SEMASA berucap di konvensyen Keadilan Kedah semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui selama tiga tahun lepas beliau tidak banyak memberi perhatian kepada parti kerana sibuk menyusun dan perbetulkan kerajaan.
Beliau lebih fokus kepada usaha membetulkan kerajaan, memikirkan dasar, polisi, ekonomi dan pendekatan kerajaan Madani untuk kepentingan rakyat berbanding parti.
Kerana kesibukan itu menyebabkan beliau seakan mengabaikan parti dan menyerahkan sepenuhnya kepada rakan-rakan pimpinan lain yang dipilih atau dilantik.

Setelah tiga tahun memberi tumpuan kepada kerajaan, ia sudah menunjukkan kejayaan, kini sudah sampai masanya untuk beliau memberi perhatian kepada parti pula. Janjinya mulai sekarang beliau akan melihat parti, sejauh mana pencapaian pemimpin disemua peringkat cabang dan negeri. Nekad itu perlu diberi perhatian pimpinan negeri dan cabang.
Beliau menegaskan Keadilan adalah parti terbaik waktu ini dan berpotensi. Sehubungan itu beliau meminta semua ahli parti disemua peringkat bekerjasama, memberi penghormatan kepada pemimpin yang dipilih atau dilantik, bukan menimbulkan hal-hal titik bengik yang boleh melemahkan parti.
Katanya kalau dipanggil mesyuarat kena hadir, diminta beri pandangan beri pandangan dan masalah dibincang dengan baik, jangan merenget tanpa tentu fasal. Dalam hubungan ini kerjasama dan perpaduan dikalangan parti lain seperti BN, GPS dan GRS perlu dipertingkatkan.
Beliau juga berjanji akan memberi masa untuk para pemimpin parti datang menemuinya bagi menyampaikan apa-apa masalah, pandangan dan sebagainya. Kalau sebelum ini pimpinan parti khususnya diperingkat negeri apa lagi cabang sukar untuk menemuinya, tetapi mulai sekarang tidak lagi dipersulitkan beliau akan memberikan ruang masa menemuinya.
Pendekatan dan perubahan itu merupakan isyarat jelas diberikan Anwar, bahawa masa terlalu singkat untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya ke-16.
Baguslah kalau Anwar sudah dapat mengesan apa yang berlaku dibawah sana, ada pemimpin peringkat negeri yang tidak menunjukkan prestasi baik dan memuaskan. Setengahnya hanya reti bual itu dan ini sahaja hasilnya habuk pun tak ada.
Setengahnya duduk sebagai pemimpin sekadar duduk, tanpa berbuat sesuatu yng boleh memajukan parti, melainkan mencari laba untung buat diri sendiri dengan keududukan itu. Kalau sesekali muncul dikhalayak itu pun apabila Perdana Menteri turun melawat ke negeri, atau menunggu kedatangan PM di airport.
Disesetengah negeri, keadaan PKR sama sahaja dengan parti rakannya yang lain, Amanah dan Umno tidak menggambarkan parti dalam kerajaan. Kita ambil contoh Kelantan dan Terengganu, dua buah negeri di pantai Timur. Keadaan itu dikedua buah negeri itu dilihat sukar untuk ditembusi bukan kerana Pas kuat, tetapi kebetulan parti pembangkang lemah.
Keadaan PKR didua buah negeri ini, kalaupun tidak sampai seperti rumput dijalanan "hidup segan mati tidak mahu", tetapi ia macam lembu kena penyakit "biar" (jones disis), saintifiknya Paratuberculosis. Kurus, cengkung dan lemah. Penyakit "biar" ini dalam perut haiwan ini ada sejenis bakteria yang membantutkan pembesarannya.
Lembu yang terkena "biar" ini tidak akan cergas, tidak akan gemuk dan la'ih. Begitulah Keadilan di Kelantan dan Terngganu.
Walhal PKR wujud disemua kawasan parlimen, ada semua cabang dikedua dua buah negeri itu. Tetapi keahliannya boleh dibilang dengan jari, tiada penambah mendadak kandatipun sudah menjadi kerajaan. Jawatankuasa biro tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan ahli, atau ada biro tidak dibentuk langsung walaupun sudah lebih setahun bermesyuarat. Usahkan untuk wujud jawatankuasa tambahan untuk membantu rakyat, jawatankuasa utama pun tidak terisi.
Setengahnya hanya wujud jawatankuasa peringkat cabang sahaja dengan ada ketua, setiausaha dan bendahari tanpa ahli.

Kenapa keadaan ini berlaku kerana pengamalan politik selfish, asalkan aku jadi ketua, peduli kepada yang lain. Politik mengambil kesempatan apabila jadi ketua, maka akan adalah jawatan lantikan politik yang berelaun sesen dua. Atau akan mendapat apa-apa "indem" daripada mana jabatan dan agensi kerajaan. Ketua seperti ini bukan hendak mengukuhkan parti melainkan mengukuh diri sendiri dan menjahamkan parti.
Situasi ini perlu dipantau dan diperbaiki, PKR seharusnya mengambil kesempatan atas peluang menjadi kerajaan. Jadi kalau presiden sudah sedar kelemahan dan penyakit ini, baguslah. Untuk ini jabatan setiausaha parti diketuai Dr Fuziah Salleh perlu meneliti dan bertindak segera. Timbalan presiden Nurul Izzah Anwar yang tugas hakikinya membantu presiden patut memainkan peranan, tidak perlu terus terhimbau dengan hal-hal tanpa faedah.
Mana-mana lantikan politik yang tidak berfungsi dan berperanan menjadi agen parti hendaklah disemak balik. Bagaimana pun apa yang penting ialah pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), yang tidak menunjukkan daya maju, kontang idea, asyik berfoya dengan jawatan dan gagal menunjukkan kerjasama dengan ketua ketua cabang lain, hendaklah dilucut dan diganti baru.
Kita yakin masih ada tokoh yang boleh memikul tanggungjawab dan tugas itu dengan lebih berkesan. Pelantikan pengerusi MPN juga jangan dibuat berdasarkan kroni atau puak. Seperti kata Anwar, Keadilan adalah parti terbaik ketika ini, perlu diabsahkan dengan kekuatan parti diperingkat akar umbi. [wm.kl.10: 25 am 14/02/2026].

No comments:
Post a Comment