Showing posts with label Setopa Anak Setawa. Show all posts
Showing posts with label Setopa Anak Setawa. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Susupan Pagi

Wah... Hebatnya Setopa Anak Setawa

DUA malam lalu saya dibisikan oleh seorang teman yang memberi tahu Najib anak Razak akan turun ke Kelantan dalam sIri gelajah negara untuk melihat mood dan suasana semasa. Lawatan itu adalah untuk melihat perkembangan terkini di Kelantan. Mungkin juga Najib hendak tenguk sejauh mana perubahan rakyat Kelantan terutamanya mengenai sikap mereka terhadap Umno.

Najib mahu tengok sendiri apakah isu liwat ke-2 dan terbaru isu video lucah pakej sumpah lankat telah dapat mengubah persepsi rakyat Kelantan kepada Anwar dan juga Pas Kelantan. Dengan melanyak secukup-cukupnya Nik Aziz sebagai orang bersubahat dengan maksiat dilakukan Anwar, jadi Najib hendak tinjau apakah ada perubahan dari dalam diri orang Kelantan.

Selebihnya juga, mungkin Najib hendak tenguk sejauh mana arus gelombang merah yang dicetuskan oleh Pemuda Umno Kelantan bergelombang, atau ianya hanya gelora dan gejolokkan nafsu anak-anak muda yang bekerja di ibu pejabat Umno Kelantan saja, atau yang mrnguruskan sebuah blog dari atas menara tingkat 27?

Mungkin juga hasrat Najib itu didolor oleh cakap-cakap Annuar Musa yang mengatakan beliau kini sudah ada sokongan baru dari kumpulan Gedebe Merah (Red Warriors. Dakwa Annuar beliau ada lebih 50,000 penyokong Gedebe Merah yang menjadi penyokongnya. Ada kemungkinan juga Najib mempercayai dakwaan Annuar itu

Jadi atas dorongan dan perkembangan itulah Najib katanya hendak mencemarkan duli ke Kelantan. Apa yang istimewanya pemergian beliau kali ini, Najib akan singgah dan rihat di rumah Ketua Pembangkang Alwi Che Amat di Ketereh. Menjadi kemusykilan saya kenapa, di rumah Alwi bukan di rumah Annuar Musa, atau Awang Adek Husin atau Setopa? Apakah Najib kini lebih percaya kepada peranan dan juga pendapat-pendapat Alwi mengenai politik Kelantan yang dibuat lebih bertanggungjawab dan berfakta?

Annuar Musa katanya sudah menjaja bahawa penyokong bola sepak Kelantan merupakan penyokong Umno. Kononnya beliau sudah berjaya menjinakkan mereka akan mendekati BN dan melupai Pas. Najib pada mulanya ikut teruja juga dengan caka-cakap Annuar itu.

Begitulah nampaknya. Annuar bijak mempengarhui Najib kononya dia ada penyokong seramai itu. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk Najib melihat come back yang beliau buat menerusi bola sepak Kelantan mengutungkan Umno.

Timbul pertikaian mengenai jumlah penyokong bola sepak Kelantan yang mengena baju merah itu. Seorang tokoh Umno Kelantan yang juga duduk dalam komiti bola sepak menafikan kalau penyokong Gedebe Merah itu adalah penyokong peribadi Annuar Musa atau Umno. "Cuba demo tengok setiap kali diadakan perlawanan penyokong ada membawa bendera siasah. Demo tengok banyak mana bendera dacing dan banyak mana pula bendera bulan?" begitu kata orang Umno itu menceritakan hakikat yang berlaku. Katanya nisbah bendera yang dibawa 10 : 2.

Panjang pula berlebeh di sini. Apa yang hendak diceritakan di pagi hari ini ialah mengenai Najib yang dikatakan hendak melawat Kelantan pada awal Jun ini tidak jadi. Mulanya sudah ditetapkan pada 4 atau 5 atau 6 Jun. Alih-alih semua tarikh itu tidak jadi. Ia dibatalkan pada saat-saat akhir. Dengan pembatalan itu menyebabkan Najib akan tundak dan mengunjungi negeri lain.

Ada pun pembatalan itu bukan kerana cerita Gedebe Merah tajaa Annuar Musa tadi, tetapi dibatalkan kerana Setopa anak Setawa ada kerja besar pada tarikh tersebut. Setopa akan mengahwinkan anak perempuannya pada tarikh tersebut. Pembatalan itu tidak ada kena mengena dengan kerja lain melainkan kerana kerja Setopa hendak kahwinkan anak. Besar mana dan hebat mana majlis perkahwinan itu tidaklah diketahui, tetapi boleh diukur sendiri apabila lawatan Perdana Menteri pun terpaksa dibatalkan. Ada mis-mis macam perkahwinan di raja mungkin?

Terkejut juga saya apabila mendengar alasan pembatalan kunjungan Najib itu hanya kerana Setopa hendak kahwinkan anak. Itu saja. Nampaknya di sini kerja mengahwinkan anak lebih besar daripada kerja untuk parti. Bukankan kedatangan PM itu untuk menguatkan kedudukan BN di Kelantan dan mengayunkan lagi gelombang merah yang nampaknya kurang bergelombang itu?

Inilah yang saya katakan Setopa ini hebat juga orangnya. Orang tidak sangka dalam diam dia ada menyimpan hobi yang besar. Dia boleh batalkan kedatangan PM kerana ingin kahwinkan anak. Siapa boleh lakukan begitu kecuali Setopa.

Urusan perkahwinan anaknya lebih besar daripada urusan parti. Sepatutnya Setopa tunda atau tangguhkan perkahwinan anaknya, tetapi utamakan kunjungan Najib. Pun begitu mungkin Najib dan pemimpin Umno lain rasa senang juga dengan pembatalan itu, kerana, dalam keadaan hari ini susah untuk Umno hendak kumpul orang sampai belasan ribut. Apa lagi Pakatan Rakyat baru sahaja buat ceramah di Machang yang dihadiri lebih 15,000. Angka itu mungkin sedang menganggu minda Setopa.

Malulah PM pergi Kelantan kalau yang hadirnya tidak seramai itu. Kalau pun tidak dapat kumpul orang sampai 50,000 tetapi cukup untuk 10,000. Apa lagi yang lebih memalukan khasnya Setopa kalau tiba-tiba semasa kunjung Kelantan itu Najib nak tenguk sungai Kelantan dari jambatan Sultan Yahaya, di mana Setipa dan kontrektor projek tempel jambatan itu hendak letak muka? Mat Maslan ada jawabannya. [wm.kl.9:20 am 06/05/11]

Wednesday, May 4, 2011

Sesudah Subuh

Kelewatan Projek Tempel Jambatan Sultan Yahaya
Perlu Laporan 'Hitam Putih'

DUA tiga hari lepas BN Kelantan telah mengadakan konvensyen tahunannya. Dalam konvensyen itu dibuat beberapa resolusi. Salah satu resolusinya ialah meminta kerajaan Kelantan membuat laporan 'hitam putih' mengenai projek Ladang Rakyat. Setopa anak Setawa (SS) telah membuat kenyataan mengenai resolusi berkenaan.

Menurut SS laporan itu perlu kerana timbul berbagai masalah dan tanda tanya di sebalik projek berkenaan. Beliau meminta kerajaan menjelaskan berapa perolehan hasil hutan, syarikat mana terbabit dalam mengendali projek berkenaan dan sebagainya.

Kelmarin SS sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MPTN) telah membuat lawatan ke projek tempel (tambahan) jambatan Sultan Yahaya Petra yang menghubungkan Kota Bharu dengan Wakaf Baru. Projek itu dimulakan pada tahun 2009 tetapi masih belum siap sampai ke hari ini. Katanya kerja menyiapkan sudah ke tahap 63 peratus.

Kelewatan projek itu menyusahkan para pengguna jambatan berkenaan. Kelewatan juga menyebabkan kos bertambah. Saya tidak tahu mungkin sudah ada yang termuntah kerana terpaksa berhinjut-hinjut kenderaan di jambatan berkenan terutama waktu pagi dan petang masa pergi dan balik kerja.

SS menjelaskan kelewatan itu disebabkan masalah teknikal. Antaranya kata SS ialah masalah pengambilan tanah, pemasangan paip air dan paip Tenaga Nasional dan juga masalah ketinggian tiang yang dipacak dalam sungai tidak mencukupi. Tidak ukur dulu ke?

Kalau dilihat kepada masalah teknikal disebut SS itu jelas ianya adalah kesilapan pihak yang mengendalikan projek berkenaan. Kenapa pihak JKR atau mana-mana agensi yang mengawasinya tidak mendalami kerja-kerja berkenaan. Apakah semasa menyerahkan plan ianya tidak diteliti dan disemak terlebih dahulu? Atau ia pakai beri begitu sahaja? Apakah prosuder biasa tidak dituruti? Atau pun projek itu ada keistimewaan-keistimewaan tersendiri?

