Sunday, November 20, 2022

Keupayaan PN mengejutkan [Analisa Pertama]

ULASAN

PILIHAN raya ke-15 telah selesai kira-kira jam 4:30 pagi tadi (semalam) apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan dengan rasmi hasil pilihan raya itu. Muktamad PH memperolehi 83 kerusi yang menjadi parti yang mengungguli pilihan raya kali ini.

Manakala PN mengikuti rapat dengan mendapat 73 kerusi hanya sembilan kerusi membezankan kekuatan, sementara Umno hanya dapat mempertahankan 30 kerusi cukup untuk menyelamatkan parti itu agar tidak hilang dari radar politik. 

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat 22 kerusi menjadi parti dominan di Borneo sementara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat enam (6) kerusi.

Parti Warisan Sabah hanya mendapat dua kerusi, manakala lain-lain parti PBM satu kerusi dan Bebas dua kerusi.

Dugaan awal.

Seperti diduga awal-awal oleh pemerhati dan pengamat politik tidak ada parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi bagi membentuk kerajaan secara bersendirian dalam pilihan raya ini. Tampaknya ia  benar-benar berlaku dan sungguh mengawatkan keadaan hingga ke saat ini.

Keadaan ini pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya di Malaysia yang telah diadakan sebanyak 15 kali sejak pertama kali 1955. Pilihan raya ke-15 ini benar-benar mengsuspen dan mengganggu bidak catur strategis dan penganalisa politik serta para mater mind parti-parti politik. 

Pilihan raya yang ditetapkan berlaku dalam keadaan dipertikaikan banyak pihak ini, tetapi dighairahi oleh UBN kerana kemenangan di Melaka dan Johor memberi keputusan di luar jangka yang mengejutkan. BN yakin kesegeraan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan, akan berpihak kepada mereka. Namun nampaknya ia telah menjadi istidraj.

Apa yang berlaku memberi ibrah terbaik kepada semua pihak khususnya kepada parti UBN yang sangat yakin dengan pilihan raya kali ini.  Strategi dan tektik mereka telah memakan diri sendiri. Sekali terkena hendaklah beringat di masa depan. Jangan sesekali bersikap menduga di air tenang tiada buaya.  

Sesungguhnya kekalahan dialami UBN itu sesuatu yang sangat memalukan. Ia lebih buruk daripada apa yang berlaku semasa dalam pilihan raya ke-14 lalu. Kekalahan kali ini sebagai kesenimbungan kehanyutan Umno di masa akan datang. Makanya sangat wajar kalau Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti mengambil tanggungjawab untuk berbuat sesuatu kepada UBN termasuk melepaskan jawatan. 

Sebelum pamit kepada parti Zahid boleh berbuat sesuatu sebagai kenangan, seperti memastikan Umno masih ada maruah sebelum meninggalkannya. Salah satu ialah dengan memiliki 30 kerusi itu memainkan peranan untuk menghuraikan kemelut ketidakcukupan kerusi untuk membentuk kerajaan kini.  Zahid harus berfikir ke arah itu dengan bijaksana. Umno perlu muncul sebagai pengenap jumlah kerusi demi membentuk kerajaan. 

Pihak sebenar menang.

Walaupun PH mendapat jumlah kerusi lebih, tetapi kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini, bagi saya ialah kepada PN khususnya Pas. Kekalahan beberapa tokoh PH daripada Keadilan seperti Naib Presiden Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh), Setiausaha Agung Saifuddin Nasution (Kulim - Bandar Baru), Fuziah Salleh (Kuantan), Shamsul Iskandar Md Akim (Bagan Datuk) dan-lain menyebabkan parti itu menerima tamparan hebat. 

Kandatipun ada tokoh baru yang menang seperti ketua angkatan muda, (AMK) Adam Adli (Hang Tuah Jaya), ketua wanita Fadzlina Siddik (Nibong Tebal), tetapi ia tidak menunjukkan kehebatan Keadilan, sebalik hanya sebagai penawar merawatkan kesakitan ditinggalkan mereka yang kalah. Jumlah muka baru yang menang jauh lebih rendah dengan mereka yang tewas.  

Sebaliknya kejayaan PN, (Bersatu) merampas kerusi Umno manakala Pas pula bukan sahaja merampas kerusi Amanah tetapi kerusi Umno dan PKR juga sesuatu yang mengkagumkan. Dua kerusi Amanah di rampas oleh Pas di Parit Buntar (Mujahid Yusuf Rawa) dan Pokok Sena (Mahfuz Omar), kedua-dua mereka adalah naib presiden Amanah.

Selain itu kejayaan paling manis ialah merampas kerusi Kota Setar antara kawasan bukan Melayu, daripada Keadilan.

Kemenangan bergaya PN itu menunjukkan strategi mereka berjaya terutamanya daripada Pas. Apabila Pas sanggup meninggalkan Umno dan "bermukah" dengan Bersatu disaat Umno merindui dan memerlukannya, ia membawa kejayaan besar. Tindakan Pas itu boleh disifatkan sebagai bijak dan staregi ampuh.  Inilah kekasyafan pemimpin Pas. 

Kita yakin Pas juga terkejut dan tidak percaya dengan keupayaan parti agama itu kali ini. Pas menang 49 kerusi hampir mencapi jumlah yang disasarankan untuk menang 60 kerusi. Peningkatan kerusi Pas sebanyak 31 berbanding kerusi dimenangi pilihan raya lalu 18 kerusi. Pas menyapus bersih kerusi di Kelantan dan Terengganu. Paling bermakna buat Pas ialah ia pertama kali menguasai Dun Perlis dan bakal memiliki menteri besar di negeri Indra Kayangan itu. 

Bukan itu sahaja, kejayaan di Pahang juga memberangsakan. Pas benar-benar menjadikan UBN Pahang hilang akal. 

Belum pernah berlaku dalam sejarah Pas mendapat kerusi sebanyak itu. Paling banyak Pas raih kerusi ialah 29 kerusi sewaktu Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat, Keadilan dan DAP. 

Begitu juga dengan Bersatu yang mendapat 24 kerusi berbanding dengan 13 kerusi dimenangi sebelum ini. Kejayaan kali ini adalah kejayaan mutlak kepada Bersatu selepas ia berdiri di atas kaki sendiri bergabung dengan Pas. 

Kejayaan Pas dan Bersatu ini boleh menjadi cabaran bukan sahaja kepada BN tetapi kepada PH. Ia merupakan satu isyarat menakutkan. Justeru PN tidak boleh dilihat sebagai gabungan kecil dan remeh lagi. 

Sekiranya dalam pembentukan kerjaan nanti Anwar Ibrahim ditakdirkan ternafi untuk jadi perdana menteri dan menyusun kabinet, ia boleh memberi peluang kepada PN untuk terus melonjakkan gabungan itu dalam mata rakyat, apa lagi kalau PN mengetuai kerajaan baru nanti. Bersambung, apakah faktor kemenangan PN? [wm.kl.5:52 pm 20/11/2022]


No comments: