Tuesday, November 3, 2026

Apabila Ulama Menghunus Pedang

ULASAN 


APABILA Sheikh Wazir Che Awang al Makki menghunus pedangnya untuk pertahankan dua pemimpin yang saling pengertian (understanding) untuk dicontoh Nassaruddin Daud dan Anwar Ibrahim, terbetik di kepala saya mengenai maklumat diperolehi sebelum ini tentang ura-ura Kelantan hendak adakan pilihan raya negeri awal sebagai mengikut negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Desas desus yang kedengaran, kononnya pilihan raya di Kelantan hendak diadakan awal, kerana gejolak untuk jatuhkan Nassaruddin sebagai MB sudah tidak tertahan lagi. Ada gerakan terselindung yang dilakukan ke arah itu dalam dalaman parti.

Disebut faktor kenapa Nassaruddin perlu ditumbangkan, salah satu sebabnya kerana rapat dan baik dengan PM kerajaan Madani? Mengenai sikap presiden Peralgama tidak begitu senang dengan hubungan Nassruddin dengan Anwar itu bukan rahsia lagi.

Sejauh mana maklumat ini benar, walahu’alam sebab ia tersebar di luar Kelantan. Jika ia benar, maklumat itu sangat ganjil, apabila seorang MB yang banyak membawa laba kepada negeri, dengan jalini hubungan baik dengan Puterajaya kalau hendak ditumbangkan. Apa sebenar yang diimpikan oleh pemain politik atasan Peralgama?

Apabila semasa di majlis “Sebarkan Salam@Kota Bharu Berselawat 2026”, Sheikh Wazir mengeluarkan api kemarahan kepada mereka yang hendak tumbangkan kerajaan dengan menganggap ia adalah golongan Khawarij maka desas desus yang terdengar itu semacam benar.

Sheikh Wazir mengeluarkan pendapat dan pandangan golongan yang hendak jatuhkan kerajaan yang ada termasuk dalam golongan Khawarij.

Dengan suara lantang dan tegas Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan itu menegaskan, “haram … haram … haram” menumbangkan kerajaan dan pemimpin yang adil. Tanpa bersembunyi pemimpin yang dimaksudkan haram dijatuhkan tersebut ialah Ustaz Nasaruddin Daud MB Kelantan dan Anwar Ibrahim Perdana Menteri.

Seandaianya ini benar, kenyataan berupa nasihat dan “wasiat” Shekh Wazir itu perlu dipatuhi kerana tok guru itu berkata kata bukan kerana nafsu, jauh sekali muslihat politik tetapi berlandaskan ilmu dan prinsip sebagai seorang ulama sejati yang jadi pewaris Nabi. 

Seluruh para ulama, asatizah perlu mendokong kedua pemimpin yang dipertahankan Sheikh Wazir itu.

Sikap dan pendirian diambil Sheikh Wazir itu sejalan dan selurah dengan pendirian almarhum Tokguruku Nik Aziz. Trims. [wm.kl. 8:32 03/11/2026]


No comments: