusi dan CEO dilantik dari kalangan rakyat Malaysia.  

PM juga menjelas dan merawat kebimbangan sesetengah pihak mengenai masa depan MAHB menjadi milik GIP sepenuhnya. Katanya ia tidak berbangkit kerana penguasaan saham MAHB dimiliki Khazanah dan KWSP sebanyak 70 peratus manakala pengerusi dan CEOnya adalah warganegara Malaysia. Ini adalah jaminan kerajaan walaupun syarat itu diperbuatkan oleh Khazanah dan KWSP.

Dalam pada itu PM menzahirkan rasa kesal kenapa isu ini dibangkit ketika ini sedangkan perundingan dan kerjasama dengan GIP dilakukan sejak tahun 2012 lagi. Tampak sangat ia sengaja diungkit kerana untuk dijadikan modal bagi menghentam kerajaan. [wm.kl. 12:17 pm 25/06/2024]


Sunday, June 23, 2024

Mahathir yang tidak mengingati kejahatannya

ULASAN MINGGU

CEMUHAN Dr. Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu sebagai "Melayu mudah lupa", tidak akan diluput selama-lamanya oleh orang Melayu dan juga bangsa lain. Sinisme Mahathir itu akan diingati dan dilihat sebagai beliau tidak menghormati atau menghina bangsa Melayu. Kandatipun ia merupakan suatu motivasi tetapi ia sedikit keras.

Sinisme Mahathir itu berbeza dengan gesaan bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam yang menyuruh agar orang Melayu bersikap kurang ajar. 

Apabila dia mengatakan orang Melayu mudah lupa ia merujuk kepada bangsa Melayu mudah lupa, atau pelupa, tidak mempunyai ingatan yang baik dan kukuh. Boleh juga dianalogikan sebagai nyanyuk.

Perkataan itu subjektif, tetapi apa yang dia hendak ditekankan ialah orang Melayu cepat melupai seasuatu. Bersifat pemaaf (apolegetik) juga termasuk dalam mudah lupa, lupa akan kesadisan atau apa-apa kejahatan orang kepada kita. Mudah lupa juga tidak bersifat dendam.

Mudah lupa juga boleh dikonotasi sebagai tidak mengenang budi, mudah melupai apa-apa kebaikan dan hadiah daripada orang. Bersifat kacang lupa kulit. 

Melupai sejarah, asal usul, dan peristiwa yang pernah dilalui juga termasuk dalam mudah lupa. Dan sebagai orang mempunyai sebahagian DNA Melayu, (ayah Mahathir India berasal dari Krala, dan emak Melayu), Dr Mahathir juga memiliki sifat mudah lupa itu. 

Dalam hendak memanggungkan dirinya terbaik, beliau kata orang Melayu berpecah atau tidak bersepadu selepas beliau tidak jadi perdana menteri. Perpaduan dan keutuhan orang Melayu selama 22 tahun semasa wujud ketika beliau jadi PM, dari 1981 hingga 2003. Selepas itu UMNO dan Melayu lemah dan berpecah.

Beliau sangat simplistik meletakkan keadaan itu berlaku kerana ketidakcekapan para penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak. Beliau mengambil contoh kejatuhan lima buah kerajaan negeri semasa Abdullah jadi PM semasa pilihan raya 2004 sebagai alasan. Dan apabila Pak Lah diganti oleh Najib keadaan Melayu lebih teruk lagi, apabila kerajaan BN tumbang sama sekali gara-gara skandal1MDB membabitkan Najib.

Enak Mahathir memuji dan memanggung dirinya sendiri. Dia tidak merasa bersalah sedikit pun keadaan Melayu yang berpecah dan lemah kini. Dia merasa dia tidak ada saham sekuman kurus pun. Itulah yang hendak saya katakan, dia juga ada sifat ego atau penyakit lupa atau pelupa yang parah. 

Dasar manusia apabila merasa syok sendiri dan melihat orang lain lemah, maka lupa apa yang dia sendiri lakukan. Dasar manusia seperti inilah yang boleh dianggap sebagai burung gagak yang mengatakan burung helang hitam. Sebagai dulang mengatakan paku serpih.

Pada saya Dr. Mahathir sudah terlalu jauh dihimbau dengan sifat kelupaanya. Sebelum dia hendak meletakkan kesalahan dan tanggungjawab kepada penggantinya atas kelemahan Melayu, dia harus menyelidiki dengan adil setiap apa yang berlaku dan dilakukan. 

Kita akui kekuatan Melayu khususnya UMNO sedang melalui jalan parah ketika ini. UMNO tidak lagi seperkasa dan seagung dahulu. Namun dia kena kaji dan dinois kenapa berlaku demikian. Inilah keterlupaan Mahathir untuk menilik cermin atau pun kencing dalam tempurung bulu. 

Perpecahan dalam UMNO bukan selepas Abdullah dan Najib ambil alih, tetapi berlaku awal sebelum transisi itu. Ia berlaku setelah wujudnya team A dan team B dalam UMNO yang terbentuk gara-gara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, kemudian pengharaman UMNO tahun 1987. 

Selepas pengharaman itu yang dikatakan sebagai satu strategi politik Mahathir hendak memancung kerjaya politik Tengku Razaleigh, wujudnya parti Semangat 46 merupakan serpihan daripada UMNO, di sinilah menyebabkan UMNO terbelah dua kemudin menjdi compang comping. 

