Sunday, February 15, 2026

Macam mana bentuk rumah baru Hamzah?

ULASAN MINGGU

HAMZAH Zainuddin mengesahkan beliau tidak akan merayu pemecatannya daripada Bersatu. Pengesahan itu menunjukkan beliau nekad bahawa beliau kini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Bersatu dan presidennya Mahiaddin Yassin.

Bukan setakat itu saja, beliau juga isytihar bahawa musuh nombor satunya sekarang adalah Mahiaddin. Satu tindakan dikira sadis dan agak melampau dalam hubungan yang mengakui satu perjuangan.  
Hamzah memang suka mahu menjadi jagoh nombor satu. Sebelum ini dia mengisytiharkan yang dia adalah penyokong Mahiaddin nombor satu. Dia minta Mahiaddin jangan percaya kepada desas desus apa yang berlaku kononnya dia hendak rampas kedudukan Mahiaddin sebagai presiden. "Yakinlah saya Sir, saya penyokong nombor satu," katanya.

Seperkara saja yang Hamzah tidak berani sebut yang dia hendak jadi orang nombor satu dalam Bersatu, padahal dari dua pengakuan itu hasrat terpendamnya untuk menjadi orang nombor satu dalam Bersatu. Disinilah menampakkan Hamzah berbohong dan hipokrit.

Maka yang hadir di  Clubhouse Universiti Malaya itu bertepuk, bersorak dan melaung menjunjung Hamzah seperti mereka bersorak, bertepuk menjunjung tinggi Hamzah semasa dia mengisytiharkan yang dia adalah penyokong nombor satu Mahiaddin tempoh hari.

Sementara semasa sidang akhbar Hamzah membayangkan dia akan masuk rumah baru. Kenyataan itu menegaskan yang beliau sudah meninggalkan istana Bersatu. Biasalah lumrah orang bernafsu besar, jika gagal melakukan kerosakan dari dalam, ia akan bertindak dari luar, menggunakan massa. Perkara ini kerap berlaku bukan sahaja dalam Bersatu dalam parti lain juga terjadi.

Apabila menyebut rumah baru ada orang menterjemahkan kemungkinan tiga langkah yang akan diambil MP Larut itu dan kuncu-kuncunya. Pertama menyertai Pas. Dugaan ini kuat apabila beliau dilihat berjumpa mesra dengan presiden Pas Abdul Hadi Awang bersama beberapa orang lain di Rusila selepas menerima notis pemecatan. 

Mungkin pertemuan itu untuk mendapat restu daripada “mullah” Pas itu. Dan pengistyharan perang dengan Mahiaddin itu dibuat sehari selepas pertemuannya dengan Abdul Hadi Awang menguatkan lagi dugaan bahawa Hamzah sudah mendapat blessing.

Kedua menyertai Umno, ini ekoran sebelum ini timbul cerita ada perbincangan di antara pihaknya dengan pihak Umno. beliau dilaporkan mahu return semula kepada Umno. Kononnya ada perbincanan di London dengan pemimpin Umno. Ramai yang percaya dengan cerita itu yang hanya tidak lebih dari scammer sahaja.

Dalam hemah saya, untuk Hamzah kembali kepada Umno sangat mustahil. Selagi Dr Ahmad Zahid Hamidi masih memegang jawatan presiden Umno, pintu Umno tidak akan dibuka buat Hamzah begitu mudah, melainkan Umno dipimpin oleh Akmal Salleh atau proksinya seperti Hishammudin Hussein atau Ismail Sabri Yaakob.

Satu lagi langkah atau rumours dikaitkan dengan Hamzah, beliau akan menyertai parti baru. Apa yang spekulasi beliau akan mengambil (beli) Berjasa untuk dijadikan wadah barunya bersama para penyokongnya. Berjasa kemudian akan memohon menyertai Perikatan Nasional (PN) bagi bersama Pas. Sekiranya permohonanya ditolak, kemungkinan Berjasa akan hanya bersama Pas membentuk pakatan baru.

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan apabila diajukan pertanyaan berhubung perbalahan Bersatu ini dan pertemuan Hamzah dengan Hadi menjelaskan Pas tidak memihak kepada mana-mana kem, Hamzah atau Mahiadin. Cerita itu hanya pemanis mulut sahaja kerana dunia tahu akan hubungan dan history Takiyuddin dengan Hamzah.

Kemungkinan untuk mengambil Berjasa pada saya seperti membawa bangkai balik ke rumah. Tidak mungkin Hamzah mahu membusukkan lagi keadaan dan membebankannya. Begitu juga dengan kemungkinan menyertai Pas bukan semudah dihitung. Kemasukan beramai-ramai ahli Bersatu yang asalnya rata-rata asal Umno bukan hal baik kepada Pas. Apakah Pas sedia menerima jumlah mualaf politik yang banyak?

Menyimpul dan mencari arah perjalanan Hamzah dan penyokongnya, saya mengira buat sementara mereka akan berdiri atas status bebas yang bersama PN. 

Kalau pun mereka sudah membuat keputusan menyertai Pas, tetapi tidak dalam masa terdekat kerana undang-undang anti lompat yang digubal Bersatu akan berlaku ke atas mana-mana wakil rakyatnya yang menyertai parti lain. 

Adapun selagi mereka kekal dengan status bebas apabla dipecat parti ia tidak membawa apa-apa kesan mudharat. Sebelum selektif tiga langkah itu ada baik kalau Hamzah buat istikharah 40 rakaat. [wm.kl. 7:32 pm 15/0/2026]

No comments: