Friday, October 21, 2011

Susupan Petang

Mahasiswa UIA Desak Tarik Balik Penggantungan Terhadap Aziz

DESAKAN supaya tindakan ke atas Abdul Aziz Bazi oleh pentadbiran UIA supaya ditarik balik terus menggema di seluruh negara dari pelbagai pihak. Semua pihak menganggap tindakan itu zalim dan cuba merogol kebebasan bersuara dan juga sebagai satu jenayah akademik.

Bantahan dan rasa terkilan atas tindakan UIA yang tidak profesional dan membelakangkan hak asasi dalam sebuah negara demokrasi bukan saja datang dari tokoh pembangkang yang selamanya skeptikal dengan tindakan pemerintah dan juga institusi di bawah kawalannya, sebalinya suara kekesalan itu juga dilahirkan dari kalangan kerajaan sendiri.

Misalnya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah melahirkan rasa sedih atas tindakan penggantungan Aziz itu. "Saya sedih dan merasa terganggu atas apa yang berlaku," begitu kata Saifuddin dalam sebuah laporan yang memetik intri dalam Facebooknya.

Perasaan yang sama dan kemarahan kepada tindakan itu juga dari mahasiswa universiti berkenaan sendiri. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIA dalam satu kenyataan mengecam tindakan pengurusan pusat pengajian itu.

Ekoran itu majlis yang menjadi badan rasmi mahasiswa menggesa tindakan itu ditarik balik segera sambil mencadangkan supaya pengurus UIA mengadakan pengadilan atau inkuiri terbuka bagi menyiasat kes itu demi mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak.

“Kami melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia. Apatah lagi, beliau telah menyumbang bakti di bumi UIA digantung tanpa diadili terlebih dahulu,” kata Presiden MPP UIA Mohamad Iqbal Ab Wahab (foto) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Mohamad Iqbal, perkara itu jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara.

“Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul. Jenayah akademik dan intelektual sebegini tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIA khususnya,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu ujar Mohamad Iqbal Tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Prof (Aziz) sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIA di mata dunia.

Mohamad Iqbal juga menegaskan pihaknya menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu membabitkan Aziz Bari itu. [wm.kl. 2:00 pm 21/10/11

Munajat Hamba

Dia Si Bocah Yang Belum Mumaiyiz

PADA malam Jumaat yang mulia ini, malam yang diberkati Allah marilah kita semua mendoakan semoga Allah s.w.t. memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita semua. Berdoalah biar Tuhan Rabul Jalil membuka pintu kalbun kita seluasnya untuk menerima pantulan taufik dan hidayah diladumi syir dan tajalli daripada-Nya yang dipancar dari menara aras kursyi-Nya.

Malam ini marilah kita bangun dan bertahjud, memohon agar diri kita, diri keluarga kita dan diri orang-orang yang dulu kita kenal, bermesra kembali ke jalan sebenarnya - hakiki. Jalan yang dimaksud itu bukan kembali kepada parti siasah yang memberi mereka kemenangan dan kejayaan duniawi tidak, tetapi kembali ke jalan Allah - siratalmustaqim.

Kita jangan buruk dan hinakan orang yang kita kenal itu. Kita hormat beliau sebagai mahkluk Allah seperti mana kita menghormati anjing, kucing dan babi juga. Kalau anjing dan kucing kurap kita boleh menghormati dengan memberi makan dan menumpahkan rasa kesian belas, apa lagi kepada orang yang kita kenal itu. Sesungguhnya dia masih bukan anjing, kucing dan babi walaupun dia mempunyai beberapa sifat haiwan itu.

Biarlah dia sudah menzalimi kita, menipu kita. Telah mencerca dan memburuk kita. Tidak mengenang budi atau pun tidak mengenang atas segala bantuan dan pertolongan kita kepadanya. Dia tidak menang kalau bukan dia ditolong. Saya yakin dan percaya dia akan kalah - tidak mendapat kemenangan menjadi seorang Ahli Parlimen kalau dia bertanding atas tikit parti lain. Mungkin hidupnya hari ini masih berlumut.

Apa yang dia lakukan itu, kita anggap sebagai takdir Allah s.w.t. Allah yang menghendaki dia jadi begitu, lupa kawan dan lupa daratan. Dia sebenanrya belum mumaiyiz - belum baligh dalam erti kata sebenarnya. Kalau dia sudah baligh akal dan fizikal dia tidak akan tergamak bersifat talam dua muka, gunting dalam lipatan atau kacang melupakan kulit. Orang yang tinggi akal budi dan akhlak akan bersopan santun dan tahu malu.

Tetapi kerana belum baligh, belum mumaiyiz maka jadilah apa yang terjadi kepada dirinya itu. Dia boleh bercakap seberapa banyak yang dia hendak cakap. Dia boleh putar seberapa banyak yang dia hendak putar. Tetapi hanya orang-orang yang tolol dan bengong saja akan mendengar apa yang diucapkkan itu. Bagi orang yang sudah mengenali jejak dan tahu betapa busuk najisnya akan menjebeh dan menonyeknya. Allah sangat bijak Dia 'memadankan' (menggandingkan) di antara si bahlol dengan si tolol.

Tolol saya katakan, kerana kalau dia tidak tolol dia tidak tergamak kencing dalam pinggan nasinya sendiri. Bahlol saya katakan, kerana kalau dia tidak bahlol dia tidak melumurkan najis cairnya kemukanya sendiri sehinggakan membusukkan seluruh keluarga dan tetangganya. Semua itu dia lakukan kerana dia tolol dan bengong.

Mempersenda hukum Allah hanya dilakukan oleh orang-orang tolol dan bengong sahaja. Melupai budi dan jasa orang hanya 'etika' orang tolol dan bengong saja. Mereka seperti ini lebih hina dari anjing. Bercakap bohong adalah mereka yang tidak tahu akan hukum agama dan peraturan adat. Kerana jika kalau tidak tolol dan bengong dia tidak akan berbohong kerana bohong dimurkai Allah dan sifat munafik.

Kalau dia tidak bengong dia tidak akan menungging adat seperti mana menunggang motosikal berkuasa tinggi sambil mengendung janda pusing ibu kota Kuala Lumpur di malam hari hingga ke Subuh.

Jadi kerana dia ini bukan mumaiyiz, serta dia bengong dan tolollah maka dia perlakukan itu baginya tidak ada kesalahan. Sekuman penyesalan pun tidak terguris dihatinya. Tepuk sorak yang diberikan oleh sekumpulan si bengong dan si tolol lain menjadikan dia seronok dan bangga. Namun ke manakah sangat kebanggaan itu. Habis tempoh parlimen ke 12 ini maka berakhirlah dunia kegemilangannya. Kita mahu tenguk ke mana pula dia menyondok macam babi tunggal dan mengemis macam anjing buruk telinga selepas ini.

Tetapi seperti diperkatakan mula tadi, kita jangan berdendam dan membencinya. Kita perlu bimbing dan jinjing dia ke jalan yang benar. Biarlah dia insaf. Selalunya tahap keinsafan manusia akan sampai tatkala ia berusia setengah abad. Usianya kini baru mencecah 48 tahun. Tinggal tiga tahun lagi dia akan memasuki lingungan usia yang penuh kematangan - setengah abad. Sekiranya dalam usia itu dia tidak matang juga, entahlah.

Kita semua juga perlu sedar akan fenomena ini. Sejarah sudah memberi pengajaran kepada kita orang-orang seperti ini tetap ada di dunia ini. Ia diwujudkan untuk menguji kesabaran dan keimanan kita. Nama-nama seperti Abu Jahal, Abu Lahad, Abdullah Ubai, Firaun, Hendon adalah ikon kejahatan sejak dari dulu lagi. Setenag mereka kejahatannya digezet dalam kitab suci. Dan nama-nama ini menjadi idola kepada sebahagian manusia termasuk yang ada di negara ini dan yang ini.

Saya percaya dan yakin dia bukan sehebat raja-raja Firaun. Dia hanya budak Melayu asal kampung sahaja nun... dari utara. Anak kepada seorang laskar berbangsa Melayu. Kalau Raja-raja Firaun boleh hancur lebur apalah sangat dia seorang ini.

Jadi kepada sesiapa yang berdukacita dan kesal atas perbuatannya, termasuk yang membantu memberi wang, atau segala macam pertolongan halalkan dia. Mudah-mudahan dengan bersikap tasamuh begitu kita akan tenang. Kita tidak akan merasa marah dan sakit hati tatakala mendengar orang menyebut namanya. Untuk ini kita semua kena raih nasfu muthmainnah untuk menjadi kita orang-orang yang berjiwa tenang.

Sekali lagi dikatakan, kita anggaplah dia sebagai seorang bocah yang belum baligh. Yang tidak dapat membezakan di antara guli dengan bola, sungai dengan laut atau pun langit dengan bumi. Tatkala dia jatuh terjelapak nanti saat itu baru dia tahu bahawa latar perlarian dia sebanarnya bumi bukan di langit membiru. Nah ... ketika itu kita akan angkat dan mandikan secukupnya. Saat dan waktu itu akan tiba, kerana itu janji Allah dan lumrah kehidupan.

Saat dia berada di atas angin bagaikan helang yang menyewah gagah tanpa mengira mangsa kerana diberikan kuasa dan ruang, jangan ganggu dia. Biarkah dia terbang semahunya. Kita jadi pemerhati saja di bawah ini. Apabila ia sudah keletihan kelak, kepaknya sudah layu dan lunyai ketika itulah kita merasakan keseksaan kita disebabkan kerenahnya ini akan terbalas. Dia tetap akan jatuh ke bumi kerana hukum alam tidak pernah mengatakan jatuh ke atas.

Persoalan yang dibangkitkan, menghina hukum hudud dan memperkecilkan usaha Pas Terengannu dan Kelantan itu adalah cuplikan daripada idea orang lain, bukan idea dia sendiri. Hujah dan persoalan itu sudah lama dibangkit oleh bekas Perdana Menteri yang kita tahu bagaimana tahap keyakinan kepada Islam, dan juga bekas seorang peminum arak tegar. Kedua mereka ini sudah lama mempertikaikan akan 'kecacatan' hukum hudud itu.

Jadi kalau kita faham siapa dua mereka yang menjadi gurunya kini, kita tidak perlu persoalkan setiap tindak tanduknya itu. Orang-orang itu bukan saja mempersoalkan tentang kecacatan dan kelemahan menurut tafsiran jahilnya itu malah banyak perkara lagi yang ditolak kerana ia tidak sebati dengan otaknya. Jadi tidak hairanlah kalau yang seorang ini juga berkelakuan seperti Firaun kerana ilmunya bersumber dari sana.

Pertikaian terhadap hukum hudud ini berlaku pada tahun 2003 lagi. Orang berkenaan telah membawa kes ini ke mahkamah atas alasan kanun syariah itu bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak memberi keadilan kepada semua. MasyaAllah! Bayangkan bagaimana sifat dan perangai orang itu kalau dia meragui akan keadilan yang Allah tunjukkan menerusi hukumannya. Iya hanya orang yang mabuk dan kaki botol saja akan merasakan bumi ini berbirai-birai dan tinggi rendah!

Lebih zalim dan kesalnya dia juga menghuraikan hukum hudud itu membenarkan isteri diliwat. Hanya orang yang mabuk, tolol dan bengong sahaja tergamak beraggapan demikian. Kalau orang yang waras dan suci dalam beragama dia tidak akan beranggap demikian, ke atas apa-apa pentasiran dan perkataan sekali pun.

Di sini dia menggunakan logik akal dan bukannya menggunakan ilmu (keimanan) dalam mentafsir sesuatu perintah Allah itu. Kalau dia menggunakan akal dan iman dia tidak akan tergamak untuk mengatakan bahawa undang-undang yang dibuat berlandaskan Quran, hadith dan ijamak itu sebabagai membenarkan suami meliwat isteri. Hukum mengenai liwat ini jelas dan masakan kesemua mereka yang menggubal undang-undang itu naif dan terlali? Tiada seorang pun ulamak di dunia yang menghalalkan liwat hatta dengan isteri.

Di sinilah bahannya kalau kita cuba mentafsirkan dunia ini dengan akal semata-mata. Dalam dunia ini banyak perkara yang ghaib yang perlu pengamatan bukan semata-mata dengan akal. Banyak yang tersembunyi di sebalik gelap. Ilmu itu sendiri terbahagi kepada beberapa juzuk atau lapis; ilmu Kalam, ilmu Syahadah, ilmu Laduni, ilmu Ghaib dan banyak lagi. Kalau kita hanya memiliki ilmu undang-undang (belum pun sampai ke peringkat Phd) janganlah berlagak alim. Kail anda hanya sejengkal usahkan ikan di lautan, anak haruan di dalam parit pun belum tentu dapat.

Begitu juga kalau kita hanya ada sepasang mata, sepasang telinga, satu hidung dan sedikit otak kecil dari tempurung bulu yang dibaluti kepala botak usahalah kita hendak bercakap dan 'mengagar' sesuatu yang terpendam di dasar laut. Nampaknya apa dilakukan oleh tiga orang ini, bekas PM, peminum arak tegar dan orang itu, mereka cuba mentafisrkan kebesaran Tuhan itu dengan sejemput akal yang dipinjamkan Allah.

Saya tidak mahu menyebut nama orang itu tetapi anda sudah faham. Semua abjad di keyboard laptop saya tetiba terhenti bila saya cuba menekan huruf-huruf namanya. Ini bermakna hamba Allah ini juga tidak sudi untuk mencatat namanya kerana tidak sanggup untuk melihat fitnah, pembohongan, putar belit ataupun seribu kemungkaran yang bakal dilakukan si bocah bangang.

Akhirukalam sebagai hamba Allah kita kena bertawakuf dengan apa yang berlaku. Mudahan-mudahan Allah akan mendewasakan juga dia khasnya (mereka) satu hari nanti atau selewat-lewatnya selepas dia tidak memiliki kebebasan bersuara di dewan bernama Parlimen. Semoga dia juga mendapat taufik dan hidayah Allah. [wm.kl.7:30 am 21/10/11]

Thursday, October 20, 2011

Rencana Khas

Sudah Lama Aziz Bari Mendirikan Rumah Di Tepi Pantai

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menggantung tugas Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Abdul Aziz Bari (foto) mulai semalam. Penggantungan itu ekoran siasatan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) terhadap penysrah kanan itu. Aziz Bari disiasat polis ekoran terdapat lima laporan polis berhubung kenyataanya yang dianggap sebagai menyentuh kedudukan sultan Selangor.

Salah seorang makhluk yang membuat laporan polis ke atas Aziz Bari ialah seorang senator dari Umno. Mudah-mudahan sempena ulang tahun sultan nanti senator itu akan dikurniakan gelaran Datuk memandangkan jasa-jasa dan bakti besarnya kepada Umno termasuk memburukkan bekas bosnya sendiri dan 'mendolor' bos barunya. Manusia seperti itulah yang mendapat sanjungan Umno.

Saya tidak mahu mengulas sebab musabab mengapa siasatan itu dibuat ke atas Aziz Bari dan apakah ianya relevan atau tidak. Umum sudah mengetahuinya serba sedikit sebab-sebabnya. Tetapi apa yang hendak saya ulas di sini ialah mengenai keberanian Aziz Bari dalam mengeluarkan suaranya berhubung bidang yang beliau arifi, iaitu perlembagaan. Juga keberaniannya dalam menyatakan sesuatu yang hak dan tidak hipokrasi seperti beberapa orang profesor kangkung menjalar lainnya.

Persoalannya apakah salah kalau Aziz Bari bercakap sesuatu dari sudut ilmu - perlembagaan yang beliau tahu? Jangan peduli apakah topik yang beliau sentuh itu sultan atau siapa? Yang penting apa yang beliau perkatakan itu kebenaran dari segi ilmunya. Islam menuntut kita memperkatakan kebenaran. Sebuah hadtih bermnaksud; katakan kebenaran itu walaupuin pahit.

Sebuah negara yang mengakui mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada rakyat, salahkan tindakan Aziz itu? Apakah ilmu yang dipelajarinya hanya untuk dikenang semata-mata dan tidak boleh dimanfaatkan untuk umum. Sarjana yang dimilikinya bukan saja untuk membolehkan dia lulus periksa kemudian mendapat wang, tetapi mendauluatkan ilmu itu untuk kepentingan semua. Bahkah itulah matlamat sebenarnya mempergunakan ilmu untuk hidup.

Soal teguran itu menderhaka ia hanya persepsi pihak tertentu yang sudah lama membenci Aziz Bari kerana Aziz tidak pernah condong kepada bayangan politiknya dan juga membenci kepada keberanian dan kebenaran Aziz Bari. Tanggapan itu dari minda orang yang otat kemeto. Saya yakin kalau apa yang Aziz Bari cakapkan itu memberi untung kepada Umno beliau tidak dipengapa-apakan. Usahkan hendak dikenakan tindakan menggantungkan tugas, hendak siasat jauh sekali.

Sudah ada banyak contoh sebelum ini, sesiapa yang bercakap tidak menguntungkan Umno kalaupun benar dia akan dikenakan tindakan. Akan disiasat dan didatangi polis. Tetapi kalau dia bercakap menguntungkan Umno walaupun telah dipecat dari Umno tujuh kali dia akan dipuji melangit. Polis pula akan membisu untuk memanggil orang itu disiasat walaupun ada beratus laporan polis terhadapnya. Tindakan polis sebeginilah yang dianggap sebagai tidak profesional dan menjadi alat kepada Umno.

Sekitar tahun 1982 dulu hampir semua pemimpin Umno mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu. Ada raja yang diaibkan dengan mendedahkan harta dan juga skandal mereka di media massa. Tetapi anihnya tiada seorang pun yang terlibat dalam kerja mengaibkan raja-raja Melayu itu tidak dikenakan tindakan. Kenapa? Jawabnya kerana mereka Umno parti yang memerintah, bukan saja memerintah negara tetapi turut memerintah raja-raja Melayu.

Di Malaysia ini mudah saja kalau anda ingin mengkritik raja dan selamat tidak disiasat polis, masuk atau kritiklah raja-raja dari rumah Umno, nescaya anda akan selamat. Raja-raja juga tidak ada kuasa dan hak untuk mengambil tindakan ke atas orang mengaibkan mereka kerana tidak ada peruntukan undang-undang? Raja kita raja berperlembagaan. Perlembagaan pula bukan perlembagaan Malaysia tetapi perlembagaan Umno! Perlembagaan Umno pula bukan berlandas kepada tatabudi dan agama tetapi kepada nafsu pemimpin tertingginya.

Rasanya kita semua tahu akan hakikat ini. Tindakan ke atas Aziz Bari menunjukkan negara ini tidak menghormati ilmu yang ada kepada seseorang. Ilmu atau pun kebebasan dibenarkan hanya slogan sahaja. Di samping itu tindakan itu sebagai isyarat kepada yang lain. Kepada pensyarah yang cuba hendak bercakap benar dan mengkritik Umno perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku ke atas Aziz itu. Itulah tujuannya. Makanya kalau profesor yang hati 'kie' penakut akan urung ke belakang sebelas ini dan terpaksa mengajar anak muridnya menggunakan selibas Umno kembali.

Tindakan seumpama ini bukan baru berlaku, tetapi sudah lama terjadi. Orang yang cuba menegakkan kebenaran berlandaskan ilmu dan undang-undangnya akan dikenakan tindakan sekiranya ia bertentangan dengan kepentingan parti yang memerintah. Kecerdikan dan kelogikan akan mengatasi kuasa politik 'gedebe' di negara ini. Sebab itu di negara seperti Malaysia ini lebih baik jadi orang bodoh dan tolol dari jadi orang cerdik. Dalam kloni politik tidak kira Umno atau apa orang bodoh memimpin orang cerdik.

Mengenai masalah dan risiko dihadapi Aziz Bari ini, saya sudah lama menaruh kebimbangan. Saya sudah fikir dengan ketelusan dan keberanian beliau mentafsir sesuatu yang berlaku di dalam negara ini berdasarkan ilmunya tanpa 'perdamian', lama kelamaan beliau akan berhadapan dengan masalah. Kerajaan ini mana boleh menerima sesuatu yang benar dan hak.

Apabila beliau disiasat polis kemudian dikenakan tindakan tunjuk sebab oleh majikannya, apa yang saya bimbangkan sudah menjadi kenyataan. Tetapi tidak mengapa Aziz... mungkin ada pihak yang bergembira dengan tindakan itu walaupun natijah ia membodohkan diri sendiri, tetapi ada segolongan rakyat akan bersama anda. Saya sendiri sudah melalui apa yang baru terjadi ke atas Aziz Bari itu.

Mereka yang sihat otak berpegang kepada prinsip ilmu dan kebebasan bersuara akan menyanjungi apa yang Aziz lakukan. Pembawa kebenaran adalah Aziz. Keberanian ialah menyuarakan apa yang difikirkna betul berlandaskan ilmunya tanpa gayut kepada tekanan dan ugutan. Aziz dalam erti kata lain seorang pratikal, kerana dia mengamalkan ilmu yang ada kepadanya. Orang yang ikhlas, berani dan jujur beginilah pemimpin sebenarnya. Aziz juga bererti berani.

Kepada Aziz beliau jangan risau dan sedialah menerima apa sahaja hukuman. Umno berkuasa ke atas segala-galanya. Jalan terbaik bagi Aziz ialah turun ke gelanggang. Kalau kampus tidak membenarkan dan cuba memotong lidahnya dari menyatakan kebenaran beliau boleh tukar gelanggang. Terjunlah ke gelanggang siasah. Bukan pula bermakna bila terjun ke gelanggang siasah beliau terlepas dari menghadapu ujian. Siasah lagi banyak dan mencabar ujiannya.

Waktu ini adalah terbaik untuk Aziz memulakan gelanggang baru. Sementara UIA mengantung tugasnya, Aziz boleh menjelajah ke seluruh negara untuk memperkatakan kebenaran. Masa yang diberikan ini gunalah seluas mungkin untuk mempraktrik langkah baru dalam medan juang baru.

Saya tidak fikir orang seperti Aziz yang simple dan tawaduk, memikirkan soal wang. Beliau lebih memikirkan kebenarannya. Orang seperti beliau merasa bersalah kalau dia tidak mempraktikan ilmu yang ada kepadanya. Kalau beliau memikirkan soal wang pasti beliau akan menjejaki beberapa orang pensyarah universiti yang menjadi majikan beliau itu yang kini senang lenang dan kaya raya menurut kamus materialistik.

Sebenarnya orang macam Aziz Bari tidak ramai. Di universiti di kalangan pensyarah dan tenaga akademi hanya beberapa orang saja. Ada yang cuba melawan Umno tetapi bila umno menawarkan kerusi usang mereka kembali berpaling menjadi alat bukan penentang lagi. Mungkin ada mengatakan Aziz bodoh kerana tidak sedia untuk memutarkan lidah dan melacurkan ilmunya tetapi rakyat nun jauh di kampung merasa bertuah kerana memiliki seorang Aziz. Aziz telah menjadikan dirinya harta rakyat bukan menjadikan ilmunya mengejar kekayaan untuk dirinya.

Percaya dan yakinlah rezeki untuk hidup bukan bergantung kepada satu sumber sahaja. Allah telah memberi jaminan akan menyediakan rezeki dan kemudahan kepada mereka yang berjuang dijalan-Nya. Aziz tidak perlu gundah dan bimbang. Selagi nawaitunya betul dan hatinya ikhlas kepada Allah, Allah akan bersamanya. Kalau tidak percaya cubalah Aziz bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang, beliau tentu akan disokong rakyat. Sokongan rakyat itu adalah sokongan Allah kerana Allah menggerakkan hati dan kalbunya untuk berbuat begitu.

Saya mendoakana semoga Aziz tidak akan cemas dengan apa yang berlaku. Dan saya percaya Aziz sudah pun bersedia untuk berdepan dengan angin dan ombak, kalau tidak masakan dia berumah di tepi pantai; mendokong perjuangan rakyat menerusi Pakatan Rakyat samalah dengan pelaut yang berani mendirikan rumah di tepi laut. [wmkl.4:45 pm 20/10/11]

Analisa Isu

Jangan Perangkap Pas Dengan Himpun

AKHBAR Utusan dalam talian hari ini memakai tajuk berita berbunyi "Himpun diteruskan tanpa Pas". Berita itu mengolah kenyataan dan sikap Pengerusi Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid yang membalas balik kenyataan Pas yang tidak mahu terbabit dengan majlis himpunan sejuta umat itu. Alasan Pas mudah sahaja sebab himpunan itu kerja Nngo maka tidak elok dan tidak kena kalau parti politik mengambil bahagian.

Dalam pada itu Pas tetap menhormati usaha Himpun itu kerana kerja mempertahankan akidah umat Islam adalah tanggungjawab bersama.

Azmi juga mengormati pendirian Pas itu kerana himpunan itu diuruskan oleh Ngo atas satu tujuan untuk menzahirkan kekuatan umat Islam dalam mempertahankan akidah umat. Seeloknya urusan agama diperjuangkan oleh penganutnya tanpa mengira dari mana mereka datang, dan sepatutnya untuk mempertahankan agama kita tidak mengambil kira apa ideologi politik kita.

Nampaknya akhbar penjilat butut itu cuba memperbesar-besarkan tindakan Pas itu dan mahu memberi gambaran Pas tidak merestui majlis berkenaan. Apa hendak ditonjolkan dalam berita itu kononnya Pas tidak bersungguh memperjuangkan Islam. Dengan cara itu akhbar itu mahu orang ramai menilai sejauh mana tahap dan nilai Pas terhadap agama.

Bersama berita itu dimasukkan ulasan Penasihat Kehormnat Persatuan Penggunan Islam Malaysia (PPIM) Ahmad Zaki Ismail yang menyesali atas keputusan Pas itu.

Kenyataan Zaki dipetik keengganan Pas menyertai himpunan itu menjelaskan Pas berkiblat kepada kuasa semata-mata dan penolakan Pas itu sekaan Pas menolak realiti wujudnya cabaran keruntuhan akidah umat Islam yang berleluasa di negara ini. Mudah benar Zaki membuat analisa berhubung tindakan Pas itu.

Memang secara peribadi saya kurang bersetuju dengan tindakan Pas itu tetapi kalau difahami akan implikasi politik ia merupakan tindakan yang tepat dalam situasi hari ini. Pas sebagai parti politik yang memerlukan sokongan semua pihak perlu menjaga tatasusila politiknya. Perlu diingat rupadiri Pas bukan seperti mana badan-badan Ngo termasuk persatuan pengguna yang dinashiti oleh Zaki itu.

Bagaimana pun saya yakin dan percaya Pas tidak menghalang individu atau ahlinya dari mengambil bahagian atas tujuan untuk menjaga akidah. Bukan saja mengenai himpunan itu tetapi lain-lain aspek kebajikan bergama juga. Pas tidak akan bertindak segila dan sebodoh itu. Demikian juga dengan PKR, parti itu juga tidak akan memancung mana-mana ahlinya yang hadir ke perhimpuinan itu. Itu adalah hak semua orang yang tidak boleh diikat dan disekat dengan mana-mana peraturan atau disiplin politik atau parti. Menjaga akidah adalah kewajiban setiap individu yang mengaku kebesaran Allah dan keagungan Muhammad.

Jadi ahli Pas boleh ramai-ramai pergi atas nama peribadi dan bukan parti. Setahu saya Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan juga akan sama hadir atas kapasitinya sebagai umat Islam. Jadi di sini tidak timbul kalau Pas tidak pergi, apa lagi dengan mudah hendak menyimpulkan Pas tidak serius dengan Islam. Cuma saya nak nasihat mana-mana ahli parti khasnya Pas yang hadir ke perhimpunan itu hadirlah sebagai sifat anda seperti club Red Warriors yang mana pergi untuk menyokong bola dan tidak menyokong ideologi politik.

Usaha untuk menghebuhkan keenganan Pas tidak hadir ke himpunan itu dibuat atas maslahat politik itu sebenar tidak boleh dipertikaikan. Dengan melihat kepada usaha Pas selama ini dalam memartabatkan Islam janganlah mudah menyimpulkan Pas tidak serius dengan Islam. Hanya kerana tidak pergi ke himpunan itu terus dicapkan Pas sebagai mengalih kilbatnya adalah naif sangat.

Itu yang Pas beriya-iya hendak melaksanakan hukum hudud di Kelantan apakah bukan Islam? Saya tidak pun terdengar Zaki atau orang sewaktu dan sedarah dengannya memberi ulasan menyokong tindakan itu. Apakah baginya himpunan itu lebih penting dari hudud? Kalau itulah pandangan Zaki dan mereka sewaktu dengannya ini bermakna struktur badan mereka sudah berubah di mana otak sudah diletak di kepala lutut, hidung di belakang dan mata di kaki?

Sesuatu yang bagus juga kalau Pas tidak pegi menyertai himpunan itu kerana nia memberi peluang kepada Umno. Umno boleh mengambil bahagian sepenuhnya. Atau dalam erti kaya lain Umno boleh mengganti Pas untuk membela akidah umat Islam dalam pengertian disebut Himpun itu. Pergilah Umno ramai-ramai? Nah inilah masanya untuk Umno menunjuk dan membuktikan kepada umum bahawa parti itu perjuang Islam nombor satu.

Hendaknya deklarasi dibuat dalam himpunan itu termasuk mendesak kerajaan menggubal akta murtad akan diterima baik oleh Umno. Umno akan memperjuangkan deklarasi tersebut hingga berjaya. Dalam sidang perlimen akan datang kita nak dengar rang undang-undang murtad akan dibentang di parlimen. Kalau deklarasi itu tidak dilaksanakan maka jelas himpunan itu akan menjadi sebahagian daripada gajah putih salin tak tumpah seprti one off saja sifatnya. Makanya kalau selepas ini ada orang mentafsirkan himpunan itu ada propaganda Umno jangan 'dimurih'.

Saya hendak tanya dan bertanya kepada orang yang mudah bingkas kepada keputusan Pas itu. Apakah Umno akan menyertai himpunan itu secara rasmi? Apakah Najib Razak, Udin anak Yassin, Shafei Afdal, Ahamad Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein, Tengku Adnan Mansor dan lain-lainnya akan hadir?

Saya tidak dengar lagi Umno membuat kenyataan rasmi akan komitmen menghadiri atau menyokong himpunan berkenaan. Yang terdengar hanya Pemuda Umno Selangor memberi tahu yang Umno akan menghadiri himpunan berkenaan. Tetapi belum ada kenyataan rasmi dari ibu Pejabat Umno di PWTC. Kalau hanya pemuda saja yang membuat komitmen ia dikira adil dan lebih kurang dengan apa yang Nasrudin Hasan lakukan saja.

Apa yang kita hendak dengar kenyataan dan pendirian ibu pejabat Umno. Belum ada kerahan dari Umno untuk menghadiri himpunan tersebut. Saya rasa kalau Umno mengambil bahagian dan komited menghadirinya, himpunan itu bukan saja akan mencapai jumlah 100,000 tetapi mungkin 5 juta kerana ahli Umno sendiri sudah mencecah lebih 3 juta lebih.

Jadi kalau Umno juga tidak menyatakan sikap dan pendirian, kenapa harus ditoleh kepada Pas saja? Jawab! Ini nampak sangat niat jahat dan cuba perangkap Pas dengan acara itu. Zaki itu mudah nampak kuman di sebarang laut tetapi terlindung gajah di birai matanya. Sepatutnya orang seperti Zaki itu turut bertanya sama mengenai Umno. Jangan hanya tahu menyanggah kepada Pas sahaja. Kalau pun benci Pas tetapi kebencian itu biarlah rasional dan profesional.

Kalau Umno juga tidak menyatakan pendirian tegas sama ada hendak hadir atau tidak apa susah dan peliknya dengan Pas. Setidak-tidaknya Pas dan PKR lebih jantan dalam hal ini kerana mereka mengambil tindakan tegas menyatakan sikap dan pendirian setelah mengkaji kesan buruk dan baik di sebalik himpunan tersebut.