Fahaman sebaik baiknya, siapakah angkara terjadi tragedi malang itu. Orang Melayu berpecah dan melemah kerana Mahathir. Apakah angkara tragedi malang itu berlaku ketika UMNO dibawah pimpinan Pak Lah atau Najib?

Tidak terhenti setakat itu sahaja, 1998 UMNO sekali lagi berpecah belah dan jadi sopek. Selepas Tengku Razaleigh atas rasa bersalahnya membubarkan parti Semangat 46 demi perpaduan Melayu dan untuk menguat UMNO sekali lagi parti nasionalis itu berpecah dan jadi sopek dan renyuk pada 1998 apabila berlakunya peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim secara jahat dan hina daripada parti itu. 

Kesan daripada perpecahan itu tertubuhnya parti Keadilan Nasional. Siapa yang jadi perdana menteri ketika itu, bukankah Mahathir Kutty Mohamad?

Cukup diberikan dua contoh dan peristiwa itu sahaja, jelas yang menjadi pemecah belah Melayu yang melemahkan Melayu adalah Mahathir Mohamad sendiri. Adapun kenapa Abdullah dan Najib tidak berjaya mengembalikan UMNO ke zaman awal era pemerintahannya, (1982 - 2003) adalah kerana beliau sendiri. Beliau tidak pernah memberi sokongan padu kepada Abdulah, malam siang, siang malam beliau mengkritik dan menggerudi Pak Lah. Beliau tidak jujur dan ikhlas.

Hal sama juga berlaku apabila Najib ambil alih daripada Pak Lah. Siapa yang menggelar Najib sebagai penyamun, penyangat dan penipu serta kerajaan Najib kleptokrasi? Siapakah, bukankah manusia itu bernama Mahathir Mohamad?

Kerja dan amalan jahat diwarisi dari Firaun itu diteruskan hingga ke hari ini. Jadi kalau Mahathir hendak memuji diri sendiri dan merendah orang lain, ia adalah songsang. Kenapa dia tergamak melakukan begitu adalah kerana dia sebenarnya SUDAH LUPA. Mahathir melupai kejahatan diri sendiri dengan membalikan bayangan kejahatan dilakunya sehingga melemahkan Melayu itu kepada orang lain. 

Mahathir lupa apa yang dia ucap dan apa yang dia buat. Hanya yang belum dia lupa ialah makan dan minum sebab itu dia masih sihat. Jangan jangan beraknya juga sudah dilupainya.  [wm.kl.11:28 am 23/06/24]



Saturday, June 15, 2024

Berhenti menjadi anai-anai dalam kerajaan

 SESUDAH SUBUH

Don Daniyal jadi isu
BAGI pengkagum Perdana Menteri ke-10, dan penyokong kerajaan Madani akan marah dan "murih" kalau mendengar orang mengkritik Anwar Ibrahim dan kelemahan kerajaannya. Mereka akan tersinggung dan sedih dengan apa dilemparkan itu, dimana seolah-olah tiada satu pun kebaikan dan kelebihan pada Anwar dan kerajaannya.

Anwar lemah, tak reti tadbir, retorik, bergerak sendiri, autokrasi dan sebagainya, adalah butiran ratib dan zikir pagi petang untuk memburuk dan memperlecehkan Anwar dan kerajaan Perpaduan. Jantung kita yang menyokong Anwar akan berdegup kencang setiap kali mendengar "belebelan" itu.

Bila berhadapan dengan kumpulan penyerang itu di mana-mana saja; kedai mamak, lobi hotel atau pasar dan sebagainya, kita tidak boleh berbuat apa-apa, selain mendengar dan menahan marah dalam dada. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, kita hanya diam kemudian berundur secara senyap, pulang untuk membela Anwar dan kerajaan dalam medsos.

Bukan setakat itu saja, apabila buka medsos, Tiktok, Instagram, Facebooks, Telegram dan X, bertaburan pula maki hamun, sindiran dan perlecehan kepada Anwar yang terpandang, terbaca dan tertonton, keadaannya seperti kita terkepung dengan ribut dan taufan kebencian kepada perdana menteri dan kerajaan. Dahsyat mahal dahsyat. 

Saya mengalami situasi itu dan dapat merasai kemarahan dan sunggutan itu di mana-mana sahaja. Kalau 10 kumpulan yang saya temui, kesemuanya akan membicarakan ketidakpuasan hati mereka dan marah serta mencemuh Anwar. Jika berjumpa dengan mereka di tempat-tempat awam, perlahan-lahan kita menyisihkan diri kerana tidak tergamak mendengar mereka burukkan Anwar dan kerajaan. 

Anwar sendiri mengakui akan fenomena ini, bahawa dia dimaki berbakul-bakul oleh penyerangnya tanpa sebab dan alasan logik, apabila setiap kali dia mengumumkan dasar atau polisi baru kerajaan. 

Kepada pengkritik, kita tidak tahu lagi pemimpin macam mana yang mereka mahukan untuk jadi PM negara ini? Apakah Anwar tidak ada secebis kebaikan dan kelebihan berbanding dengan PM sebelum ini? Apakah selama setahun enam bulan beliau jadi PM tidak pernah dan ada membawa apa-apa perubahan dan islah demi kebaikan untuk rakyat dan negara?

