RENCANA KHAS
![]() |
Harap salam ini kemas sampai akhir. |
Mesej artikel itu saya pertikaikan cara Rafizi Ramli mengumumkan calon-calon pasukannya sungguh grand untuk melawan orang ditentangnya Azmin Ali, penyandang jawatan timbalan presiden Keadilan.
RENCANA KHAS
![]() |
Harap salam ini kemas sampai akhir. |
Mesej artikel itu saya pertikaikan cara Rafizi Ramli mengumumkan calon-calon pasukannya sungguh grand untuk melawan orang ditentangnya Azmin Ali, penyandang jawatan timbalan presiden Keadilan.
DAPATAN RASA
MEDIA massa propagandis, alias pembobo tidur kerajaan, Kelauraga Malaysia melaporkan lebih 100,000 orang ramai mengunjungi rumah terbuka perdana menteri Ismail Sabri Yakob pada Ahad lalu. Sama ada angka itu lebong atau tidak, tetapi cara laporan itu dibuat menyeronokkan mereka yang mendokong serta menumpang rezeki hidup dengan Ismail Sabri.Sementara bagi rakyat nun jauh di kampung menggeleng-geleng kepala kekaguman dengan laporan itu dan mengangkat jempol kerana saking hebatnya Ismail Sabri sebagai perdana menteri.
CATATAN
![]() |
Sebahagian orang ramai yang hadir pada dialog di Kuala Krai. |
PENDAPAT
![]() |
MP dan Senator dari Kelantan yang dilantik jadi menteri. |
Begitu juga bagi rakyat Kelantan yang berfikiran terbuka dan sihat, yang melihat realiti politik sebagai mekanisme untuk mentadbir dan menguruskan negeri, sangat merasakan kerajaan Pas kini perlu diganti dengan kerajaan baru. Tanpa diganti Kelantan tidak akan mengalami peredaran dan perubahan sama dengan negeri-negeri lain. Masa yang dilalui akan sia-sia begitu sahaja.
JOLOK MENTARI
PAKATAN Harapan alias PH kehilangan kerajaan sudah dua tahun. Perdana Menteri kerajaan PH, Dr Mahathir Mohamad juga telah diganti dengan dua perdana menteri, Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob. Mahiaddin menjadi PM hanya 17 bulan sahaja sebelum beliau diganti oleh Ismail Sabri Yaakob pada 21 Ogos 2021 menerusi suatu mini komplot.Pengunduran Mahiaddin sebagai PM, disambut penuh keseronokan oleh PH, kerana mereka mengharapkan jawatan itu akan diisi oleh orang mereka, Anwar Ibrahim. Pengunduran Mahiaddin itu juga dianggap sebagai hukum karma terhadap ahli Parlimen Pagoh itu atas permainan politik khianat. Orang PH melepas geram kepada Mahiaddin dengan menjuah "padan muka."
SESUDAH SUBUH
![]() |
Ismail Sabri perlu berhati-hati. |
Daripada empat keputusan itu yang paling penting dan menarik, persetujuan MKT Umno untuk melantik Ismail Sabri jadi perdana menteri. Keputusan ini dilihat perubahan dan perkembangan positif yang berlaku dalam parti itu. Ia juga sebagai gencatan senjata di antara golongan yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju Ismail Sabri terus menjadi PM.
BELASUNGKAWA
SAYA berasakan tidak lengkap selagi tidak merakam kenangan dan keistimewaan yang dimiliki Norzah Kepol. Allahyarham telah dijemput Allah tanggal 10 April, 2022 kira-kira jam 8:30 malam di rumahnya di Selayang Baru dalam usia 57. Pemergiannya mengejutkan dan dirasai oleh setiap orang mengenalinya selaku wartawan politik. Allahyarham telah mengalami sakit sejak tiga tahun lalu lagi tetapi didiamkan.Seperti saya katakan dalam catatan di FB, Norzah adalah orang kecil yang ramai tidak mengetahui akan kelebihan dimilikinya. Ini kerana beliau bukan wartawan berstatus tokoh apa lagi bertaraf negara dan datang dari akhbar arus perdana. Tetapi apa dimilikinya terutama semangat kewartawanan ia sangat bererti kepada saya khasnya, dan warga dunia penulisan buku-buku politik serta penerbitan akhbar tabloid.
