| Rafizi seorang olimpia |
Misalnya, saya sedia menerima sesuatu yang baik dan melupakan peristiwa lampau demi kebaikan. Kerana itu, apabila saya membenci atau bergaduh dengan seseorang atas sesuatu sebab, apabila ada titik temu, saya sedia berdamai dan terus bergerak ke hadapan (move on).
Sikap saya ini jarang difahami orang. Ada yang menganggap saya tidak konsisten, malah yang lebih buruk mengaitkannya dengan soal kebendaan.
Saya sering membandingkan prinsip peribadi saya dengan orang lain. Menilai, membanding, kemudian membuat kesimpulan serta mencari mana yang lebih baik. Ya, kita tidak sempurna apabila bersendirian. Sebagai manusia, kita mempunyai kelemahan yang tersembunyi. Tahi lalat di belakang badan kita sendiri pun tidak dapat dilihat kecuali dengan bantuan cermin.
Beberapa hari ini saya cuba memahami dan menta'aquli cara Rafizi Ramli berpolitik. Ada sudut yang saya lihat beliau tidak selari dengan pendirian dan “pemaknaan” saya sebagai orang tua yang sudah lapuk. Ada tindak-tanduknya yang saya kira merugikan dirinya sendiri dan mengecewakan mereka yang berpendirian seperti saya, yang sebelum ini mengharapkan beliau menggantikan Anwar Ibrahim, bukan sahaja sebagai presiden parti bahkan sebagai perdana menteri. Rafizi dijangka, jika menjadi PM, akan menjadi seorang PM yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.
Saya juga melihat Rafizi mempunyai aset dan kehebatan yang boleh menandingi Anwar Ibrahim. Tidak dinafikan bahawa dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat, selepas kehilangan Mohamed Azmin Ali dan Ezam Mohd Noor, beliaulah penggantinya yang paling menonjol. Saya berpendirian begitu bukan kerana hubungan peribadi, tetapi berdasarkan realiti. Saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan beliau, melainkan melihatnya atas kapasiti sebagai pemerhati kecil politik.
Bagi saya, beliau seorang yang idealistik. Kaya dengan idea kreatif dan penuh ambisi untuk membawa politik baharu - neopolitik. Beliau juga kreatif dalam menggerakkan sesuatu yang mampu menggelombangkan massa. Beliau berusaha membawa pembaharuan mengikut peredaran zaman dan meninggalkan politik lama.

Beliau sering menyebut bahawa politik naungan sudah tidak sesuai lagi. Beliau mahu membawa sesuatu yang baharu untuk menyahkan amalan yang telah lama mentradisi dalam politik kita. Baginya, apa yang telah menjadi tradisi itu melemahkan bangsa. Benar, tidak ada gunanya beliau berkecimpung dalam politik jika tidak menyumbang apa-apa pembaharuan.
Pandangan itu sesuai dengan beliau sebagai generasi pasca-penjajahan dan pasca-era pengisian kemerdekaan peringkat awal. Sebagai seorang profesional yang membesar dan belajar di luar negara, Rafizi mempunyai kemampuan dan idea untuk melakukan reformasi terhadap negara.
Sebagai seorang terpelajar, beliau melihat ada pelbagai amalan kita yang tidak lagi sesuai dengan peredaran zaman serta terlalu kolot dalam memahami sesuatu serta terlampau (taksub) menghormati pemimpin.
Namun, sebagai manusia beliau tidak terlepas daripada kelemahan. Dalam konteks politik Melayu yang telah lama berakar, beliau dilihat tidak menghayati sepenuhnya adat budaya Melayu yang banyak berlapik dan berbasa-basi. Rafizi mahu mengubahnya secara drastik tanpa melalui proses pengubahan yang lebih beransur-ansur. Ya, sifat itu meskipun ada sisi negatifnya, namun itulah Melayu yang membezakannya daripada bangsa lain dan menjadi sebahagian daripada identiti.
Yang paling beliau benci ialah hipokrasi dalam politik. Tiada politik perhambaan, tiada politik “bodeksisme” dan “ampuisme”. Sebab itu, semasa menjadi menteri dan wakil rakyat, beliau tidak melayani rakyat dengan kebendaan, pangkat atau jawatan. Lantaran itu beliau tidak disenangi dan dianggap sombong serta egois.
Baginya, yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Di sinilah Rafizi berdiri teguh tanpa kompromi terhadap nilai-nilai buruk tersebut. Rafizi menggerakkan politiknya secara murni dan jujur, berasaskan nilai serta kebijaksanaan politik itu sendiri. Sebab itu beliau tidak disenangi sesetengah pihak. Namun, bukan kerana itu beliau tidak popular. Beliau tetap popular kerana sikap tersebut diimbangi dengan kehebatannya dalam melaksanakan sesuatu.
Namun, apakah itu langkah yang bijak?