Anggapan demikian sesungguh melampau dan kejam. Namun secara rasionalnya, tidak dinafikan ada sedikit sebanyak kelemahan Anwar dan kerajaan yang mengundang masalah, itu perkara biasa. PM sebelum ini pun menghadapi masalah sama, diserang para pengkritiknya, cuma bezanya ia tidak seteruk apa dihadapi Anwar kini.

Situasi ini terjadi, mungkin kerana Anwar mengambil masa terlalu lama untuk jadi perdana menteri, secara nisabahnya, lebih suku abad menyebabkan beliau ada banyak musuh. Atau ketika orang sudah berfikir beliau tidak akan berjaya jadi PM selagi setelah segala usaha menghalangnya dilakukan. Kalau musuh itu datang atau jelma daripada bekas-bekas PM sebelum ini, bermakna beliau ada lima kumpulan musuh. Dari kumpulan Dr. Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Justeru tidak aneh kalau Anwar mempunyai ramai musuh kerana ia terbentuk daripada bekas-bekas perdana menteri itu. Paling jelas dan nyata ialah, daripada dua kumpulan utama; Mahathir Mohamad dan Mahiaddin Yassin kerana mereka berdua masih menjadi ketua kumpula menyerang Anwar. Kumpulan inilah yang masih aktif melakukan serangan dan memperlecehkan kepimpinan Anwar. Mereka pula disokong penuh oleh bekas sahabat Anwar sendiri Abdul Hadi Awang. 

Walaupun Najib Razak, Abdullah Badawi dan Ismail Sabri Yaakob masih ada, tetapi mereka tidak aktif. Apakah kalau Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Razak Huseein dan Hussein Onn ditakdir masih hidup mereka juga membentuk kumpulan penyerang hendap ke atas Anwar?

Secara jujurnya, kedudukan Anwar sebagai perdana menteri hari ini bukan sahaja diganggu oleh bekas-bekas perdana menteri itu, khasnya Mahathir dan Mahiaddin. Keadaan itu sudah menjadi satu hal yang tidak pelik lagi, kerana semasa mereka menjadi PM, Anwar menyerang dan mengkritik mereka sehabis-habisanya. Misalnya Mahathir Mohamad, Mahiaddin Yassin atau Ismail Sabri Yaakob jatuh atau hilang kuasa kerana henjutan politik daripada Anwar Ibrahim.

Akibat itu, mereka berdendam dan marahkan Anwar, maka wajar kalau mereka bertindak menyerang Anwar untuk membalas dendam. Perkara itu tidak menghairankan dan merupakan tabii dalam politik moden. 

Bagaimana pun disamping mempunyai musuh semulajadi itu, Anwar ada masalah lain yang perlu dihadapinya angkara diri sendiri, atau (masalah) itu terbentuk daripada dari dalam kerajaan sendiri. Di samping dia didakwa gagal dan lemah kerana begitu hebat serangan musuhnya, tetapi kelemahan yang tampak kepada kerajaan Madani kerana kelemahan dipihak kerajaan itu sendiri. Dalam erti kata lain, yang membentuk dan menjadikan Anwar dan kerajaan lemah, kerana diri sendiri.

Di sini saya menyebut beberapa tindakan atau pendekatan diambil atau berlaku yang menyebabkan kerajaan Madani dilihat lemah, kurang mantap serta menganggu perjalanannya. Rasanya contoh yang disebut ini semua orang mengerti dan dapat menyetujui. 

Kelemahan yang nyata, kerajaan gagal menguruskan perjalanan kerajaan khususnya dalam menyelaraskan maklumat kepada umum dimana sering kali berlaku percanggahan sesama sendiri dan meralat. Ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan bercanggah di antara satu sama lain, sedangkan berada dalam satu agensi atau kementerian. Ekoran ini menyebabkan orang nampak kerajaan Madani atau Anwar gagal mendisiplinkan kaki tangan atau pendokong kerajaanya.

Saya ambil dua tiga contoh yang hampir atau berlaku jelas dihadapan kita. Misalnya terbaru ialah mengenai tindakan disiplin ke atas, penceramah seleberiti Don Daniyal Don Biyajid. Mulanya penceramah itu dihentikan daripada mengendalikan satu program Salam Baitullah di RTM kerana dikatakan ia melanggar disiplin ditetapkan apabila memetik dalil-dalil daripada hadith palsu. 

Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman mengumumkan Don Daniyal direhatkan dari mengelolakan rancangan itu serta merta. Tindakan itu tampak tegas dan mengejutkan sehingga dilihat serius kerana ia dibuat tanpa memberi amaran. Tetapi selepas tidak sampai 72 jam, larangan itu ditarik balik kononnya setelah perkara itu dibawa ke pihak berautoriti dalam bidang agama. Pendakwah itu dibenarkan bersiaran kembali. Malangnya tidak sampai 24 jam kemudian dia dihentikan terus dari mengendalikan rancangan itu kerana dikatakan tidak akur dengan garis panduan diberikan. 

Tindakan ke atas Don Daniyal ini menjadi isu dan polemik pro dan kontra. Langkah dibuat ini menyebabkan umum lihat ada permainan politik disebalik tindakan tergesa-gesa itu, disini ia lihat lemahnya pentadbiran kerajaan Madani. Walaupun ia tidak bersangkut dengan perdana menteri, tetapi ia disuluh ada kena mengena dengan kerajaan Madani. Anwar tetap terheret dengan tindakan yang kurang cermat itu. 

Sepatutnya Suhaimi Sulaiman lebih berhat-harti dan melihat akan kesan dan implikasi di atas tindakan itu, beliau tidak sewenangnya menggunakan kuasanya tanpa memikir kesannya. Beliau bertindak tanpa menjejaskan imej kerajaan dan perdana menteri. Namun di sini tiada pertimbangan wajar oleh Suhaimi selain menggunakan kuasa yang ada kepadanya secara rakus dan menunjukkan tiada kebijaksanaan daripadanya. 

Sebelum pendakwah seleberiti itu menjadi isu, tindakan secara gelojoh juga berlaku percanggahan dalam memberi maklumat umum oleh pihak penguasa sendiri, PDRM dalam isu serangan Balai Polis di Hulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu. 

Mulanya, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain membuat kenyataan penyerangan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islam (JI), bagaimana pun tidak lama selepas itu ia diralatkan oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, memberi tahu serangan itu dilakukan oleh individu yang tidak ada kena mengena dengan JI. Menurut Saifuddin tindakan itu bersendirian. 

Kenyataan Ketua Polis dan Menteri itu bercanggahan sama sekali. Percanggahan itu memberi gambaran kelemahan pihak berkuasa kerajaan sendiri. Tidak ada persefahaman di antara kedua-dua jurucakap kerajaan itu seolah-olah mereka mis komunikasi. Hal sedemikian tidak seharusnya berlaku, kerana ia membabitkan keselamatan negara dan isu berkenaan juga bernuansa isu antarabangsa, sebab JI dikaitan dengan kumpulan pengganas daripada Indonesia. Apa lagi ia berlaku dalam isntitusi berkaitan keselamatan negara yang sepatutnya ditangani dengan penuh cermat sekali. 

Sepatutnya tidak berlaku percanggahan dan peralatan dalam kes-kes sepenting itu. Kita tahu kenyataan daripada pihak PDRM adalah sesuatu yang bukan boleh dimain-mainkan seperti tersilap mengumumkan jumlah pendatang haram atau jumlah tangkapan.  

Kenyataan tidak selari di antara Razarudin dan Saifuddin Nasution itu nampak sangat kerana ia dibuat secara tergesa-gesa tanpa duduk bersama menyebabkan ia mengelirukan umum. Orang ramai tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku di sebalik kejadian itu, menyebabkan ada yang menganggap kerajaan seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Kesan daripada percanggahan itu juga ia memberi kesan negatif kepada Saifuddin sebagai menteri yang tidak kalibar. 

Selain dua isu percanggahaan atau perselisihan pandangan tersebut, juga berlaku pertentangan (tidak selari) diantara Pengerusi Majlis Kos Sara Hidup (Naccol) dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dalam isu ini Pengerusi Naccol Syed Abu Hussein Syed Abdul Fasal mengeluarkan kenyataan berhubung harga beras tempatan menteri Mohamad Sabu. Percanggahan ini memeningkan orang ramai, kenyataan siapa lebih akurat. 

Apa yang sepatutnya berlaku, Syed Abu Hussein tidak mengeluarkan apa-apa mengenai beres selagi ianya tidak mendapat mandap atau sebelum menteri Mohamd Sabu mengeluarkan kenyataan rasmi, kerana dalam isu makanan seperti beras ini menteri lebih bertanggungjawab berautoriti daripada pengerusi sebuah majlis. Sebaliknya dalam kejadian ini pengerusi majlis dilihat lebih berautoriti daripada Menteri dan ia sesuatu yang canggung dan pelik.

Dalam hal-hal dan kejadian seperti inilah menampakkan akan tampak kelamahan kerajaan Madani yang kesannya akan terkena kepada perdana menteri. Kejadian, percanggahan dan ralat meralat ini meskipun terjadi bukan atas tanggungjawab PM tetapi kesannya terkena ke atas batang tubuh PM dan menyerlahkan akan lemahnya admistratif kerajaan Madani.

Hal-hal seperti ini perlu dielakkan dan diminimumkan seberapa yang boleh untuk tidak memberi ruang kepada musuh menjaja kecacatan kerajaan. Bagi mengelak ini Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri perlu mengambil perhatian serius memastikan agar insiden seumapam ini tidak akan berulang di masa akan datang. Hal hal seperti inilah yang disebutkan tadi, bahawa kelemahan dan ketempangan kerajaan Madani bukan sahaja sengaja diada-adakan oleh para penyerangnya, sebaliknya kerana kelemahan diri sendiri.

