PEMERINTAHAN Anwar bukan sekadar mahu melawan eksploitasi agama dan bangsa, tetapi lebih besar daripada itu, mahu menghapuskan kleptokrasi menerusi agenda reformasi bagi tujuan mewujudkan negara bermartabat tinggi di mata dunia.
Inilah cabaran terbesar yang dihadapi Anwar yang juga akan mementukan jaya atau tidak kerajaanya. Usaha ini bukan sesuatu yang mudah kerana budaya dan amalan kleptokrasi sudah berakar umbi sejak berdekad-dekad lamanya.
Ia dibentuk-sepuhkan Kerajaan terdahulu. Ia bukan sekadar melibatkan orang politik, tetapi turut sama mempengaruhi sebahagian pegawai tinggi kerajaan serta mereka yang mempunyai kepentingan dengan sistem berkenaan. Inilah bahananya apabila kerajaan korup dibiarkan lama bertapa di kerusi pemerintahan.
Istilah kleptokrasi dalam politik Malaysia dipopularkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Kleptokrasi difahami sebagai pengumpulan kekayaan, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. Istilah ini mendapat perhatian selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada 2018, terutama melalui isu 1MDB dan pentadbiran Najib Razak.
Anwar memudahkan kefahaman dan maksud istilah itu kepada rakyat mengenai penyelewengan wang dan kuasa ini dengan menukar istilah yang lebih dekat dengan bahasa rakyat, SAKAU. Sebutan sakau, sakau dan sakau yang didendangkan Anwar samalah sebut kleptokrasi dinyanyikan Mahathir.
Persamaan.
Ada satu persamaan dari segi tekad dan political will antara Anwar dan Mahathir dalam soal menyelamatkan negara. Lantaran itu pada suatu masa kedua-duanya pernah berada dalam satu pasukan, ini menunjukkan mereka sejiwa dan sehati. Walaupun selepas itu mereka berpisah, (kerana hasutan dan konspirasi politik) tetapi masing-masing masih membawa nekad dan agenda sama. Kerana itu sesudah tidak berada dalam Umno, Mahathir mencari Anwar untuk menumbangkan kerajaan UBN.
Persamaan menyebabkan mereka berdua, (kini Anwar) tidak disenangi.
Terutamanya mereka yang selama ini merasa selesa atau mengambil kesempatan daripada sistem pemerintahan yang mempunyai unsur kleptokrasi mempunyai sebab untuk mempertahankannya, dan kurang senang dengan pentadbiran Anwar, kerajaan Madani.

Golongan ini bukan sahaja terdapat dalam kalangan orang politik, bahkan wujud dalam kalangan pegawai dan kelompok yang mempunyai kepentingan dalam pentadbiran negara. Sebab itu sebagai contohnya telah ada pegawai tertinggi kerajaan bertaraf Jusa, Ketua Pengarah dan sebagainya telah diambil tindakan dan didakawa.
Kehebatan golongan pembawa, pengamal atau penyokong budaya kleptokrasi ialah kemampuan mereka mempengaruhi rakyat bawahan. Mereka bukan sahaja menguasai sumber dan jaringan kuasa, tetapi juga berusaha membentuk pemikiran rakyat (psychological warfare) supaya melihat sesuatu mengikut kerangka yang mereka kehendaki. Dalam masa sama mereka membina naratif apa dilakukan Kerajaan Madani bersifat politik membalas dendam semata-mata.
Kehebatan mengindoktrinasikan pemikiran rakyat dalam hal ini ada persamaannya dengan kemampuan Pas menanam doktrin dalam pemikiran sebahagian rakyat Melayu marhaen bahawa Pas itu adalah agama. Tanpa segan silu pemimpin mereka tergamak mengatakan sekiranya masuk Pas akan masuk syurga. Apabila parti politik berjaya disamakan dengan agama, maka mengkritik parti dianggap seolah-olah mengkritik agama. Begitu juga apabila kepentingan para kleptokrasi disamarkan sebagai kepentingan rakyat atau negara, maka usaha melakukan reformasi akan dianggap sebagai ancaman.
Di sinilah sebenarnya pertarungan Anwar bukan sekadar pertarungan politik. Ia adalah pertarungan untuk mengubah cara berfikir, membongkar budaya lama dan membina sebuah sistem pemerintahan yang lebih telus, berintegriti dan bertanggungjawab. Daripada mengagungkan kebendaan dan kekuasaan, ketidak adlilan sosial kepada prinsip keadilan dan mengangkat martabat insan.
Secara jujur kita ingin bertanya apakah peranan Pas dalam perkara ini. Pas sebagai pembangkang yang tanggungjawab hakikinya sebagai check and balance, pengimbang, tampaknya tidak dilaksanakan dengan baik. Paling mengecewakan Pas seperti tidak bersetuju dengan langkah Kerajaan seperti memerangi rasuah, dengan menuduhnya sebagai helah atau tindakan politik. Bila ada persoalan memerlukan komitmen mereka baik dari konteks integriti dan agama mereka bertindak keluar dewan.
Sebaliknya yang jelas Pas lebih bersikap berkecuali apabila keadaan menguntungkan mereka, dan pada masa tertentu cuba mencari keuntungan politik daripada kelemahan pihak lain. Prinsip yang dijunjung itu menjadi lentur apabila berhadapan dengan kepentingan mendapatkan kuasa.
Lebih menyedihkan, ada tindakan-tindakan tertentu parti agama itu yang bersekongkol dengan pihak yang selama ini mereka kritik, semata-mata untuk menagih dan mendapatkan kuasa. Kalau politik seperti ini terus berlaku, tidak salah jika Pas dilihat sebagai sebuah parti yang oportunis, mengambil kesempatan daripada keadaan dan suasana politik untuk kepentingan sendiri.
Pas tidak memperdulikan lagi sikap oportunis seperti itu bertentangan dengan prinsip yang selama ini dilaungkan. Apakah dengan pendirian begini ia boleh dikatakan sebuah parti memperjuangkan kebenaran berdasarkan al Quran dan Hadith atau apa? [wm.kl. 7:04 pm 07/09/2026].

No comments:
Post a Comment