SESUDAH SUBUH
![]() |
Gambar hiasan. |
Penamaan calon menerusi talian dibuka sejak 8 April lalu dan tamat semalam 11 April.
Mengenai akta anti lompat yang dijangka menjadi realiti pada Mei depan apabila satu lagi sidang khas parlimen diadakan, kita doakan semoga ia berjaya. Seperti dikutip daripada kata-kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim semasa membahas rang undang-undang pindaan itu, akta itu nanti boleh mengurangkan rasa benci dan ketidak-percayaan setengah rakyat kepada politik (pilihan raya). Mudah-mudahan peratus keluar mengundi dalam Piraum ke-15 akan capai tahap sebelum ini.
CATATAN
PENJELASAN Ketua Arkid Negara (ANM), Jaafar Sidek Abdul Rahaman tentang betapa pentingnya negara memiliki bahan sejarah (arkid) negara seperti tidak dipedulikan oleh pihak-pihak tertentu khususnya dari kalangan orang politik.
Saya tidak dengar ada orang politik, baik secara individu ataupun parti mengambil perhatian atas penjelasan itu. Keadaan lesu ini menyebabkan penjelasan Jaafar Sidek itu berlalu begitu sahaja.
Baru-baru ini, BH Online, [https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942237/berjuta-bahan-arkib-malaysia-di-luar-negara] telah menyiarkan rencana temuramah dengan Jaafar Sidek yang disiarkan tanggal 4 April, berhubung kepentingan bahan arkid dan permasalahannya.
PEMEGANG PUASA
![]() |
Husam hanya sebatang dian. |
ULASAN LAMBAT
![]() |
Ismail Sabri tidak perlu tunduk. |
Kedua-dua isu itu tidak berkaitan di antara satu sama lain, tetapi ia menjadi isu diberi fokus dalam sehari dua ini. Isu menarik dan panas serta sudah ada yang penasaran mengenainya.
POJOK PAGI
Najib Razak memberi peringatan berupa "larangan" kepada mereka yang peluk Lim Kit Siang agar jangan datang ke parlimen. Bagus Najib kerana mementingkan kesihatan dan keselamatan diri. Tetapi sayang dia lupa kepada apa yang berlaku kepada dirinya sendiri.
Beliau tidak mengingat dan melarang dirinya agar tidak dikerumuni orang ramai, khususnya budak-budak muda walaupun dia sudah divonis penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana melakukan rasuah. Sebenarnya antara keselamatan diri dengan maruah diri sama penting.
Justeru dalam masa menasihati Kin Siang, Najib juga perlu mewaspadai dirinya agar tidak menjadikan orang ramai keliru. Najib perlu kuarantin diri dahulu dari berpolitik sehingga mahkamah membebaskannya. [wm.kl. 8:06 22/03/2021]
SUSUPAN MALAM
Onn Hafiz yang tidak diumumkan parti tetapi dilantik jadi MB. |
Yang bernasib baik menjadi MB ialah Adun Machap, Onn Hafiz Ghazi. Hasni setelah menyedari beliau tidak dilantik jadi MB membuat kenyataan, kepimpinan negeri Johor perlu diberikan kepada orang muda. Usia Onn Hafiz 44 tahun. Kenapa Hasni tidak berkata demikian terlebih awal, sebelum hari pengudnian misalnya? Ini menjelaskan perubahan berlaku dengan tiba-tiba diluar dugaannya.
ULASAN LEWAT
DALAM mood yang tidak begitu sumringah, saya cuba melengkapkan kerja rutin pengisian blog MT dengan memberi ulas-pandang terhadap pilihan raya (Pirane) Johor yang sudah selesai semalam. Keputusannya seperti sudah diketahuiUmno - BN berjaya menguasai 40 kerusi daripada 56 kerusi sekaligus membentuk kerajaannya di negeri berjiran dengan Temasik itu.Parti-parti lawan BN, hanya memperolehi 16 kerusi sahaja, dengan pecahan Perikatan Nasional (PN), 3 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Keadilan dan Muda masing-masing satu kerusi. Dengan pencapaian itu BN berjaya membentuk kerajaan Johor dengan majoriti dua pertiga, satu pencapaian dikira cemerlang dalam konteks demokrasi berparlimen.
