Tuesday, September 6, 2016

RUU 355 Pas perlu dengar pandangan AMANAH

SUDAH SUBUH

Khalid Samad
[kemaskini] Sebagai seorang Islam sesiapa juga akan menyokong apa-apa jua usaha untuk memartabat dan mendaulatkan agama samawi atau agama dari langit itu. Maksud agama dari langit ialah agama berasaskan wahyu. Itulah tanggungjawab dan amanah kita yang menerima Islam sebagai ad-den jalan hidup dan penghidupan - way of life. Antara fungsi dan tujuan Allah menzahirkan kita pula ialah untuk merealisasikan segala hukum dan peraturan-peraturan-Nya.

Hanya dengan menurut dan berpegang kepada peraturan-Nya makhluk dijamin selamat dunia dan akhirat. Islam Rahmatan lil Alamin.

Demikian apabila parti agama (Pas) cuba hendak melaksanakan hukum Hudud, hukum yang disebut dalam al-Quran dan ditafsirkan oleh ahli Hadith, kita sebagai orang Islam tidak perlu ragu-ragu tentang tujuannya dan wajib menyokong seratus peratus. Sokongan itu sendiri memberi gambaran sejauh mana tahap keimanan kita.

Bekas kakitangan syarikat GLC Kelantan disoal siasat SPRM?

CATATAN PETANG

Ini ada sedikit maklumat yang tidak berapa baik untuk kerajaan berslogan "Membangun Bersama Islam", kerajaan Kelantan yang sebelum ini dianggap sebuah kerajaan yang berintegriti dan di sanjungi oleh banyak pihak.

Pihak kerajaan negeri sendiri berbangga dengan pencapaian dan rekod bersih perkhidmatan mereka kepada rakyat selama ini. Kononnya kerajaan peninggalan Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat itu bersih, tiada kaki tangan dan wakil rakyatnya tersangkut dengan sebarang kemungkaran dan penyelewengan.

Pemimpin kerajaan Kelantan juga sering kali "menyongik" ekor kerana berpuas hati dengan ketelusan dan moral kerajaan berkenaan. Sehingga ini setelah 26 tahun Pas mentadbir Kelantan tidak ada seorang pun kaki tangan kerajaan negeri atau wakil rakyatnya ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana kesalahan rasuah. Rekod itu dijadikan mercutanda ketelusan dan kesucian kerajaan Kelantan.

Monday, September 5, 2016

Husam sifat Mahathir Anwar sinergi dua generasi

KENYATAAN

Adun Salor Husam Musa menyifatkan pertemuan Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim hari ini penyatuan sinergi dua generasi yang kesekian lama diharapkan. Pertemuan itu sangat menggembiranya kerana ia menjadi harapan kesekian lama.

"Saya sudah impikan dua tokoh itu yang berseleheng selama 19 tahun untuk duduk sebaris", kata Husam. Berikut kenyataan penuh Husam:


*Sinergi Dua Gergasi*
*Demi Malaysia*: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.

Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.

Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.

Hormatilah gencatan senjata Dr Mahathir - Anwar

ULASAN PETANG

Anwar - Mahathir bersalam erat.
[kemaskini] Pertemuan dan jabat salam antara Dr Mahathir Mohamad dengan bekas timbalannya Anwar Ibrahim hari ini suatu peristiwa mengejutkan. Keterkejutannya apa yang tersaksi hari ini sama dengan peristiwa 18 tahun lalu di saat Dr Mahathir mengumumkan Anwar dipecat daripada Umno dan jawatan timbalan perdana menteri.

Walaupun getaran rasa keterkejutan itu hampir sama, tetapi ia membawa nada berlainan serta sebak yang berbeza kandatipun air mata yang tumpah berwarna sama - putih bersih dan dingin. Rakyat khasnya penyokong Anwar sebak dan menangis apabila Dr Mahathir bertindak memecat Anwar dulu. Banyak air mata yang gugur dan ada yang karam di hati bertahun-tahun mengenang kesengsaraan dilalui Anwar.

Isu perebutan tanah Fatah hanya broker sahaja?

PEREBUTAN TANAH (Bhg4)

Hendak sambung cerita perebutan tanah di pinggir Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas, antara tiga orang pemimpin parti agama (Pas). Ceritanya makin menarik dan berbagai versi mengenai kisah tanah berkenaan. Yang jelasnya, tanah itu kini sedang dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik dikendalikan oleh syarikat perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

Latar belakang mengenai tanah berkenaan rasanya sudah sedia maklum, cuma untuk mengesahkan mana satu versi yang benar. Saya mendapat maklumat dari berbagai-bagai pihak dan membuat analisa mengenainya. Terbaharu versi daripada salah seorang yang terlibat dengan "skandal" itu. Individu berkenaan menelefon saya sendiri pada19 Ogos jam 3:38 minit petang dan membuat penjelasan dari sudut matanya untuk membela dirinya.

