Friday, November 8, 2013

Mungkin Mohamad Sabu menang tidak bertanding?

SUSUPAN PETANG                                                                          

Penolakan tawaran untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Pas oleh Husam Musa kemungkinan menyebabkan penyandangnya Mohamad Sabu akan menang tidak bertanding.

Penolakan Husam itu atas alasan beliau mementingkan perpaduan parti dan jawatan itu merupakan pencalonan terbanyak untuknya berbanding timbalan presiden, menjadikan Mohd Amar serba salah.

Kedua-dua tokoh yang dicalonkan untuk merebut jawatan itu yang mendapat undi terbanyak telah menolak pencalonan masing-masing. Sebelum ini Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan melebihi 100 pencalonan menolak untuk mencabar Mohamad Sabu.

Husam akan tanding timbalan, Idris tolak pencalonan

MAKLUMAT PAGI                                                                              

Husam Musa dijangka akan menyerahkan surat pengesahan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Pas selewat-lewatnya esok. Menurut seorang yang rapat dengan bekas Exco itu Husam yang beberapa hari lalu berada di luar negara kini sudah pun berada dalam negara.

Setakat ini jawatan nombor dua Pas itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa. Semalam Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan untuk merebut jawatan itu telah menyatakan pendiriannya untuk tidak bertanding merebut jawatan itu sebalik sedia merebut jawatan naib presiden.

Kini apa yang menjadi tanda tanya pendirian Mohd Amar Nik Abdullah yang juga mendapat pencalonan untuk jawatan timbalan presiden. Sekiranya Mohd Amar berhajat elok beliau menayatakan pendirian lebih awal dari Husam.

Dalam pada itu seorang calon naib presiden, Idris Ahmad (foto) telah menarik diri dari merebut jawatan itu. Dalam satu sms kepada saya, Idris menyatakan dia hanya bertanding ahli jawatankuasa Pas pusat.

Thursday, November 7, 2013

Tuan Ibrahim tidak tanding jawatan Timbalan Presiden

BERITA MALAM                                                                              

Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengesahkan beliau tidak akan turut merebut jawatan timbalan presiden buat kali kedua sebaliknya akan menumpukan ke jawatan naib presiden. Beliau yang khabarnya mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan timbalan presiden menjelaskan 'penarikan' itu di atas kehendaknya sendiri dan kerana lebih mentingkan soal parti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Jadi kini ada dua pencabar jawatan timbalan presiden yang kini dipegang Mohamad Sabu; Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah. Mohamad Sabu telah menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden.

Meneliti kata-kata atau ayat-ayat yang disusun Tuan Ibrahim dalam kenyataa penarikan dirinya agak menarik dan ia dibuat dengan penuh keinsafan. Beliau sendiri memperakui ianya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ertinya tidak ada 'perestuan' langsung darinya untuk mana-mana calon yang bakal berdepan dengan Mohamad Sabu.

Wednesday, November 6, 2013

Ada isu besar negara bakal meletup?

TERKINI                                                                                              

Mengejutkan! Perkembangan terbaru mengenai satu isu membabitkan negara ini agak menarik dan mungkin boleh mengejutkan banyak pihak. Seperti mana dilaporkan oleh sebuah protal berita, kononnya Dr Mahathir Mohamad kini sedang memberi tekanan ke atas salah laku Pegaum Negara Abdul Ghani Petail yang disyaki terlibat dengan dua orang pegawai perisik risikan pusat (CIA) yang berkerja di pejabat Peguam Negara.

Isu ini adalah serius. Lapor portal berita itu juga, keraguan Mahathir terhadap tingkah laku Ghani Petail itu telah sampai ke pengetahuan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi. Dakwa portal itu Mahathir ada memanggil Zahid dan bertanya hal itu.

Zahid pula dilaporkan memberi jaminan akan menyiasat perkara itu. Apabila Mahathir sedia untuk memanggil Zahid ini bermakna tindakan Mahathir itu bukan bersifat peribadi tetapi demi negara.

Siapa akan cabar Mohamad Sabu belum jelas

RENUNG-RENUNGAN                                                                          

Semua mereka yang dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden Pas yang akan diadakan dua minggu lagi masih belum membuat keputusan, kecuali penyandangnya Mohamad Sabu. Mohamad Sabu awal-awal telah menyatakan kesediaanya untuk mempertahankan jawatan itu.

Mohamad pertahan jawatan.
Mohamad seakan telah mengunci kedudukan dan hasratnya itu apabila beliau dipetik sebagai berkata dia sanggup 'kalah' dalam gelanggang apabila diajukan cadangan agar beliau berkompromi dan tidak bertanding. Pernyatan Mohamad itu menjelaskan pendiriannya. Ia tidak mungkin lagi di'ogeh' untuk merubah kedudukan itu seterus merubah senario perebutan jawatan nombor dua itu.

Walaupun ada suara dan pandangan mengenai Mohamad Sabu, mengenai kemunasabahannya menjadi orang nombor dua dalam Pas bergandingan dengan Abdul Hadi Awang, tetapi selama lebih dua tahun beliau menjawat jawatan itu beliau telah menunjukkan keupayaanya.

Gandingan beliau dengan Abdul Hadi yang dilihat tidak begitu agresif dalam menggerakkan politik Pas sebagai sebuah 'gerakan politik-sosial', memjawab persoalan negatif terhadap timbalan presiden parti Islam itu.

Tuesday, November 5, 2013

Suhaimi Said kembali ke Rahmatullah

BELASUNGKAWA                                                                            

Allahyarham ketika menyertai himpunan Bersih 2.
Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat yang cintakan perjuangan kebenaran dan keadilan amnya hari kehilangan seorang pejuang dan tokoh rakyat yang rajin serta tidak pernah mengenal erti kekalahan dan putus asa apabila Suhaimi Said telah dipanggil Ilahi pulang ke pangkuannya hari ini.

Allayarham yang telah lama berada di hospital meninggal di Hospital Temerloh kira-kira jam 6:00 petang ini dalam usia 69 tahun.

Mulanya beliau mendapat rawatan di hospital Temerloh akibat dipercayai mengamai barah otak kemudian dipindah kepada Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) di Cheras untuk beberapa ketika sebelum dibawa semua ke hospital Temerloh.

TAH untuk Mahfuz dan NIAH untuk Mukhriz

ULASAN PASCA PRK SG LIMAU                                                  

Aliran air Sungai Limau, Yan Kedah yang agak kencang dan tidak menentu selama seminggu lalu sudah pun reda dan kembali kepada keadaan sedia kala semalam. Sebaik sahaja Pengurus pilihan raya kecil N20 Sungai Limau mengumumkan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat, 37 menang dengan majoriti 1,084 undi semua debaran di dada dan dijiwa berhenti.

Azam diusung selepas diumum sebagai pemenang.
Sebelum pengumuman itu berbagai sepekulasi dan ramalan dibuat, ada kalanya yang menjadikan denyutan jantung menjadi kencang. Kedua-dua pihak yang bertanding, Pas dan Umno sendiri juga tidak dapat membuat predction konkrit hanya bermain dengan ramalan dan andaian. Berbagai-bagai analisa, dapatan juga dilakukan yang kadang kala boleh mengugahkan keyakinan yang sudah dirasai.

Untuk menjamin kemenangan masing-masing, berbagai cara, tektik dan strategi halal dan haram dilakukan. Situasi inilah menyebabkan hati menjadi bolak balik. Biarlah... saya tetap ingin menegaskan bahawa pilihan raya kecil kedua untuk penggal parlimen ke-13 ini, berlangsung dalam suasana elok dan harmonis. Kalaupun ada serba sedikit ketidak-kenaan, insiden itu, adalah pelengkap kepada pilihan raya itu. Pepatah Melayu ada mengatakan; "kenduri kendara itu tidak akan sah kalau tidak ada pinggan mangkuk, gelas atau cawan yang pecah atau sumbing."

Monday, November 4, 2013

Pas berjaya pertahankan kerusi N20 Sg Limau

Azam diistyhar sebagai pemenang.
Pengumuman rasmi telah dilakukan oleh pihak SPR jam 8:59 tadi mengesahkan calon Pas Mohd Azam Samat, 37 berjaya memenangi pilihan raya kecil N20 Sungai Limau menewaskan calon BN Ahmad Sohaimi Samat dengan majoriti 1,084.

Azam mendapat 12,609 manakala Sohami mendapat 10,985.

Sebanyak  22,642 pengundi yang keluar mengundi atau 85.5% daripada 27,222 pengundi di Dun berkenaan.

Majoriti diperolehi Azam merosot sebanyak 1,690 berbanding yang diperolehi Allahyarham Azizan Razak sebanyak 2,774.

Kemerosotan majoriti Pas itu telah diduga awal-awal lagi memadang pilihan raya itu adalah pilihan raya kecil di mana akan memberi kelebihan kepada UBN yang menjadi kerajaan.

Kemenangan Azam itu menjadi hadiah sempena tahun baru Hijrah 1435 yang akan mulai disambut besok. Ulasan pilihan raya itu inysa-Allah akan dibuat besok. [wm.kl.9:07 pm 04/11/13]

Penjumlahan undi PRK Sungai Limau bermula

PENCERAPAN                                                                                    

8:30 pm: Laporan beberapa portal dan individu yang mendapat maklumat langsung dari bilik gerakan kedua-dua pihak, Pas dan BN di Sungai Limau menyebut Pas memenangi pilihan raya kecil itu. Majoritinya seperti mana dilaporan sebelum ini sekitar 1,000 lebih. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari SPR yang dijangka diumumkan jam 9:30 malam. Atau pun mungkin juga akan diadakan pengiraan semula untuk melewat-lewatkan keputusan. Wassalam Mso.


8:16 pm: Pengiraan undi sedang rancak dilakukan. Maklumat tidak rasmi masih menunjukkan Pas mengatasi BN dengan majoriti lebih 1,000 . Perkiraan untuk lebih 10 peti undi.

8:00 pm: Maklumat tidak rasmi dari pemimpin tertinggi Pas, Pas menang dengan majoriti lebih 1,000.

7: 57 pm: Mengikut culaan tidak rasmi dari sebuah pusat pemantauan menunjukkan BN menang dengan majoriti 951 undi? 

Jam 7:40 pm. Pingiraan undi pilihan raya kecil N20 Sungai Limau sudah pun bermula. Sebanyak 85.5% pengundi atau seramai lebih 23,249 pengundi telah menunaikan kewajiban mereka masing-masing. Sekarang ini sudah ada beberapa keputusan tidak rasmi perkiraan di pusat-pusat mengundi yang berjumlah sebanyak 17 pusat mengundi.

Dari sembilan pusat mengundian yang sedang membuat pengiraan mendapati calon Pas, Mohd Azam Samat mendahuli calon BN Ahmad Sohami Lazim dengan kelebihan beberapa puloh undi sahaja. Sekiranya maklumat tidak rasmi ini konsisten ini menunjukkan ada tanda-tanda calon Pas dicabar hebat oleh calon BN dan kemungkinan juga akan berlaku up-set. [*** 7:40 pm 04/11/13]

Jangan mudah percaya keputusan awal PRK Sg Limau

PERINGATAN                                                                                   

Adalah dijangka keputusan pilihan raya N20 Sungai Limau sudah dapat diketahui sejam sebelum pusat mengundi ditutup jam 6:00 petang. Kebiasaanya keputusan sudah boleh diagak selepas kira-kira 80% pengundi keluar mengundi di kesemua 17 pusat pengundian.

Para petugas dan pencerap parti masing-masing akan membuat kiraan berdasarkan kepada jumlah mereka yang memasuki bangsal panas (barung) untuk mendapat nombor giliran mengundi atau transit sementara masuk ke kawasan mengundi. Dari sini kedatangan pengundi akan direkod dan dianaliskan. 

Mereka yang mendekati bangsal panas Pas akan dianggap sebagai pengundi Pas manakala yang memasuki ke barung UBN akan direkod sebagai pengundi BN. Begitu juga pengundi yang turun dari kenderaan berlambang parti tertentu akan direkod sebagai pengundi parti berkenaan. Selalunya tidak banyak berlaku perselisihan mengenai situasi ini kerana sikap pengundi suka menjelaskan ke arah mana sokongan mereka.