Tidak kira apakah cara kempen dan peraturan serta syarat kempen dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sama ada memuaskan hati atau tidak, tetapi semua pihak telah melaksanakan kempen masing-masing.
Tidak seperti biasa, saya tidak turun ke pilihan raya kali ini. Apa yang saya lakukan semasa pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak, untuk Johor, saya juga tidak turun untuk membuat tinjauan dari dekat seperti lazimnya.
Kemesraan Najib dan Zahid, apa yang mereka ketawakan? |
ULASAN
PILIHAN RAYA negeri Johor sudah bermula dengan rasmi mulai semalam selepas berlangsung dan selesainya proses penamaan calon. Walaupun Pirane Johor diadakan dalam keadaan pandemik yang kembali menggila, tetapi ia tetap menjadi tumpuan umum khususnya parti politik. Orang politik ini gila semacam.
Pilihan raya itu menjadi gelanggang menguji kekuatan parti-parti politik yang wujud dalam negara ini. Walaupun Melaka dan Sarawak baharu mengadakan pilihan raya masing-masing, tetapi ia berbeza dengan apa yang berlaku di Johor. Pirane Johor dikira penting kepada semua parti politik utama; Umno, Bersatu, Keadilan dan DAP.
10 buah parti politik mengambil bahagian dengan pembabitan seramai 239 orang calon termasuk 16 bertanding atas tikit Bebas.
ULASAN
Usah biarkan Hadi jadi kaduk. |
Kenyataan, pandangan, ulasan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi akhir-akhir tidak menggambarkan kemantapan daya akal intelektual beliau sebagai pemimpin. Kemusyidannya sebagai pemimpin kian tumpul dan ada kalanya mengelirukan.
PENDAPAT
Idris Ahmad perlu ambil inisiatif. |
Perbahasan secara terbuka menerusi media sosial makin menjadi-jadi kini. Kebebasan bersuara yang dicapai sekarang ini telah dipergunakan secara tidak berperaturan dan ada kalanya menyerlahkan "kedangkalan" manusia yang mengaku ada agama.
Catatan Perjalanan.
Sembang dengan Basir Ismail di Jitra. |
Kedah antara negeri yang menjadi kesukaan saya, seronok berada di sana, selain daripada dapat melihat bentangan sawah padi menghijau, terhibur juga melihat sepak terajang politik di negeri itu.
Satu pemandangan kawasan pembalakan di hutan Kelantan. |
PANDANGAN
Ismail Sabri tidak perlu tunduk dengan tekanan. |
Memahami MoU ditandatangani di antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dengan pembangkang (PH) pada 13 September 2021, mengandungi tujuh subjek dengan persetujuan Piraum tidak akan diadakan sebelum Julai tahun ini. Tetapi tampaknya persetujuan tempoh itu tidak disetujui oleh semua komponen parti politik.
RENUNGAN
APABILA rintisan tahlul syiasi antara Pas dengan Umno, Umno dan Pas ditularkan, ramai yang terkejut antara yakin dengan tidak. Tidak kurang juga yang tersenyum membaca laporan itu dengan pesimis dan menganggap ia suatu lelucon. Majlis yang berlangsung di PWTC dengan menanda tangani piagama Muafakat Nasional (MN) pun dijadikan persendaan, tetapi membawa isyarat seperti mahu jadi kenyataan.
Kenapa ada yang pesimis kerana mengingati apa yang pernah dilakukan dan berlaku kedua buah parti itu. Mereka pernah bersama tahun 1970-an, kemudian tidak sampai setengah hari bergaduh dan berpecah semula.
Khamis ini usia saya genap 62 tahun. Sempena itu saya bersyukur dan bermunajat kepada Allah Swt anugerahkan saya dan kita semua kesihatan dan kewarasan fikiran untuk terus menulis dan menulis.