Saturday, September 3, 2016

Husam mulai atur gerakan mengAmanahkan Kelantan

CATATAN PERISTIWA

Husam mengadakan sidang akhbar sejurus tiba di airport.
Adun Salor Husam Musa yang dipecat oleh Pas sudah memulakan gerakan untuk membina tapak bagi meneruskan iltizam politiknya untuk membina Kelantan menerusi parti baharu yang disertainya Parti Amanah Negara (Amanah). Gerakan dilakukan Husam bakal membentuk satu fenomena baharu di Kelantan.

Kepulangan Husam dari Kuala Lumpur jam 3:30 petang kelmarin diberi sambutan meriah di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Beliau dijulang sebagai wira. Ini menandakan benih bakal disemari Husam akan tumbuh merimbun.

Wednesday, August 31, 2016

Husam selamat berjuang, jangan menangis lagi

ULASAN

Mohamad menebeng sorang keahlian Husam.
Sebelum berlangsung ucapan pada majlis makan malam bersama Husam Musa malam tadi sempena pengumumannya menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), saya sempat berjumpa dengan bekas Naib Presiden Pas itu. Beliau duduk semeja dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub, Naibnya Dr Hasanuddin, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, Dr Mohd Hatta Ramli, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan beberapa yang lain.

Turut sama merai penyertaan Husam ke dalam AMANAH ialah Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok.

Saat bersalaman dengannya saya membisikkan kepadanya dengan nada bercanda; "malam ini bukan malam untuk Husam manangis sekali lagi."

Sunday, August 28, 2016

KDN perlu terima cadangan Tajuddin buka semula fail tahanan ISA

SUSUPAN TENGAHARI  

Mungkin Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menyahut cabaran Tajuddin Abdul Rahman supaya membuka balik fail tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun-tahun 80an bagi mengesahkan siapa, yang menanda tangani surat untuk menahan seseorang dibawah akta zalim berkenaan.

Tindakan ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Tajuddin berhubung kenyataan bekas PM yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengatakan, indvidu bertanggungjawab menanda-tangan untuk penahanan seseorang dibawah akta itu ialah timbalannya Megat Junid Megat Ayub.

Bagi Tajuddin kenyataan Dr Mahathir itu sebagai melepas tanggungjawab dan cuba menyalahkan orang yang sudah berada di alam arwah.

Saturday, August 27, 2016

Syabas anak muda kerana Tangkap Najib

PERHATIAN

Mulanya saya tidak bercadang untuk turun ke Jalan Tunku Abdul Rahman, khasnya di Sogo untuk melihat gelagat anak-anak muda (mahasiswa) berarak dan bersorak melaungkan desakan Tangkap Najib.

Badan tidak berapa sihat sebab dibaham selesama tiga hari. Semalam pula makan "epal Pas", maksudnya epal hijau yang dikisar bersama batang sederi, menyebabkan pinggang sakit.
Rupanya tidak boleh "epel Pas" di campur dengan batang sederi. Marah. Anihnya batang sederi juga kalor hijau?

Doktor syorkan saya selain banyak makan bijirin kena makan banyak sayuran "Pas".

Sambil baring, minta isteri lumur minyak di belikat, sambirin menanti mana-mana rakan demostran call untuk jemput ke rumah. Tunggu punya tunggu, tak ada. Barang kali rakan-rakan yang suka berdemo diakhir tahun 90an membawa ke tahun 2000 sudah ambil cuti panjang atau dah kepenatan?

Kebetulan pula sepuak lagi tetamu dari kampung datang ziarah. Terpaksa kuatkan semangat merai mereka akhirnya sakit rasa lega. Saya ingat kali ini absen untuk hadir menentang kemungkaran.

Sebaik tetamu berundur, saya bersiap sedia dan semacam laungan di Dataran Merdeka berdengung di telinga. Merdeka.. Merdeka... Kalau mahu merdeka Tangkap Najib.

Deruan itu memberi semangat dan energi unik. Tanpa banyak bicara lepas solat Zohor ambil suis kereta, ajak isteri terus ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saya tak bagi tahu ke mana hendak pergi, isteri ikut sahaja. Sampai di lokasi baharu dia faham.

Malam ini saya akan sambung catatan Tangkap Najib ini. [dsara.kl. 5:21 pm 27/08/16]

Friday, August 26, 2016

Dr Mahathir, Husam gempur Kelantan?

KOMENTAR

Malam ini Dr Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Mohd Yassin dan Mukhirz Mahathir akan turun ke Kelantan menghadiri satu majlis dinamakan Bicara Rakyat yang akan berlangsung di Ketereh satu-satunya kawasan berhimpun pemimpin besar Umno.

Husam Musa
Dr Mahathir Mohamad
Ketua bahagian itu ialah Annuar Musa yang juga merangkap sebagai ketua penerangan Umno Malaysia dan antara pendolor Najib Razak nombor wahid. Manakala timbalannya pula Md Alwi Che Ahmad yang juga ketua penerangan Umno Kelantan.

Ketua Wanita dan Pemuda negeri juga datang dari kawasan ini. Mungkin kapasiti itulah maka majlis Bicara Rakyat dibuat di Ketereh.