ULASAN KABINET
BARU 10 hari Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, telah mula nampak hasilnya. Dalam mesyuarat khas kabinet hari ini, beberapa tindakan dan arahan segera sudah dilakukan oleh beliau berhubung perkara yang menjadi perhatian yang sangat ditunggu-tunggu dan dituntut oleh rakyat.
Hari ini semua menteri sudah mulai masuk ke pejabat masing-masing di Putrajaya dan menghadiri mesyuarat khas kabinet dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Semua menteri termasuk dua timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof hadir, kecuali Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak hadir.
Kegagalan bekas menteri Kewangan di zaman Ismail Sabri dan Mahiaddin Yassin menjadi PM itu menimbulkan tanda tanya, tetapi mungkin beliau ada urusan lain lebih besar daripada kepentingan negara pada saat ini.