Ada terdengar bahawa projek itu pakai beri saja atau dalam erti kata lain projek itu diberi secara runding terus. Kontrektor yang mendapat projek itu adalah kontrektor kroni, Umno. Apakah kerana ada sesuatu kepentingan projek itu diberi tanpa mengikut prosuder biasa? Kalau ini berlaku maka tidak hairanlah kalau berlaku masalah teknikal termasuk soal tiang pendek itu atau semin tak cukup.

Nampaknya begitulah. Soal teknikal disebut SS itu ada kena mengena dengan kesongsangan projek berkenaan diuruskan. Ada juga cerita mengatakan projek itu telah dijual awal-awal lagi. Kontrektor asal sudah pun sapu tangan dan kekenyangan di bilik hawa dingin. Kontrektor asalnya sudah lama bergedik kaki.

Penjualan projek itu katanya berlaku sebaik saja surat hasrat diberikan. Ertinya kesalahan teknikal berlaku awal-awal lagi. Apakah begini caranya UBN membahagikan projek?

Memandang projek berkenaan ada masalah, maka eloklah kalau laporan hitam putih dikeluarkan berhubung projek berkenaan. Orang ramai ingin tahu secara terpeinci kenapakah ianya lewat. Kata SS projek tempelan itu akan siap tahun depan. Harga projek itu kini seperti mana disebut SS ialah RM159 juta. Apakah boleh diberi jaminan ia akan siap tahun depan? Kalau ia tidak juga siap pasti kosnya akan bertambah lagi.

Jumlah asal juga sudah dinaikkan. Sebelum ini harganya tidak sampai ke tahap itu, tetapi setelah berlaku penjualan maka harganya dinaikan. Jadi pendedahan laporan hitam putih diperlukan untuk melihat sejauh mana projek itu diuruskan. Di sini orang menuntut SS mendedahkannya untuk menilai sejauh mana ketelusan dan juga integriti yang ada kepadanya.

Selama ini orang menganggap SS bersih, tegas, tidak korup dan seorang menteri yang begitu detail dalam membuat sesuatu perkara. Atas kapasiti itu maka kita minta beliau tunjukkan integriti beliau mengenai pembinaan projek tempel jambatan itu. Saya percaya kalau SS menyembunyikan fakta-fakta mengenai pembinaan itu, siapa pemilik projek itu kepada siapa dijual dan berapa nilainya, akan ada pihak-pihak di luar sana akan memberi butirannya secara tidak bertanggungjawab. Kalau semua 'jabil' dokumen itu keluar ia akan memalukan.

Jadi sebelum jabil projek tempelen itu dibuka elok SS mengambil tanggungjawab menyediakan laporan hitam putih mengenainya.

Selain itu (ini yang sedapnya..) ada juga cerita mengatakan berlaku tumbuk rusuk oleh pihak tertentu untuk melindungi masalah pembinaan jambatan berkenaan. Seorang ahli Parlimen dikatakan menerima sejumlah wang daripada seorang kontrektor berhubung projek berkenaan. Ahli Parlimen berkenaan diberi ganjaran supaya tidak membongkarkan masalah dan penyelewengan projek berkenaan.

Kalaulah orang yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan projek berkenaan sudah terlibat dengan tumbuk rusuk, mungkin mereka yang berada di dalam projek berkenaan turut mengalami hal sama. Tumbukan yang mungkin berlaku bukan rusuk lagi, tetapi perut.

Apa pun sesuai dengan hasrat Setopa anak lelaki Setawa yang meminta kerajaan Kelantan menyediakan laporan hitam putih berhubung Ladang Rakyat, maka wajarlah kalau pihak UBN khasnya SS sendiri sebagai pengerusi MTPN juga menyediakan laporan hitam putih mengenai perjalanan projek tempelan jambatan Sultan Yahaya Petra itu dan juga projek-projek lain yang dikenadalikan UBN yang menimbulkan tanda tanya umum.

Kepada mereka yang ada maklumat lebih mengenai projek tempelan jambatan Sultan Yahaya Petra itu bolehlah berkongsi maklumat dan serahkan kepada SS. [wm.kl.7:12 am 04/05/11]