Showing posts with label Anwar Ibrahi. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahi. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Kalau Anwar ke penjara, Pas akan bergaduh besar?

SUSUPAN MALAM                                                                                          

Mauduk yang berkisar dan bergeser dalam kepala orang ramai terutamnya pencandu politik ialah mengenai nasib Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini. Tarikh itu telah ditetapkan hari memutuskan apakah Anwar kekal bebas seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ataupun dia akan dihantar ke penjara berhubung kes liwat yang dituduh terhadapnya.

Anwar masih tersenyum walaupun pintu penjara terbuka.
Anwar sudah menyatakan kesiap-sigaanya untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Q-sera sera katanya. Kepada keluarganya juga sudah pasti beliau sudah memberi "gemanat taruh" dan juga khutbah akhir bagi menghadapi kemungkinan hitam kali kedua. Anwar sendiri sudah mempersiapkan dirinya dari segi mental dan fizikalnya.

Sebagai seorang pejuang Anwar tidak merasakan apa-apa yang perlu ditakuti. Sunah orang berjuang yang berhadapan dengan pencorba dihafalnya. Anwar sendiri sejak mula menerjunkan diri dalam perjuangan menentang arus sudah insaf dan sedia maklum yang sebelah kakinya sudah berada dalam penjara.