Tindakan mereka yang terbabit dengan mewujudkan situasi demikian bolehlah dianggap sebagai anai-anai yang melakukan kerosakan dari dalam kerajaan yang berlaku secara tidak sedar, tetapi ia sangat membahayakan. [wm.kl. 6:29 pm 15/06/2024]

Wednesday, June 12, 2024

Sungai Bakap jadi indikator kerajaan Madani

JENGUK SG BAKAP

Sungai Bakap jadi tumpuan. Foto: Ani.
PILIHAN RAYA kecil DUN 20 Sungai Bakap, Pulau Pinang yang akan diadakan 22 Julai, dimana hari penamaan calon 6 Julai nanti, merupakan pilihan raya kecil yang ke-10 selepas beberapa pilihan raya umum ke-15 ekoran kematian penyandang dan dua kerusi diadakan semula kerana kemenangan sebelum ini dibatalkan Mahkamah. 

Setiap pilihan raya berkenaan memberi kesan langsung kepada parti-aprti mengambil bahagian untuk menguji kekuatan masing-masing. Pirake Sungai Bakap ini pula memberi kesan langsung kepada Keadilan yang diyakini akan meletakkan calon mewakili Harapan, bagi menyangi PAS nanti. Di pihak PN sudah pasti akan menyerahkan kepada PAS untuk mempertahankan kerusi milik mereka itu.

Sebelum ini semua parti komponen PH/BN telah melalui pilihan raya kecil masing-masing. Dalam kata lain semua komponen PH/BN (Harapan) telah pun melalui ujian pilihan raya kecil, di mana masing-masing diuji kekuatan dan kemampuan masing-masing selepas pasca pilihan raya umum ke-15. 

Parti Amanah Negara (Amanah) menghadapi dua pilihan raya kecil serentak, di Simpang Jeram dan parlimen Pulai, Johor, ekoran kematian wakilnya Allahyarham Salahuddin Ayub. Mereka menang bergaya di kedua-dua pirake berkenaan. Secara tidak langsung kemenangan itu menunjukkan Amanah masih ada wibawa dan pengaruh di Johor. 

Umno juga telah menghadapi pilihan raya kecil, satu di Pelangai, satu lagi di Tioman keduanya di Pahang, dan memenangi kedua-dua pilihan raya berkenaan. Walaupun Umno kalah dalam pilihan raya di parlimen Kuala Terengganu, Terengganu, tetapi itu adalah pilihan raya semula setelah kemenangan PAS dinafikan kerana rasuah. Sebaliknya kemenangan di Tioman dan di Pelangai yang ditentang sengit oleh PAS itu menunjukkan pengaruh dan wisdom BN di Pahang mulai pulih kembali.

Manakala DAP juga merasai hal sama, apabila kerusi Kuala Kubu Baru diadakan pirake ekoran kematian wakilnya, Lee Kee Hiong, dan DAP berjaya mengekalkan kerusi yang diwarisi sejak tiga penggal lalu.  Kemenangan DAP itu membuktikan bahawa undi Cina untuk Cina masih kekal dalam gelombang politik negara kini yang lebih bersifiat rasis. Walaupun calon Melayu (daripada Bersatu) berpotensi besar untuk menang di Kuala Kubu Baru, tetapi kerana kepaduan (rasis) orang Cina, telah memenangkan calon Cina.

Jadi, DAP, dan UMNO serta Amanah, masing-masing berjaya mengekalkan kerusi masing-masing dan mencatat prestasi baik dalam pilihan raya itu. Sekaligus ia menunjukkan pengaruh dan minat umum kepada ketiga-tiga buah parti itu masih ada. Bagaimana pun PAS masih gagal untuk menunjukkan mereka bangkit selepas piraum ke-15, kerana belum memenangi seberang kerusi kecuali di Padang Serai (pilihan raya semula).  

Giliran Keadilan.

Kini giliran Keadilan pula di Sungai Bakap. Walaupun kerusi itu bukan kerusi mereka, kerana ia diwakili PAS, Nor Zamri Latiff, tetapi harus sedar tiga penggal sebelum ini bermula tahun 2008 hingga 2018 ia dimiliki oleh PH menerusi Keadilan. Bolehlah dikatakan kerusi Sungai Bakap itu salah satu kubu Keadilan di Pulau Pinang. Secara relatif kerusi Sungai Bakap adalah kerusi tradisi Keadilan sejak 15 tahun lepas.

Maka pilihan raya 20 Julai ini penting buat Keadilan untuk menunjukkan kemampuan dan pengaruh mereka di Sungai Bakap khasnya dan amnya di Pulau Pinang. Apa lagi pilihan raya 22 Julai nanti diadakan ketika Keadilan menjadi pemerintah di Kuala Lumpur dengan presidennya Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Status itu memberi kelebihan (adventage) kepada Keadilan dalam merampas kerusi berkenaan, sebaliknya sekiranya ia kalah ia akan hanya menghadiahkan dukacita sebuah kemaluan tetapi bakal membawa masalah kepada Keadilan. 

Diatas kertas berpandukan kepada beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini serta sudah ada anjakan pengundian kepada kerajaan Madani, Keadilan dikira dapat merampas kerusi berkenaan. Tetapi dari sudut lain ia bukan segampang itu. Masih ada ruang yang boleh dicuri PN. Tidak boleh tidak, Keadilan perlu kerja kuat dan lebih keras lagi kalau tidak mahu menangis di hujung perjuangan. 

