Wednesday, October 14, 2026

Pilihan raya Melaka indikator Piraum ke-16

SUSUPAN PETANG

1. Pilihan Raya Negeri (Pirane) Melaka akan berlangsung pada 14 November ini, manakala hari penamaan calon pada 31 Oktober. Sehingga kini, masih berteka teki apa yang berlaku dalam pilihan raya itu nanti. Seramai 687, 697 pengundi yang layak mengambil bahagian dalam pilihan raya ke-16 itu.  

Adakah pilihan raya ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN plus Pas, dengan gabungan PH dan Bersatu, atau pertandingan empat penjuru, BN, PH, Pas dan Bersatu?

2. Kesemua parti masih belum buat keputusan muktamad, tetapi masing-masing masih membuka pintu rundingan untuk bekerjasama di antara satu sama lain. Adalah dijangka ia akan tuntas apabila parti masing-mssing mengumumkan calon beberapa hari lagi. 

3. Yang pasti, BN mahu mempertahankan kedudukannya di Melaka dengan akan bertanding semua 21 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya alu. BN tampaknya tidak berganjak dengan keputusan itu yang dibuat sejak awal. BN Merupakan parti bermodal besar di Melaka waktu ini.
 
Kalau pun BN akan bekerjasama, (kini seperti dengan Pas), tetapi ia tetap akan bertanding di semua 21 kerusi dimenangi itu. Pas atau rakan kerjasama hanya akan diberikan tujuh kerusi tersisa sahaja. Dun Melaka mempunyai 27 kerusi.

4. Pirane Melaka ini sangat penting kepada PH. Justeru PH perlu mempertahankan sekurang-kurangnya kerusi yang dimenanginya sebelum ini, iaitu lima kerusi menerusi DAP, masing-masing satu kerusi PKR dan satu kerusi Amanah. 

Sekiranya PH gagal mempertahankan kerusi-kerusi tersebut, ia memberikan petanda buruk kepada parti itu untuk pilihan raya umum ke 16 kelak. Ini bahaya.

5. Begitu juga dengan Bersatu. Parti itu perlu mempertahankan kerusi atau sokongan yang diperolehinya sebelum ini. Perkara ini bukan mudah untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi dalam keadaan hubungan dan kerjasama politiknya dengan Pas yang tidak lagi boleh dianggap seperti dahulu lagi, tambahan parti itu berpecah jadi Wawasan.

Dalam keadaan ini, jalan terbaik Bersatu ialah membina kerjasama dengan parti lain untuk menambah kekuatan dan imej. Antara pihak yang mungkin menjadi rakan kerjasama ialah PH. PH juga dilihat memerlukan parti gabungan untuk mengukuhkan kerajaannya. Kebetulan keduanya bermasalah dan berhadapan dengan BN yang kian pulih, eloklah kalau Bersatu berganding dengan PH.

6. Untuk tujuan ini pemimpin kedua-dua parti itu serta juga penyokong bawahan perlu melupai kisah lampau dan perlu melihat jauh (move on) ke hadapan untuk survival parti. Kenangan pahit masa lalu tidak perlu dikenang lagi, yang perlu dihadapi ialah musuh di hadapan. 

Perlu diinsafi sekiranya PH dan Bersatu gagal mempertahankan kedudukan masing-masing, keputusan itu boleh memberikan petanda buruk untuk masa depan kedua-dua parti. Tidak mustahil semisalnya dalam Piraum akan datang Bersatu dan PH kalah teruk ia membawa kepada parti itu ke lubang maut. 

Tidak mustahil jika BN mendapatkan kemenangan besar di Melaka nanti dengan bantuan Pas dan Wawasan ia memberi isyarat betapa lubang maut buat parti-parti gabungan PH dan Bersatu kian mendekati.

7. Dalam hal ini BN dilihat mempunyai peluang yang lebih besar untuk terus memerintah Melaka, terutama jika mengambil kira keputusan pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan lalu. 

Sekali lagi diingatkan situasi itu perlu dianalisa sebaik mungkin oleh PH maupun Bersatu. Jangan beri harapan optimistik kepada BN, kerana senario itu bakal membunuh mereka.

8. Kesimpulannya, Pirane Melaka boleh menjadi indikator penting kepada senario politik menjelang Piraum ke-16. Kemenangan BN, terutama jika disertai kemerosotan sokongan terhadap PH, boleh menguatkan kedudukan BN di seluruh negara dan membuka ruang lebih luas kepada kerjasama dengan Pas. Sekiranya berlaku kerjasama di antara BN dengan Pas di Melaka seperti berlaku di Johor dan Negeri Sembilan ia turut "memanggakkan" parti agama itu. 

Natijahnya perkembangan itu tentu memberikan tekanan kepada Kerajaan Madani. [wm.kl. 4:28 pm 14/10/2026].

....
"Manggak" - agah, action, atau besar kepala. 

No comments: