Monday, June 27, 2022

Tajuddin Rahman terbalikkan tong sampah Umno

 SUSUPAN PETANG

Tajuddin diapit oleh para penyokongnya
dari Umno  bahagian Pasir Salak
disidang akhbarnya.
BERITA panas hari ini ialah sidang akhbar yang diadakan oleh bekas MT Umno yang juga ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman lewat tengah hari tadi. 

Sidang akhbar itu merupakan suatu pendedahan mengejutkan kerana ia di luar jangkaan orang-orang Umno sendiri kerana ia merupakan pendedahan mengenai kebusukan dalam parti kebangsaan itu, yang boleh disifatkan sebagai perbuatan membalik (menungging) tong sampah parti sendiri, Umno. 

Wednesday, June 22, 2022

Apa yang Umno Kelantan bincang di Bangkok?

 SENDA TENGAH HARI

KETIKA ini Umno Kelantan sedang mengadakan permukiman di Bangkok selama tiga hari, bermula hari ini dan berakhir 21 Jun ini. Khabarnya setiap bahagian menghantar lima orang wakil termasuk ketua, timbalan ketua, ketua pemuda, wanita, bahagian setiausaha dan bendahari. 

Permukiman itu menurut banner yang ternampak,  "Pengupayaan Dasar dan Matlamat PRU-15" untuk Kelantan.

Memahami maksud tema itu, Umno Kelantan mencari solusi dan kesimpulan untuk menghadapi pilihan raya akan datang; membincang dan menentukan arah dan matlamat untuk dicapai dalam pilihan raya itu. 

Friday, June 3, 2022

Sudah sampai masa pemimpin lama berihat

PANDANGAN

Saja-Saja Jumaat
PANDANGAN TULUS DAN TERBUKA

SELEPAS negara diancam pandemik dan kini memasuki era endemik, keadaan negara amat terkesan dalam semua aspek khasnya ekonomi. Bukan sahaja negara kita, bahkan negara-negara lain diseluruh dunia juga menghadapi kepenatan untuk memulih dan menstabilkan semula organ pemerintah masing-masing gara-gara ancaman itu.
 
Semua ada pelan dan strategi serta nekad untuk pemulihan. Tidak terkecuali negara kita juga. Namun keadaan dan nasib negara kita agar malang berbanding dengan negara-negara lain. Ambil negara jiran sebagai perbandingan; Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Brunei dan lain-lain. Vietnam juga boleh dijadikan "adutanding".

Thursday, June 2, 2022

Berjumpa penyanyi pujaan, Uji Rashid

CATATAN

Uji Rashid ceria dan
yang senantiasa tersenyum


MALAM tadi bersama isteri hadir majlis kesyukuran dan doa selamat biduanita dan aktres Uji Rahsid atau nama penuhnya Fuziah Haroun Al Rashid, di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 
Saya meninggalkan satu lagi jemputan lain kerana semata-mata ingin berjumpa dengan penyanyi kegemaran saya itu. 

Saya meminati nyanyian Uji Rashid (Kak Uji) sejak di alam remaja lagi. Lagu-lagunya seperti, Kuingin Disampingmu, Makin Dekat Makin Sayang, Namamu Terukir Dihatiku, Kali Terakhir Kulihat Wajahmu dan lain-lain, menjadi siulan anak muda didekad itu dan turut menggebu dalam hati dan meninggalkan nostalgik tersendiri buat saya.

Misalnya lagu, Kali Terakhir Kulihat Wajahmu, sangat terdampak dalam diri saya. Setiap kali lagu itu keudaraan di mana saja, ia mengetik hati.  Lagu itu juga menjadi "ikonik" kesedihan, kepiluan serta keterkilanan. Kerap sekali lagu ini dijadikan lagu latar baik dalam drama, filem maupun medsos seperti Tiktok dan sebagainya. Radio Klasik pula akan menyiarkan tidak kurang tiga kali sehari lagu nyanyian Kak Uji.