Beberapa kali saya menyebut dan mempertikaikan pendekatan politik Rafizi dalam konteks politik Malaysia. Saya melihat tindakannya itu kurang tepat walaupun apa yang diperjuangkannya mungkin benar.
Sewaktu beliau bertanding menentang Nurul Izzah Anwar bagi jawatan timbalan presiden, apabila beliau tidak yakin dengan sistem pemilihan parti, saya berpendapat beliau sepatutnya memboikot sahaja pertandingan itu. Tidak perlu bercakap terlalu banyak mengenainya.
Beliau boleh mengajak rakan-rakan lain yang sependapat untuk turut memboikot pertandingan tersebut bagi menghantar mesej kepada pucuk pimpinan yang dianggap mempermainkannya. Namun beliau tidak mengambil jalan itu dan tetap bertanding. Akhirnya beliau tewas dengan majoriti undi yang besar.
Persoalannya, jika dengan sistem yang dianggap tidak telus itu beliau menang, adakah beliau akan menerima kemenangan tersebut? Apakah beliau akan meninggalkan parti dan menyertai parti baru?
Bagi saya, jika beliau bersabar dan mendiamkan diri selepas kalah, beliau boleh bangkit semula. Permasalahan dalam Keadilan yang berlaku selepas ketiadaannya akan menyebabkan beliau dirindui dan dipanggil kembali. Ketika itulah beliau boleh muncul semula sebagai pemimpin yang dipuja dan jadi adi jagat.
Namun beliau tidak mengendahkan pandangan sedemikian. Sebaliknya, beliau terus berlawan dengan pihak yang lebih bersedia.
Di sinilah, bagi saya, apabila kita sudah mengetahui bahawa di hadapan ada lubang yang berbahaya, mengapa kita terus melangkah ke arahnya? Bukankah itu suatu kedangkalan? Jika tahu di puncak gunung ada ribut yang kuat, janganlah mendaki ketika itu. Kelak dibaham taufan. Jangan pula menjolok sarang tebuan.
Apabila kita tetap melakukannya, seolah-olah kita sengaja mencari musibah.
Atau mungkin sebenarnya Rafizi sudah memahami segala-galanya. Beliau sendiri mengakui dalam podcastnya bahawa beliau telah lama teraniaya, malah lebih setahun. Sepatutnya setelah menyedari keadaan itu, beliau mengambil sikap mengalah buat sementara waktu. Berundur setapak untuk mengatur seribu langkah. Mengundur bukan bererti kalah.
Apatah lagi tempoh Anwar berkuasa tidak lagi panjang, manakala penggantinya yang benar-benar menonjol juga tidak ramai. Dalam hal ini, saya melihat Rafizi sedikit tergesa-gesa.
Apabila beliau terus mara, akhirnya beliau terjerumus ke dalam lubang yang sudah diketahui kewujudannya. Tindakan itu seolah-olah disengajakan kerana beliau mahu menghentikan sesuatu yang dianggap mungkar dan tidak sanggup lagi ditanggungnya. Dan apabila beliau jatuh, maka hasratnya sampai. Inilah tragedi buat Keadilan.
Penyertaan dan usaha menggerakkan parti Bersama Malaysia (Bersama) merupakan garis akhir perjuangannya menentang apa yang dianggap ketidakjujuran dalam Keadilan yang suatu ketika dahulu sangat diharapkannya. Tindakan itu bersifat muktamad. Tidak mungkin benang yang sudah menjadi kain dapat dikembalikan menjadi kapas.
Di sinilah sekali lagi, pada pandangan saya, beliau kurang bijak berpolitik. Beliau sepatutnya bersabar.
Dalam masa yang sama, saya juga melihat ada kekhilafan di pihak Keadilan sendiri apabila tidak berusaha menenangkan hati dan memujuk Rafizi. Tiada mana-mana pihak yang benar-benar melakukan perkara itu. Mungkin semuanya takut kepada presiden. Sedangkan merajuk dan memujuk juga sebahagian daripada budaya Melayu.
Ikhlas saya katakan, saya tertunggu-tunggu kalau-kalau ada jawatankuasa atau misi khas daripada Keadilan untuk berunding secara baik dengan Rafizi.
Kini nasi sudah menjadi bubur. Kapas sudah menjadi kain. Apa yang tinggal hanyalah melihat sejauh mana keberhasilan Rafizi bersama parti baharunya itu. Jika melalui parti baharu tersebut beliau dapat kembali berada di landasan yang diharapkan, maka syukurlah.
Cuma keadaannya kini seperti seorang olimpia yang melakukan kesilapan lalu terpaksa memulakan semula perlumbaan dari garisan permulaan, sedangkan pelari lain sudah memasuki pusingan ketiga. Rafizi masih sah dalam perlumbaan itu, tetapi beliau memerlukan kebijaksanaan dan tenaga luar biasa untuk mengejar mereka yang lebih ke hadapan. [wm.kl. 12:05 pm 01/06/2026]. BERSAMBUNG

No comments:
Post a Comment