Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts

Friday, June 19, 2026

Realiti politik Makaysia

SUSUPAN SENJA

REALITI politik dalam negara ini menunjukkan bahawa tiada mana-mana parti yang mampu menang dan memerintah secara bersendirian tanpa menjalinkan kerjasama atau pakatan dengan parti lain.

Sejarah telah membuktikan hakikat tersebut. Dalam pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, kemenangan berpihak kepada Parti Perikatan, iaitu gabungan tiga parti utama: United Malays National Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC).

Dalam pilihan raya itu, beberapa parti bertanding secara bersendirian seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Negara dan calon bebas. Namun, mereka tidak berjaya menandingi kekuatan Perikatan. PAS hanya memenangi satu kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Wednesday, March 5, 2025

Politik jahiliah pembangkang terlepas catat sejarah

ULASAN MALAM

KESEDIAAN kerajaan Madani untuk melakukan reform terhadap Parlimen dengan mengembalikan kuasa autonomi Parlimen sepatutnya diambil kesempatan sebaik mungkin oleh pembangkang.

Pembentangan Rang Undang Undang PSA itu adalah untuk kebaikan bersama bukan retorik pembangkang jauh sekali sebagai modal politik seperti mana didakwa. Pengembalian kuasa Parlimen dan meletakkan Parlimen terpisah daripada tiga cabang kuasa; legislatif, eksekutif dan kehakiman itu adalah iltizam peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan agenda reform kerajaanya.

Malangnya kesempatan yang terbuka itu tidak diambil sebaiknya oleh pembangkang bagi menaikkan imej pembangkang sebagai pasukan semak dan imbang yang professional. Semasa Rang Undang-Undang Pindaaan Perlembagaan (Pindaan) 2025 dibentang bagi membolehkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, pembangkang bersikap berkecuali dengan tidak mengundinya. Semua 57 wakil pembangkang berada dalam dewan tidak mengundi menyokong.

Tidak mengundi bemakna, mereka tidak setuju dengan rang undang-undang berkenaan dan menolakan pembaharuan.

Sikap pembangkang yang dilihat klase itu tidak menguntungkan dan menambah baikan demokrasi negara, bahkan memberi imej buruk kepadanya. Rakyat diluar sana melihat pembangkang gagal berperanan mengikut fungsinya, sebaliknya masih berpolitik secara emosional dan jahiliah.

Pindaan perlembagaan itu mendapat sokongan lebih 2/3 apabila seramai 148 wakil mengundi menyokong rang undang-undang berkenaan. Dan hari ini Rang Undang Undang Perkhidmatan Parlimen yang dibentangkan menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang) Azalina Othman Said telah diluluskan di parlimen. Seramai 35 orang ahli parlimen membahas. 

Pembangkang sepatut memberi sokongan ke atas pindaan itu kerana ia bersifat "universal" bukan bersifat political mialeage pihak kerajaan. Betapa dengan wujudnya akta Perkhidmatan Perlimen 2025 itu, pihak pembangkang juga mendapat manfat serta faedahnya. 

Sekiranya pembangkang memberi sokongan apa-apa kebaikan dan faedah terbit dari akta itu juga menguntungkan pembangkang. Paling mustahak jika menyokong pembangkang tidak akan dilihat sebagai menginding apa-apa kebaikan yang dibawa oleh akta berkenaan nanti.

Kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 itu juga merupakan sejarah baru dalam politik dan demokrasi Malaysia. Pengembalian autonomi Parlimen itu sebagai suatu kejayaan kerajaan memertabatkan demokrasi negara ini. Akta itu sudah wujud sebelum ini (1963) kemudian dibatalkan tahun (1993). Namun malangnya sejarah baru yang tercatat itu tidak dikongsi besama oleh pembangkang kerana ketepuan daya politik mereka yang terjerut dengan saraf politik jahiliah. 

Kita percaya bukan semua 57 wakil pembangkang tidak bersetuju dengan RUU Pindaan Perlembagaan Selasa lalu, tetapi kerana keputusan dibuat secra konsensus oleh seperti mana kehendak Ketua Pembangkang dan ketua whip parti-parti pembangkang, maka terlepaslah peluang terbaik untuk pembangkang mencatat sejarah bagi dikenang sebagai kumpulan (pembangkang) yang rasional dalam berpolitik.

Pembangkang selalu melepaskan peluang keemasan yang banyak terhidang era kerajaan Madani ini.   [w.kl. 8:34 pm 05/03/2025].


Monday, January 8, 2024

Projek tebuk atap sudah jadi endemik

MENJOLAK MENTARI 

Anwar angkat sumpah sebagai
PM ke-10.
DIAWAL projek untuk menumbangkan kerajaan Perpaduan dan sekaligus membuang Anwar dari kerusi nombor satu negara frasa ketiga saya ditanya seorang kawan, "Sheikh ada apa berlaku di PMO?" Saya tidak segera menyedari apakah maksud pertanyaan itu. Bahawa kawan itu telah mendengar riak risik akan bakal berlaku kegemparan, dimana kerajaan akan tumbang dan Anwar Ibrahim akan tercabut dari kerusi perdana menteri.

Melalui risikan dan sumber-sumber diperolehinya, konon Anwar akan dijatuhkan dan kerajaan akan bertukar dalam masa terdekat. Tampaknya pertanyaan kawan saya itu menyakinkan dan bersemangat sekali. Mungkin dia seronok kalau Anwar tumbang kerana sebab-sebab tertentu.

Sunday, December 31, 2023

Harap apa yang saya fikir ini tidak terjadi

SEBELUM MENTARI 23 LENYAP 

Kit Siang apakah ada konspirasi?
SURYA 2023 akan terbenam beberapa jam saja lagi. Sepanjang 365 hari lalu banyak peristiwa
berlaku yang meninggalkan berbagai kesan kepada kita; sedih, gembira, galau, sangsi, waswas dan sebagainya. Sepanjang tahun lalu secara individu ada yang mencapai apa dihajati ada yang gagal untuk memperolehinya. Semua bidang dan lapangan kehidupan mempunyai impak tersendiri.

Begitu juga dalam aspek politik, dunia politik kita bergelora dan berombak sambung menyambung dari tahun sebelumnya hingga ke saat-saat berakhirnya tahun 2023. Parti-parti politik mengalami pasang surut. Agak dramatik dan lucunya ialah projek untuk menumbangkan kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim menjadi agenda utama mengisi takwim 2023. 

Seolah-olah sepanjang tahun lalu pembangkang tidak berihat daripada berusaha untuk capai maksud itu. Mereka terus bermimpi disambung dengan igau yang membawa kepada meroyan tanpa tentu fasal tanpa mengetahui dihinggap virus apa.

Tuesday, October 25, 2022

Politik Dajjal tidak perlu dibawa ke Sabah dan Sarawak

MENJOLOK MENTARI

Zahid Hamidi tidak perlu
menjaja idea bolos.
TERSERLAH sangat orang Semenanjung (baca parti politik) kecut perut dengan orang (baca
politik) Sabah dan Sarawak. Ketakutan ini jelas terbayang apabila berlaku politik Dajjal, tawar menawar jawatan berupa habuan kepada ahli politik daripada kedua negeri itu. 

Orang Semenanjung sedang rancak menjaja jawatan TPM di Kota Kinabalu dan Kuching seminggu dua menjelang Piraum ke-15 ini. 

Lagak mereka macam peraih durian musang king di tepi-tepi jalan di Raub yang saling bersaing dan memberi tawaran dan harga runtuh untuk menarik hati pelanggan. 

Thursday, October 6, 2022

Harapan Zahid tidak kesampaian

ULASAN MALAM

Gambar ini menunjukkan Zahid
yang beriya bukan Ismail Sabri.
PENANTIAN mendebarkan hari ini ialah pengumuman pembubaran parlimen. Atau pun setidak-tidaknya bayangan parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. 

Peranan Menteri Ismail Sabri Yakob telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi. Walaupun pertemuan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah itu adalah rutin sebelum mesyuarat kabinet, tetapi ia diharap Ismail Sabri akan mengemukakan permohonan untuk membubarkan parlimen.

Monday, October 3, 2022

Apabila Zahid sudah berlunak dengan Pas

RENCANA

DALAM riuh randah dakwaan Umno mempunyai kekuatan untuk kembali berkuasa sehinggakan mendesak agar parlimen dibubarkan, tiba-tiba presidennya Ahmad Zahid Hamidi berubah sikap menjadi lunak dengan Pas secara tiba-tiba. Mimpi apa yang menjolok tidur ahli parlimen Bagan Datuk itu.  

Wednesday, September 28, 2022

27 kerusi kritikal jadikan Pas, Umno dan Bersatu meroyan

ULASAN

GARA-GARA 27 kerusi parlimen yang dikategorikan sebagai kritikal menyebabkan tiga buah parti bernuansa Melayu - agama; Umno, Pas dan Bersatu seperti sedang meroyan kini. Ketiga-tiga parti itu masih mencari formula terbaik untuk mengatasi dan menghuraikan masalah itu. 

Pas yang menggunakan slogan politik sejahtera cuba menyatukan dua kelompok Melayu itu dengan menggunakan landasan penuh retorika perpaduan ummah. Walaupun landasan diambil oleh Pas itu boleh meragukan kejilahannya dan bersifat "rasis" dalam konteks masyarakat Malaysia, tetapi itulah modal besar Pas, mengajak menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran daripada "aurad"  fahamannya.   

Pas sangat memahami jika kedua parti itu tidak didamaikan sehingga berlaku perebutan di 27 kerusi kritikal itu harapan kelompok bernuansa Melayu - agama itu menang tidak akan tercapai. 

Friday, September 23, 2022

Semua parti perlu sedia pelan khusus untuk hapus rasuah

ULASAN

MASALAH rasuah yang melanda negara dan sekaligus menyebabkan negara terkesan apabila dipandang buruk oleh dunia luar, antara kesannya, para pelabur berhati-hati untuk melabur terus mendapat perhatian Raja Nazrin Muizuddin Shah (foto) apabila baginda menekankan masalah rasuah tidak boleh dibiarkan dan mengibaratkannya sebagai barah.

Raja Nazrin Muizuddin Shah antara sultan yang kerap memperkatakan mengenai bahaya rasuah dan meminta ia diberi pehatian serius, jujur dan berani untuk menangani serta tidak berhelah.

Wednesday, September 21, 2022

Tiada pilihan raya umum tahun ini?

TERKINI

MESYUARAT kabinet hari ini dilaporkan telah membincang mengenai pilihan raya umum ke-15. Memetik sebuah laporan perkara itu disahkan oleh seorang anggota kabinet Shahidan Kassim tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Jurucakap kabinet juga tidak melaporkan apa-apa tentang perkara itu. Selalunya apabila selesai mesyuarat kabinet, adalah menteri yang menjadi jurucakap kabinet akan melaporkan apa-apa atau putusan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. 

Baru-baru ini pemuda BN telah mendesak Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Semasa menghadiri majlis peluncuran jentera pilihan raya BN, Ismail Sabri didesak secara bersemuka menyebabkan beliau memberi respon (jaminan) mengatakan "sedikit" (masa) sahaja lagi parlimen dibubarkan. 

Sunday, September 18, 2022

Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang

SESUDAH SUBUH

DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan menekan Ismail Sabri
Yaakob
membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum (pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.

Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN) boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.

Friday, September 9, 2022

Laporan polis oleh Dap terhadap Hadi tidak bijak

ULASAN 

KURANG bijak dan kurang untung. Itulah perkataan yang boleh diluahkan ekoran tindakan seorang
Adun Dap kerusi Seri Delima, Syerleena Rashid (foto) yang membuat laporan SPRM terhadap presiden Pas Abdul Hadil Awang kononnya presiden parti agama itu menerima wang hasil pengubahan wang haram RM90 juta.

Laporan Adun berkenaan dibuat berasaskan video Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang tular baru-baru ini, yang dikatakan “mengesahkan” dakwaannya bahawa Umno memberi rasuah RM90 juta kepada Pas untuk mendapatkan sokongan parti itu pada pilihan raya umum ke-14. 

Wednesday, August 31, 2022

Semua gabungan tidak mantap untuk hadapi pilihan raya

SUSUPAN PAGI 

KETIKA kian hampirnya pilihan raya umum ke-15, keadaan dan suasana politik makin celaru, huruhara dan tidak menentu. Kenyataan yang dikeluarkan daripada para pemimpin politik baik secara persendirian atau mewakili parti atau gabungan, menunjukkan keadaan yang tidak harmonis. Ia saling bercanggahan antara satu sama lain. 

