Malam ini akan berlangsung Perhimpunan Perpaduan Melayu yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) hasil gabungan 248 buah Ngo Melayu.
Sempena himpunan itu juga akan dibaca waad atau ikrar. Ia kemudian akan ditandatangi oleh 57 pemimpin Melayu. Perhimpunan malam ini selain pembacaan ikrar sebagai acara kemuncak ia disusuli dengan solat Maghrib, pembacaan puisi dan pidato oleh perdana menteri.Kehadiran dianggarkan 30,000 orang. Ikrar atau waad yang akan dibaca malam ini sebagai mengganti waad Melayu 1946. Apakah waad 1946 dulu?






