Ataua pun apakah kerana himpun itu sebenarnya kerja Umno maka Umno tidak payah membuat apa-apa kenyatan lagi? Begitukah?

Begitu juga dengan Zaki mungkin kerana dia sudah tahu siapa yang mendalangi himpunan itu? Mungkin Zaki sudah dapat mentafsirkan hati budi Ngo-Ngo yang bergabung dalam Himpun itu. Mungkin dia sudah kenal latar belakang dan warna Perkasa(M), Isma, Pembina, Pembela, Intelek Melayu yang dikepalai Ibrahim Abu Shah dan lain-lain lagi itu.

Sebelum ini Ngo ini jarang berkecimpung dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pas dan PKR kecuali Teras Keupayaan Melayu (Teras) yang menjadi milik tunggalnya Pengerusi bersama Himpun, Azmi Hamid.

Begitukah? Kalau begitu maka tidak peliklah kalau Umno tidak bersuara apa-apa mengenai himpunan itu. Mereka tidak payah lagi menyatakan sikap dan menjual diri untuk hadir dan memberi bantuan sepenuhnya kerana kerana itu adalah kerja mereka juga. Bolehlah dianggapkan kerja itu salah satu projek penswastaan Umno kepada Ngo.

Saya tidak mahu menganalisa bagi mencari jawaban kepada persoalan itu. Tetapi bagi orang yang arif akan mengetahui sendiri terhadap apa yang berlaku. Salah satu petanda bahawa himpunan itu mendapat restu Umno ialah apabila ia mudah mendapat kerjasama dengan pelbagai pihak dan termasuk juga mudah mendapat permit polis. Menteri Agama Jamil Khir yang baru mengubah suai rumah juga berkokok memberi sokongan mengatakan himpunan itu bukan tunjuk perasaan. Kenyataan Jamil itu memudahkan kita untuk mencari makrifat di sebalik himpunan itu.

Kalaulah benar Umno terlibat, atau orang-orang yang mendokong perjuangan Umno untuk menyelamatkan parti itu, sepatutnya mereka mengajak Pas secara terbuka dan berhikmah. Buat surat jemputan kepada Pas dan PKR (Melayu) secara rasmi dan bukan setakat panggilan ajak-ajak ayam di dalam akhbar. Panggilan begitu juga menyebabkan Pas akan mencurigai kerana sebelum ini mereka sudah melalui banyak peristiwa pahit dengan Umno.

Saya yakin kalau himpunan itu telus, tanpa ada campur tangan atau kalau ada pun, tetapi Umno ikhlas Pas tidak akan mengambil keptusan yang meletakkan diri mereka dalam keadaan serba salah pada perhitungan umat Islam negara ini dengan membuat kenyataan mereka tidak akan hadir. Setidak-tidak Pas akan membuat pendirian menyokong tetapi tidak akan terlibat secara langsung.

Sekali lagi kepada orang mempersoalkan kenapa Pas tidak perlu hadir harus meneliti diri sendiri dan belajar memahami politik. Cara paling mudah ialah kencing dalam tempurung dan renung dalam-dalam. Kalau tak cukup mata hendak melihat bayang ajak bini sekali. Mereka juga hendaklah belajar menjadi jujur kepada diri sendiri. Adillah juga dalam mempersoalkan orang lain. Kalau Penasihat Kehormat PPIM itu adil dan jujur, beliau patut mengkritik sama Umno kerana parti Melayu itu juga tidak menyatakan pendirian sama hadir atau tidak pada acara itu.

Saya akan hadir majlis berkenaan dan nak tenguk sendiri apakah Najib, Udin anak Yassin, Zahid Hamidi hadir atau tidak. Mereka perlu hadir dan tidak boleh diwakilkan kepada tiga makhluk Allah yang sudah tidak 'dihingini' oleh Himpin seperti mana dijelaskan Azmi Hamid.

Inilah orang kita berangan-angan hendak menjadi tukang jahit sedang nak memasukkan benang dalam jarum pun sudah tidak mampu kerana mata dibaham kencing manis, kelabu asap jadinya begitulah yang boleh saya gelarkan kepada mereka yang tahu mengkritik tetapi tidak membuat penilaian awal. [wm.kl.11:40 am 20/10/11]

Wednesday, October 19, 2011

Dari Kejauhan Ini

Najib, Anwar Tunjukkan Kejantanan Anda

SYABAS Akademik Pak Sako Universiti Malaya kerana mengambil inisiatif untuk menjadi penganjur kepada debat Bajet di antara Menteri Kewangan, Najib Razak dengan bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim. Menurut laporan, akademik berkenaan akan menguruskan jemputan kepada kedua-dua pihak untuk tujuan itu, Jumaat ini.

Tempat yang dicadangkan ialah di Dewan Tunku Cencelor UM. Molek benar, dewan itu banyak mencatat sejarah dalam menganjurkan debat. Zaman UM terkenal dengan Debat Agung yang mengundang pelbagai tokoh parti politik, setiap kali diadakan debat agung dewan itu penuh melimpah ke luar.

Saya masih ingat sekitar tahun 1980-an sewaktu menjadi wartawan kecil telah berlangsung debat agung politik yang turut mengundang bekas Naib Presiden Pas, Nakhae Ahmad, manakala wakil daripada parti UBN pula ialah Allahyarham Ikhwan Nasir. Nakhae adalah tokoh Pas yang sering dihantar ke dedabat-debat seperti itu kerana kehandalan dan ilmu agama yang ada kepadan.

Malam debat itu dewan itu penuh sesak. Sejak dari petang lagi orang ramai dan mahasiswa memenuhi dewan itu sehingga melimpah ke luar.

Era itu program debat agung itu menjadi acara tahunan di universiti tersebut. Ia banyak memberi ilmu dan mendedahkan perihal politik kepada mahasiswa. Dengan adanya majlis ilmiah seperti itu telah berlaku pencerahan politik di negara ini. Ia menunjukkan ahli politik kita sedia untuk berdepan secara langsung sambil menjawab dan membalas hujah yang dilemparkan di antara satu sama lain.

Bagaimana pun acara yang saya kira teragung bagi UM yang melibatkan orang luar dihentikan apabila kerajaan gerun dan takut dengan perkembangan serta pengaruh pembangkang yang meluas di kampus universiti. Pemberhentian program itu dikira satu tindakan yang surut ke belakang. Kesurutan itu membawa sampai ke harei ini apabila Menteri Pengajian tinggi yang menjadi kampus tidak berani membuka balik tirai debat berkenaan.

Apabila Akdemik Pak Soko mengajukan itu, saya benar berharap Najib akan sedia menerima undangan Akademik Pak Sako itu. Kalau Pak Sako (Ishak Hj Muhammad) masih ada, beliau pun akan hadir, tersenyum simpul mengikut perdebatan itu. Najib boleh mempertahankan kritikan mengenai Bajet yang dibentangnya baru ini dan dalam masa sama Najib juga boleh menempelak Bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan oleh Anwar. Berbahaslah sepenuh hati dengan mengemukakan fakta dan hujah.

Hanya dengan cara berdepan di pentas saling jawab menjawab hujah masing-masing memberi peluang kepada umum untuk melihat siapa lebih tokoh, lebih berwibawa dan petah dalam berpidato. Serangan secara gelap kepada mana-mana pemimpin baik ke atas Najib maupun Anwar bukan boleh diambil kira dan dijadikan ukuran. Serangan ke ata speribadi secara gelap adalah sikap orang penakut.

Najib ada hujan dan sandarannya kenapa beliau membentang Bajet bernilai RM232.8 billion itu. Manakala Anwar juga ada hujahnya dengan apa yang dikemukakan dalam Buku Jingga dan juga Bajet yang dibentangkan sehari sebelum Najub bentang Bajet negara itu.

Nah berbahaslah dengan profesional dan biarkan orang ramai terutamanya mahasiswa dari jurusan ekonomi, politik dan sebagainya membuat penilaian. Kepada saya kemampuan berfikir, menyelesaikan masalah dan menguruskan negara lebih penting daripada soal moral yang dibangkitkan ke atas kedua pemimpin berkenaan. Apa lagi segala yang dibangkitkan itu mislanya mengenai liwat, pembabitan dalam pembunuhan Altantuya masih bersifat fantasia dan berbau politik hampak.

Apakah Najib bersedia? Saya kira Anwar bila-bila masa untuk berdebat kerana cabaran itu muncul darinya. Najib tidak perlu takut dan gentar. Kalau Ahmad Shabery Chik boleh berbueh mulut berdebat dengan Anwar apalah hendak ditakutkan. Lagipun Najib perdana menteri bukan menteri kontoi seperti Ahmad Shabery.

Kalau Najib menolak dengan berbagai alasan, malulah Najib kepada Ahmad Shabery. Kalau perdebatan itu diambil kira untuk menentukan siapa berhak menjadi Perdana Menteri, ini bermakna Ahmad Shabery masih berkelayakan berbanding dengan Najib.

Beranikah Najib? Tentu takut punya. Saya akan sms Mat Maslan menanyai hal ini. [wm.kl.6:30 pm 19/10/11]

Catatan Peristiwa

Pemimpin Mahasiswa Kunjung Tengku Razaleigh

KANDATI bukan menteri atau pun ketua kepada parti yang dianggotainya namun Tengku Razalegih Hamzah masih menjadi perhatian umum. Pejabatnya yang bergabung dengan kediamannya di Jalan Langgak Golf Ampang tidak pernah lekang dari dikunjungi semua lapisan masyarakat, boleh dikatakan setiap hari 'rumah putih' itu menerima tetamu.

Baik kalangan usahawan, ahli politik maupun mahasiswa, semuanya datang untuk mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar atau bertukar-tukaran fikiran mengenai isu semasa dalam pelbagai aspek kehidupan. Pengalaman yang dipikulnya sebagai bekas anggota kabinet, bekas Menteri Kewangan (terlama) dan juga bekas pimpinan tertinggi Umno sangat berguna untuk diambil iktibar.

Pengalaman khasnya mengenai ekonomi yang dimilikinya tidak ternilai kalau hendak dibayar. Apa lagi jika dicampur dengan cara dan stail beliau berpolitik yang tidak pernah tahu menyakiti hati teman atau musuh secara keterlaluan, beliau juga tidak terikut-ikut dengan politik wang untuk mendapatkan kuasa. Gabungan dua elemen itu menjadikan beliau adalah seorang Negarawan ampuh.

Beliau pula tidak pernah loket untuk menemui sesiapa saja. Beliau akan memberi kesempatan seberapa yang boleh. Datanglah bila-bila masa dan apa tujuannya akan disambut dengan ramah dan penuh mesra. Perbezaan pangkat dan darjat tidak menjadi persoalan dan beliau tidak kekok untuk tidak 'bersemayam' di mana saja demi rakyat.

Keramahan itu menyebabkan kita akan terkejut dan merasakan kontra dengan latar belakang dirinya dan keluarganya dari keturunan ningrat. Beliau tidak pernah merasakan dirinya berada di atas tetapi senantiasa memikirkan untuk kesejahtraan rakyat.

Kelmarin untuk kesekian kalinya beliau dikunjungi, kali ini oleh serombongan seramai 15 orang mahasiwa terdiri dari kepimpinan pelajar dari beberapa universiti tempatan. Kunjungan itu tidak lain dan tidak bukan dibuat atas rasa hormat dan kagum kepada Tengku Razaleigh sebagai seorang ahli politik yang konsisten dengan pegangan dan idealismenya yang berpaksikan kepada Melayu Islam.

Beberapa majlis perwakilan mahasiswa diketuai sendiri oleh Yang Dipertua masing-masing. Antaranya Perwakilan Mahasiswa (MPM), Universti Malaysia diwakili oleh Yang Dipertuanya, Mohd Syahid, MPM Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Iqbal, di mana mereka disertai sama beberapa orang pemimpin.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Presiden Mahasiswa Kelantan UM, Che Rozaihan dan pimpinnya. Turut sama ialah pensyarah politik di sebuah kolej komuniti bersama pelajarnya, serta Yusri Maimun bekas pemimpin mahasiswa UIAM yang juga selaku moderator pertemuan itu.

Dalam pertemuan selama hampir dua jam dan berjalan penuh mesra itu, Tengku Razaleigh memberi beberapa pandangan khasnya untuk dijadikan panduan kepada rombonagn itu serta menjawab beberapa persoalan dibangkitkan ahli rombongan termasuk mengenai isu Bajet 2011 dan juga mengenai harapan Umno untuk merampas Kelantan.

Tentang Bajet, Tengku Razaleigh menyatakan kehairananya macam mana Najib Razak membuat banyak pengumuman untuk membantu rakyat tetapi keupayaan kewangan negara berdasarkan unjuran tidak berkemampuan.

Tentang harapan Umno Kelantan, beliau optimis Umno tidak akan berjaya untuk merampas Kelantan berdasarkan keadaan semasa. Dalam konteks Kelantan katanya pemimpin tidak cuba untuk membela rakyat Kelantan dengan memenuhi kehendaknya sebaliknya lebih untuk 'membuncitkan' perut sendiri.

Tengku Razaleigh juga terus mengulangi pendiriannya mengenai pembayaran royalti minyak (Petronas) untuk rakyat Kelantan. Katanya royalti itu adalah hak rakyat Kelantan dan ia tidak perlu ditahan, kerana perbuatan itu sebagai menganiaya dan menafi hak rakyat Kelantan.

"Saya sedia menjadi saksi dalam kes royalti minyak itu yang kini dibawa ke mahkamah," ujarnya.

Di akhir pertemuan itu beliau menyatakan gembira kerana menerima kunjungan anak muda (mahasiswa) untuk bertukar-tukar fikiran. "Banyak yang saya dapat dari pertemuan ini dan diharap ianya akan berterusan," katanya.

Ingatan penting Tengku Razaleigh kepada rombongan itu ialah mengharap anak muda menggunakan ilmu mereka menilai sesuatu dan bukan menerima secara sambrono apa yang dihadapakan. "Intelektual kita sangat penting untuk menilai sesuatu, dan apa juga keadaan kita perlu menggunakan intelektual kita untuk menerima atau menolak sesuatu," begitulah ujarnya. [wm.kl. 5:00 pm 19/10/11]

Tuesday, October 18, 2011

Susupan Malam

Himpun Tidak Hingin Kepada Ezam, Zulkefli dan Ibrahim

Pengerusi bersama Himpun - Perhimpunan Sejuta Umat: Untuk menyelamatkan akidah Mohd Azmi Abdul Hamid (foto) hari ini dengan tegas menyatakan tiga manusia, Ezam Mohd Noor, Inche Ibrahim Ali dan Zulkefli Nordin alias Zulkifli 9/10 tidak ada kena mengena dengan perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober depan.

Katanya tiga orang ini bukan pengucap utama di dalam majlis berekanaan. Justeru katanya dakwaan atau pun kenyataan mereka bertiga berhubung himpunan itu tidak diiktiraf atau tidak ada kena mengena dengan sekretariat Himpun.

Tegas Azmi lagi himpunan yang bakal menghimpun 100,000 umat Islam itu bebas dari agenda politik mana-mana ideologi. Tegasnya mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasikan majlis itu dengan unsur politik tidak dibenarkan.

Azmi dipetik membuat kenyataan itu ekoran Zulkefli 9/10 yang juga Ahli Parlimen Bandar Baru - Kulim ada mennguar-guarkan beliau akan menjadi salah seorang pemidato utama pada majlis itu. Kata wakil rakyat 9/10 itu beliau akan membangkit beberapa isu kontroversi mengenai kejadian murtad sebelum ini pada majlis berkenaan.

Bagaimana 'senator boy' Ezam Mohamad Nor dan wakil rayat yang menang atas tikit Pas Inchek Ibrahim Ali tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung penyertaan mereka. Bagaimana pun pertubuhan Perkasa(m), ikut bergabung dalam Himpun yang melibatkan lebih 60 buah badan bukan kerajaan itu.