Percanggahan itu menunjukkan tidak konsenkuensi mereka dalam menangani senario politik hari ini. Kondisi itu juga menggambarkan pilihan raya akan datang akan berlangsung dalam ketidaktentuan arahan. Tidak ada mana-mana gabungan atau parti politik yang kompak. Ini sedikit sebanyak boleh mengelirukan orang ramai, atau pengundi untuk membuat pilihan tepat. 

Justeru munasabahlah kalau orang berpendapat dalam pilihan raya akan datang tidak ada mana-mana parti atau gabungan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian. Tidak ada mana-mana koalisi yang boleh menubuhkan kerajaan tanpa bergabung dengan pihak-pihak lain.

Tuesday, August 16, 2022

Jajaran baru politik selepas pilihan raya

MENJOLOK MENTARI

KITA sambung perbualan menerusi panggilan terjah seorang kawan saya malam kemarin dahulu. Selain ingin memberi maklumat (senario) kepada saya berhubung isu LSC yang tidak menguntungkan UBN itu, mauduk kedua yang dibicarakan mengenai prihal pilihan raya umum ke-15. Kawan saya itu merupakan seorang ahli dan propagandis Umno (BN) sangat mengharapkan agar BN kembali berkuasa.

Banyaklah manfaat yang diperolehinya kalau UBN kembali berkuasa. Baginya pengembalian kuasa UBN bukan untuk kepentingan bangsa dan negara, tetapi lebih kepada untung diri sendiri. Maaf.

Friday, July 29, 2022

Akta lompat disokong sebahagian pengkhianat

ULASAN

Parlimen tempat gubal undang-undang
jangan pula undang-undang dilanggar.
SEMALAM (28 Julai 2022) parlimen Malaysia telah meluluskan rang undang-undang pindaan perlembagaan (No 3 2022) bagi membolehkan akta anti lompat parti digubal. RUU itu disokong oleh 209 suara, sementara 11 ahli parlimen tidak hadir. Sokongan itu melebihi daripada dua pertiga yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu pindaan mengaitkan perlembagaan dilakukan. 

Wednesday, March 3, 2021

Parti Umno, Pas, Keadilan dan DAP tetap parti unggulan

 SUSUPAN PAGI

SAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya empat buah parti sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusnya disokong bagi menjadi tonggak kerajaan. Parti-parti itu ialah Umno, Pas, Keadilan dan DAP. Alasan saya hanya parti ini ada asas dan teras yang kukuh penubuhannya. 

Wednesday, June 3, 2020

Bukti dan dalil baru jelaskan hakikat yang berlaku

JELANG DHUHA

Gambar ini mencerita dan mendedahkan seribu makna.
DENGAN tersembur atau terdedahnya beberapa maklumat baru dari sumber atau dalil akli yang dapat disaksikan, menyebabkan kita perlu menilai semula setiap apa yang ditanggap dan dirumuskan sebelum ini berhubung peristiwa kudeta ke atas kerajaan PH tempoh hari.

Sekurang-kurang ada tiga sumber maklumat atau dalil baru yang boleh dijadikan asas untuk dinilai semula ke atas kejadian itu, mencari kebenaran dan mengurangkan ketersasaran tanggapan sebelum ini.

Wednesday, June 17, 2015

Himpunan desperado dan hero ego

SESUDAH SUBUH                                                                          

Esok umat Islam akan mulai berpuasa. Puasa adalah rukun Islam yang ke tiga dalam kerangka pembentukkan akidah dan saksiah Islam. Menjelang beberapa jam kita akan mulai menjelani ibadat tahunan itu telah berlangsung dua majlis politik malam tadi, keduanya membabitkan himpunan oleh ahli dan penyokong Parti Islam seMalaysia (Pas).

Himpunan malam tadi, atas di Muar bawah di Marang.
Satu berlangsung di Bakeri Muar Johor, satu lagi di Marang Terengganu. Himpunan di Johor digerakkan oleh bekas pemimpin Pas yang kalah dalam perebutan jawatan pada mukatamr ke-61 lalu.

Manakala himpunan di Marang Terenganu diadakan oleh pimpinan baharu Pas, mereka yang menang dalam pemilihan itu sebagai balasan langsung kepada himpunan di Muar itu. Balasan langsung saya kata kerana mereka memilih tarikh dan masa yang sama sedang majlis di Bakeri itu ditetapkan lebih awal.