Keadilan dan PH tidak boleh berbangga dengan status selaku ia menjadi parti pemerintah maka pirake itu senang digendung. Strategi yang disusun-aturkan perlulah mantap dan tuntas dan bukan ala kadar sahaja. Pandangan dan pendapat semua pihak perlu dicerakinkan dengan saksama. Jaminan diberikan UMNO Pulau Pinang untuk mendokong Keadilkan atas prinsip bersama dalam kerajaan Madani bukan suatu jaminan mutlak. 

Walaupun ada peningkatan undi dari kalangan kakitangan kerjaaan (undi awal) yang ditunjukkan dalam pirake Pelangai dan Kuala Kubu baru-baru, tetapi ia tidak semestinya menjadi ikutan di Sungai Bakap. Apa yang berlau di Pelangai dan Kuala Kubu Baru itu bukan indikator sahih. Mungkin ada selera berbeza di antara pengundi di Sungai Bakap dengan dua tempat berkenaan.

Semangat orang Melayu Pulau Pinang lain macam sedikit. Penguasaan Pulau Pinang oleh DAP sudah empat penggal, menjadi Melayu seperti terpukul dan tersindir. Kejayaan DAP itu mencemburui Melayu, menyebabkan UMNO sebelum ini dijadikan wadah telah bertukar perlahan-lahan keapda PAS. Kemerosotan pengaruh UMNO Pulau Pinang tidak boleh dinafikan, apa lagi ia dipecah pecilkan oleh Bersatu. Begitu juga aktiviti doktrininasi dilakukan PAS di Pulau Pinang berjaya.

Kehebatan pengaruh PAS di Pulau Pinang boleh diperhatikan kepada kejayaan parti itu merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dan tiga kerusi DUN, Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir. Kawasan ini adalah kubu ampuh Keadilan. Mengikut logik bukan senang kawasan itu boleh dicerobohi. 

Permatang Pauh adalah kubu ampuh Keadilan dan kawasan tradisi Anwar Ibrahim yang diwarisi turun termurun kepada Wan Azizah kemudian kembali kepadanya kemudian kepada Azizah semula sebelum diserahkan kepada anaknya Nurul Izzah. Tetapi dalam pilihan raya lalu Nurul Izzah hanyut bersam tiga DUN lain. Kekalahan PH dan kemenangan PAS itu menggambarkan kehebatan gelombang hijau melanda di negeri utara itu. Semangat dan aura gelombang hijau di Kedah berjangkit ke Pulau Pinang. Fenomena itu bukan boleh dipandang enteng.

Hakikat ini perlu diisafi dan bukan ditolak dengan berbagai alasan yang remeh dan sepele. PH khususnya Keadilan harus mengkaji dari semua sudut sebab musabab kenapa mereka kalah. Kalau orang seperti Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim dan seorang reformis boleh kalah, sudah tentu ia ada masalah tidak beres di Permatang Pauh dan Pulau Pinang. Faktor kekalahan ini kena dicerapi dan dihadami untuk dijadikan iktibar dalam menghadapi perang Sungai Bakap nanti.

Justeru untuk menghadapi pilihan raya 22 Julai ini, segala apa yang berlaku di Permatang Pauh perlu diselidiki sebaik mungkin, mengenal pasti kelemahan dan kelebihan. Faktor kekalahan di Permatang Pauh yang pernah dimiliki Keadilan selama empat penggal berturut-turut hilang, harus diada kajian dan selidiki bagi mengelakkan Sungai Bakap terlepas. Kerana kekalahan itu juga mungkin cara, baik Anwar, Azizah dan Nurul Izzah menjaga  Pematang Pauh perlu disemak. Apakah kemungkinan perbezaan yang berlaku menyebabkan kerusi menjadi kubu dan ikon reformasi itu hilang dalam pilihan raya lalu.

Apakah faktor utamanya kerana kepimpinan Keadilan di Pulau Pinang tidak mantap? Apakah ada amalan kronisme menyebakan timbul rasa tidak puas hati dan ada pemboikotan kepada calon-calon Keadilan  ketika itu? Atau ada perbuatan meninggalkan pejuang parti kerana terpesona dengan muka-muka baru yang reti membodek. Tanpa prejudis cara pemilihan calon dibuat oleh Keadilan katanya kurang disenangi peringkat bawahan. Orang-orang tempatan di ketepikan dan calon dari luar diberikan keutamaan. Apakah itu jadi puncanya? 

Sekali lagi ditegaskan, kajian mengenai kekalahan dan kehilangan beberapa kerusi PH dalam pilihan raya lalu, perlu diambil iktibar untuk Keadilan dan Harapan menghadapi pilihan raya Sungai Bakap ini. Selalu berlaku kepincangn dan ketidak-sempurnaan dalam seseuatu pilihan raya apabila strategi tempang dan peletakan calon juga tidak tepat. Peranan calon adalah penting. Calon umpama anak teruna (penggantin) di kenduri kahwin, kalau anak teruna orang hebat, maka ramailah para jemputan hadir. Pernah berlaku walaupun sesebuah parti itu kuat, punya logistik mencukupi, tetapi lantaran salah pilih calon ia tewas.

Malam besok Harapan akan mengumumkan calon mereka daripada Keadilan. Nama disebut-sebut ialah bekas pengarah di sebuah pendidikan tinggi. Katanya oknum ini bukan orang kuat parti, tetapi dipilih kerana latar belakang dan pendidikan iktisadnya tinggi. Apakah calon ini mampu untuk mewakili Harapan. Apakah ia sudah dibuat survey penerimaan di peringkat bawahan?

Sesuatu yang tidak sedap didengar ada yang mempersoalkan pemilihan oknum ini kerana ia bukan dari kalangan orang kuat parti. Kebanyakan pemain parti bawahan mahu orang yang kuat parti dan sudah lama bergelumang dengan rakyat. Kita faham, kalau calon yang punyai iktisad baik dalam pendidikan dipilih kerana parti mahukan seorang wakil berkualiti. Namun ia tidak ada guna kalau ditolak marhaen parti.

Katanya ada dua nama lain yang tidak kurang popular diberikan untuk dipertimbangkan. Mereka merupakan anak tempatan yang sudah lama bergiat dalam parti. Mereka juga profesional. Sayangnya kedua nama ini diketepikan kerana puncuk pimpinan atasan syok dengan bekas pengarah pendidikan tinggi itu. Ini zaman memerintah bukan era berjuang!

Parti hendak berhati-hati dan ceramat dalam memuktamadkan soal calon ini. Jangan sampai ada golongan yang terkedu dan bertindak boikat calon. Mungkin pengundi tidak bertindak secara mendada, tetapi protes dengan cara tidak keluar mengundi sangat bahaya. Ini harus difikirkan semasak-masaknya. 

Memilih calon yang dipertikaikan di bawah juga memberi ruang dan menjadi peluru kepada pihak lawan. Sudah tentu pihak lawan akan menjadikan isu untuk mempengaruhi pengundi dan mengelirukan penyokong parti. Justeru sebelum parti membuat perhitungan muktamad untuk memilik tokoh berkenaan, ia harus dikaji semua aspek dan lebih afdal bertanya banyak pihak di bawah. Buatlah sesuatu sebelum terlewat, kerana apabila sudah diumum ia tidak mungkin dapat ditarik balik lagi.

Adalah sesuatu yang mengejutkan, kalau kerusi Sungai Bakap yang berpotensi untuk Harapan menambahkan bilangan Adun dalm dewan gagal dimanfaat sebaik mungkin. Sungai Bakap menjadi simbol dan indikator apakah kerajaan Madani yang waktu ini melaksanakan pensasaran subsidi diterima atau ditolak.  [wm.kl. 12:45 pm 12/06/24]

Thursday, June 6, 2024

Pyanhabib mencari suara untuk membela

BELASUNGKAWA

 

Perjumpaan terakhir dengan Pyan
15 April 2024.
KEMATIAN merupakan sesuatu yang pasti, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Kullunafsin zaikatul maut. 

Tetapi walaupun begitu pemergian yang tidak disangka-sangkakan ia sungguh mengejutkan dan meninggalkan kesan sukar untuk hilang. 

Menjadikan kita sukar untuk menerima takdir itu. Banyak benda yang kita tersangkut dan terkilan dengan kematian sebegitu. Apapun Tuhan tetap dengan perhitungan dan kehendak-Nya sendiri. 

Demikian dengan pemergian Pyanhabib atau Muhammad Supyan Abdul Rahman, 66  kelmarin, (4 Julai 2024 jam 8:40 malam) ia sesuatu kehilangan yang mengejutkan. 

Saya percaya bukan saja saya, tetapi ramai orang mengenalinya, lebih-lebih lagi mereka yang dekat dan mesra dengannya, terkejut dengan pemergian itu. 

Pemergian yang bukan sahaja mengurangkan bilangan sahabat, tetapi menyunyikan dunia ini dengan gema suara kritikannya terhadap kezaliman dan menuntut hak keadilan di dunia ini. Pyanhabib seorang seniman dan penyair sekaligus menjadi penghibur kepada sesiapa mengenalinya. Kepada anak-anak muda beliau ada inspirator khususnya dalam penulisan puisi. 

Walaupun percakapannya terbatas, tetapi kerenahnya suka bergurau senda menjadikan saat ini ceria gembira bila bersamanya. Jarang Pyan serius dalam hidup, selalunya penuh gelak dan tawa. Jika ada sesuatu yang serius dia hanya sekadar mengerutkan kening, sambil mencebek mulutnya. 

Bila bersua, jarang sekali kita yang sempat dahulu menyapanya, sebaliknya dia akan menegur kita bertanya khabar dan berpelukan, lantas mengheret kita ke warung kopi. Itulah Pyan. 

Mula mengenali Pyanhabib.

Saya mengenali Pyan sewaktu dia tinggal di rumah Anak Alam di Padang Merbok lagi, sekitar akhir tahun 70an. Perhubungan rapat dengannya bermula ketika Hari Puisi Nasional 1982, di Kem Kijang Kota Bharu Kelantan. Pada malam hari puisi itu, kamilah antara menjadi juara mengelolakan acara di luar senarai acara Hari Puisi, dengan mengelolakan pembacaan sajak hingga ke pagi. Kamilah yang menyalakan unggun api untuk acara itu.