Sempena dengan kedatangan tarikh itu saya, ingin mengenang dan memberi tanda kasih saya kepada pembaca blog ini khasnya, tawaran buku baru saya, MENGAPA ANWAR BELUM JADI PM? bagi cetakan kedua yang masih ada dalam simpanan. Buku ini sudah masuk cetakan dua kali, terima kasih atas perihatian anda budiman semua.
Tawaran istimewa sebagai tanda kasih ini hanya 31 naskah sahaja. Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk memiliki sila hubungi segera saya nombor 019-2336996 atau 016-8443996. Siapa yang segera dia yang punya tawaran ini. [wm.kl.1:06 pm 30/01/2021]
ULASAN
Gambaran Hiasan: Pimpinan Umno Kel. |
Sementara Pas pula diwakili oleh Pesuruhjaya Ahmad Yaakob yang juga MB Kelantan, timbalan Pesuruhjaya Mohd Amar Nik Abdullah dan lain-lain.
ULASAN
Azam Baki pembuka panggung 2022. |
SESUDAH SUBUH
KEINGINAN rakyat Kelantan yang berada di luar (perantau) untuk melihat berlaku perubahan pemerintahan negeri itu daripada Pas kepada parti atau entiti lain sangat ketara dan serius. Ini terbukti dengan tertubuhnya beberapa Ngo yang diasaskan oleh rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan.Ngo tersebut lahir atau ditunjangi oleh individu mempunyai iktisad dari berbagai cabang atau kelas rakyat Kelantan, profesional, peniaga, mahasiswa dan juga bekas pegawai kerajaan (pensiun).
Husam bapak pejuang royalti Kelantan. |
Semua rakyat negeri Kelantan sedang menunggunya penuh sabar khasnya mereka yang berada di luar Kelantan yang sudah mengesan akan kedahagaan rakyat Kelantan untuk mengecapi nikmat royalti itu.
Tentu sekali Husam sendiri orang yang bertanggungjawab mengerak dan memperjuangkan tuntutan royalti itu sangat ingin melihat dan mengetahui ke mana wang petroleum itu dimanfaatkan oleh kerajaan untuk rakyat.
SOROTAN PAGI
SEMALAM diumumkan barisan kepimpinan sebuah lagi parti baru, Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dikaitkan dengan bekas ahli Keadilan. Sebelum ini Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin disebut-sebut sebagai bakal memimpin parti ini. Tetapi tampaknya tidak jadi apabila ahli Parlimen Julau Larry Soon@Sug diumumkan sebagai presiden. Larry Sug ini juga adalah bekas ahli Keadilan dan pernah menjadi pengerusi Keadilan Sarawak.Manakala timbalan presiden I, Haliza Mohd Talha. Hampir 90% barisan kepimpinan diisi oleh bekas ahli Keadilan. Apa yang jelas parti yang dijenamakan semula daripada parti Pekerja Sarawak itu menjadi wadah mengumpul bekas-bekas ahli Keadilan yang meninggalkan perjuangan reformasi.
Dr Mazlan Ali, ramal Pas kuasai Kelantan. |
Sandaran Dr Mazlan untuk berpandangan demikian antaranya kerana di negeri itu kekuatan pembangkang "leweh" (lemah).
Iya, jika ditanya keadaan di Kelantan hari ini kekuatan pembangkang (khasnya PH) langsung tidak ada, bahkan pembangkang tidak menyerlah, situasi ini memberi peluang untuk Pas terus menguasai negeri Tok Kenali itu.
Selamat tahun baru diucapkan khas kepada penjenguk blog ini. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih berjaya dan dalam rahmat Allah sepanjang masa.
Tahun 2021 kita tinggal dengan berbagai peristiwa dan kejadian yang dialami. Ada yang manis dan ada yang pahit. Ada kegembiraan dan kesedihan. Hendaknya 365 hari mendatang tidak akan membawa kita mengulangi kesedihan, kedukaan dan kemalangan, melainkan ia memberi rahmat yang diharapkan.
Salam hormat. [wm.kl.8:14 am 01/01/2022]