Penegasan Azmi itu menjelaskan ketiga makhuluk Allah ini tidak diingini untuk ikut sama membela akidah umat Islam dalam himpun itu. Kenyaataan dan penegasan Azmi itu menunjukkan bahawa himpunan 22 Oktober itu benar-benar bebas dari ideologi politik.

Dengan kenyataan Azmi itu boleh difahamkan kehadiran ketiga makhluk Allah itu boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini dan ini tidak pelek kerana mereka sering bercakap terkeluar dari topik dan konteks sebenarnya.

Adalah diharap Himpun dapat memastikan ketiga makhluk ini yang boleh menjadi liabiliti kepada himpunan itu tidak akan hadir ataupun berada di pentas sederet dengan para pemidato lain. Adalah dikhuatiri kalau mereka lolos ke dalam majlis berkenaan menyebabkan sambutan atau semangat umat Islam untuk berhimpun bagi menyatakan kekuatan dan persepakatan akan terjejas. [wm.kl.8:00 pm 18/10/11]

Monday, October 17, 2011

Berita Yang Dihangatkan

Seorang Wakil Rakyat Pantai Timur Ada Affair Dengan Pramugari?

Lho... ini mengejutkan, tetapi inilah berita yang terlantas di telinga saya. Seorang wakil rakyat, (Adun) dari negeri Pantai Timur dikatakan ada hubungan sulit dengan seorang pramugari Mas. Kejadian ini sudah berlaku sejak lebih setahun lalu sebelum AirAsia membeli saham Mas.

Adun berusia sekitar 50-an ini dikatakan selalu ternampak di sekitar penginapan pramugari berkenaan. Seorang wartawan pengintip bebas dikatakan pernah merakam gambar Adun berkenaan sedang makan di lokasi berdekatan penginapan pramugari itu. Kejadian itu berlaku lebih dua kali.

Sumber lain pula menyebut Adun itu pernah mengirimkan sejambak bunga kepada pramugari berkenaan ketika dia terlantar di sebuah hospital pakar di Ampang.

Mereka juga sering kali bertemu di Kota Kinabalu dan juga Kuching. Biasanya sewaktu pramugari berkenaan bertugas di penerbangan akhir dan menginap di bandar raya itu.

Semasa pilihan raya umum Sarawak tidak lama dulu Adun berkenaan yang ada parut kecil di muka dilihat turut sama menginap di hotel yang menjadi penginapan krew Mas dan pada masa itu kebetulan pramugari berkenaan juga menginap di tempat sama. Pramugari yang dikatakan itu kelihatan berlegar dan mencari seseorang di lobby hotel sebelum meninggalkan hotek berkenaan.

Gambar pramugari berkenaan ada dikirimkan kepada saya menerusi MMS.

Saya sedang menunggu laporan lanjut dan butir-butir mengenai hubungan sulit berkenaan, jika perlu akan didedahkan. Walaupun kini sudah ada laporan tentangnya namun penyiasatan mendalam diperlukan untuk mengelakkan berlaku salah lapor dan penganiayaan. Bersambung... [wm.kl.6:40 am 17/10/11]

Susupan Tengahari

Kenyataan Najib Mengelisahkan Umno P Pinang?

PENGAKUAN Najib Razak semasa merasmi konvensyen Gerakan semalam yang Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya memerintah negeri itu tentunya disambut dengan rasa berbelah bagi dan pro-kontra di antara masyarakat Cina (UBN) dan Melayu Umno di negeri berkenaan.

Orang Cina Gerakan dan MCA merasa senang dengan pengakuan Najib itu. Pengakuan itu akan memberi keyakinan kepada mereka tentang stail atau transformasi politik Umno yang penuh bertolak ansur. Setidak-tidaknya begitulah bingkasan awal mereka. Serentak itu juga masyarakat Cina tidak perlu merasa cuak dengan gelagat Umno Pulau Pinang ke belakangan ini yang cuba menunjukkan taring dan pengaruh mereka untuk menawan negeri itu.

Umno sebelum ini secara tidak langsung meletakkan kegagalan UBN mengekalkan Pulau Pinang kepada Gerakan. Kerana itu Umno tiba-tiba 'bercongek ekor' membuat serangan kepada Lim Guan Eng dan DAP. Itu orang bernama Rezza Marican Naina Marican selalu muncul dengan pelbagai isu untuk memburukkan kerajaan DAP. Bagi Rizal sama seperti bagi pemimpin pembangkang yang melihat apa-apa yang dilakukan kerajaan semuanya tidak betul, begitu jugalah nilai Rezza.

Beberapa tunjuk perasaan dan himpunan juga sering berlaku di perkarangan Komtar - Pejabat Ketua Menteri. Dari sekecil-kecil isu sampai ke sebesar-besar isu cuba dibangkitkan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Isu Mat Sabu tuntut wang perubatan kerana luka lutut disebabkan dilanggar kenderaan pada himpunan Bersih juga dibangkit. Kononnya Mat Sabu yang menjadi ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang tidak layak untuk mendapat bayaran ke atas lukanya kerana berhimpun dalam himpunan haram Bersih.

Bukannya banyak apa yang dituntut oleh Mat Sabu tidak sampai pun RM10,000 apalah kalau dibezakan dengan tuntutan ratusan juta dilakukan Umno. Namun kerana itu kesalahan, tidak kisah besar atau kecil jumlahnya. Rezza dan Umno Pulau Pinang tetiba hendak jadi hero memperjuangkan wang rakyat. Sebelum turun gelanggang Rezza dan Umno Pulau Pinang sepatutnya membersihkan atau mengintaikan dulu sampah yang disepak ke bawah karpet oleh pemimpin parti itu.

Atau isu paling hampir yang ada di sisinya mengenai bagaimana seorang bekas setiausaha kepada menteri memilik wang ratusan juta ringgit. Tetapi isu itu nampaknya disunyikan saja oleh Rezza seolah dia tidak pernah mendengar apa-apa tentangnya. Kalau betul Rezza bekas graduan universiti Islam antarabangsa (UIA) beliau tidak mengamalkan budaya kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di birai mata tidak nampak.

Segala aksi-aksi itu - apa dilakukan oleh Umno - menunjukkan Umno begitu beriya untuk mengungguli kemudian memerintah Pulau Pinang. Tetapi apabila Najib membuat kenyataan itu segala usaha itu menjadi anti klimek. Belum sempar 24 jam orang bernama Musa Sheikh Fadzil telah memperakui akan akur kepada apa yang dituturkan oleh Najib Razak.

Ertinya perjuangan Umno yang macam 'nak rak' menyerang kerajaan DAP sebelum ini sia-sia sahaja. Perjuangan dan kesungguhan itu semacam tidak mendapat restu dari ketua mereka Najib Razak. Seperti hanya Umno Pulau Pinang saja mengigau untuk menjadi kerajaan di negeri itu tetapi pucuk pimpinan atasanya tidak memepdulikan langsung.

Sebenarnya kalau dilihat kepada sejarah sikap Umno tentang Pulau Pinang tidak perlu dipertikaikan lagi. Satu masa dulu Umno pernah mendapat kerusi lebih banyak dari Gerakan tetapi kerusi ketua menteri diserahkan kepada Gerakan. Hakikat disebalik itu sepatutnya difahami oleh Umno terutamanya orang seperti Rezza Marican dan Musa Sheikh Fadzil.

Biarlah. Soalnya kini pula apakah Cina Gerakan dan MCA Pulau Pinang yakin dengan penjelasan dan pengakuan Najib itu? Apakah benar kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Gerakan sekrianya Pulau Pinang dapat ditawan. Macam mana sekiranya dalam pilihan raya nanti Umno mendapat kerusi lebih dari Gerakan? Apakah Umno Pulau Pinang akan akur dengan kehendak Najib?

Bukan semudah itu rasanya untuk orang Cina mempercayai kenyataan Najib itu. Sudah tentu kalau keadaan itu berlaku Umno Pulau Pinang yang sudahm lama mengidam untuk menjadi kerajaan akan menuntutnya. Apa lagi kalau kebetulan Umno mendapat kerusi melebihi daripada apa yang Gerakan dan MCA perolehi?

Kesimpulannya kenyataan dan pengakuan Najib itu tidak ubah ia adalah janji politik semata-mata yang kondisinya boleh berbuah pada bial-bila masa saja. Najib juga tidak akan dapat mempertahankan kenyataan itu sekiranya Umno Pulau Pinang mendesaknya. Saat itu Najib akan mempertimbangkan apakah mengenai persepakatan politik yang semakin meruncing atau kedudukannya yang juga meruncing.

Tegasnya kenyataan itu Najib itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada senerio politik Gerakan khasnya dan Umno Pulau Pinang amnya. Ianya hanya sebuah kenyataan bersifat retorika semata-mata. [ttdi.12:55 t/hari 17/10/11]

Sunday, October 16, 2011

Catatan Ahad

Tahniah Wan Ismail Dan Wan Rahim

SEWATU bersarapan pagi di sebuah gerai alias restoran "Tu Dok Ko"di Taman Samudera, Gombak pagi tadi bersama sdr Zulaimi dan seorang kawannya, saya menerima panggilan dari Rushdan Mustafa yang ketika itu berada di hospital Universti Sains (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu. Rushdan sedang menziarahi wakil rakyat Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang sedang berihat sambil mendapat rawatan di situ.

Saya kagum melihat cara dan aktiviti persendirian dilakukan Rushdan. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan berlegar di kawasan Rantau Panjang menjenguk mana-mana mereka yang bernasib malang bukan ke belakangan ini tetapi sejak bertahun lalu. Mana-mana yang tidak dipedulikan atau terlepas pandang dari pandangan wakil rakyat akan ditangani seadanya oleh beliau. Rushdan akan menyediakan apa-apa keperluan termasuk memguruskan apa-apa keperluan lain.

Sedikit sebanyak apa yang dilakukan bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno yang menyertai Pas 10 tahun lalu ini meringankan beban wakil rakyat di Rantau Panjang. Bagaimana pun kerja kebajikan dibuat secara senyap itu tidak disedari orang.

Wan Ismail berada di hospital itu sejak beberapa hari lalu. Semasa balik ke Kelantan minggu lepas untuk mengikut program Kesyukuran Hudud saya bercadang untuk ziarah beliau. Tetapi kerana kesuntukan masa, hajat itu tidak kesampain. Apabila mengetahui Rushdan hendak ziarahi beliau saya minta sampaikan salam saya kepada Wan Ismail.

"Ana di tempat Yang Berhormat Wan Ismail ni, dia nak bercakap dengan enta," kata Rushdan di hujung telefon kemudian melepaskan telefon bimbityang baru di beli di Bangkok beberapa minggu lalu itu kepada saya.

"Enta tak nak sain (berkawan) dengan ana dah ke?" terdengar suara Wan Ismail kesayuan di hujung telefon. Saya teras sedikit terkedu mendengar kata-kata itu. Rasa bersalah mengelitik dalam hati. Memang agak lama saya tidak menjenguk dan bersapa tanya beliau hatta dengan telefon. Kadang-kadang jelous juga kepadanya bila sihat sikit diam-diam dia ke China.

"Bukan...! Enta sihat ke?" saya cepat-cepat mendalih kata. Belum sempat saya sambung dia terus bermengasak; "Nampak enta tak nak dah sain dengan ana..." katanya bersedih. Suaranya garau mungkin air matanya sudah melimpah di birai mata.

Saya memahami hati dan perasaan Wan Ismail dan orang yang di dalam keadaan sepertinya. Orang yang bersemayam di wad hospital mudah merasa sedih dan cepat mengingati kesalahan orang terhadapnya tanpa menyemak apakah kesalahan diri sendiri kepada orang lain diwaktu sihat.

"Bukan, ana dah nak pergi masa balik dua tiga hari lepas, tetapi masa tak mengizinkan..ana dah sebut kepada Ustaz Lah (Abdulah Yaakob - Air Lanas)." Saya memberi penjelasan. Keadaan jadi senyap berbapa jurus.

"Kata nak buang 20 orang wakil rakya?" tanya beliau. Duh...saya faham dia merujuk kepada catatan terbaru saya dalam blog. "Boleh buang ke? Ada 19 orang lagi, ana dah selesai tugas dengan pemimpin dan rakyat," katanya menjelaskan yang beliau sudah sedia untuk berundur dan tidak mungkin bertanding lagi. Mungkin juga Wan Ismail terasa dengan catatan saya itu. Beliau memahami 2o orang wakil rakyat yang perlu dinilai itu termasuk dirinya, sebab dalam catatan itu saya memberi klu mereka yang uzur.

Saya jadi terharu dengan kata-kata Wan Ismail itu. Walaupun dia memperli tulisan saya rasa dia seakan ikhlas. Apabila beliau mengatakan tugasnya dengan rakyat dan kepimpinan sudah selesai itu menandakan tidak ada apa-apa lagi difikir untuk pilihan raya umum akan datang. Mungkin diam-diam Wan Ismail sudah ada calon atau pun orang yang disebut untuk mengganti tempatnya. Baguslah.

Dalam perjalanan pulang dari sarapan pagi itu saya terkenang kepada Wan Ismail. Moga apa yang diucapkan itu benar dan jujur. Semoga dia juga tidak terasa terkilan dengan apa yang saya cadangkan itu. Sehingga kini termasuk Wan Ismail sudah dua orang wakil rakyat yang membuat pengakuan untuk tidak dicalonkan lagi. Seorang lagi ialah cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ahli Parlimen Kota Bharu.

Dalam satu pertemuan di sebuah hotel di Jalan Ampang satu malam, cikgu Rahim menyebut yang dia sudah pun berusia, umurnya sudah 60 tahun dan sudah tidak larat lagi untuk jadi wakil rakyat serta kalau boleh mahu diserahkan kepada orang muda.

"Ana dah tua, buvi (beri) lah ke orang-orang muda pula," begitulah kata Wan Rahim malam itu. Suaranya tenang dan bersahaja saja. Saya cuba mengacahnya agar bertanding di Dun Kota Lama tetapi beliau cepat menolak dengan kata-kata itu.

Saya mengira apa yang diucapkan Wan Rahim itu sama maksud dengan apa diucapkan oleh Wan Ismail. Walaupun cikgu Wan Rahim masih sihat tetapi dia sudah insaf yang sudah lima penggal dia bergelumang dalam pilihan raya. Menjadi Adun dua penggal, menjadi Speaker dan juga MP. Pendeknya semua jawatan sudah dirasai oleh Wan Rahim. Orang seperti cikgu Rahum sudah tidak ada apa lagi yang dikejar dalam politik sebab semua dia sudah menikmatinya. Selain menjadi wakil rakyat beliau juga menjadi Setiausaha Politik kepada MB Kelantan 10 tahun.

Bagaimana pun saya kurang setuju kalau beliau bersara terus dan berada di luar bultan politik Kelantan. Kelebihan dan pengalaman yang ada kepadanya sebagai pakar politik Kelantan hendaklah dipergunakan. Takdir cikgu Wan Rahim benar untuk berundur, kerana keletihan tetapi beliau tidak boleh mendiamkan diri. Peranan dan kepakarannya sebagai pengarah polilihan raya tetap diperlukan.

Kini dari 20 orang wakil rakyat yang saya kira wajar dipertimbangkan untuk tidak bertanding sudah ada dua orang yang membuat pengakuan. Bagaimana pula dengan 18 yang lain lagi. Saya rasa tidak payah saya sebut satu persatu nama-nama mereka. Setiap dari mereka akan mengetahui apakah mereka layak, masih berkemampuan atau tidak.

Jadi sebelum nama kita disebut rakyat agar berundur eloklah kita membuat pengakuan ikhlas seperti mana Wan Ismail dan Wan Rahim itu. Adalah sangat buruk kalau ada yang beranggapan mereka juga masih diperlukan seperti mana Tok Guruku Nik Aziz. Kalau Tok Guru ditakdir masih bertanding dalam janganlah hendaklah takdir itu juga hendak digunakan kita. Sedarlah bahawa diri kita (wakil rakyat) jauh bezanya dengan Tok Guru.

Kepada mereka yang sudah dapat menghidu bau yang mereka tidak lagi diperlukan, salinlah gelegar jemuran sebelum terjerlun kaki. [wm.kl.7:11 pm 16/10/11]