Sepanjang dua hari pesta puisi itu, dia bersama saya, "berderai" dengan saya yang mengintimkan lagi
persahabatan. Saya lupa apakah kami tidur atau tidak pada ketika itu. Yang saya ingat, kami mengaturkan acara pembacaan sajak hingga ke pagi disertai para penyair yang hadir termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Sama-sama "berniaga" dengan Pyan
di Hari Puisi "82.
Disamping itu kami menjaja antologi sajak, masing-masing gendung beg penuh dengan antologi sajak dari berbagai penyair. Kami dekat setiap orang untuk jual antologi sajak jika laku dapat komisyen.  

Kalau saya tidak ke Indonesia selepas pertemuan itu, dan terus berkawan dengannya mungkin saya berpuisi dan menjadi anak seni sampai ke hari ini? Dunia seni dan sastera kepada saya ketika itu adalah makan minum. 

Selepas balik dari Indonesia dan berkerja sebagai wartawan, sewaktu beliau masih aktif berteater, berpuisi dengan mengadakan pembacaan puisi bersama rakan lain di bawah tiang lampu di Pasar Seni, beliau ada ajak saya ikut sama, tetapi kerana sibuk dengan kerja, tidak dapat memenuhi ajakan itu. Saya hanya hadir pada acara seni dan sastera sekali sekala apabila majlis tidak "jemeruk" dengan jadual kerja saja. 

Namun perhubungan kami tidak pernah putus, sering berjumpa di upacara sastera dan majlis pembacaan sajak atau seminar sastera. Beliau juga seperti kemudian terikat dengan jadual kerja apabila sudah menyertai Utusan Melayu, sebagai wartawan di Mastika. Kesibukan itu menyebabkan kami bertemu di majlis-majlis tertentu sahaja. 

Salah satu buku yang beliau datang ambil sendiri
di rumah saya, "Penjara Bukan Pusara".
Era Reformasi (1998 - 2018) mengubah venue pertemuan kami, dari acara sastera ke medan demonstrasi dan ceramah politik. Pyan adalah peserta dan seorang reformis yang utama. Jika di mana-mana ada himpunan politik, kalau ada gema bacaan sajak, nah, disitu pasti ada Pyanhabib. Dialah yang melaung sehabis suara menentang kezaliman terhadap Anwar Ibrahim oleh regim Mahathir dan membela keadilan kepada rakyat. 

Beliau sering diundang untuk menyuarakan pembelaan kepada kebobrokan demokrasi melalui puisidra-puisidranya.  Minatnya kepada politik juga merebak, sehinggakan beliau ikut sama menulis buku politik mengguna laras bahasa puisi. 

Risalah, akhbar dan buku-buku politik yang saya hasilkan, jarang beliau ketinggalan memilikinya. Beliau akan menghubungi saya untuk mendapatkannya. Jika ada apa-apa yang beliau musykilkan dengan apa yang saya tulis, beliau akan bertanya dan diskas apabila berjumpa atau mengirimkan WhatsApp. Rasanya tidak ada sebuah pun naskah politik saya diera Reformasi yang beliau ketinggalan. Sebaik diiklankan buku baru beliau antara orang terawal mendapatkannya, selalunya akan datang sendiri ke rumah. 

Beliau akan ingatkan agar tidak lupa simpan untuknya; "simpan untuk ana satu, ana akan datang ke rumah anta" begitulah katanya. Dia berbahasa ana dan anta dengan saya kerana dia tahu ana sangat baik dengan Tok Guru Nik Aziz.

Begitulah Pyanhabib setelah dia menemui suaranya yang hilang akibat demam panas diusia belasan, dia pergunakan suaranya untuk membela keadilan dan menentang kezaliman. Jiwa seni dan kemanusiaan Pyanhabib sangat tinggi, hakikat ini dapat diselami dari puisi-puisinya. Terakhir kali berjumpa dengannya, seminggu selepas raya puasa, 15 April 2025. Kami berjumpa di sebuah Mall di Seksyen 1, Wangsa Maju. Sempat minum bersama. Saat itu saya sudah terperasaan yang tubuhnya semakin susut dan makan juga tidak berselera.

Jenazah Pyanhabib sebelum
disolat.
Ketika itu tidak menduga kalau dia hadapi apa-apa penyakit sebab dia kekal dengan sifat lucu dan keceriaannya tidak berubah. 

Dipertemuan itu Allahyarham tidak berbicara fasal sastera, tetapi menyentuh soal pembangunan sosial dan keributan ibu kota Kuala Lumpur. Katanya KL makin sesak dan padat sudah tidak begitu kondusif lagi. Lantaran itu beliau cadangkan hentikan pembangunan di KL, apa yang ada sudah mencukupi.

"Pembangunan di sini sudah padat, sudah sendat, kita harus banyakkan pembangunan di Putrajaya" katanya mengingati bahawa Putrajaya dibangunakan untuk mengurangkan kesesakan di KL, tetapi seperti tidak berjaya. 

"Kena bangunkan kependudukan di Putrajaya, biarkan KL kekal dengan apa yang ada kini. Hentikan pembangunan di sini," tekannya sebelum kami berpisah sore itu. Jika boleh dijadikan amanat dan harapan, itulah impian diluahkan oleh Allahyarham dipertemuan terakhir itu, sejahterakan Kuala Lumpur.

Sahabat percayalah apa yang kau suarakan itu akan didengar, kalau pun tidak untuk dilaksanakan sebab ia disuarakan dari sanubari kau yang tulus ikhlas. [wm.kl.9:42 am 06/06/2024]